Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday 31 October 2011

Sajian Sepanjang Minggu

Sajian sepanjang minggu

 Sambal Sotong Berkentang

Bahan-bahan :

5 ekor sotong sederhana besar dipotong bulat
2 biji kentang dipotong sederhana
Cili api, taruhlah banyak kalau nak pedas
2 biji cili besar - buat cantik-cantik je
Bawang besar
Bawang putih
Dua biji tomato di potong empat
Sebatang serai dan sedikit halia untuk hilangkan bau sotong
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa
Garam, gula dan minyak
Cara membuatnya - goreng macam biasa dan hidang



 Pecal keli sawah dan jantung pisang

Bahan - bahan
Sekilo ikan keli ( Che Mid beli dari sawah punya.. best!) 
- di siang, cuci, campur garam dan kunyit. Golek atas tepung gandum baru di goreng supaya tak meletup-letup.
Sebiji jantung pisang, belah empat dan celur.

Segenggam cekur - ambil daun dan akarnya sekali
Bawang merah dan putih 
Cili padi
Santan pekat dari sebiji kelapa
Garam, gula dan asam jawa

Cara membuatnya :

Kisar cekur, bawang dan cili padi, tuang dalam kuali tanpa minyak. Masukkan juga santan pekat dan kacau perlahan. Masukkan garam, gula dan asam jawa secukupnya. Bila hampir mendidih, masukkan ikan keli dan jantung pisang.




 Nasi goreng lobak masin

Cara membuatnya - Tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi yang telah dipotong kasar-kasar. Masukkan belacan dan ikan bilis. Masukkan lobak masin yang juga dipotong kecil. Masukkan nasi putih yang telah digaul garam. Akhir sekali masukkan telor. Bila dah sekata kira dah jadik la tu. Masa makan tu, enjoylah dengan bawang dan cili sekali jangan dibuang tau..

  Nasi goreng Cina

Cara membuatnya -
Gaul nasi putih dengan garam dan lada sulah. Ketepikan.

Tumis bawang putih yang dah dipecah-pecahkan. Masukkan sotong, fishball dan udang. Pastu masukkan sedikit kiub ikan bilis dan sedikit sos tiram dan minyak bijan jika ada. Masukkan nasi dan telur. Siap


Mee hun goreng tom yam
Bahan-bahan
Sebungkus mee hun direndam
Makanan laut seperti udang, sotong , bebola ikan dsb
Sayuran - kubis bunga, lobak merah, putik jagung, capsicam, daun limau purut
4 batang serai
Bawang merah dan bawang putih secukupnya
garam
Kiub tomyam (che mid suka adabi)
Satu paket rempah tomyam (adabi juga)
Tambah limau kasturi (jika suka lebih masam)
Minyak untuk menggoreng

Cara membuat - Goreng seperti biasa.

Kek Lobak (Resepi Newbie, Myresepi.com ) Sekali buat terus jadi. Guna minyak tak guna mentega.
 

Ayam Nenas tiru dari dapur Amie. Sedap sangat...terutama ayamnya. Lembut di dalam, rangup di luar sebab diperap dan disalut tepung jagung.

Che Mid tak sempat tulis resepi kek dan ayam nenas ya, Deeja dah merajuk Che Mid tak layan dia...!

20 comments:

  1. Seronokkan bila masak-2 n berjaya buat..Tahniah Che Mid

    ReplyDelete
  2. Che Mid..belum pernah masak sotong ngan ubi kentang..terima kasih sudi kongsi disini..

    ReplyDelete
  3. Minggu makanan yang sedap-sedap...kak kalau jemput saya makan bertambah pinggan ni..sambal sotong akak kalau buh cili kering lagi sedap tak kak?

    ReplyDelete
  4. paling terliur adalah sambal sotong berkentang

    ReplyDelete
  5. Adnaz - Alhamdulillah. Betul tu, bila selalu buat lama-lama ok

    ReplyDelete
  6. Acik Erna - Masakan yang biasa bagi kita, tak semestinya biasa bagi orang lain, walaupun mudah... cubalah..

    ReplyDelete
  7. ummiarissa - Ok, lepas ni masak sotong tambah dengan cili kering potong pulak ya.. terangkat!

    ReplyDelete
  8. eelobor - kalau duk sebelah rumah, dapat bau je le ha ha

    ReplyDelete
  9. Junaina - keli bukan sebarang keli.. keli sawah memikat hati.. isinya kental sikit..

    ReplyDelete
  10. ya allah sodapnya kak.. saya suka semua sekali dan saya nak amkan semua sekali sebelum saya terbts untuk makannya hehe...


    p/s: kalau sis ada fb boleh minta add saya di sini ada perkara yang saya nak bertanya..tidak penting mane tapi sekadar ingin berkongsi , tp itupun kalau sis sudi...

    http://www.facebook.com/amysyaquena

    ReplyDelete
  11. Salam CM

    Mama suka tgk masakan tu.
    Hehe nak tirulah masak keli dgn cekur tu... tapi mama takut nak masak keli ....

    ReplyDelete
  12. Nizam - Ala bukan susoh mane masoknya...tak sampe 10 min..

    ReplyDelete
  13. Mama Ju - Salam kembali.. nak takut apanya.. takde nya dia sengat ha ha..

    ReplyDelete
  14. Salam Che Mid...nk resepi kek lobak tu...dh cari ..tak jumpa la..

    ReplyDelete
  15. amboi.. sedap2 masakan yg disediakan.. terlioq tengok

    ReplyDelete
  16. noorsafone - ok, akan kuturut kehendak mu, sabaq na..

    ReplyDelete
  17. secangkir madu merah - ya la tu.. lain kali tepek lagi..he he

    ReplyDelete