Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday, 12 December 2013

Misi Kecil Ke Kuantan

Kami memang sedang menguruskan bantuan banjir yang sepatutnya di kutip pada Rabu (semalam). Tapi pada hari Ahad lepas, dapat maklumat ada sebuah pusat pemindahan tak cukup makanan dan makanan terpaksa dicatu.

Ikhtiar terus dilakukan, supaya bantuan boleh dihantar sendiri dengan kadar segera. Tangan tak henti menekan henfon dan update facebook untuk mengumpulkan mana barangan yang ada dan mencari sang budiman yang boleh membawa barangan tersebut. Ya, kami sendiri akan ke Kuantan hari Isnin tapi kena cari kenderaan. Alhamdulillah, dua orang budiman sudi membawa kami dengan kenderaan mereka.

Photo 
 Kenderaan  Toyota Hilux dipandu oleh En Azman dan isteri. Sedang diisi dengan barang-barang berat seperti beras dan air mineral. Kena pandai susun baru boleh isi banyak barang.  Tiga buah rumah menjadi pusat pengumpulan bekalan. Satu di rumah biras Che Mid, Ayu.. yang kali pertama terlibat secara langsung, memang teruja sangat membantu. Satu lagi di rumah adik Che Mid, Acik yang berwhatsapp dengan adik beradik. Dalam masa setengah hari Acik dapat kumpul barangan bernilai RM1000. Termasuk sayur-sayuran tau..Dan rumah seorang lagi ialah rumah Puan Ita, ajk Helwa taman Che Mid. Dia mengumpul barangan bagi pihak ahli.

 Photo
 Gambar sebelum bertolak, kalau boleh semua nak pergi dan menyerahkan sendiri bantuan tapi apa kan daya, kereta tak cukup tempat duduk sebab tempat duduk dipenuhi bantuan..bawah 'seat' pun penuh dengan barang...

Satu lagi kereta kepunyaan Dayang, kawan lama Che Mid. Sms tanya ok ke kalau drive terus ke Kuantan hantar barang banjir, terus dia setuju dan tanya bila..hari ni? esok?..

 Bertolak dari Klang dalam pukul 9 pagi, meredah jam di KL dan tiba di SK Belukar, Kuantan pada jam 1 tengahari. Adam, anak Acik dan standby tunggu kami di UMP dan bawa kami ke lokasi. Adam adalah sukarelawan UMP yang bertugas di pusat pemindahan.

 Kami disambut dengan pandangan tidak berapa mesra dari orang-orang yang duduk di meja..rasanya orang bertugas di situ, tapi tak tau apa jawatan dan bidang kuasa mereka. Ada perempuan dan lelaki. Mereka kata mangsa dah balik ke rumah dan pusat pemindahan akan ditutup pada pukul 3 petang. Bila kami kata, dapat info mengatakan disitu makanan dicatu dan kami datang nak bagi bantuan, cepat-cepat dibantah oleh salah seorang dari mereka. Oh, itu semua rumours. Di sini makanan berlebih-lebih..Ada yang cadangkan supaya kami letak saja barangan di situ dan akan ada pihak dari kawasan lain datang ambil. tapi kami lebih suka hantar sendiri..



Sementara menanti To' Empat datang, kami di bawa ke kantin sekolah dan dipelawa makan tengahari. Rupanya pihak tentera dah ambil alih. Seminggu banjir, tentera hanya ambil alih pada hari ke 6..pada  Che Mid agak terlalu lewat untuk mangsa seramai 3000 orang. Patutlah banyak 'conflict'..

 Suasana dapur kantin. Pertama kali kami makan hidangan untuk mangsa banjir..kobis goreng yang sedap dan kari ayam dalam tin... Not bad.. 

 
 Abang-abang army di meja hadapan...sebelum berkemas dan membersihkan kantin untuk diserahkan kepada pihak sekolah.

Kami kemudian di bawa ke pusat pemindahan lain, diiringi dua orang To' Empat atau Ketua Kampung ke empat kawasan berasingan.

 Sepanjang perjalanan, inilah pemandangan yang menyebabkan nafas kami seakan terhenti..Barang-barang yang musnah berlonggok dihadapan setiap rumah..kereta 'dijemur' dan lain-lain

 
 Melihat mereka mencuci rumah..tak tau nak senyum atau nak tunjuk muka simpati..

 
 Di Tanjung Punai.. kawasan terpencil..mungkin di tepi sungai atau paya..kalau tadi penempatan di sekolah yang besar dan macam-macam kemudahan ada..yang ini..lihatlah sendiri.di pondok usang..



Kami tak nampak pun bantuan banjir sebelum kami tiba. To' Empat berpesan pada mereka supaya membahagikan bantuan sama rata dan jangan gaduh-gaduh..aduhai.. maknanya memang bantuan sangat kurang atau takde langsung! Kalau ikutkan mahu saja kami beri semua bantuan ke situ, tapi teringat pula tempat-tempat lain..

Kemudian kami di bawa ke kawasan Madrasah Fathul Ulom al Islamiyah, karpet lantai madrasah terpaksa dibuang akibat banjir. Pondok pelajar pun sangat dhaif.. tetapi sayang, pihak yang membawa kami tak tawarkan langsung untuk kami tinggalkan barangan di situ. Yang disasarkan ialah mangsa banjir tapi mangsa dah balik rumah jadi tak jumpa kami pun. Apa nak buat, kami mengikut orang... tapi Che Mid sempat ambil nombor telefon dan nombor akaun Mudir madrasah.


 
Tiba di Sungai Isap.. disambut dengan angin kuat dari helikopter. Terus ke sekolah yang dijadikan pusat pemindahan.

Oh, rupanya ada orang besar datang... dikerumuni oleh Tok Penghulu, To' Empat dan pegawai-pegawai... Mangsa?..Mangsa banjir ramai di kantin dan di dalam kelas, tapi hampir semuanya buat tak tau je.. heran gak. Patutnya, menteri datang jumpa mangsa tapi mangsa buat dek je.. Tapi memang bantuan sangat banyak. Kampit-kampit beras berderetan hingga ke siling kantin, air minuman, diapers pun banyak..pakaian terpakai melambak-lambak..Deeja pun ikut bergolek-golek atas tu.. Jadi, kami buat keputusan untuk ke tempat lain tanpa meninggalkan bantuan kami di situ.

Tentera telah ambil alih. Dengar cerita, bila tentera ambil alih, setiap barangan yang diberi oleh orang luar, tidak akan dibahagikan kepada mangsa.. wallahua'lam.

Akhirnya kami ke Dewan Orang Ramai di Sungai Isap yang telah bebas dari banjir. Ternampak cermin pintu pecah dilanggar ombak banjir.. Disitulah kami tinggalkan baki barangan sebelum bertolak pulang. 

Ada salah seorang diantara mereka yang mengiringi Che Mid meminta wang tunai dari kami dengan alasan untuk membeli barangan keperluan selepas banjir untuk mangsa. Tapi melihat caranya yang berbisik-bisik dan menggunakan nama orang lain, kami sedikit cuak. Kalau betul mahu duit untuk membantu mangsa, kenapa perlu berbisik-bisik. Cakap sajalah depan semua orang..Che Mid pulak bawa duit amanah orang ramai, tak nak lah beri sebarang-sebarang. Akhirnya kami tak beri pun, lebih baik belikan barangan dan hantar kepada saluran yang betul. 

Kesimpulannya, bantuan untuk mangsa banjir tidak diterima secara sama rata. Ada yang dapat banyak dan ada yang tidak mencukupi. Mana tempat yang menteri datang, tentu barang cukup atau berlebih-lebih. Pegawai bertugas pula ada versi cerita mereka sendiri, dan mangsa juga ada kisah mereka sendiri. Bukan untuk menidak atau menghakimi, tapi pada Che Mid dalam keadaan bencana memang pelbagai kemungkinan boleh berlaku walaupun ada yang kata persediaan awal telah dibuat.

Bertolak keluar dari Kuantan dalam keadaan lapar (kebulur)dan penat. Makan tengahari di Gambang di kala waktu menghampiri senja.  Tiba di Meru hampir tengah malam... dan menggigil demam...

11 comments:

  1. Subhanallah.... Malaysia perlukan ramai lagi orang2 seperti Che Mid dan rakan2 serta keluarga. Bila turun sendiri dan lihat sendiri, baru tahu kan... Memang betul...semua bantuan tidak dibahagikan sama rata. Saya tak faham kenapa misi bantuan tidak berperikemanusiaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu sebab banyak NGO bergerak sendiri-sendiri..tak payah ikut karenah birokrasi..dengar sendiri dari mangsa..

      Delete
  2. Alhamdulillah dgn budi dan bntuan dr sis n team. Moga Allah memberkati..:-)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. SubhanaAllah.. semoga Allah swt membalas semua kebaikan ini dgn balasan yg setimpal utk midah dan gang semua. Really walk the talk! Really love you all! Jazakallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang-kurangnya bila baca berita dalam facebook atau tengok tv..kita boleh kata yang kita sudah melakukan sesuatu..

      Delete
  4. Alhamdulillah..Bagusnya kak mid & the gang. Simpati dgn nasib mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada bermacam cara nak tolong orang ni..Che Mid pun tak sangka boleh sampai ke Kuantan.. teamwork made it happen!!

      Delete
  5. ..hmmm mmg pn che mid..jiran2 sy yg berada di pusat bnjir bawa cerita yg berbeza..Wallahualam, sy x berada di sana..apa2 pn tumpang happy n bangga ngn usaha che mid :) ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tu Zira di sana boleh kita jumpa kan..

      Delete
  6. betul che mid, kena pergi sendiri untuk tahu keadaan sebenar..
    macam2 versi kita dengar.tahniah che mid and the gang

    ReplyDelete