Apa yang ada dalam program tu selain dari pertandingan masak-masak masakan panas? Oh, kita ada pertandingan masakan esotik dan pertandingan kek mentega yang di bawa dari rumah. Gerai jualan dan persembahan pun tak ketinggalan..Kutipan Bantuan Banjir Fasa 2 juga diadakan pada hari yang sama.
Macam biasa Che Mid jadi Pengarah Program dan incaj untuk acara dan persembahan selain dari jadi emcee. Yang tak bestnya, kali ini ramai 'orang kuat' kami yang tak sihat..ada yang demam teruk sampai tak dapat datang langsung. Che Mid pun masih tak sihat selepas balik dari Kuantan hari tu, tapi tetap gagahkan juga..
Kain rentang yang sebelum ni digantung di tepi jalan besar, dah dialih ke bawah khemah. Terima kasih kepada si tukang gantung dan si tukang alih...
Antara gerai-gerai comel yang ada..gerai buku/novel terpakai dipunyai oleh Puan Noraini Sulaiman, si kaki novel yang akan berpindah ke Melaka..mengambil kesempatan untuk 'clear stock' buku-bukunya..
Saat-saat akhir Che Mid dapat panggilan dari tauke Jeruk Penang ni..nak join gak..
Gerai Helwa..khas untuk ahli menjual kuih muih..gebus-gebusnya donat dan pau tu.. masa program hari tu tak sempat menjamah apa pun..bila tengok gambar macam ni alahai ..ruginya...
The Jajanssss..
Untuk acara Makanan Esotik - salah satu penyertaan ialah kulit nangka jeruk..pernah dengar ke? Che Mid tak pernah tau pun...dan jangan tanya macamana rasanya k..tapi nampak macam sedap je kan..
Juara Masakan Esotik - Belulang dalam resepi Sambal Tahun
Buntil Cendawam Kukur..tak tau le ni..masakan Jawa atau masakan Banjar..
Pertandingan kek mentega - tidak mementingkan hiasan tapi lebih kepada rasa..
Inilah pemenangnya..simple tapi tentu sangat sedap..
Aiskrim Kifayah..baru sampai je dah jadi tumpuan anak-anak
Sekarang jom tengok bahagian persiapan yang paling sukar dan rumit sekali iaitu persiapan bahan dan peralatan pertandingan. Bahan asas pertandingan memang disediakan tetapi peserta boleh membawa sendiri bahan lain yang dirasakan perlu atau boleh membantu kemenangan mereka. Seramai 15 orang petugas disediakan untuk bahan dan peralatan juga membantu peserta.
Malam sebelum program, petugas telah turun ke lokasi untuk kupas bawang dan cuci sayuran dsb. Sebanyak 4 buah dapur masak (dua tungku), 4 tong gas dan banyak periuk dan kuali, senduk dipinjam dari ajk dan jiran tetangga. Memang leceh, tapi semuanya dapat disediakan ikut yang dirancang.
Hampir RM400 dibelanjakan untuk bahan dan makanan. Syaratnya ialah hasil pertandingan tidak boleh dibawa pulang kerana semuanya akan dimakan bersama-sama. Untuk makan tengahari, pihak kami cuma memasak 10kg nasi dan sup ayam sahaja, dan semua tetamu boleh makan. Memang licin..( Che Mid jugak tak merasa.. dek kesibukan dan tekak tak berapa selera sebab demam..)
Lobak dan epal tu untuk pertandingan jus buah...
Cik Jah kita tengah celur mee segera untuk pertandinga mee segera goreng kategori remaja..
Kumpulan nasyid The Soul Brothers membuat persembahan pembukaan dengan lagu Law Kana Bainana..
Barisan hakim dari pertubuhan WI dah bersedia..rasanya mereka ni tak berehat langsung, terima kasih daun keladi ya puan-puan..
Acara pertama - pertandingan Kuey Teow goreng (ibu-ibu)
Sebaik sahaja masa bermula, peserta terpaksa mengambil bahan di bahagian belakang..
Inilah bahan yang dah diambil.. kalau tak cukup bahan..berlarilah lagi ke belakang..ala-ala masterchef gitu...Masa nilah nak tengok macam-macam gelagat lucu peserta dan penyokong (penyertaan mengikut lorong-lorong rumah masing-masing..)
Hakim mula menjalankan tugas..
Abah Che Mid pun sibuk juga di dapur tu buat apa...?? Tumpang seronok ya bah..
Peserta kuay teow goreng terlalu ramai, jadi pertandingan terpaksa buat dua pusingan..
Macam-macam jenis kuey teow ada....ini nampak macam Char kuey teow kan..
Makcik-makcik Chef mula masak Asam Pedas Ikan kembong..sorang sekor..ha ha..tentu tak pernah masak asam sekor je ikan kan..
Taraaa... hasilnya...
Budak baju biru tu..Faris namanya.. dah masuk bahan..baru masukkan minyak masak ha haha..
Cantik je budak bersongkok tu goreng telor kan.. Badrul Annam (baju hijau muda) yang menang...
Ini yang dia buat..hebat kan!!
Acara lelaki dewasa pulak..masak sardin dalam tin... Farhan kiri sekali.. lawan dengan atuk Jamil... tapi Farhan dapat no 2, atuk kalah teruk..sampai sekarang atuk tak percaya dia kalah ha ha...
Inilah rupanya..sardin yang orang 'jantan' masak..jadi rebutan masa makan tengahari..licin sokmo!!
Acara suami isteri..buat minum petang...isteri buat cekodok pisang...
Suami buat ayaq panaih!
Seorang lagi suami tengah buat minuman panas..
Siap dengan deko sekali....
Sebenarnya ada lagi pertandingan masakan secara berkumpulan tapi bateri kamera dan kong kali kong...
Apa pun memang happening dan memang memenatkan...program berakhir selepas solat Zohor dengan majlis penyampaian hadiah dan penyerahan barangan bantuan banjir kepada Ketua Kampung.
Tu dia Program Masak-masak kami..kalau anda berminat nak Che Mid uruskan program macam ni..hubungi je Che Mid di 013-3672459 atau emel di hmj_66@yahoo.com
Bagus jugak program ni... ala-ala rancangan Masterchef
ReplyDeleteNak tiru ke..boleh je..tapi memang banyak keje utk bahagian dapur..
Deleteyg tak leh tahan tu budak yg masak maggi,minyak taruh kemudian...haha......
ReplyDeleteA ah..mak budak tu terkekek-kekek gelak tengok gelagat si anak..
DeleteDalam banyak-banyak tu.. saya attract dengan ESKREM... sbb nya saya meme HANTU ESKREM.. kekekeke.
ReplyDeleteErrrk saya banyak gila jgk novel / majalah tapi sayang nak jual huhu.
Ho ho..eskrem kami hari to 50sen je..bila dah habis majlis kami beri percuma youuuu!
Deletesemuanya nampak menyelerakan bg kaki makan mcm akka ni hehe..agak2nya macamna rasa kulit nangka jeruk tu ya
ReplyDeleterasanya..entah la ..kalau dah namanya jeruk, tentu masam kut..
DeleteChe Mid banyak idea dan sanggup bagi komitment paling penting semua sepakat.
ReplyDeleteBanyak idea pun kalau tak sepakat tak jadik ..so far, tak pernah le ada yang sabotaj ke dengki ke alhamdulillah..
Deleteche mid..kalau suami saya kena transfer kerja balik semula KL, saya nak ajak dia cari rumah area che mid duduklah, heee
ReplyDeletesilalah dengan tangan terbuka... bagi tau awal2..che mid halau jiran sebelah ha ha..
Deleteseronoknyer dpt join aktiviti mcm ni... meriah sungguh !
ReplyDeletemeriah tapi penat melepekks!
DeleteYang seronok bila dapat sambutan. Bapak2 pun join, anak2 lelaki pun join..oh saya kagum dengan kerjasama penduduk
ReplyDeletetak le ramai mana tapi cukup le memeriahkan suasana..he he
DeleteMeriahnya kakak tengok. Rmaai pulak tu peserta yg sporting.
ReplyDeleteFarhan pun participate juga eh - boleh tahan juga hero Che Mid ni:)
Oh dia memang suka masak... ikut atuk dia..
Deleteseronoknya sura tengok..yang join semua sepakat..kalah menang takde hal..yang penting happy..
ReplyDeletekalau nak tau, hadiahnya cenonet-cenonet je..yang penting ambik bahagian...
DeleteSibuk nye Che Mid..Jadual padat betul dengan pelbagai program. Harap Che mid jaga kesihatan ye walaupun sesibuk mana..Seronok kan acara2 yang ada ni..nak-nak bab en suami masak tu..hehe
ReplyDeleteDah demam dah pun..menggigil-gigil.. skrg Deeja pulak tengah demam
Deletesalam kenal..singgah blogwalking sini..sudi2 lah singgah blog saye jugak ye..terima kasih :)
ReplyDeletehttp://cikanem.blogspot.com/2013/12/hadiah-semua-orang-nak.html
salam kenal dari che mid..nanti che mid terjah..
Deletemeriah dan kreatifnyer...kulit nangka jeruk...baru pertama kali dengar...
ReplyDeletemenarik aktiviti2 tu… mesti mcm2 gelagat yg boleh tgk… terasa saya pun nak join sama :)
ReplyDeletelebron shoes
ReplyDeletemoncler
vans outlet
yeezy shoes
nike vapormax
hermes bags
ferragamo belt
golden goose sneakers
nike air max 2018
nike sneakers for women
supreme clothing
ReplyDeletegolden goose sneakers
jordan shoes
golden goose sneakers
yeezy 350
pg 1
jordan outlet
yeezy boost 350
kyrie irving
bape