Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Sunday 15 December 2013

Masak-masak Pulak

Lepas satu-satu aktiviti Che Mid sepanjang musim cuti sekolah ni..Mula-mula program Muslimat surau, lepas tu uruskan bantuan banjir dan hari ni nak kongsi Program Masak-masak pulak. Kalau ada kawan-kawan yang dok buntu idea untuk program setempat..baca entri ni..mana tau ada idea melekat lak..

Apa yang ada dalam program tu selain dari pertandingan masak-masak masakan panas? Oh, kita ada pertandingan masakan esotik dan pertandingan kek mentega yang di bawa dari rumah. Gerai jualan dan persembahan pun tak ketinggalan..Kutipan Bantuan Banjir Fasa 2 juga diadakan pada hari yang sama.

Macam biasa Che Mid jadi Pengarah Program dan incaj untuk acara dan persembahan selain dari jadi emcee. Yang tak bestnya, kali ini ramai 'orang kuat' kami yang tak sihat..ada yang demam teruk sampai tak dapat datang langsung. Che Mid pun masih tak sihat selepas balik dari Kuantan hari tu, tapi tetap gagahkan juga..

 Kain rentang yang sebelum ni digantung di tepi jalan besar, dah dialih ke bawah khemah. Terima kasih kepada si tukang gantung dan si tukang alih...

 Antara gerai-gerai comel yang ada..gerai buku/novel terpakai dipunyai oleh Puan Noraini Sulaiman, si kaki novel yang akan berpindah ke Melaka..mengambil kesempatan untuk 'clear stock' buku-bukunya..

 Saat-saat akhir Che Mid dapat panggilan dari tauke Jeruk Penang ni..nak join gak..

 Gerai Helwa..khas untuk ahli menjual kuih muih..gebus-gebusnya donat dan pau tu.. masa program hari tu tak sempat menjamah apa pun..bila tengok gambar macam ni alahai ..ruginya...

 The Jajanssss..

 Untuk acara Makanan Esotik - salah satu penyertaan ialah kulit nangka jeruk..pernah dengar ke? Che Mid tak pernah tau pun...dan jangan tanya macamana rasanya k..tapi nampak macam sedap je kan..

 Juara Masakan Esotik - Belulang dalam resepi Sambal Tahun

 Buntil Cendawam Kukur..tak tau le ni..masakan Jawa atau masakan Banjar..

Pertandingan kek mentega - tidak mementingkan hiasan tapi lebih kepada rasa..

 Inilah pemenangnya..simple tapi tentu sangat sedap..

Aiskrim Kifayah..baru sampai je dah jadi tumpuan anak-anak

Sekarang jom tengok bahagian persiapan yang paling sukar dan rumit sekali iaitu persiapan bahan dan peralatan pertandingan. Bahan asas pertandingan memang disediakan tetapi peserta boleh membawa sendiri bahan lain yang dirasakan perlu atau boleh membantu kemenangan mereka. Seramai 15 orang petugas disediakan untuk bahan dan peralatan juga membantu peserta. 

Malam sebelum program, petugas telah turun ke lokasi untuk kupas bawang dan cuci sayuran dsb. Sebanyak 4 buah dapur masak (dua tungku), 4 tong gas dan banyak periuk dan kuali, senduk dipinjam dari ajk dan jiran tetangga. Memang leceh, tapi semuanya dapat disediakan ikut yang dirancang.

 Hampir RM400 dibelanjakan untuk bahan dan makanan. Syaratnya ialah hasil pertandingan tidak boleh dibawa pulang kerana semuanya akan dimakan bersama-sama. Untuk makan tengahari, pihak kami cuma memasak 10kg nasi dan sup ayam sahaja, dan semua tetamu boleh makan. Memang licin..( Che Mid jugak tak merasa.. dek kesibukan dan tekak tak berapa selera sebab demam..)

 Lobak dan epal tu untuk pertandingan jus buah... 

 Cik Jah kita tengah celur mee segera untuk pertandinga mee segera goreng kategori remaja..

 Sambil-sambil tu sempat jugak dia ni kira biji buah betik untuk pertandingan teka biji betik..tapi tak menang pun....he he

 Kumpulan nasyid The Soul Brothers membuat persembahan pembukaan dengan lagu Law Kana Bainana..

Barisan hakim dari pertubuhan WI dah bersedia..rasanya mereka ni tak berehat langsung, terima kasih daun keladi ya puan-puan..

 Acara pertama - pertandingan Kuey Teow goreng (ibu-ibu)

Sebaik sahaja masa bermula, peserta terpaksa mengambil bahan di bahagian belakang..

Inilah bahan yang dah diambil.. kalau tak cukup bahan..berlarilah lagi ke belakang..ala-ala masterchef gitu...Masa nilah nak tengok macam-macam gelagat lucu peserta dan penyokong (penyertaan mengikut lorong-lorong rumah masing-masing..)

 Hakim mula menjalankan tugas..

 Abah Che Mid pun sibuk juga di dapur tu buat apa...?? Tumpang seronok ya bah..

 Peserta kuay teow goreng terlalu ramai, jadi pertandingan terpaksa buat dua pusingan..

Macam-macam jenis kuey teow ada....ini nampak macam Char kuey teow kan..

Makcik-makcik Chef mula masak Asam Pedas Ikan kembong..sorang sekor..ha ha..tentu tak pernah masak asam sekor je ikan kan..


 Taraaa... hasilnya...

 Acara paling ditunggu-tunggu.. memasak mee segera goreng untuk anak-anak.. tau tak..peserta paling ramai lelaki rupanya... perempuan sorang je..heran tak? Riuh rendah jadinya..emak ayah peserta tak senang duduk tengok anak memasak!

 Budak baju biru tu..Faris namanya.. dah masuk bahan..baru masukkan minyak masak ha haha..

 Cantik je budak bersongkok tu goreng telor kan.. Badrul Annam (baju hijau muda) yang menang...

Ini yang dia buat..hebat kan!!

 Acara lelaki dewasa pulak..masak sardin dalam tin... Farhan kiri sekali.. lawan dengan atuk Jamil... tapi Farhan dapat no 2, atuk kalah teruk..sampai sekarang atuk tak percaya dia kalah ha ha...

Inilah rupanya..sardin yang orang 'jantan' masak..jadi rebutan masa makan tengahari..licin sokmo!!

 Acara suami isteri..buat minum petang...isteri buat cekodok pisang...

 Suami buat ayaq panaih!

Seorang lagi suami tengah buat minuman panas..

Siap dengan deko sekali....

 Sebenarnya ada lagi pertandingan masakan secara berkumpulan tapi bateri kamera dan kong kali kong...
Apa pun memang happening dan memang memenatkan...program berakhir selepas solat Zohor dengan majlis penyampaian hadiah dan penyerahan barangan bantuan banjir kepada Ketua Kampung. 

Persembahan silap mata dari badut benar-benar mencuri perhatian.. 

Tu dia Program Masak-masak kami..kalau anda berminat nak Che Mid uruskan program macam ni..hubungi je Che Mid di 013-3672459 atau emel di hmj_66@yahoo.com

28 comments:

  1. Bagus jugak program ni... ala-ala rancangan Masterchef

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tiru ke..boleh je..tapi memang banyak keje utk bahagian dapur..

      Delete
  2. yg tak leh tahan tu budak yg masak maggi,minyak taruh kemudian...haha......

    ReplyDelete
    Replies
    1. A ah..mak budak tu terkekek-kekek gelak tengok gelagat si anak..

      Delete
  3. Dalam banyak-banyak tu.. saya attract dengan ESKREM... sbb nya saya meme HANTU ESKREM.. kekekeke.

    Errrk saya banyak gila jgk novel / majalah tapi sayang nak jual huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ho ho..eskrem kami hari to 50sen je..bila dah habis majlis kami beri percuma youuuu!

      Delete
  4. semuanya nampak menyelerakan bg kaki makan mcm akka ni hehe..agak2nya macamna rasa kulit nangka jeruk tu ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya..entah la ..kalau dah namanya jeruk, tentu masam kut..

      Delete
  5. Che Mid banyak idea dan sanggup bagi komitment paling penting semua sepakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak idea pun kalau tak sepakat tak jadik ..so far, tak pernah le ada yang sabotaj ke dengki ke alhamdulillah..

      Delete
  6. che mid..kalau suami saya kena transfer kerja balik semula KL, saya nak ajak dia cari rumah area che mid duduklah, heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. silalah dengan tangan terbuka... bagi tau awal2..che mid halau jiran sebelah ha ha..

      Delete
  7. seronoknyer dpt join aktiviti mcm ni... meriah sungguh !

    ReplyDelete
  8. Yang seronok bila dapat sambutan. Bapak2 pun join, anak2 lelaki pun join..oh saya kagum dengan kerjasama penduduk

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak le ramai mana tapi cukup le memeriahkan suasana..he he

      Delete
  9. Meriahnya kakak tengok. Rmaai pulak tu peserta yg sporting.
    Farhan pun participate juga eh - boleh tahan juga hero Che Mid ni:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh dia memang suka masak... ikut atuk dia..

      Delete
  10. seronoknya sura tengok..yang join semua sepakat..kalah menang takde hal..yang penting happy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak tau, hadiahnya cenonet-cenonet je..yang penting ambik bahagian...

      Delete
  11. Sibuk nye Che Mid..Jadual padat betul dengan pelbagai program. Harap Che mid jaga kesihatan ye walaupun sesibuk mana..Seronok kan acara2 yang ada ni..nak-nak bab en suami masak tu..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah demam dah pun..menggigil-gigil.. skrg Deeja pulak tengah demam

      Delete
  12. salam kenal..singgah blogwalking sini..sudi2 lah singgah blog saye jugak ye..terima kasih :)
    http://cikanem.blogspot.com/2013/12/hadiah-semua-orang-nak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal dari che mid..nanti che mid terjah..

      Delete
  13. meriah dan kreatifnyer...kulit nangka jeruk...baru pertama kali dengar...

    ReplyDelete
  14. menarik aktiviti2 tu… mesti mcm2 gelagat yg boleh tgk… terasa saya pun nak join sama :)

    ReplyDelete