Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 4 December 2013

Cuti-cuti Cari Ilmu

Cuti-cuti macam-macam aktiviti. Che Mid ada banyak entri tertunda sebab ada banyak 'paperwork' nak buat. Ceh...kunun.. ha ha. Entri pasal emcee dan wedding pun banyak tertunda sebab tak nak pembaca jemu..asek-asek entri pengantin je..

Jom kita tengok gambar-gambar sempena aktiviti cuti sekolah di taman Che Mid. Untuk anak-anak umur 8 hingga 15 tahun, kami anjurkan satu program bernama Cuti-cuti Cari Ilmu yang mendedahkan anak-anak tentang solat sunat, azan dan bacaan dan terjemahan al-Fatihah. 



Ini dua fasi utamanya. Yang tinggi anakandaku Farah Khalidah dan sebelahnya Ema anak dara Halijah,  jiran Che Mid. Saja kami pilih anak-anak taman yang sedang belajar di IPTA untuk mengendalikan program macam ni. Ada pelapis untuk mengganti ibu-ibu nanti.

Photo
Farah mengimamkan solat sunat Dhuha, Tubat dan Hajat. Memang mendebarkan bila pertama kali menjadi imam solat tapi Farah berjaya membawanya dengan baik. Tabarakallah..

Sesi teori solat oleh Ustaz Azman. Walaupun kehadiran anak-anak lebih kurang 70 orang tetapi tabik spring pada Ustaz Azman kerana berjaya menjadikan kelas yang menarik dan tidak menjemukan. Percaya tak? Tiada anak-anak yang mencuri-curi keluar dewan kecuali seorang dua yang ke tandas. Suasana di dalam kelas juga tidak bising dan terkawal. 


Hari kedua - anak-anak perempuan belajar menjahit manik. Sungguh teruja sekali anak-anak ni memegang jarum dan benang..sampai ada yag tak nak berhenti minum pagi. Ada juga yang tak pandai memasukkan benang dalam jarum dan bermanja-manja dengan ibu-ibu dan nenek-nenek minta tolong masukkan benang tu he he..


Masing-masing duduk dalam kumpulan dan setiap orang diberi perkakasan secukupnya. Oh ya, tiada bayaran dikenakan untuk program 3 hari ini.. semua perbelanjaan ditanggung oleh pihak KRT dan pihak surau.

Bukan anak saja yang seronok menjahit manik..ibu-ibu dan nenek-nenek jugak tak lepas peluang. Gurunya merupakan jiran kami juga yang memang mengambil upah menjahit manik.. Che Mid memang tak minat mengambil bahagian kalau sendiri yang menganjurkan.. lebih suka mengurus dan memerhati..


Tiga sepupu - Farah, Sofea anak adik Lina dan Emira Huda anak adik Nor



Bersarapan pagi dengan kawan-kawan di anjung surau..


AJK program yang terdiri dari ibu-ibu dan nenek-nenek serta dua fasi..Insyaallah, sama-sama bergotong royong..menggunakan masa dan kepakaran yang sedikit untuk manafaat anak-anak..anak jiran anak kita juga..


Hari terakhir - anak lelaki belajar menyembelih ayam. Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan ditunjukkan praktikal menyembelih ayam. Oh, sangat-sangat mengujakan... kebanyakan mereka tak pernah tengok pun ayam disembelih, apa tah lagi merendam ayam dalam air panas, mencabut bulu ayam dan memotong ayam. Tok Siak jadi fasi sesi ini. Ada juga bapa-bapa yang datang tapi tak berani pun sembelih ayam..sebab bapa-bapa sendiri pun dah lama tak sembelih ayam..


Takut-takut je adik ni pegang ayam..baik-baik..silap haribulan terlepas..kena kejar pulak ayam tu!! Ayam-ayam tu ( 6 ekor semuanya) kemudiannya dimasak sup dan dimakan beramai-ramai dengan nasi putih dan sambal kicap.. tentu satu pengalaman yang menarikkan..makan sup ayam dari ayam yang disembelih sendiri!

Sementara anak-anak lelaki sembelih ayam, anak-anak perempuan pula ada acara lebih mudah tapi tak kurang mencabar! Iaitu Eksplorase... soalan-soalan kuiz di tujuh check poin mesti dijawab kesemuanya dan soalan adalah berkisar tengan modul yang telah dipelajari.


Tapi ada acara makanan misteri.. ha ha ini idea gilos Che Mid.. makanan dibungkus dalam suratkhabar dan setiap kumpulan dikehendaki memilih salah satu bungkusan dan mesti makan hingga habis!! Gambar atas tu..mula-mula sukalah sebab kena makan aiskrim ..macam best sangat.. lepas tu mula mengadu tak larat habiskan satu bekas besar tu..


Grup ni paling sadis.. terpaksa makan kacang botol... 

Sampai menangis-nangis tak boleh telan kacang botol tu..kesiannnn...nasib baik ada kawan sekumpulan yang sanggup habiskan kacang botol tu.. Dan akhirnya kawan tu dapat hadiah khas kerana kerjasama dalam kumpulan.


Kumpulan ni pulak kena makan tomato sorang sebiji..yang suka tomato takde masalah..yang tak suka aduhaiii..merayu-rayu pada petugas cek poin..

Santai je nampak ..maklumlah rezeki makan popia goreng bersira pedas...

 
Alamak..teruknya rupa bila dipaksa makan telur asin... itupun Che Mid baik hati tau...makan separuh bijik je..kalau kena habiskan sebiji sorang ..terus darah naik camne??


Telatah mengisi senarai orang-orang yang diberi nikmat dan orang-orang yang kejam... sampai tanggal kasut... anak-anak ni terpaksa ke setiap cek poin yang di letakkan di seluruh kawasan taman..tapi kami tak tetapkan masa dan tak semestinya yang pertama tamat akan menang..tapi nama pun pertandingan kan... anak-anak ini berlari ke sana sini..tu le sampai tanggal-tanggal kasut bagai..


Dua orang makcik-makcik garang yang jaga cek poin makanan misteri...


Nenek-nenek ni pun sporting.. Nenek Nah dan Nenek Jah.. jaga cek poin gak....


Cek poin 3 - klunya ialah..The Lost Playground of Taman Dato' Bandar. Nape? Sebab dulu memang ada padang permainan tapi sekarang dah takde..dah jadi padang futsal..


Cek poin 4 - membaca al-Fatihah dan terjemahannya...diperdengarkan dihadapan Ustazah Roseni dan Farah..e eh..ada kucing kat Farah tuu..bukan main lagi ya..


Cek poin 1 - Cik Nor dan Cik Nora..berteduh di bawah pokok ceri..tuan rumah Cik Sarah menggendong cucu pun tunjuk muka tanda sokongan moral..

Sibuk mengira markah...Ema, Cikgu Kalimah dan adik Nor

Pas tu boleh sembang-sembang.... tanya khabar.. ke tengah bincangkan 'next project' he he


Anak-anak dara sunti.. cumil dan cantiks!

Ini satu lagi kumpulan..





Ini lagi satu...


Ini pun...senyum je semua ya..

Peace yo!!

Masa penyampaian hadiah..kakak Ema dapat telekung dan sedikit wang tunai.. bulan 12 ni kak Ema nak buat praktikal dah..semoga berjaya dengan cemerlang..

Ini kakak fasi sorang lagi.. Farah tersenyum lebar...jarang tengok kakak senyum macam ni..yang adik Deeja tu nak menyelit jeeee..

Ucapan penutup oleh Ketua Muslimat Surau al-Faizin..Ustazah Rosni Ahmed.





 
Esoknya, program untuk muslimat pulak.. Iqra' sesi 2. Tapi ada juga muslimin yang hadir. Tapi Che Mid tak dapat hadir sebab hantar Farah balik Penang... rugi besaq..

Habis satu program..Insyaallah 11 Disember ini ada satu lagi program menanti.. Che Mid dan kawan-kawan sedang buat persiapan apa yang patut.. tapi kalau ada kawan-kawan di luar tu yang nak Che Mid uruskan majlis/program anda, apa salahnya..hubungi je Che Mid di 013-3672459 atau emel di hmj_66@yahoo.com

12 comments:

  1. wahh meriahnyerr uools., alhamdulillah selesai kanns., ehHHEe

    ReplyDelete
  2. Subhanallah. Cantiknya perjalanan program tu. Dapat kerjasama dan sambutan yang sangat menggalakkan. 70 orang peserta adalah satu program yang hebat. Semoga Che Mid dan rakan2 semua dibanjiri dengan nikmat dan rahmat dari Allah s.w.t. Amiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Adam tinggal di tempat Che Mid, tentu dia salah seorang pesertanya he he..

      Delete
  3. Salam Che Mid. Bagusnya prog. tu. Buat kat kaw. rumah sendiri tak payah pergi jauh2 cam summer camp yg lain. Ins sya allah ita nak usulkan prog. mcm ni kat tpt ita nanti. Kalau ada rezeki Che Mid mungkin boleh jmput Che Mid as a faci.

    ReplyDelete
  4. Salam Che Mid; seronoknya kejiranan tempat che Mid....semua berpakat;-) Teringin nak buat macam tu.

    ReplyDelete
  5. ya allah che mid....satu program yang bagus untuk anak2 dimasa cuti sekolah ni...banyak ilmu kita belajar...harus diteruskan dimasa akan datang ni...

    ReplyDelete
  6. Bagus jugak diadakan program macam ni ye che mid, terisi juga masa cuti sekolah mereka :)

    ReplyDelete
  7. mmg program mcm ni la yg kita nak time2 cuti sekolah.takde la budak2 hanya layan tv je

    ReplyDelete
  8. baguslah kalau cuti2 dihabiskan dgn perkara & aktiviti berfaedah mcm ni !

    ReplyDelete
  9. bagusnya komuniti tmn ni...teruskan usaha murni ni...

    ReplyDelete
  10. bagus ada program bermanfaat yang diurus dan diselia sesama kita..berbakat besar che mid ni:-))

    ReplyDelete