Singgah di Sungai Petani, berjumpa dengan jiran lama, kak Nuriah, dulu pernah bertadarus bersama-sama. Lama sangat tak berhubung, rupanya dia jadi pembaca senyap blog ni, banyak perkembangan terkini Che Mid dan famili dia tahu.. best juga kan berblogging ni, kawan-kawan jauh boleh tahu cerita pasal kita walaupun dah tak 'keep in touch'.
Tak jauh selepas keluar dari rumah Kak Nuriah, perasan ada satu kereta ikut kami, pas tu potong dan melambai-lambai suruh berhenti. Rupanya seorang lagi kawan lama Che Mid, tak sempat ke rumah Kak Nuriah sebab baru balik mengaji tapi terjumpa di tengah jalan. Dia cam kereta Che Mid.. berpeluk-peluk le kami di tepi jalan..alahai..
Tak jauh selepas keluar dari rumah Kak Nuriah, perasan ada satu kereta ikut kami, pas tu potong dan melambai-lambai suruh berhenti. Rupanya seorang lagi kawan lama Che Mid, tak sempat ke rumah Kak Nuriah sebab baru balik mengaji tapi terjumpa di tengah jalan. Dia cam kereta Che Mid.. berpeluk-peluk le kami di tepi jalan..alahai..
Sejak akhir-akhir ni Che Mid banyak juga dapat sms dari pembaca senyap blog Che Mid yang tak seberapa ni. Masa sibuk dengan bantuan mangsa banjir hari tu, ada yang call dan sms tanya macamana nak hantar bantuan. Di celah-celah kesibukan mengurus bantuan tu, tiba-tiba Che Mid dapat call dari seorang lelaki.
Ingatkan nak beri bantuan banjir jugalah, rupanya dia penghidap penyakit TB macam Farah dan arwah Firdaus dulu. Jadi dalam keadaan terkejut dan bercelaru, maklumlah..tak sangka doktor kata dia kena TB sebab dia tak batuk-batuk pun, pesakit ini mencari info melalui blog dan terjumpa kisah Farah di http://hamidah-surirumah.blogspot.com/2010/01/farah-sakit-tb.html .Banyak yang dia baca dan akhirnya buat keputusan untuk menghubungi Che Mid sendiri.
Oh, rupanya Cikgu Fauzi orang Kedah..syoklah berborak. Bila dia tanya Farah mengaji di mana, rupanya anak cikgu tu pun belajar di UiTM Penang, sama tempat dengan Farah..nak jadi cerita kan...
Kebetulan kami ke Kedah, ambil peluang menziarahi keluarga Cikgu Fauzi di Kg Berjaya. Sekejap cuma, tapi sempatlah kami berkongsi pengalaman. Farah dan anak perempuan Cikgu Fauzi yang sama-sama belajar di UiTM pun ada... Semoga Cikgu Fauzi sekeluarga tabah dan sabar dengan ujian Allah ini. Insyaallah, kesembuhan akan berpihak kepada Cikgu. Teringat kata-kata cikgu, " Saya tergerak untuk telefon puan sebab nampak dari blog, puan ni terbuka..tak macam kebanyakan blog lain (tentang penyakit TB..)". Oh ya ka..
Niat baik berblogging, harap yang baik-baik juga yang datang..setakat ini begitulah..walaupun ada nombor telefon terpampang, mohon dijauhkan dari makhluk yang berniat serong.
Minggu lepas, Che Mid dapat satu sms di tengah-tengah malam. Pun dia kata, masuk blog Che Mid dan terbaca entri tentang Che Mid jadi emcee di satu majlis bantuan untuk orang susah. Dia minta Che Mid beri nama dan alamat orang-orang yang layak dibantu terutama sempena nak masuk musim persekolahan baru ini. Che Mid tak terus jawab, ya lah..kena berhati-hati juga sebab kita tak tau siapa sebenarnya orang yang sms ni kan. Bila dah bercakap sendiri, barulah Che Mid yakin dan berusaha untuk bantu mana yang mampu. Kalau jadi projek ni nanti, kita tepek foto banyak-banyak kat sini k..
Semalam, Che Mid terima satu sms lagi..kali ni dari cik Liza.. pasal sahabat Che Mid jual novel terpakai di Program Masak2 TDB hari tu. Dia berminat nak beli koleksi novel tu. Jadi Che Mid forward je no telefon kak Noraini pada cik Liza ..mudah-mudahan berhasil.
Ada juga dua, tiga panggilan lagi dari pembaca senyap yang kata suka baca blog yang entah apa-apa ni. Jazakallah wa barakallah. Sesiapa pun anda di luar sana, salam dihulur ukhwah bersambut.. insyaallah.
Ok, habis bab pembaca senyap ni. Meh cerita tentang bisnes Che Mid di utara pulak. Ha ha macam bisnes beso pulak ya... Che Mid jadi pengacara majlis persandingan Cik Nurul Asyikin dan Muhammad Shamsul di Dewan Ukir Mall, Alor Setar pada Sabtu, 21 Disember 2013. Cik Syikin bekerja di Telekom Malaysia Shah Alam, tapi asal dari Alor Setar. Adik ipar Che Mid, Alang yang satu ofis dengan Cik Syikin rekemen untuk Che Mid jadi emcee. Dah berbulan booking, alhamdulillah semua berjalan lancar.
Selamat dinikahkan selepas waktu Asar. Pengantin lelaki berasal dari Johor, maka ramailah orang Johor naik ke Alor Setar ..memang meriah. Tuan rumah pulak sangat peramah dan baik hati, tak heran kalau tetamu ramai yang datang.
Gambar dari fb D'Jati Photograaphy...cantik...
Pinjam gambar dari Afifah Fadhilah..kenal dari lepas SPM lagi you..
Acara membaca doa selepas nikah..dah jadi 'trade mark' Yahanana Events ni..he he
Persembahan gendang dan silat dari Warisan Anak Tuah.. anak-anak muda bawa lagu Tegar dan Putih-putih Melati tau!
Mama dan ayah pengantin perempuan erat berpegangan tangan semasa Che Mid bawa lagu Kasihnya Ibu.. berlinangan airmata terharu bercampur gembira anak perempuan kini dah berpunya. Adik beradik pengantin turut naik ke pelamin memberi ucapan kejutan untuk kak Ngah. Adik yang bongsu tak boleh berkata-kata dek tenggelam dalam tangisan. Selesai ucapan, mereka meluru berpelukan dengan Kak Ngah.
Ramai tetamu yang hadir, jauh dan dekat. Menjelang tamat majlis pun masih ada lagi yang baru sampai. Secara peribadi, memang Che Mid sangat puas hati dengan komitmen dari pihak tuan rumah, walaupun ada masalah teknikal dari pihak dewan tapi dapat diatasi dengan baik dan majlis berjaya dan lancar.
Dengan Mak Su aka 'Floor Manager' yang cekap. Bila ada back up team yang bagus, acara akan tersusun dan lancar. Bertuah pengantin kerana dikelilingi oleh keluarga dan saudara mara yang rajin membantu.
Petang itu juga kami balik ke Klang, tapi sempat singgah di Langgar untuk berjumpa dengan gang Alang dari Telekom Malaysia yang balik kampung. Berkumpul sambil makan laksa sedap!!
Kopi dari fb Sharil Cien (tuan rumah) yang sangat peramah. Baru pertama kali jumpa tapi macam dah kenal lama. Tapi muka Che Mid takde dalam gambar tu...belum sampai lagi sebab kami ke rumah Cikgu Fauzi dulu..
Itu dia perjalanan kami ke utara kali ini. Bertugas sambil menyinggah menambah kenalan..terutama dari blog ke alam nyata. Terima kasih dan setinggi penghargaan buat pengantin Cik Nurul Asyikin atas jemputan.
Itu dia perjalanan kami ke utara kali ini. Bertugas sambil menyinggah menambah kenalan..terutama dari blog ke alam nyata. Terima kasih dan setinggi penghargaan buat pengantin Cik Nurul Asyikin atas jemputan.
Pada bakal pengantin di luar sana, jom dapatkan khidmat Yahanana Events di 013-3672459 untuk aturcara majlis lebih Islamik tetapi meriah!!
Melihat perkembangan ini saya yakin 999% blog Che Mid akan terus maju dan bertahan utk jangka masa yang panjang. Ramai dah tak berblog lagi sebab mereka tidak memiliki matlamat yang jelas.
ReplyDeleteOii..banyaknya 9..he he, terima kasih kerana berjaya menaikkan semangat Che Mid!!
Deletemeriah sunggujh kenduri...pengantin pun comel.
ReplyDeletesemoga kekal ke jannah
Ish memang meriah..anak perempuan pertama kawen katakan..
DeleteSaya berblog semula kerana berharap sgt seorg kenalan lama mneghubungi sy semula di blog..kerana dia rajin juga singgah dan baca senyap tanpa komen..
ReplyDeletedah tu camne sekarang? Dia ada hubungi nyanyisunyi ke
Deletesaya pun suka blog che mid,santai dan peramah ayatnya...hehehe,nasib baik ida tak sms che mid,kot tak jadi bahan dalam blog nanti...hehehehe...kita ni kena jumpa jugak nanti...
ReplyDeleteKita dah bersms beberapa kali tapi belum ada jodoh he he sabo le banyak-banyak ya..
DeleteTahniah Che Mid... Semakin hari semakin mantap perniagaan. Memanafaatkan perkembangan dunia maya dengan betul.
ReplyDeleteInsyaallah, berkat doa semua rakan blogger..
DeleteAlhamdulillah, bila citer dlm blog dijadikan panduan kepada kebaikan...itu cukup menggembirakan...kan che mid..
ReplyDeleteDasat tul perkhidmatan che mid ni....jauh2 pun orang panggil tu...
oh memang dasatt..ha ha..
DeleteYang paling seronok dan puashati blogging ini ialah bila pembaca kita mendapat manfaat kan che mid?
ReplyDeleteAlhamdulillah..memang itulah antara sumbangan utk masyarakat..silent pun silent readerlah..tak mengapa.. senyum!
Delete