Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday 10 October 2011

Pak Cu Mohamad bin Seman dalam kenangan

Selalunya bila tiba giliran beraya di Kuala Lipis, kami akan balik ke kampung asal abah mertua di Jenderak, Kuala Krau, menziarahi rumah pusaka yang di diami adik bongsu abah, Pak Cu Mat.

Tapi Raya baru-baru ni, entah kenapa kami tak jadi pergi walaupun dah berbincang mahu ke sana dengan adik beradik lain. Antara alasannya ialah Che Mid dan suami keletihan akibat berjalan jauh dari Sg Petani - Klang - Lipis. ( Teringat Pak Cu pernah kata, " Kawan tak ke mana-mana raya ni, tunggu anak-anak buah datang..")

Genap sebulan lepas Raya, dapat berita Pak Cu tenat di hospital Temerloh. Masa tu abah dan emak dah bersiap nak ke KL sebab nak berjumpa dengan keluarga dari Singapura. Ateh dan isteri yang bergegas menziarah ke Hospital Temerloh memberitahu Pak Cu dah nazak. Hari Sabtu 2 Oktober, abah, emak, dan adik beradik lain bergerak dari KL ke Temerloh. Dapatlah bertemu dengan Pak Cu dan keluarga. 

Che Mid dan suami tak dapat ikut serta sebab Faris nak PMR 2 hari lagi tapi kami ralat sungguh sebab tak jadi balik raya hari tu.

Jam 10.30 malam yang sama, ketika mereka dalam perjalanan pulang ke KL, menerima berita Pak Cu telah meninggal dunia. Innalillah.. daripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Di hari pengebumian, kami pun tak dapat balik sebab Faris sedang PMR, takkan nak tinggal dia sorang-sorang di SP. Bukan dekat Sg Petani dengan Kuala Krau, Pahang.

Kenangan terakhir bersama Pak Cu Mohamad bin Seman tahun lepas. Diapit oleh suamiku dan Acam. Gambar diambil ketika majlis walimatul urus anakanda lelakinya.

Menurut suami Che Mid, Pak Cu adalah pak sedara kesayangannya. Masa kecik-kecik dulu Pak Cu pernah ajak dia pergi tangkap ikan di paya, naik sampan kecik  menyeberangi Sungai Pahang dan mandi air perigi jauh di hujung kampung. Bila balik ke kampung, mesti ada hidangan istimewa seperti daging rusa, kijang atau landak menanti kami.

Kini semua tinggal kenangan. Hari Jumaat lepas, kami sekeluarga telah berkumpul di Shah Alam menyedekahkan tahlil buat arwah. Semoga rohnya di cucuri rahmat Allah swt, dan keluarganya sabar dan kuat dengan pemergian arwah. 

P/s : Kisah Pak Cu ini juga termuat dalam blog Nizam. Nizam ialah anak saudara sebelah isteri Pak Cu.

15 comments:

  1. tahziah buat keluarga arwah. semoga dirahmati arwah disana.

    ReplyDelete
  2. Al- fatihah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 beriman...

    Izan faham,akak rasa terkilan tp nak buat mcm mana kak,keadaan dan situasi akak ketika tu x dpt mengizinkan akak melawat pakcu..

    takziah utk akak sekeluarga...

    ReplyDelete
  3. kenangan itulah yang ditinggalkan olehnya..

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah.DariNYA kita datang,kepadaNYA kita kembali...

    ReplyDelete
  5. Takziah & Al Fatihah..

    Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan orang beriman...

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah, redhakan pemergiannya, kita akan menyusul jua...kerana kepada-Nya jua kita akan kembali.

    ReplyDelete
  7. Mama maman - Amin

    Izan - Masa dapat berita meninggal, suami terus termenung panjang...

    ReplyDelete
  8. Fatin - Betul. Lepas ni bila balik kampung tentu dah tak sama kan..

    ReplyDelete
  9. Nizam - Patutnya kita dapat jumpa di sana kan..

    ReplyDelete
  10. Amie - Ya, Janji Allah itu benar

    ReplyDelete
  11. Alfatihah.. salam takziah buat che mid & keluarga pakcu.

    ReplyDelete
  12. salam takziah buat keluarga arwah.. semoga roh nya bersama org2 yang beriman

    ReplyDelete
  13. salam ziarah

    al fatehah

    salam takziah dari saya

    ReplyDelete
  14. Niena, Gen2, rezeki - terima kasih datang sini. moga terus bersilaturrahim

    ReplyDelete