Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 25 October 2011

Ayah Nak Kawin Lagi..

" Salam aunty, Ina (bukan nama sebenar) akan dapat mak tiri.. Ina sedih sangat ni tapi ayah beria-ia.. Ina tak tahu nak ngadu kat siapa.. Sedih sangat-sangat.. apa perlu Ina buat? Ina sayang arwah mama.. Ina tak boleh terima perempuan tu lagi dalam hidup Ina.."

SMS ni Che Mid terima dari anak seorang sahabat yang telah pun meninggal dunia tahun lepas akibat kanser payudara.  Henfon pula meragam, tak boleh hantar keluar SMS, jadi Che Mid tak dapat menjawab segera.  Simpati pada anak ini yang baru kehilangan ibu tercinta. Bakal isteri baru ayah dianggap pengganti mama yang sangat-sangat disayangi. 

Bagi Che Mid, itu perasaan normal bagi seorang anak. Namun, Che Mid mohon komen dan nasihat dari pembaca budiman yang rata-ratanya adalah ibu dan ayah. 

P/s : Ina pembaca senyap blog ini. Sekiranya Ina dah terbaca sebelum aunty beritahu, ambil ini sebagai nasihat dari seorang tua terhadap anak sendiri. Fikir baik-baik dan ambillah jalan tengah. Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Komen aunty akan menyusul kemudian.

23 comments:

  1. Berat nih.. jika letak mama kat tmpt dia.. mama pun tak setuju.. lagi2 baru je takde kan.. tp difikir2kan kesian jugak kat bapa kita kan.. sunyi kot pasal tuh cr penganti...

    maaf jika komen mama tak menepati kehendak soalan.. soalnya susah sgt.. hanya org yg dah melaluinya mungkin dpt menjawabnya sejujur2nya..

    ReplyDelete
  2. Kakak punya pengalaman sama macam Ina itu. Buat kami adik-beradik mulanya tidak dapat menerima tetapi bila pak-mak saudara semua menasihati dan mempersoalkan ini sila ambil perhatian: -

    1. Islam membenarkan kalau ayah memang mampu zahir dan batin
    2. Mampukah kita menjaga ayah sebagaimana seorg isteri melayan suami?
    3. Bukan menikah lagi bererti ayah tak sayang arwah mak kita dan kasih akan berkurang pada kita
    4. Ibadah ayah akan lebih mantap dgn adanya isteri - mereka boleh beriman selalu
    5. Banyak lagi sebenarnya

    Buat kakak ayah yg menikah lagi akhirnya sebenarnya lebih membahagiakan bila ada org lain menjadi temannya tika kita semua masing-masing punya keluarga sendiri.

    Insya-Allah kasih ayah tidak berbelah-bagi kerana kita tetap anaknya. Maaf CM panjang sangat ni....

    ReplyDelete
  3. Maaf CM wrong spelling pulak no. 4 itu bukan 'beriman' tapi 'berimam'..

    ReplyDelete
  4. tak tahu nak komen mcm mana, tp mungkin kata2 dari kakzakie tu dapat di jadikan panduan..

    si ayah patut bercakap dengan jujur isihatinya pada si anak, takut bila anak tak dapt terima, dan ayah pula lebih dekat dengan isteri baru, anak mula cari orang luar untuk mencurah masalah...

    ini mmg berat, hanya yang melalui boleh faham rasanya..

    ReplyDelete
  5. cerita ini agak berbeza tetapi perasaanya mungkin ada sedikit persamaan.

    arwah abah meninggal dunia sejak aina berusia 2 tahun. pada usia 13 tahun emak ambil keputusan untuk kahwin. memang kami 4 beradik tak boleh terima.

    ALLAH telah menjanjikan yg terbaik buat setiap hambanya. selagi kita merendah dan beralah dengan org tua insyaallah ALLAH akan permudahkan juga perjalanan kita.

    kasih ayah atau ibu tak mungkin akan berkurangan pada kita sehingga akhir hayat.

    ReplyDelete
  6. Salam, che mid. Kak pun ragu2 nak komen, takut tersalah bahasa pula. Apa pun si ayah mesti menerangkan niat sebenar mengapa dia berkahwin lagi supaya anak2 tidak berjauh hati dan jgn sesekali mengabaikan anak2 walau apa pun yg terjadi.......

    ReplyDelete
  7. saya ada pengalaman sepupu saya. ayahnya kahwin lain setelah ibunya meninggal. Ingatkan tiada masalah, rupanya berlaku pergaduhan besar antara anak2 dengan isteri baru. Tambah2 isteri baru tinggal bersama. Asyik bergaduh dari mula kahwin hingga ke akhir hayat si ibu tiri.

    ReplyDelete
  8. Salam... PR pun setuju dengan kak zakie jugak. Memang nak kite terima hakikat yg kita akan ade mak tiri dlm mase g yg singkat. Tetapi kite kene yakin mungkin ade byk lg kebaikan yg akan kite dpt. Be positif....

    ReplyDelete
  9. permulaannya mmg begitu. tapi lama kelamaan akan oke. kasihan kan ayah..dia tiada teman setelah pemergian ibu nya..

    think positif & vision yang positif! =]

    ReplyDelete
  10. Berilah peluang kpd ayah tu,
    Bersangka baiklah kepada kedua-duanya
    Apa yg berlaku selepas ini serahkan kepada Allah

    ReplyDelete
  11. Bila terbaca kisah ni, saya teringat ketika arwah abah saya meninggal kira2 17 tahun lepas. Ketika itu saya berumur 17 tahun & nak menghadapi SPM. masih baru dengan kematian arwah abah, mama kerap kali di hubungi oleh kawan2 baik arwah yang menyatakan hasrat ingin menjadikan mama sebagai isteri. tetapi mama tak pernah sorok dengan anak2, & mama memberitahu bahawa hati dia belum terbuka kepada mana2 orang lain lagi. (situasi mungkin berbeza bagi lelaki & perempuan)

    namun sebagai anak yang belum matang ketika itu sudah tentu perkhabaran sedemikian membuatkan saya memberentok dalam diri seandainya mama akan berkahwin lain. Kini mama saya meneruskan kehidupan hari tuanya dengan setia di rumah yang di tinggalkan arwah. kalau di ajak anak2 untuk ke KL, memang dia tak boleh duduk lama. teringat kat rumah katanya. Nasib baik anak sulung menetap bersama mama. anak2 yang lain semua duduk secara berasingan.

    bila di fikirkan usia tua mama sekarang, secara peribadi saya berpendapat seandainya mama juga menyimpan hasrat untuk berkahwin lain, saya tidak ragu2 untuk menyokong. malah saya juga akan menanggung semua perbelanjaan tersebut. Ini kerana secara fitrah, manusia di jadikan secara berpasangan. ada yang dapat di luahkan kepada anak2, & ada yg terpaksa di pendam dalam hati.

    tidak salah untuk belajar menerima perubahan sekiranya ke arah yang lebih positif

    ReplyDelete
  12. Salam.... Apa yg berlaku betul2 macam apa yg berlaku pada kami sekeluarga...Mak meninggal 16 tahun yg lepas semasa Adik yg kecil baru berumur 6 tahun, family kami ramai, 10 org dan yg masih sekolah dan tinggal dgn abah masa tu 4 org...Lebih kurang sama, lebih kurang setahun lepas tu geng2 masjid abah mula nak gu kan abah tuk kawen. Bila abah tanya kat kitorang, kami membantah dgn alasan adik masih kecik2 dan masih sayangkan arwah mak dan tak boleh terima org lain sebagai mak dalam keluarga ....Jadi abah mengalah...
    Tapi sekarang adik2 semua dah besar dan semua belajar tinggi dan kerja dan keluar dari kampung, jadi tinggallah abah keseorangan kat rumah. 4-5 tahun lepas kami berbincang sesama adik-beradik yg kami salah dulu sebab tak membenarkan abah kawen, dan kami usulkan kat dia utk kawen dan kami berusaha tanya kawan2 dia tuk carikan kat dia, tapi dia menolak dan katanya dia memang takde hati dah nak kawen sekrang.....
    Masalahnya sekarang, dia keseorangan di kampung, segala sakit pening, demam, masak, membasuh dibuat sendiri kerana anak2 keluar bekerja di seluruh negara....Kami memang selalu bergilir2 balik tapi hanyalah pada cuti dan hujung minggu. Kami tahu abah sunyi tapi abah dah tawar hati naki kawen lagi..walaupun dia boleh dikatakan agak berada dikampung, tapi harta tak boleh mengubat kesunyian seorang bapa....

    Jadi nasihat dari Anak haji Amir ni, bagi la dia kawen, anak2 nanti semua akan kerja, kawen dan tinggalkan dia seorang di rumah...Jgn jadi macam apa yg berlaku pada kami...Tolonglah beri dia kawen, yang lainnya berserah pada Allah....

    ReplyDelete
  13. Assalamualaikum Che Mid,
    Ina mungkin masih usia remaja, masih bersekolah dan memang tidak dapat dinafikan masih dalam krisis identiti,
    cadangan Amie sebagai seorang guru yang memang banyak berhadapan dengan masalah remaja dan keluarga, dapatlah kiranya Ina bertemu dengan Guru Kaunseling, sebab khidmat dan nasihat unit ini sekurang-kurangnya dapat membantu Ina mencari jalan penyelesaian, sebab masalah Ina berkaitan dengan jiwa dan perasaan serta penerimaan Ina terhadap keputusan yang ayah Ina buat, mudah-mudahan melalui penerokaan diri bersama Guru Kaunseling,sedikit sebanyak dapat membantu Ina memahami realiti kehidupan sebenar dan bukan selamanya berada dalam situasi bawah sedar. Kebijaksanaan mengawal emosi dan membuat keputusan pada hari ini amat mempengaruhi masa depan Ina.

    ReplyDelete
  14. Aslkm

    Che Mid t/kasih selalu komen kat blog mama.
    Ipar mama pun baru seth meninggal, suaminya minta mama carikan calon yg sesuai. Susah nak kata.
    mama kata klu calon tu disukai anak2 oklah.

    Mama rasa bagilah masa kat anak2 tu...dah lama sikit kawinlah...Memang susah duk sorang.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  16. Salam Che Mid,

    Memang bagi seorang anak nak menerima orang lain sebagai pengganti ibu tentulah sukar. Mungkin anak ni masih muda dan belum begitu jelas tentang perjalanan hidup orang yang dah dewasa.

    Banyak anak-anak terutama anak perempuan tidak dapat menerima ayahnya kawin lagi sebagai pengganti ibu mereka.

    Apa yang boleh dikatakan ialah dah memang lumrah naluri manusia dewasa memerlukan seseorang sebagai teman dalam hidupnya untuk mengasihi dan menjaga dirinya dan makan pakainya.

    Sebagai anak walau macam mana pun kita sayang pada ayah kita, kita takkan mampu menjaga ayah kita sebagaimana isterinya menjaga dia. Kita cuma boleh menjaga dari segi lahiriah sahaja.

    Kita tidak boleh memenuhi kehendak batiniah dia. Kita tak mungkin selalu ada masa untuk melayan dan menghilangkan kesunyiannya sebagaimana seorang isteri boleh melakukannya. Seorang anak tidak akan mampu menjaga ayahnya bila dalam keadaan tidak sihat sebagaimana isterinya menjaga dia terutama dari segi auratnya.

    Paling perlu diingat ialah dalam islam pun anak-anak disuruh mengahwinkan ayahnya sekiranya ayahnya sehat. Malah jika ayahnya tak mampu dari segi kewangan, anak-anak hendaklah membantu dia. Apa lagi kalau ayah tu memang mampu dari segi zahir dan batin.

    Yang dah tak ada, sudah tentu perjalanan hidupnya di alam sana, yang tinggal mesti meneruskan hidup. Jadi restuilah hasrat ayah tu disamping berdoa semoga kasih sayang ayah kepada anak2 tidak berubah walaupun beristeri baru.

    Che Mid maaf terpaksa delete post di atas, banyak silap ejaan lari maksud.

    ReplyDelete
  17. salam...

    Ada pihak yg setuju, manakala pihak lain x bersetuju...keknye, sbg seorang lelaki yg berkemampuan.....memang x lari dari berkehendakkan teman...

    ReplyDelete
  18. Salam semua pengomen

    Subhanallah, anda semua telah memberi komen yang melangkaui jangkaan Che Mid. Syukran jazilan..Teruskan komen pada yang belum meninggalkan jejak. Pastinya Ina akan sangat menghargainya..

    ReplyDelete
  19. Salam anakku Ina

    Maafkan Che Mid kerana membuat entri ini tanpa izin.

    Nah, Ina dah pun membaca komen dari sahabat CM. Cuma CM nak tambah sedikit lagi.

    Mama dan ayah ada tempat tersendiri pada tiap anak, dan tempat ini tidak boleh diambil dan diganti oleh sesiapa pun. Mama tetap mama Ina yang dah pun berada di alam sana. Tugas Ina kini adalah mendoakan keampunan dan kesejahteraan mama sentiasa. Sebagai tanda sayang, bacakan al-Fatihah untuknya setiap selepas solat, dan jangan buat dosa yang boleh menyiksakannya di sana.

    Percayalah, tentu mama mahu anak dan suami bahagia walaupun dia telah tiada. Mama tidak mahu anak dan suami terus bersedih dan meratapi pemergiannya.

    Ayah juga ada tempat dan haknya di sisi seorang anak. Ayah tetap sayangkan anak walau apa terjadi, cuma mungkin tidak ditunjukkan sangat. Selagi tanggungjawab sebagai bapa dilaksanakan dengan baik, Ina mesti taat padanya. Maafkan segala kesilapannya. Anggaplah ayah kini juga memerlukan masa dan ruang untuk mencari kekuatan diri setelah kehilangan isteri tersayang, seperti juga Ina yang sedang membiasakan hidup tanpa seorang mama di sisi.

    Ayah berhajat untuk beristeri lagi dan dia mampu. Che Mid mohon Ina bahagiakan ayah dengan merestui perkahwinannya. Terimalah isteri ayah dengan hati terbuka. Hati di dalam memang sedih melihat ada orang lain di sisi ayah tapi itu kehendak ayah, redhalah..Beri ruang pada orang baru menjadi sebahagian dari keluarga Ina, moga Allah memberkati dan merahmati.

    Mari kita teruskan hidup ini ke hadapan. Ayah dengan kehidupan baru, Ina dan adik beradik juga punya hidup baru yang mesti dinikmati sebaiknya.

    Akhir kata, jangan bina benteng pemisah, tapi binalah ukhwah dan kasih sayang, pasti yang baik juga yang menang!

    Jagi diri baik-baik. Wasallam.

    ReplyDelete
  20. bagi saya tiada siapa dapat gantikan ibu kita tapi adakah kita yang akan membela ayah kita...

    kita mungkin ada komitment lain..tapi sebelum tu selidik dulu latarbelakang bakal ibu baru kita..

    ReplyDelete
  21. Pendapat saya .. tak pa lah sebab bapa bukan menduakan arwah ibu ...

    setiap yg hidup perlukan pasangan ... mungkin dh ketentuan Allah masih ada lagi peneman untuk bapa ..
    Tak pa.. tp sebelum tu semak tu latar belakang bakal mama tu ..

    ReplyDelete
  22. Kak Zai setuju dengan apa yang dikatakan kakzakie insyaAllah ada hikmah disebaliknya.

    Terjadi kepada anak2 abang saudara kak Zai,ayah mereka kahwin lain tapi hidup mereka disiksa sebab perempuan yang kahwin dengan sepupu kak Zai tu cuma nak kan pangkat dan harta yang ada pada ayah mereka.

    ReplyDelete