Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday, 2 December 2013

The Soul Brothers

Assalamualaikum wbrk sahabat

Sepanjang hari ni hujan memanjang..di rumah ni ada dua bakul besar kain belum bersidai..tunggu punya tunggu tak reda-reda.. nak sidai dalam rumah, tengah ada tetamu menginap..ish tak sesuaaii je rasa nak menggantung benda-benda kecik besar dalam umah kan...tak pasal-pasal ada pulak fesyen show percuma ya..

Cuaca hujung tahun yang lembab tidak menghalang banyak pihak mengadakan majlis masing-masing. 

Semalam berlangsung Karnival Mahabbah Masjid as-Syariff Meru. Dua hari dua malam penuh dan padat acara keagamaan dan sosial. Bagus betul perancangan dan sambutan amat menggalakkan. Kumpulan nasyid Yahanana Events iaitu The Soul Brothers puntidak ketinggalan memeriahkan majlis. Bersama Iwan Syahman aka dangdut.. (lupa pulak nak bergambar..padahal duduk selang dua tiga kerusi je..)

Hari ni semua turun padang kecuali seorang. Shafik tak sihat.. asyik batuk je.. ada percussion back up sekali.

Bersama berdoa semoga persembahan lancar..

 Qasidah Lau Kana Bainana berkumandang..

Sewaktu persembahan, Che Mid kena rakam video.  Masa tu Deeja ada di gerai kawan Che Mid, kebetulan gerai tu betul-betul bersebelahan dengan tangga pentas.

Elok je abang-abang nasyid ada di pentas dan percussion mula intro qasidah.. tetiba ada budak kecik Deeja naik atas pentas. Elok je berdiri sebelah abang Ayan sambil senyum-senyum tengok kamera. Camane ni? Che Mid tengah pegang kamera rakam video.. si Ayan dah bagi klu suruh ambik Deeja.. Ndak tak ndak Che Mid terpaksa off video dan naik ke pentas. Risau gak kalau-kalau Deeja tak nak turun.. takkan nak berkejar-kejar pulak atas pentas tuuu!
Nasib baik Deeja ikut je turun pentas..dan persembahan berjalan lancar. Tapi video sekerat sekerat je la jadiknya.. Deeja Deeja...

Tu diaaaa... back up singer berbaju merah dah maiiiii!!






Pada sesapa yang teringin nak jemput kami ke majlis anda, sila hubungi Che Mid di 013-3672459 atau emel di hmj_66@yahoo.com. 

Pakej terkini Yahanana Events

- Pa Sistem
- Emcee/deejay
- Kumpulan marhaban / Nasyid
- Kompang 

Harga cuma RM1000 untuk kawasan Klang dan Shah Alam sahaja. Untuk kawasan lain, tertakluk kepada kos perjalanan. 





8 comments:

  1. Wahhh sekarang makin ligat bisnes. Kita tumpang gumbira!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gumbira tetap gumbira walaupun kadang-kadang indah khabar dari rupa..he he

      Delete
  2. MashaAllah.. comelnya Deeja tu.. adik abang! Silap2 tukar nama kumpulan kepada "Soul Brothers & little sister" pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow idea yang bernas haha.. kecoh le atas pentas tu kang..siap ada adegan kejar mengejar..

      Delete
  3. Tahniah kak...usaha yang semakin mebuahkan hasil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih panjang perjalanan kami..masih banyak yang perlu dipelajari..

      Delete
  4. Ala, apa salahnya biar Deeja kat situ kak. Ok apa.... hehehehe

    ReplyDelete
  5. Salam Che Mid,

    Semoga terus sukses

    ReplyDelete