Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 21 October 2011

Senda Jumaat - Abang Lambat Sikit

Sebelum teruskan bersenda gurau hari ni, Che Mid nak rujuk sekejap pada pengomen entri Hari Tanpa Lapar. Alhamdulillah, entri Che Mid telah 'ditemui' oleh Zarith sendiri. Dia telah juga menitip ucapan terima kasih atas semua komen anda semua. Ini menguatkan lagi semangatnya untuk meneruskan program tersebut.

______________________________________________________________________________

Semalam pukul 5.15 petang. Che Mid telefon Che Abang.

Che Mid    :   Abang balik cepat ke lambat hari ni. Ida puasa ni. Lauk dah habis. Tadi nak ke kedai hujan lebat sangat. Kalau abang lambat, Ida pergi pasar malam sendiri je la. Deeja tinggal dengan Faris. Kalau abang balik cepat, Ida tunggu abang balik dulu...

Che Abang  :  Ish, jangan tinggal baby dengan Faris tu, abang tak percaya la.. baby tu kan lasak.. tak terjaga abang nya tu. Tunggu abang balik... sebelum pukul 6 nanti abang sampai, ok.

Dah terbayang nak beli ikan siakap dan sayur kangkung. Siakap tu nak bakar je, cepat sikit. Kangkung tu goreng belacan pun sodap, tak puas kalau makan kat kedai tomyam. Ingat nak beli moi sup dengan apom lenggang, Deeja suka...

Jam dah 6.15.... tak sampai-sampai lagi.

Jam 6.45 petang... (Maghrib pukul 7.05 minit ni...)

Che Abang   : Err.. (suara bersalah la tu..) Abang lambat sikit ni.. (Baru nak eksplen, bini dah potong..)

Che Mid       :  Ala, bukan lambat sikit.... lambat banyak ni...

Che Abang   :  Takpelah,  Ida makan la apa-apa dulu, nanti abang belikan apa Ida nak..

Che Mid       :  Tak payah. Balik je terus.. (Geram ni... )

Jam 7.20, Che Abang sampai rumah. Ni la yang kami makan untuk buka puasa dan makan malam..Che Abang nak kave emberesmennya (tak boleh cakap Melayu.. lucah) terus kata, " He.. SEDAPNYA!!"


Lempeng  jee...pasangkan dengan sambal tumis ikan bilis. Ada baki kari dal daging sikit semalam.

Kenyang pun, tak payah keluar duit. Tengok stok apa yang ada.. boleh jadi menu yang menyelerakan. (pinggan tu pinjam Deeja punya, ada kompatmen.. macama kedai mamak.. hi hi) Kami tak makan nasi malam tu..

29 comments:

  1. kreatif dan pandai ubah suai mengikut situasi..

    ReplyDelete
  2. bape keping baru kenyang ni che mid.. hehee~

    ReplyDelete
  3. hahaaaha...kelako betul, tp sedap jugak bukak pose mcm ni kan kak...

    ReplyDelete
  4. Salam che mid,
    Memang takde button Follower ek? Anyway saya dah follow tau... keep on writing :-)

    Dah berpuluh2 tahun saya tak makan lempeng. Pandai akak pikir menu time emergency.

    ReplyDelete
  5. Asalamualaikum Cik Mid, salam perkenalan, ada hal nak tanya sikit pasal tempat kerja yang lalu di Shah Alam, (Clipsal) kalau tak keberatan tolong kasi email, dan kalau Cik Mid ada fb, kasi address nya supaya saya dapat message, terima kasih

    ReplyDelete
  6. rezeki yg mengenyangkan jugak, nasib ada baki gulai kari yg nampak sangat best tu.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nampak kari tu. Selamat berbuka.

    ReplyDelete
  8. Hani - kalau dah darurat tu boleh je .. he he

    ReplyDelete
  9. Fatin - Eh, brape keping ntah tau tau kenyang ha ha

    ReplyDelete
  10. Liza - Masa kejadian tu geremmm, masa buat entri ni kelak lak..

    ReplyDelete
  11. Teratak Hami - Tima aceh dah folo.. berpuluh tahun tak buat lempeng? Akak pun, lepas beli kuali tak lekat tu je baru terer buat lempeng.. skrg ni anytime ok je..

    ReplyDelete
  12. Anoy - Sapelah kamu ni ya... ok fb che mid hamidahjamil, emel hmj_66@yahoo.com sila ajukan soalan anda.. I tunggu..

    ReplyDelete
  13. Ainnoraini - Enak banget dan super jimat he he

    ReplyDelete
  14. kasihredha - ye ke, kalau CM tau kari tu cantik, awal-awal lagi dah tangkap gambaq..buat entri lain pulak ..

    ReplyDelete
  15. mamamaman - apa juga rezeki masa berbuka memang paling sedap.. setuju??

    ReplyDelete
  16. Kunang-kunang - Qada' puasa sambil menahan nafsu makan yang semakin menggila..

    ReplyDelete
  17. hehee.. oke lah tuh.. janji kenyang..harini puasa lagi ke..

    ReplyDelete
  18. Lame tak makan lempeng nyor ni....

    ReplyDelete
  19. Che Mid nak tahu kakak kadang bukan kerana tak ada lauk tapi memang kami suka makan lempeng cecah dgn sambal tumis. Anak kakak suka lempeng isi dalamnya dgn timun dan thousand island - lepas tu gulung.

    ReplyDelete
  20. Hahhahaa...yang ni lagi sedap ni...nasib baik dah kenyang, kalu tak meleleh....

    ReplyDelete
  21. Fatin - Isnin semalam tak posa sebab antar anak ke sekolah pondok..

    ReplyDelete
  22. Nizam - Che Mid baru ahad lepas sarapan lempeng nyor.. orang Kedah panggil peknga..

    ReplyDelete
  23. Kakzakie - wah, itu dah jadi roll pancake... ha ha

    ReplyDelete
  24. Fadzli - nasihat yang bagus ialah "sila tengok blog ketika kenyang sahaja".. kalau tidak.. meleleh ha ha

    ReplyDelete
  25. Niena - he he he nak le tu..

    ReplyDelete