Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday, 26 December 2013

Kemaman Pulak..Kempunan Lagiii...

Kali ni Che Mid ke Kemaman bukan sebab mengacara atau hantar bantuan banjir ya..tapi sebab ikut Che Abang kerja luar. Sepatutnya kami menginap di banglo syarikat Che Abang, tapi keadaannya sangat tidak 'menyelerakan' jadi kami ambil keputusan mencari hotel bajet. He he hotel bajet je la kan sebab kami takde bajet ha ha..


Pusing punya pusing, akhirnya kami menginap di Hotel Sri Kemaman ni. Che Abang kata, " Bolehlah..untuk buat tidur jeee..."

Esok paginya, awal pagi lagi ( ceh..awal pagi orang bercuti..tentu tak berapa awal la kan..menggeliat campur bergolek campur sorang kejut sana sorang bangunkan sini..) Che Mid ajak keluar bekfes..niat di hati nak cari nasi dagang..

 Kami memandu perlahan-lahan mencari pantai..nak tengok laut la kan..dah alang-alang ke Ganu, rugi le tak tengok laut..Psst, jangan cakap orang tau..kami sume tak mandi pagi lagi tau..errr..tapi wajah tetap berseri-seri dan suci gitukan..terutama si kecik Deeja tu...

 Kami singgah di Pantai Mak Nik (diterjemahkan sebagai 'Monica Bay'.. wah kelas gitu..) memang ombak amat menggerunkan..papan tanda tak boleh mandi terpampang... sekali tersimpul dalam ombak menggulung tu, belum tentu boleh bangun,masyaallah.. tapi Allah jadikan lautan sebagai punca rezeki bagi nelayan-nelayan yang akhirnya rezeki itu ada dalam hidangan kita. Hormat sungguh pada para nelayan kita!

 Tiada penghuni .... cuma sampah sarap berserakan... tanda air naik malam semalam menghanyutkannya semula ke pasiran pantai. 

 Bergambar berlatar belakangkan lautan luas terbentang...

Memang le ada warung-warung menjual sarapan pagi yang tentu ada jual nasi dagang, tapi asal nak berhenti je tak jadi..eh..nanti lah..gerai kat depan lah..akhirnya tak jumpa dah gerai..Kami berhenti di sebuah restoran di bandar Chukai, tapi takde jual nasi dagang. nasi lemak, nasi berlauk, nasi kerabu dan nasi minyak adalah.. 


Dengan separuh hatinya, Che Mid pilih nasi lemak berlauk sardin dan ayam goreng berempah.. not bad rasanya, tapi bila dah rasa kempunan nasi dagang.. oh nasi dagang di mana dikau...

Balik dari Chukai, kami ronda-ronda lagi ke kedai makan lain.. mencuba nasib untuk dapatkan nasi dagang tapi hampa wal hampeh!

Balik hotel, Che Abang bersiap ke ofis..kami pulak sambung zzzzzzzz... maklumlah cuaca sejuk sebab hujan malam tu dan ditambah dengan kedinginan aircond, perut pulak kekenyangan dengan nasi lemak..apa lagi..membuta je le...bukan kena mengemas rumah ke sapu lantai ke kannnn..


Deeja memang tak berenggang dengan kakak..tapi sempoi dan selekeh..malas nak siapkan Deeja sangat..duduk dalam kereta most of the time kan.. pakai baju kat umah je..

Tengahari tu, kami check out dan berlepas balik ke KL. Ya, kejap je kan..dalam perjalanan, berhenti di Cherating beli keropok Cap Kapal Layar, Ikan Kurau kering dan satar kegemaran Faris. Che Mid beli 10 ketul je satar panas-panas sebab nak makan dalam kereta, nanti habis boleh berhenti dan beli lagi kat depan tu ha..tapi sedihnya..jalan lagi  dan lagi sampai simpang Kuantan - Gambang dah tak nampak batang hidung satar..adui..perahh menungging !! Che Mid betul-betul makan seketul itu pun kongsi dengan Che Abang..aduhai kempunan! Rasa macam nak pusing balik tapi takut nak ajak Che Abang!!

Kami menyimpang ke Gambang sebab nak ziarah kawan lama masa di Sungai Petani dulu dan sekarang dah pindah semula ke Gambang.


Bergambar dengan Puan Ida di hadapan rumah keluarganya. Nanti Che Mid buatkan entri khas tentang keluarga tabah ini, Insyaallah.

Dari Gambang kami masuk ke Lebuhraya Timur Barat.. berhenti di R&R untuk solat jama'. Masuk ke kereta ..alamak..kereta tak boleh start..bateri ok..radio masih ada suara, lampu menyala..apa yang tak kena ni..Che Abang mula menggelabah tapi Che Mid ok je..hati sesedap rasa..Insyaallah ok..rupanya Che Abang sudah letak itu gear di 'N' bukan 'P'. Itu pasallah kereta tak mau hidup maaa... kalau Che Mid yang drive tentu kena marah..tapi bila orang lelaki buat salah..'takpe' je memanjang kan..

Mengada-ngada nak makan patin Temerloh pulak..walaupun hari dah petang..dari hiway keluar exit Temerloh, nak mencari tempat makan patin yang terkenal di Temerloh tu..ntah apa ke nama tempat tu..beberapa kali pergi dah...boleh nya tak jumpa gak..aduhaii..kempunan lagi..dulu lalu jalan lain..dari arah KL, bila datang dari arah Kuantan..konpiuss! Las-las, perut dah lapo tak makan tengahari lagi..mood pun dah 'panas', kami makan kat kedai tomyam tepi jalan je..mana ada patin!!

Sampai rumah hampir tengah malam. Semalam Che Mid boleh tersenyum lebar..sebab apa ??


Sebab Che Mid dapat masak kari ikan kurau kering dan rasanya sedap seperti yang Che Mid nak. Ingatkan nak masak dengan nenas tapi tak jumpa lak kat kedai.. jadi masak ala-ala dalca but without the dal..petang tu adik ipar dan famili datang, kami makan kari ni cicah roti pulak..tak kempunan dah ha ha!







41 comments:

  1. Kebanyakan pantai kat Terengganu banyak yg tak leh nak mandi..
    Kat Cherating pun...cuma kat betul2 Pantai Cherating tu aje yg mcm best nak mandi. Kalo kat area lain..air dia mcm dlm gambar kat atas ni jgk laa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok dari jauh je le.. Che Mid ni bab-bab air memang penakut sikit.. terbayang macam-macam dalam air tu ishh

      Delete
  2. alahai cik mid..apa byk sgt yg kempunan..patin tu kat r&r temerloh pun banyak..hehehe..sian lak baca..salam kenal ye..

    ReplyDelete
  3. Alahai... cinanya..last time saya p ke tganu thn 2010 lama betul dah tak p g..dapat juga la merasa nasi dagang... tapi kenapa ye pantai kat sna mmg tak boleh mandi-manda kan...rasa sayang pula pantai-2 kat sna..cantik-2 tapi tu la ...sayang sangt...

    Apa pun next itme p lagi cik mid... merasa ynag tak dapat rasa pula...hihih..

    salam ukhwah saya Lin ... nak exchange link ngn cik mid ..leh bawa entry lagi.. ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi dagang kt sini lagi senang dapat dari Ganu..mungkin silap tempat kut..

      Delete
  4. Jauh menung. Napa kak...asyik kempuanan jer nih. Nnt gi ganu lagi yer. Hilangkan rasa kempunan tu...hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menung nengok air laut bergelora tu..takuttt..

      Delete
  5. salam kenal che mid..
    best juga sesekali ikut che abang pi keje luar,dapat jalan2 sekali kan che mid :)
    saya pon suka makan satar sedap tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali time cuti sekolah boleh le ikut..kalau tak kena tinggal je le..

      Delete
  6. jauh benar cari nasi dagang,meh datang lepeh,ramai orang kelantan/terengganu buat nasi dagang,kita makan sama-sama nak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Em, kalau datang lepeh memang itu yang dicarinya..mesti dapat!!

      Delete
  7. Salam kenal Che Mid
    Thanks memfollow blog Miss Mirror..
    Sebenarnya tak kira hotel budget atau sebaliknya, asalkan Cik Abg ada di sisi.. itu dah satu kesempurnaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi gamble la kan, dah terdesak apa yang ada rembat je.. janji ada tempat tidur..

      Delete
  8. Mama sgt suka Terengganu, negerinya bersih, pantainya sangat biru!

    ReplyDelete
  9. Replies
    1. Memang sedap he he berebut-rebut cicah roti..

      Delete
  10. Deeja sentiasa ceria dan peach........

    Pada kala khabar angin mcm2 binatang naik di Sabah dan Trengganu
    Che Mid berani2 bergambar di tepi pantai sana
    Memang bagus, tak mudah percaya pda khabar2 angin
    Selamat berjalan2 menikmati keindahan alam ciptaaNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, kalau ada binatang yang naik lagi bagus, boleh bawa balik dan tepek gambar eksklusif kt blog he he

      Delete
  11. Kalau gi Kemaman...selain nasi dagang...saya selalu singgah sini:

    1- HaiPeng Kopitiam....mmg famous roti bakar..kopi dia...
    2- Aziz Sata - sata dia sedap...

    Pantai2 kat T'ganu mmg cantik....tapi tu la..kalau musim tengkujuh...mmg ombak kuat..laut pun keruh aja airnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak tau pasal HaiPeng tu..yang aziz sata tu tau tapi kami lalu waktu pagi, memang tak buka lagi..

      Delete
  12. dah hilang kempunan ya Kak Mid..
    baru puas rasanya kan dapat yang dihajati..

    Monica Bay nama pantai..glemernya.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang puas dapat makan kari ikan masin tu berulang kali..

      Delete
  13. Pengalaman Aina duduk Terengganu 1 1/2 tahun kalau musim tengkujuh pantai di sana memang sgt menakutkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, pernah tinggal sana.. merasa ke kena banjir?

      Delete
  14. Aduhai, kesiannya. Kalau saya ada kat sana, bolehlah saya culik CM dengan anak2. Kat Kuantan pun boleh dapat satar/sata yang sedap tau. Di Tg Lumpur tu banyakkkk kedai jual sata sedap2. Nasi dagang pun ada jer di Kuantan. Next time lah yer... Insya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time kalu pergi lagi, CM roger2 Aziela awal2 tau..

      Delete
    2. Bolehhhhh...dengan syarat inform awal2. Saya boleh standby kat sana. Takut last2 minit inform, saya ada kat melaka pula....hehehehehe

      Delete
  15. seronok jalan-jalan gini kan che mid. Saya pun selalu terkena camni, depan lagi lah..depan lagilah..last-last takde kedai langsung..huhuhu

    ReplyDelete
  16. kuatnye ombak tu che mid...takot tgok kan

    hehehe...betul tu che mid, kalau kite yg memandu, silap mcm tu pun jadik hal...dok kena marah sampai esok pun tak abis citer...kalau kena pada sang suami muka kontrol macho jeeee...geram tgok kan...

    akhirnya dapat juga mkn ikut selera yang tekak mahukan ye che mid...Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang geram betull..husband always right ha ha

      Delete
  17. Banyak kali kempunan ni che mid. Saya pun kempunan nak jumpa che mid. Che mid ke alor setar, saya ke johor, tak balik Sp, huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. patutla..tunggu juga Anim call..ingatkan tak sudi jumpa Che Mid..

      Delete
  18. cerita sata tu pernah terjadi pada saya.. huhuhu

    ReplyDelete
  19. Kak Zai pun baru balik dari Kuala Terengganu tinggal 3 hari kat sana.

    Terliur tengaok gulai yang che mid masak. Selamat menyambut tahun baru.

    ReplyDelete