Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 1 April 2014

Aqiqah yang Meriah

Assalamualaikum..ahlan wa sahlan...

Bermula minggu pertama April dah... sekejap je hari berlalu. Harapan kita semoga setiap detik yang dilalui akan dipandang Allah dan Dia redha akan setiap langkah perbuatan kita, Amiin.

Alhamdulillah, syukur pada  Allah swt, dari akhir bulan Februari hingga Mac, Che Mid tak menang tangan memenuhi jemputan mengacara dan berqasidah atau marhaban. Hari ni, Che Mid nak 'cover' acara istimewa iaitu pakej :-
1)  pa sistem
2)  marhaban
3) nasyid / qasidah
4) mengacara
 untuk majlis aqiqah dan cukur jambul baby Nuradelia Arissa bt Mohd Firdaus. Pertama kali dapat tempahan sebegini dan puashati dengan hasilnya. Alhamdulillah.

 Baby Arissa dengan nenek, Puan Kaminah dan mamanya, Puan Ezzaty Asmaa.

 Pada pukul 10 pagi, kumpulan Marhaban Helwa mengambil tempat di ruang tamu untuk bertahlil, tahnik, berzanji, marhaban dan cukur jambul diakhiri dengan lagu qasidah. Tamat lebih kurang pukul 11.45 pagi.


Baby Arissa sedang di tahnik oleh nenek tersayang dengan disuap buah kurma dan air zam-zam sambil Che Mid membaca doa khusus.
 

 Bercukur jambul pula..

Antara kawan-kawan marhaban.. terima kasih semua, walaupun jadual padat kerana bertembung dengan cuti sekolah, tapi kedatangan amat menggalakkan.

Tamat marhaban, kami makan tengahari sambil pa sistem menyiarkan lagu-lagu nasyid. Pukul 12 tengahari acara nasyid dan qasidah bermula. Kumpulan nasyid Soul Brother bergantian dengan team Che Mid yang terdiri dari Che Mid, Ruzi dan Dila. 


 Kami ditempatkan di wakaf di halaman yang cantik ini... yang perempuan duduk bersimpuh. (Memang Che Mid suka duduk saja..tak perlu tunjuk fizikal sangat, yang penting suara kita dapat sentuh hati-hati yang mendengarnya terutama pujian dan selawat kepada Nabi dan syiar kebesaran Allah swt. 

Yang lelaki di berdiri di hadapan wakaf, tetamu pula duduk di bawah khemah..suasana cukup santai tetapi meriah. (Farhan tak ikut serta hari ni, sebab ada job Fotografi di Kuala Selangor..)

 Banyak lagu zikir dan qasidah yang tak berapa hafal, jadi banyak la kitab dan kertas di hadapan kami...he he. Majlis berhenti sekejap ketika masuk waktu Zohor dan bersambung kembali dan berakhir menjelang  'Asar. Antara lantunan suara yang dibawa ialah Asma ul husna, Fattabiouni, selawat, Ya Badrotim, Lau Kana Bainana dll.



Pada sesiapa berminat untuk menempah kami di Yahanana Events, hubungi Che Mid di 013-3672459 ya!




22 comments:

  1. Replies
    1. Ya, kenduri tu nampak besar sebab jemput kami...ha ha...

      Delete
  2. Meriahnya majlis ni Che Mid..
    Elok jer baby duduk diam bila di tahnik oleh neneknya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetamu tak datang sekali gus...mungkin dari pukul 12 hingga 3 petang. jadi memang meriah..

      Delete
  3. Wah, majlis besar-besaran juga ni kak. Patutlah blog sunyi. Saya dah jangka, pasti akak sibuk. Syukur Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eleh, pandai Aziela berjangka-jangka ya... alhamdulillah, berkat sokongan rakan-rakan blogger juga..

      Delete
  4. Mcm best jer tgk kumpulan qasidah che mid nie...dl pun cikgu ngaji sy suka sangat ngan prgrm qasidah gini..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh di pakejkan ikut kehendak tuan rumah. Tapi yang speselnya, kumpulan kami adakan majlis tahnik...tak pernah dibuat oleh kumpulan lain, dengan harapan akan jadi ikutan sebab tahnik tu kan sunnah rasulullah..

      Delete
  5. Sehari suntuk majlis dia ye CM.
    Org kaya bolehlah... sambil ambil amalan sunat utk majils cucu/anak dapat menjamu tetamu. Banyak pahala juga suka bersedekah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah kak, boleh kata sehari suntuk..family tuan rumah ni memang sangat pemurah dan rajin buat majlis makan-makan macam ni kak..moga rezeki terus murah..

      Delete
  6. Itu majlis cukur jambul kalau kenduri kahwin macam mana le meriahnya tu agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha, kalau kenduri kawe..habis jalan jam..

      Delete
  7. Amboi! meriahnya majlis...bunda dah lama tak ikut join majlis camni...asyek balik kampong jer kebelakangan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunda, tentu kawan-kawan dah rindu tu..jom join semula..

      Delete
  8. saya doakan Yahanana Events semakin sukses! saya dah cukup quota anak, kalau tak boleh guna khidmat Che Mid utk majlis akikah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe, boleh tolong promote di Aman Perdana he he

      Delete
  9. Waaa bestnya... bisnes makin kencang sekarang!
    Semoga makin sukses.

    Kalu Yahanana Events kat kelate... buleh jgk jemput, tp jauh pulok huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe buleh je... kawan-kawan punya pasal...

      Delete
  10. tahniah che mid..semoga terus maju jaya...

    ReplyDelete