Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 4 October 2011

Raya Dah Habis, Makan tetap makan

Giliran staf Che Abang pula bertandang ke rumah pada 29 September, tapi tak sedar dah habis raya. Tak pe lah, janji dapat datang dan berkenalan dengan Che Mid dan anak-anak dah cukup mengujakan. 

Menunya ialah lontong dan chicken chop juga. ( Bulan ni dah tiga kali Che Mid masak lontong!) Tetamu datang selepas waktu kerja terus dari pejabat.. emmm.. memanglah tengah lapar..dah tau dah..

Che Mid tak buat rendang tapi digantikan dengan daging  palembang, juga nasi himpit dan kuah lontong.

Dada ayam panggang lagi.

Coleslaw dan kentang putar juga ada.. tak mau tepek gambar makan banyak-banyak, ada yang terliur lagi nanti!

Paling spesel - Rojak buah ( esoknya, terus dapat tempahan dari Nawal dan Idawati.. terima kasih ) 

 Dari kiri - Mawi, Yusof, Yusmili dan Fauzi sedang rancak menjamu selera.. jangan malu-malu.. makan sampai kenyang!

 Dari kiri - Dua orang pelatih praktikal ( sori, bos tak ingat nama dik..) dan Fatimah. Meja makan kami keluarkan dari dapur supaya semua tetamu dapat duduk di kerusi. Senang sikit nak makan ciken cop tu..

 Pengantin baru, Wani dan suami juga sudi hadir

 Idawati dan Yusmili sedang menikmati rojak buah. Entah apalah yang Deeja cuba bagi tau Ida tu..eh.. ada juga yang bersila atas lantai!

 Duduk dari kiri - Syuhadah, Jasmilia dan Nawal. 

Chef of the day - bujangku Faris yang dapat tugasan memanggang ayam. Terima kasih Faris sebab tolong ibu!

Terima kasih pada staf  HR yang telah datang berziarah. Che Mid tumpang seronok melihat anda semua enjoy makan. Lain kali datang la lagi, Che Mid masak lagi!

20 comments:

  1. wah! masih rayalah ya kak...

    suka tgk semua menu, n terpikat dgn pinggan isi rendang tu...:)

    ReplyDelete
  2. Janji!! takde entri makan-makan raya lagi.. ha ha ni suka pinggan ke rendang?

    ReplyDelete
  3. hhhmmm.. mmg terliur arr...:)

    bila la dpt merasa masakan che mid nih...:)

    ReplyDelete
  4. sedapnya la semua yang di paparkan tue..terliur sudah huhuhu...


    p/s: follow sini , salam kenal dari Sinar Raudah

    ReplyDelete
  5. semua sedap.... rojak buah tu yang tak tahan tuh... terasa2 mcm tgh makan rojak buah...

    ReplyDelete
  6. Mama maman - t kasih la rajin komen. terliur juga ke.. balik-balik menu sama masuk fb hi hi

    ReplyDelete
  7. Amy - Memang sedap le agaknya.. sebab yang makan pun nampak berselera.. tu yang syok nak masak lagi..!

    ReplyDelete
  8. Lina.. cepat pi kesat!! Eh.. nape takde gambar profile ni..

    ReplyDelete
  9. Azmask - Ahad lepas sponsor rojak buah kat kenduri kawen jiran. Tetamu ingat katerer punya ... takpelah janji orang suka makan kann..

    ReplyDelete
  10. che mid, sedap2 nampaknya..
    rajin sungguh che mid masak, byk lak tuh..
    ;)

    ReplyDelete
  11. HR tu syarikat apa Che Mid. Semoga rezeki bertambah-tambah, tetamu datang membawa berkatttt

    ReplyDelete
  12. wahhhhh makanan!!
    terliur cik ana tengok! hehe





    salam kenal,
    cik ana :)

    ReplyDelete
  13. Pena Rozie - Mai sini cepat, ada simpan siap-siap dalam peti es

    ReplyDelete
  14. Fatin - Masak banyak ok je, janji ada kerahan tenaga - anak-anak he he

    ReplyDelete
  15. Mat Som - HR tu ialah Sumber Manusia, suami Che Mid jadi ketua jabatan tu..

    ReplyDelete
  16. rajin anak teruna tu bakaq ayam, patut la laku ...hehehe

    ReplyDelete
  17. salam kak che mid, lama x bersiaran?
    bz ya..? sy tgu entri baru~~

    ReplyDelete
  18. Sedapnya nmpk coleslaw tu. Dh lm x buat..

    ReplyDelete