Ini program terbaru Che Mid iaitu pada 11 Disember 2013 (Rabu). Setelah beberapa kali buat program masak sebagai selingan majlis, kali ini kami betul-betul memasak dari pagi hingga tengahari. Dan diserikan lagi dengan persembahan Nasyid dari The Soul Brothers dan persembahan silapmata dari Yaya Fuyoo Magic yang selalu masuk tv tu..
Tapi malam semalam Che Mid dapat permintaan khas dari Tok Ketua Kampung supaya membuat kutipan bantuan banjir kepada mangsa banjir di Malaysia ni. Terlanjur program masak-masak ni akan diadakan, kami masukkan terus acara kutipan bantuan ini pada hari dan masa yang sama. Tapi Che Mid cuba berfikir agak ke depan sedikit iaitu selain dari barang makanan dan pakaian terpakai, dicadangkan juga perkara berikut:-
Seperti yang Che Mid war-warkan di facebook:-
KEMPEN BANTUAN BANJIR - Hantarkan kepada Che Mid di 013-3672459 atau Cikgu Jamil 019-2212400 atau di Surau al-Faizin pada 11 Disember 2013 dari jam 9.00 pagi - 12.30 tgh.
Anda boleh bungkuskan barangan mengikut set berikut dan serahkan kepada kami:-
Set Wanita -
1) Satu helai kain batik (terpakai)
2) Seluar dalam (tak kisah berapa helai)
3) Sebungkus tuala wanita
Set Lelaki -
1) Kain pelekat
2) Seluar dalam
Set anak-anak -
1) Lampin pakai buang
2) Air kotak
3) Cereal/oreo
Atau lain-lain keperluan asas atau makanan seperti selimut, tuala, bahan mandian/kebersihan diri, ubat nyamuk dll.
Sebab biasanya mangsa akan dapat banyak pakaian terpakai tapi bukan seluar dan baju dalam ataupun tuala wanita. Jadi kali ini kami pekkan begitu supaya senang diagih-agihkan nanti.
Untuk sahabat yang membaca ini dan teringin menderma, boleh sahaja..terutama di kawasan Shah Alam dan Klang, boleh le datang sendiri ke Surau al-Faizin, Taman Dato' Bandar, Meru, Klang pada Rabu, 11 Dis. Boleh call Che Mid di 013-3672459 ya! Kita boleh berhibur dan beramal sekali...
Salam che mid...
ReplyDeleteSatu usaha yg murni ni che mid...tk pernah terfikir pasal tuala wanita bila menderma...betul juga tu.....seluar dlm tu mestila yg barukan che mid...
Tu la pasal seluar dalam selalu orang tak terfikir.. sbb orang asek fikir nak 'clear'kan stok yang dah guna kat umah tu.. kali ni che mid cakap siap-siap, sape nak bagi baju kurung pun ke pek kan sepasang dgn tudung dan seluar dalam (baru) kemudian bungkus elok2. Jangan ingat nak senang je 'buang' barang yang kita dah tak nak.. sori ter'emo la..
Deletetuala wanita, pampers baby dan orang dewasa pun penting kan..
ReplyDeletebetul tu..kadang2 terlepas pandang.. prinsip che mid, kita kena fikir jauh sikit dari orang lain supaya ada kelainan sikit dan kelainan itulah orang terlepas pandang..
Deletepengalaman waktu banjir besar di johor, itulah barang yang selalu dilupakan. selimut pun perlu cik mid.
ReplyDeleteInsyaallah Anim, ada orang infaq RM1000 tadi..alhamdulillah. Nanti Che Mid belikan selimut dan towel
DeleteBestnya k cik. Kalau dekat nak join jugak bersama membantu.
ReplyDeleteSemua tu perlu..bgus idea akk tue..
ReplyDeleteAssalam kak..semoga mjlis amal berjln dgn lancar
ReplyDeleteAmalan yg sangat bermakna buat masa ini. Tepat pada masanya. Sambil berhibur sambil beramal.. Tahniah CM..
ReplyDeleteAssalam, semoga hasrat murni dipermudahkan Nya...
ReplyDeleteBerhibur sambil beramal....
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segalanya....
Alhamdulillah.. semoga Allah swt membalas dengan semua kebaikan ini.. amin. Keep UP!
ReplyDeleteAlhamdulillah, Memang murni sungguh usaha CM. Saya kirim dengan hubby jer kak
ReplyDeleteChe Mid, saya 'curi' gambar akak satu yer...tepek kat blog saya...hehehehehe
Delete..saya pun mangsa banjir..huhuhu..
ReplyDelete