Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 26 August 2015

Abah Sakit - Episod Akhir

Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.

Laa tak sangka ada yang sudi baca sampai habis. Ingatkan dah terpanjang sangat entri SINI 

Ok hari ini habiskan kisah abah ya.

Disebabkan abah cuma boleh makan bubur nasi campur lobak dan kentang je, memang badan abah jadi sangat lemah. Bila dah tiga hari berturut-turut makan macam tu je, abah mula merungut. Mak naik kesian, goreng bilis. Abah kata, " Baru lah ada rasa masin-masin sikit". 

Yang peliknya, abah macam tak boleh control diri dia. Kadang-kadang tu, tengah makan ubat, tiba-tiba abah tersedak dan tersembur semula air dari mulutnya. Atau pun bila minum, kalau boleh segelas air tu abah nak habiskan cepat-cepat. Abah macam kalut dan nak cepat je. Masa sihat tak pulak macam tu. 

Doktor pesan pada abah jangan banyak fikir, nanti stres. Tapi bila dah duduk je tak buat apa-apa, tentu banyak yang abah fikir. Dapur tak siap lagi, raya dah dekat itu ini tak buat lagi bla bla. Ada satu hari tu, abah rasa macam dah sihat..dia cuci EMPAT kipas siling dan kipas meja..lepas tu macam nak pitam dan sesak nafas semula. Bila mak cakap tak payah buat dia nak buat juga. Mata sakit tengok rumah tak siap agaknya.

Beberapa kali abah jatuh..jatuh katil masa tidur, jatuh dari tangga, jatuh terlentang depan pintu dapur...Allah..bila kami ada memang kami papah dia. Tapi abah ingat dia boleh jalan sendiri, tapi bila bangun badan macam melayang-layang, akhirnya tak boleh control ..dah terlentang jadinya. Bila kami tanya kenapa jadi macam tu, abah diam tak banyak bercerita. 


Dalam gambar ni 6 anak perempuan abah semua ada. Campur dengan cucu-cucu..Alhamdulillah, kami dapat mengurus insiden abah sakit ini dengan sebaik-baiknya. Semua bersedia turun padang dan berkhidmat untuk abah. Imi dan Ijam, dua orang anak lelaki abah memainkan peranan besar menjaga abah di hospital. Memang bertuah abah dan mak dapat anak ramai yang bersatu hati. Berkat didikan mak abah jugak kan. Ada terdengar mak beritahu orang yang ziarah abah, " Abahnya sakit aku tak tau apa-apa. Semua anak-anak uruskan."

Farah buatkan juz kurma untuk atuk minum. 7 biji kurma ajwa, blend dengan air zam-zam. Suka atuk tengok cucu dia siapkan ubat untuk atuk. 

Cucu-cucu atuk pun tak ketinggalan bersedia bantu mana yang patut. Haziq (kiri sekali) la yang drive Che Mid dan Pak tam Imi balik ke rumah lepas semalaman tak tidur jaga atuk di wad kecemasan. Mana yang jauh sentiasa doakan atuk cepat sembuh. Pun dah memadai kan..

Lagi dua hari nak raya..dapur dah siap. Barang-barang dah disusun semula ke tempat asal. Abah pun nampak semakin sihat. Dah boleh makan nasi dan sup ikan. Abah merungut dah nak raya tapi lampu ada yang rosak tak baiki lagi. Memang ada beberapa tempat lampu tak menyala. Mak kata nanti mak call orang datang untuk betulkan. Abah tak senang duduk. Dia kata nak jumpa sendiri orang tu, rumah bukan jauh pun. Kat blok belakang je pun. Mak kata JANGANNN! Apa abah buat?

Che Mid ada kat rumah masa tu. Tiba-tiba mak call. " Abah bawak kereta sorang pi belakang..ko suruh sape-sape pegi ikut abah..mak risau lah". Aduhhhh...time tu takde sape kat umah pulak. Ayan bawak kereta Che Mid, ada urusan. Dok tengah pikir apa nak buat..Tiba-tiba Nor call.." Kak, mak nangis-nangis tu..katanya abah langgar rumah orang!!". Allahuakbar!! Mak jenis yang kuat hati dan jarang sangat nangis. Kalau dah menangis tu maknanya teruk sangat tu.

Che Mid berlari ke rumah mak. Mak tengah terduduk termenung macam orang bingung. Abah dah tersandar atas sofa. Tangan atas dahi... apa dah jadi ni!!!

Rupanya, abah ambik kunci kereta, start kereta dan  pandu kereta meluncur je. Tak pandang kiri kanan. Sampai selekoh rumah hujung, abah langgar deretan pasu bunga. Berdegar-degar bunyi, masyaallah. Lepas tu abah elak sikit, dan langgar lagi pasu-pasu lain pulak. 



Mujur abah tak langgar tiang lampu tu terus... (Gambar ni diambil oleh siak surau yang kebetulan nampak kejadian tu. Tak lama lepas kemalangan tu, dia datang rumah dan tunjuk kat abah gambar ni)

Tuan rumah (yang mendokong cucu tu) menjerit-jerit minta abah berhenti tapi abah menonong je. Kebetulan ada jiran yang lalu naik motor. Orang tu kejar abah dan ketuk-ketuk kereta abah suruh berhenti. Baru abah perasan. Abah pusing balik dan terus balik rumah. Bila masuk nak parking abah meluncur je menghala ke pintu, mak pulak menjerit-jerit suruh berhenti. Bila abah undur laju sangat ke belakang pulak. Manalah mak tak terkejut sampai lemah semangat jadinya. 

Yang sedihnya bila tengok abah..abah menung sambil pandang siling. Wajahnya nampak sangat menyesal tak dengar cakap mak tadi. (Nangis masa tulis ni..kesian sangat tengok abah masa tu).

 Abah cakap," Abah bawak kereta elok je..rasa macam dah lurus kat tengah, tak perasan pulak langgar pasu Cik Jah..Engkau pegi rumah Cik Jah, cakaplah abah mintak maaf..abah tak sengaja, nanti abah ganti pasu-pasu tu ya..tanyalah dia berapa ringgit". Kami anak-anak pujuk abah, takpelah abah..langgar pasu je pun, bukan langgar orang..(kalau langgar ORANG macam mana. Cik Jah kata selalunya time-time tu ada cucu jiran main-main kat luar..Allah ..tak boleh nak bayang..)

Keadaan kereta abah. Calar balar..mulanya terangkat bumper depan, mujur boleh tekan masuk balik.

Kami adik beradik pun dah bingung dengan keadaan abah, mana lagi nak balik beraya kampung mertua. Ada yang nak balik Johor dan Kedah. Abah mintak dibawa ke klinik Dr Singh di Rawang tu sehari sebelum raya. Che Mid pi hantar..lupakan lemang rendang dulu. Doktor sangat puas hati dengan perkembangan abah. Dah boleh makan makanan biasa tapi elakkan yang keras dan pedas. Dos ubat pun dah dikurangkan atau makan bila perlu. Cuma semua kena faham, abah kena ambil masa untuk pulihkan tenaga dan badan masih lemah lagi. 

Hari raya disambut dengan gembira dan penuh syukur seperti biasa. Adik-adik ada yang balik kampung dengan rasa senang hati. Abah 'ponteng puasa' hampir dua minggu. Che Mid tanya abah, " Abah, esok abah nak sembahyang raya ke? " "Tak payah la..solat tu kan sunat je". Tapi tup-tup nampak kelibat abah kat surau pagi raya tu. Oh..dah sihat kut. Larat nak pi solat, ok la tu. 



Balik dari surau, abah kata, " Tadi masa rakaat pertama, abah nak ruku'..eh tapi tangan abah terus je melorot ke bawah, tak berhenti kat lutut. Tak perasan.. Menantu abah, Khairul (dalam gambar) memang standby di saf belakang abah. Dia kata, " Bila saya tengok abah terus terlajak ke bawah, eh eh..saya pun rasa nak terlajak gak..aduii ..abah ni kelakar la.."  Gambar ni keadaan abah semasa raya ke 4. 

Abah semasa jamuan raya, majlis doa selamat untuk abah dan majlis cukur jambul cucunya, Ainul Mardhiah.

Satu pagi, mak call. " Tolong hantar abah beraya rumah kakak-kakaknya. Abah nak sangat jumpa". Ok boleh je. Awal pagi Che Mid dan suami bawa abah ronda-ronda raya. Baru Che Mid tau bahawa selama dia sakit, dia tunjuk kuat depan anak-anak. Tak komplen sakit, suruh makan ubat apa je makan. Suruh doktor sana sini periksa, ikut je. Rupanya depan kakak abangnya, abah jadi lain.

Tapi bila berjumpa je dengan kakak sulung abah, abah terus peluk Wak Asiah tu (sesuatu yang TAK PERNAH abah buat sebelum ini)..abah jadi sangat emosional. (Gambar tak terang...kandid kan)

 
Alahai sedih lagi Che Mid..suasana tu seolah-olah mengimbau kenangan masa mereka kecik-kecik dulu. Adik yang kecik datang merengek pada kakak yang dia sakit jatuh bermain dengan kawan. Abah seolah-olah tak sabar-sabar nak jumpa kakak dan mengadu apa yang terjadi.  Abah kata, " Kak, AKU SAKIT MACAM NAK MATI.." (Meleleh lagi airmata masa taip ni). Really, memang anugerah Allah bagi Che Mid tengok bahagianya dua beradik ni, yang seolah-olah masa dia sakit hari tu, mungkin abah rasa takde harapan untuk tengok wajah kakaknya lagi. 

Setiap rumah yang abah pergi, abah akan bercerita tentang sakitnya. Tentang mimpi-mimpinya, tentang sesak nafasnya, tentang langgar pasu Cik Jah. Beria-ia abah berbual dengan kakak dan abangnya. Ada baur sedih dan gembira. Bila sedih abah sebak sangat, bila suka abah buat bergurau. 

Masa ambil gambar ni, abah kata jom ambil gambar. Nanti antara kita bertiga, tak tau sape diambil nyawa dulu.

Di rumah kakak kedua abah..

Puas hati abah dapat berjumpa kakak dan abang (ada yang tak ambik gambar). Walaupun masing-masing dah tua dan sakit-sakit tapi Allah masih waktu tersisa untuk mereka berjumpa dan berbual...yang entah berapa lama lagi masa yang ada..Hanya Dia yang tahu..

Ini wajah abah Sabtu lepas. Che Mid bawa abah ke Johor ikut rombongan pengantin sepupu bertandang. Alhamdulillah sihat sepenuhnya. Cuma badan tu dah tak segagah dulu..takpelah bah ya. Janji sihat. 

Sebelum tamatkan cerita abah sakit ni, Che Mid coretkan perbualan abah dengan orang surau berumur lebih kurang abah beberapa hari sebelum abah sakit.  " Kita ni dah tua, nanti kita sakit tak tau macamana. Kalau boleh tak mau sakit teruk-teruk dan lama-sama sangat. Sakit dua minggu je cukup laaah..lepas tu mati. Tak mau susahkan orang." Kebetulan orang yang abah berbual tu takde anak. " Aku ni takde anak, tak tau lah nanti sakit sapa yang boleh jaga aku." Abah jawab, " Aku anak ramai..tapi belum tentu anak ramai boleh jaga aku.." 

Allah..fikir-fikirkan...

Alhamdulillah. 

21 comments:

  1. Alhamdulillah dah kembali sihat abah che mid ye..
    Semoga cepat pulih sepenuhnya dari sakit tu che mid..
    Teringat pula saya arwah abah saya ..
    Sakit 3 minggu .. kemudian di jemput Pencipta..
    Al Fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, abah dah sihat. Al Fatihah untuk arwah ayah Yati. Semoga digolongkan bersama orang-orang soleh

      Delete
  2. Selagi ada hayatnya berikan apa yg termampu oleh anak-anak atas apa juga - janji abah bahagia. Moga abah CM terus diberi kesihatan terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah kakzakie. Cuba elakkan perkara yang boleh menggugat keharmonian antara adik beradik supaya dapat jaga abah dan mak sebaik-baiknya

      Delete
  3. semoga abah CM sihat2 saja lah ya, risau jugak kalau memandu membaca cerita dari CM tu
    eloknya mesti ada yg jadi pemandu utk abah CM tu bahaya jugak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. abah dah boleh memandu sendiri. Mak sentiasa disisi..he he

      Delete
  4. Sedihnya che Mid....mmmmm... semoga abah disembuhkan dari penyakit.. semoga kembali sihat seperti sediakala...
    Rasa rindu lak kat ayah di kampung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ..memang sedih..lepas ni akan ada lagi ujian-ujian selagi abah mak hidup..semoga kita kuat harungi dengan penuh ketaatan sebagai anak-anak soleh

      Delete
  5. Sedihnya che Mid....mmmmm... semoga abah disembuhkan dari penyakit.. semoga kembali sihat seperti sediakala...
    Rasa rindu lak kat ayah di kampung...

    ReplyDelete
  6. sedihnya nekcik baca kisah Che Mid ni...syukurlah anak ank begitu ambil berat..terhibur jugak hati abah..dah berumur ni bila sakit memang lambat pulih..insyaallah semuga abah Che Mid dapat sihat kembali..amiin..amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari cerita yang abah cakapkan pada sedara mara, memang nampak suka cara kami handle abah. Semoga semua anak-anak terus begitu kan nek..

      Delete
  7. sebak hati sya baca cerita cik mid ni tak sedar keluar airmata...alhamdulilah dah sembuh abah cik mid,bertuah makayah cik mid punya anak2 yang mengambil berat .
    teringat arwah ayah sya tak sakit pun ...pagi tu pi kerja ..tau2 mak call kata ayah dah mninggal dalam pukol 10 lbih gitu...sedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yang dah takde ayah..memang sedih sangat kan. Apatah lagi yang meninggal tiba-tiba je macam ayah Saniah..Innalillah..

      Delete
  8. Semangat abah Che Mid kuat..tu pasal dia masih concern hal2 rumah untuk Raya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Lina.. maklumlah, orang lain sibuk berpuasa bertarawih bagai, dia kena duduk tengok..mana boleh cam tu..

      Delete
  9. Alahai kak..lama tak buka blog..lama tak dengar cita kak..alih2 hari ni terbaca citer abah akak sakit.Mengalir juga air mata ni baca.Maklumlah kita pun terbayang sama macam mana kalau keadaan sama timpa pada ibubapa sendiri.Semoga semuanya baik2 ye kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, abah dah sihat sepenuhnya..

      Delete
  10. Moga ayah che mid sihat dan kuat dalam menjalani rutin harian hendakNYA

    ReplyDelete
  11. Masih segak bergaya lagi ayah Che Mid... Alhamdulillah ayah pun dah sihat tapi kudrat dah kurang seiring dengan umur dan anak-anak kena faham perangai orang tua. Seronok baca tulisan Che Mid sekurang-kurangnya dapat juga berbakti kepada ayah selagi adahayatnya...Aina tumpang gembira. Macam Aina ayah meninggal sejak umur 2 tahun bukan sahaja tak dapat berbakti malahan tak sempat nak puas merasa kasih ayah.

    ReplyDelete