Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday, 17 December 2013

Pagar Rumah Siapa?

Assalamualaikum sahabat...

Dari pagi Che Mid sibuk rewang di rumah mak sebab ada kenduri tahlil dan cukur jambul lepas Zohor nanti. Si tukang jahit tiba-tiba call.

Ana    :       Che Mid, Ana nak balik kampung ni. Baju yang Che Mid tempah tu dah siap..Ana   
                   sangkut kat pagar rumah tau..nanti ambik ya, dalam plastik biru.

CM     :      (Memang nak pakai baju marhaban terbaru tengahari ni jugak..tu yang Ana beria-ia
                   telefon). Ok, Ana..terima kasih. Duit nanti bayar kemudian ya..

Dalam pukul 12.30 tengahari Che Mid balik ke rumah untuk mandi dan bersiap-siap. Terus tengok pintu pagar..ish.takde pun beg biru tersangkut kat pagar. Mana pulak baju ni..Che Mid tengok dalam rumah, kut-kut Farhan dah ambilkan dari pagar tadi.. melilau-lilau cari..takde pun..ah sudah..pagar rumah sape pulak Ana pi sangkut baju aku ni...

Che Mid terus telefon Ana.

CM     :     Ana dah sampai kampung ke?

Ana     :     Dalam perjalanan kak.. nape kak?

Aduh..dah mula panik dah ni..tetiba teringat yang Ana tak pernah sekali pun datang rumah..selalunya Che Mid yang ambil sendiri baju siap dari rumah Ana.

CM     :      Ana sangkut beg baju Che Mid kat mana? Takde pun kat pagar rumah Che Mid..Betul ke
                  Ana letak di pagar umah Che Mid..ke Ana salah rumah ni??

Ana    :      Ana sangkut baju di PAGAR RUMAH ANA la..

O ala... di pagar rumah dia, bukan rumah sayaaaa... dan masa itu hujan mula turun dengan lebatnya..dan basahlah baju tu yang masih tersangkut di pintu pagar rumah Ana..akhirnya semasa majlis marhaban, Che Mid seorang yang tak pakai baju 'uniform' tu..




27 comments:

  1. hahaha..kadang2 salah faham ni boleh buat jadi lawak..kesian Che Mid..nampaknya lain kali baru boleh pakai sedondon..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pada muka diri sendiri..nasib baik ada baju kale lebih kurang..

      Delete
  2. aduhai....tak ada rezeki nak beruniform yer kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun, semua orang tanya apa dah jadi..satu hal pulak nak explain..

      Delete
  3. Nak marah ke nak gelak serba salah jadinya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak marah pun , telinga sendiri yang salah dengar.. he he

      Delete
  4. hehehe... masalah komunikasi lah ni che mid... aduhai... tak per next time che mid pakai.. baju tu masih baru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sendiri yang salah faham nak buat macam mana..

      Delete
  5. Hahaha..konfiden je pagar rumah sendiri kan..

    ReplyDelete
  6. As salam kak,

    Ala tak syiokye ending... basah ditimpa ujan gamaknye baju tu...huhuhuu...

    Marya da sebulan dah balik.. bz sgt sampai xsempat nk heboh2...nnt ade rezeki n jodoh kite jumpa ye k.chemid 😙

    ReplyDelete
  7. heheh! Infonya tak jelas... nasib baik basah je... dan tak tersangkut kat pagar rumah orang lain... kalau tak free2 je tuan rumah dapat baju percuma.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sangkut kt pagar orang lain..tengok je la nanti kut2 ada orang pakai baju rupa tu..che mid cam leee..

      Delete
  8. Teruja nak pakai baju baru.. Alhamdulillah.. yang penting baju masih ada & tak dikebas orang walaupun basah.. hahaha.. lawak!

    ReplyDelete
  9. hihihi, boleh pula mcm tu… miscommunication punya pasal, baju dah basah…. saspen jer tadi, ingatkan ilang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang che mid pun ingat hilang dah..aduii..

      Delete
  10. salam.
    hehe baju raya mama hari tu pun tergantung kat luar rumah tukang jahit! masalahnya nak ambil tu kena buka pagar dia, tu yg susah!

    ReplyDelete
  11. Hehe... tak ada rezeki nak pakai baju sama. Selalu juga jiran sangkut barang kat gate kalau kak Zai tak ada dirumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh macam tu pulak..ada sesi sangkut menyangkut pulak ya..

      Delete