Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Saturday 26 April 2014

Maaf le ye tuan rumah..

Assalamualaikum semua

Che Mid tak berapa sihat hari ni. Dari pukul 5 pagi tadi bersin dan selsema. Baru je makan ubat, nak tidur kejap lagi. Tapi sebelum tu nak gosip sikit ni...jarang Che Mid gosip tapi harap-harap gosip ni jadi bahan untuk sesapa yang mahu berfikir..he he

Alkisah seorang al jiran Che Mid yang duduk sederet. Ada la dua-tiga tahun pindah ke situ. Betul-betul sebelah rumah adik Lina. Masa baru-baru pindah dulu, dah tak kawan dengan adik Lina. Tak tau apa hal tak..tak nak bertegur sapa langsung..padahal adik Lina suami isteri baik dan rapat dengan tuan rumah sebelum tu. Sampailah hari tak bertegur langsung. Tahun lepas orang tu buat kenduri kawen, adik Lina tak dijemput langsung, sampaikan masa hari kenduri tu adik Lina kena 'outstation' nak jauhkan diri dari rumah kenduri. Ya lah,  jiran tetangga lain dijemput, dia tidak...

Kali ni orang tu nak buat kenduri lagi. Hari ni, Sabtu. masak-masak..esok hari kenduri buat di dewan. Masa hari biasa tak nak bertegur sapa dengan orang..bila kita lalu lalang depan rumah, buat tak tau je..kalau ada pun senyum macam nak tak nak. Tapi bila nak buat kenduri, boleh pulak pesan pada orang suruh rewang (tolong-tolong). Beria-ia pesan pada hamba Allah tu suruh jemput orang taman untuk rewang..tuan punya badan tak mau pulak buka mulut. Alasannya, " Malulah, seganlah..sakitlah..tak sihat kena buatan oranglah.." 

Serba salah si tukang menjemput dibuatnya. Yang dijemput lagi le rasa malas nak rewang.. oh, bila time minta tolong baru cari orang ya..tu pun melalui orang tengah..mana aci!!

Che Mid saja tanya pada Ustazah masa pengajian Selasa lepas. Ustazah kata, " Boleh kalau nak pergi atau tak nak. Kalau nak pergi, niatkan semoga tuan rumah dapat hidayah dan mahu berbaik-baik dengan kita."

Kabarnya, hari ni ramai jiran yang ada hal dan dah keluar rumah awal pagi. Che Mid pulak memang ingat nak pergi, ikut cakap ustazah..berlapang dada dan harap orang tu akan berubah nanti. Tapi dah demam selsema...takkan nak potong bawang sambil lap hinguih..nampaknya rewang dalam mimpi je la kejap lagi... 

Maaf le ye tuan rumah...Allah memang tak izin saya ke rumah awak... 


P/s : Senyum dan beri salam lah pada jiran..tak luak apa pun..pahala lagi ada!!


16 comments:

  1. Nampak Che Mid, di dunia lagi Allah dah tunjukkan balasan. Walau niat hati org-org/kawan Che Mid/Che Mid sendiri itu baik nak pergi juga tapi ada halangan lain Allah berikan buat mereka termasuk Che Mid juga tak dpt pergi rewang.



    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ..akhirnya kami pegi kondangan je kak...memang jadi pengajaran. Kalau tak baik dengan jiran, jika ada apa-apa berlaku jiran takkan letak hajat kita sebagai keutamaan.

      Delete
  2. Replies
    1. Oh ya.. macam-macam jenis, macam-macam kale he he

      Delete
  3. Kalau perlukan something br nak bersabahat yer..agaknya mrk tuh jenis yg tak pandai bergaul kan che mid..moga Allah bg hidayahlah tuk mrk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila pergi semalam, memang tak cam suami dia apatah lagi anak yang jadi raja sehari.. walau dah bertahun juga tinggal setaman..

      Delete
  4. Hayooo ini mcm punya org pun ada ka?.
    Kat Tmn saya ni, walau mostly non muslim.... diorang masih ada
    rasa kepedulian terhadap jiran tetangga, sudi jugak jemput kami ni.
    Bukan takat telefon.. malah menjemput dgn mengetuk pintu rumah lagi!
    Moga jiran Che Mid tu diberikan hidayah...




    ReplyDelete
  5. Salam malam minggu ke. Singgah sini malam ni. Dah lama x borak ngan akk ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masuk blog adik..macam tak update jeee..

      Delete
  6. kalau saya,saya pun malas nak pergi...bila berhajat baru nak bermanis mulut...tu pun melalui org lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann... serba salah juga sebab hidup berjiran ni..tapi kalau asek kita je menebal muka, dia buat dek je.. camne kan..

      Delete
  7. Wah, ada 'hati' lagi nak ajak orang rewang. Tapi dia sedar pula dia segan yer... Errmm...macam tu lah...

    ReplyDelete
  8. Sedihnya kalau ada jiran macam nikan Che Mid....apa salahnya bertegur sapa. Kalau dah buat perangai sapa pun tak mo kawan...

    ReplyDelete