Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday 3 June 2013

Selamat Hari Jadi Auni

Berkumpul sesama adik beradik dan anak buah sempena meraikan harijadi Auni Damia (anak Ijam) yang ke dua tahun  di KFC Setia Alam. Kelakarnya, si beday girl takut dengan maskot pulak... jom layan

 Tuan tanah - Mak Teh Dila, Auni dan Pak Teh Ijam

 Masing-masing dah ber'crown'. Deeja dan Auni suka sangat tengok belon bertaburan..

 Makan time.. beday girl tak makan.. yang terlebih makan sepupu sepapat dan pak cik - mak cik.. kecoh..

 Memenuhkan meja dengan deretan makanan dan sepupu sepapat .. kat sini je ada 11 orang semuanya..

 Aidid kalah main game.. nangessss... mak uda tengah pujuk tuu..

 Auni main cak-cak dengan mak cik sebelah mama..

 Masing-masing menyelit kat Chicky.. (betul ke ejaan tu)  Entah sape lah, dalam baju ayam tu kan..

 Kek beday Auni Damia.. happy birthday sayang!

Deeja 'hilang' dalam pelukan Chicky

 Bergambar ramai sebelum balik..

Che Mid sempat menyusupkan salad kentang. Tuan rumah tambah dengan mee goreng dan nasi goreng.. sebenarnya tak boleh bawa makanan dari luar.. jadi ada yang tinggal dalam kereta je.

Deeja paling enjoy sekali.. makan ayam, main game dan kejar-kejar belon. Hadiah pun banyak dapat..Bila nampak gambar ni, Deeja kata, " Eee... buruk la ibuu.."

35 comments:

  1. Seronokkk sangat tengok Deeja. Untunglah dapat Chicky. Sebab nak matchkan jadual dia memang susah. Saya dah pernah cuba booking, tapi x dapat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami memang dapat Chicky dari awal, tapi tak dapat host.. Che Mid dah kena standby jadi emcee budak-budak tu.. tapi last minute ada pulak.. kira ok la tu..

      Delete
  2. wah meriahnyer majlis che mid

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majlis apa pun meriah kalau ada makan-makan dan main-main he he.. budak-budak yang happy sakan.. mak-mak borak sakan.. he he

      Delete
  3. mana ada burok..deeja tetap comel..happy birthday auni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha.. Deeja la kata sendiri mcm tu.. kalau dia tau kata 'delete' tentu dia kata, " ibu, delete la gambar tu.."

      Delete
  4. Replies
    1. Tima acih uncle sepol.. Auni tak berapa reti cakap lagi..

      Delete
  5. meriahnya...seronok kan dapat berkumpul ramai-ramai :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti esok awak dah kawen, kena jadi macam tu la juga.. campur keluarga sendiri dan keluarga mentua.. memang meriah!

      Delete
  6. Deeja pulun makan betul tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Em.. masa tu je makan, dah dapat mainan.. makanan tolak tepi!!

      Delete
  7. Kalau beli KFC kemudian makan diluar kakak rasa lagi banyaklah makanan ye sebab tak dapat dibawa masuk tinggal dalam kereta. Sayangnya...

    Happy birthday Auni!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sayang sangat, masa nak balik baru bahagi-bahagi sorang sikit..

      Delete
  8. Wah.. meriahnya.. seronok betul dpt kumpul ramai2.. b'day girl & Deeja (as always) sangat "kawaii" !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keluarga Rehan pun apa kurangnya.. siap ada lamb chop spesel lagi.. dah jadi signature dish..

      Delete
  9. terasa lama dah tak makan kfc..!

    sedapnye..meriah..

    a'ah..syg makanan2 yg kt dalam kereta tu..kalo ada, mesti lg menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ait.. orang dah besar pun teringin lagi makan kfc.. ke

      lain kali kena buat tempat lain, yang boleh bawa makanan dari luar.. tambah meriah kan..

      Delete
  10. Anak2 saya pernah berangan nak sambut birthday di kfc bersama sepupu sepapat tetapi belum kesampaian krn jauh..huhu
    Best sangat2 gambar ramai2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak buat nanti, lama-lama besar pulak anak-anak tu.. tak teringin pulak nak main dengan chicky he he

      Delete
  11. Bestnya dpt berkumpul sama2 sambil mkn2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan ayam kfc je, tapi karenah budak-budak yang buat kita tak kering gusi.. hiruk pikuk kfc .. tentu bengang je customer lain dengar ha ha

      Delete
  12. waaa seronokkan bila berkumpul ramai-ramai mcm tuu...
    klau anak saya pun suka jugak mcm tuu...mmg meriah mcm2 kerenah ada...yg pasti hepi dan kenyang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kelakarnya, beday girl takut pada chicky tu.. masa potong kek pun kena 'halau' chicky jauh-jauh..

      Delete
  13. seronok nya dapat berkumpul dengan adik beradik..adik beradik yang mesra lebih bernilai dari emas dan permata...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid ada 8 beradik, 6 dapat datang .. seorang demam yang sorang lagi keja tapi anak-anak dia kami angkut ke kfc jugak..

      Delete
  14. meriahnyer birth auni..siap ada CHICKY lagi...
    selamat hari lahir buat auni..moga mbesar bgaikan juara..

    hehe.. bselera deeja mkn ayam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih acik.. oh ya, Auni nak dapat adik dah.. ada dlm perut mama...

      Delete
  15. happy birthday juga untuk auni,ye che mid.yelah budak kadang2 takut dengan maskot.auni tu ok je he3..wah rasa laparlah pulak tengok kfc..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai.. sorang lagi lapar tengok kfc.. maknanya dari kecik makan kfc sampai sekarang tak puas lagi ye.. ayam sentiasa jadi pilihan kan.. tak kira tua muda.. Auni ok je! Emm.. potong kek pun tak nak takut chicky la tu..

      Delete
  16. Meriahnya. Selamat hari lahir Auni.

    ReplyDelete