Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 19 December 2013

Bantuan Banjir - Misi ke 2

Balik dari menghantar bantuan banjir ke Kuantan, tengah malam 9 Disember 2013..badan menggigil. Terus cari ubat dan berselimut tebal. Esok paginya..demam berkurang tapi kepala sakit yang amat. Makan ubat lagi dan tidur lagi...Esoknya, Rabu, ada misi mengumpul barangan banjir lagi (sama hari dengan Program Masak-masak TDB) macamana pun gagahkan juga ke kedai untuk membeli barangan lagi dengan wang tunai sumbangan orang ramai.

Sementara itu, di Surau al-Faizin orang ramai dah mula menghantar barangan bantuan..bermacam jenis, bermacam saiz.


Che Mid bergegas ke kedai tilam..dapat beli tilam saiz bujang untuk anak-anak..RM25 sekeping, Che Mid tempah 50 keping. Esoknya, lori kedai perabut hantar ke surau.



Che Mid beli dapur memasak dua tungku... dapat harga agak murah. Suami Che Mid tolong ambil dan hantar ke surau juga. Ada dua tiga kotak tepi tu, orang hantar last minute..tak mengapa..

Pasukan petugas mula mengangkut barangan ke atas lori..hari mula hujan..aktiviti jadi perlahan..oops ada diapers baby tertinggal..itulah akibatnya bila barangan tidak dibungkus..beli di kedai terus hantar, tapi petugas dah siap-siap bawa pelekat dan kotak kosong..mereka tahu apa nak buat dengan bungkusan yang terkoyak atau tak kemas.. tabik sungguh dengan adik-adik ni..langsung tak komplen atau merungut.. masyaallah..! 

Maaf Che Mid nak sentuh sikit, ada kalangan penyumbang yang 'malas' membungkus elok-elok..tak keruan jadinya bila dah berlonggok di surau ni terutama pakaian terpakai. Tak taulah, samada betul ikhlas menyumbang atau nak 'clear' stok baju lama. Apalah susahnya kita mengasingkan pakaian lelaki dan perempuan atau kanak-kanak, dengan kesusahan mangsa banjir yang terpaksa membelek satu persatu dalam longgokan kain baju..entah mana kain, mana baju..mana baju anak kecil, mana baju orang tua...fikir-fikirkan lah ya...

Dari surau al-Faizin, kami berjaya mengumpul 3 lori bantuan yang dianggarkan dalam RM5000.  Campur dengan jumlah dari misi pertama RM3000, jadi RM8000..Alhamdulillah wa syukurillah.

Kumpulan inilah yang telah membawa barangan sumbangan anda semua ke Pahang. 

Che Mid ada juga pesan, kalau suka boleh tulis nota kecil dan no telefon dalam bungkusan sumbangan..mana tau ada yang membalas dengan sms ke..bukan nak menunjuk tetapi sekadar mahu tau ke mana barangan tu sampai.. 

Photo: Alhamdulillah.. ayu terima message pagi ni. TQ to all my friends yg berhempas-pulas.. kepada para dermawan. Tabik hormat kat uol. <3
Alhamdulillah...moga dapat meringankan beban serba sedikit..nota comel diterima oleh Ayu (penyumbang)..



Photo: Saya terima mms ni dgn notes 'Syukran'. 
Para dermawan..Mudah2an semua brg2 yg anda sumbangkan sampai kepada yg layak dan berhak. Amin.

Satu lagi...satu mms yang diterima oleh Ayu (penyumbang)... dengan kata 'syukran'..cukup menggembirakan bila tahu barangan kita sampai pada yang berhak. Melihat pada gambar lantai tu..dapat agak macamana agaknya keadaan rumah mangsa..hanya Allah yang Maha Mengetahui..

Selepas itu, masih ada lagi sahabat yang memberi sumbangan wang tunai, dan telah pun Che Mid masukkan ke akaun Madrasah Fadhululoom Tahfiz al-Quran al-Islamiyah, Kuantan yang juga mengalami kerosakan akibat banjir.

Selesai sudah.. satu tanggungjawab sosial..dariku untukmu....salam mahabbah dari Che Mid!

10 comments:

  1. Tahniah Che Mid kerana menjadi salah seorang sukarelawan yg gigih. Tanpa orang-orang seperti Che Mid, dan sukarelawan2 lainnya, tentulah mereka mangsa-mangsa banjir itu akan rasa tidak dipedulikan dan tersisih di bumi sendiri. Tahniah! Tahniah Che Mid. Kami kagum akan kegigihan Che Mid dan pasukannya.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Suka baca cerita Che Mid tapi Aina tak ada peluang lagi untuk buat macam Che Mid, insyaallah suatu hari nanti.

    ReplyDelete
  3. sukanya sura baca n3 Che Mid ni..bagusnya Cik Mid dan sukarelawan yg lain...semoga Che Mid lebih bersemangat lagi dengan kerja2 amal cam ni..In Sha Allah..sura pun nak jadi cam Che Mid lah...:)

    ReplyDelete
  4. Betul kak....kena asing2kan, labelkan. Supaya dapat memudahkan.... Barakallah, kak.

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan urusan ye che mid

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, tahniah che mid & semua para petugas yang turun padang!

    ReplyDelete
  7. salam kenal dr Nurul dan dah follow che mid.
    Alhamdulillah,tahniah che mid sbb berjaya menguruskan bantuan banjir di Pahang.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...tahniah kpda Che Mid dan para petugas..
    Bangga dgn rakyat Malaysia yg prihatin...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah... semoga apa yang che mid lakukan mendapat ganjaran dikemudian hari, tahniah.

    ReplyDelete