Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 23 November 2012

Yusri vs Diyanah

Salam everyone!

Pada 10 November lepas, sepupu Che Mid, Yusri Samsuri telah pun diijabkabulkan dengan Nurdiayanahh Md Yunus. Jom kita tengok gambar-gambar ni..(maaf gambar tak sempat edit..)


Sekitar majlis pernikahan di rumah pengantin perempuan. Che Mid terlewat tiba, sedang elok pengantin lelaki dinikahkan oleh bapa mertuanya.

 Kegembiraan terpancar setelah rasmi menjadi suami isteri.

 Membatalkan air sembahyang ditandai dengan seutas rantai leher dan rantai tangan.

 Suku sakat pengantin lelaki.. sepesen je senyum nya kan..

 Gambar kiri, bapa Yusri, yang tengah berjubah tu bapa Diyanah dan kiri sekali ayah saudara Diyanah

Satu perkara yang Che Mid puji sangat tentang majlis walimatul urus di rumah Diyanah ini ialah, majlis tu sangat ikut syariat. Tiada sanding, kompang berarak bagai.. Tuan rumah pun bebas melayan tetamu.. santai dan relax saja. Makanan pun sedap tapi tak 'over'. Lebih macam 'rumah terbuka' daripada kenduri kawen walaupun tuan rumah nampaknya mampu kalau nak buat majlis yang besar-besaran.

 Diyanah diiringi oleh sepupu dan sahabat baik sejurus menyambut suami di halaman

 Yusri nampak ceria bersama gang bujang!
 
Che Mid suka sangat gambar ni.. Tidak berpandangan tapi terserlah kebahagiaan..
Ini tandanya bila berkahwin dengan pilihan berdasarkan agama, ditambah dengan restu ibubapa, Insyaallah Allah restu juga..
 
Bergambar denga keluarga Yus yang gila-gila..


Ha nampak tu...kakak dan kakak ipar dengan pose gila-gila mereka!
 
Selesai di rumah Diyanah, lepas ni Che Mid tunjuk gambar bertandang pulak ya..

Monday 12 November 2012

Cerita Sebelum dan Masa Raya Haji


Hari ni, Che Mid nak kongsi dulu gambar-gambar semasa majlis aqiqah anak sepupu Che Mid di Bandar Puteri Rawang.

 Tarikh 21 Oktober lalu, Che Mid bawa mak dan abah ke kenduri aqiqah di rumah Amal, sepupu sebelah abah. Aqiqah seekor lembu, dah tentu ada sup tulang dan segala macam menu daging lembu. Paling best tentulah masakan ungkep campuran paru, hati dan limpa air tangan Cik Mis kita. Masa Che Mid sampai ungkep tu dah tinggal sepiring je.. dapat gak merasa.. He he.. cerita  pasal makan je tapi takdak gambar sebab masa makan tu tak teringat nak bergambar.. lapo!!

 Mak Che Mid (baju hijau) bergambar dengan ipar duai nya..

Abah (baju merah) tersenyum kekenyangan dengan adik, Cik Kosim dan iparnya, Cik Suria. Seronok sungguh pekena sup tulang dengan sambal kicap!


Ni nak menyelit sikit tentang Hari Raya Haji baru ni, segan nak buat tajuk khas sebab cerita dah basi...

Che Mid terpaksa bersubuh dan berpagi raya di studio NTV7 Glenmarie kerana menemani MOHRAM yang mendapat undangan ke Breakfast Show Special Edition sempena Aidil Adha. Bertolak dari rumah (sorang-sorang pandu kereta) jam 6 pagi. Tiba di studio jam 6.30 pagi. Kebetulan Che Mid orang pertama tiba,  kena gegar pintu pagar NTV7 tu sebab dua-dua guard sedang dibuai mimpi (mimpi makan lemang kut..)  Kalau tak silap 'call time' pukul 6.30, tapi takde orang pun.. crew pun tak sampai lagi... Rupanya 'on air' pukul 8.00.. 


Konsep program hari tu ialah 'scrifices' atau pengorbanan. Puan Norlina Alawi dijemput untuk bercakap mengenai kesanggupan memelihara anak-anak aids. Di sebalik wajahnya yang ayu dan lembut tu, Che Mid  perasan jari jemarinya agak kasar, tak sepadan dengan dengan wajahnya, mungkin sebab kerja keras membesarkan anak-anak angkatnya tu..Semoga beliau terus istiqomah dalam usahanya. Puan Norlina cakap dia nak ada ramai orang di Malaysia ni buat macam dia buat. Dia akan buat road tour untuk promosikan aktivitinya nanti.

Bersiap sedia ketika ''commercial break" . Pengacara ialah Douglas dan Lisa Wong. Seorang lagi tu Majlis Aid Malaysia.
 

MOHRAM memainkan lagunya. Suka tengok props kat belakang tu. Siap ada basikal tua dan kurungan ayam..Kreatif kan penerbitnya, En Afendy..

Habis je program pukul 9 pagi. Che Mid pun bergegas balik ke rumah untuk menyiapkan kuah lodeh. Farah dah siapkan bahan jadi tak memakan masa sangat. Lontong dan rendang dah pun disiapkan malam sebelum tu.
 
Sebelum solat Jumaat kami sekeluarga bergerak ke Shah Alam untuk ke rumah Alang. Alhamdulillah, emak dan abah mertua beraya bersama di sini, jadi anak-anak tak payah balik Lipeh. Ateh dari Raub pun turun KL.., balik hari je pun ok, janji dapat berkumpul adik beradik..
 
Emak mertua dengan cucu-cucu daranya..

Dengan anak dan mak dara pulak
 
 
Kami bersantai di rumah Alang sampai malam. Farah dan Faris pulak ikut sepupu pergi tengok wayang. Che Mid pulak mengantuk sangat sebab malam tu cuma tidur-tidur ayam je. (Takut lambat ke NTV7..) Sempat lah terlelap di sofa..
 
Hari Ahadnya pulak, Che Mid ikut mak ke kenduri kawen seorang saudara jauh.
 

Che Mid dan emak mengapit saudara kami yang dipanggil Kak Ju. Tengok tangannya yang cacat akibat kebakaran di rumahnya satu masa dulu. Dia sangat-sangat baik. Kecik-kecik dulu Che Mid pernah tinggal sekali dengan Kak Ju di rumah Nyai. Dulu pernah susah, Alhamdulillah, nampak senang dan anak- anak pun terpelajar. 
 
Tu dia cerita Che Mid. Lama terpendam dalam lappy akhirnya terurai jua.. Thanks for viewing!


Thursday 8 November 2012

Kangkung dan kurma di hostel

Selamat menjalani peperiksaan SPM buat semua anak-anak di Malaysia. Hari ini dah masuk hari ke empat, subjek Matematik Moden dah pun selamat dijawab. Insyaallah, berjayalah anak-anak kita hendaknya.

Hari Jumaat minggu lepas, Che Mid ke sekolah Farah sebab ada solat hajat sempena nak SPM ni. Che Mid meredag hujan lebat untuk tiba di sekolah tu dalam waktu Asar. Sempat dengar sesi ceramah sebelum solat Asar berjamaah. Selepas tu ibu bapa dijemput untuk ke jamuan makan di Dewan Makan. Sebelum tu, guru bertugas mengumumkan yang semua murid dikehendaki menunggu di surau dahulu, cuma ibu bapa sahaja yang ke Dewan Makan.

Tapi Farah tetap menemani ibu ke dewan. Rupanya ada sesuatu telah terjadi (di luar jangkaan la kut..). Jeng jeng jeng... Sepatutnya ibu bapa dijamu dengan nasi ayam goreng berempah dan minuman. Entah macam mana, keterer tu tak datang pada waktu yang ditetapkan. Jadi...

Guru-guru 'terpaksa' menghidangkan kami dengan menu dewan makan yang sepatutnya disediakan untuk pelajar ha ha.. Pada awalnya Che Mid tak tau.. jadi makan je la.. pas tu Farah datang dan beritahu yang makanan untuk ibu bapa tak sampai lagi.



Tu dia menunya.. nasi putih,, ayam kurma dan satu lagi macam sambal.. tapi cair.. Che Mid tak ambik pun..memang lah tak syedap.. tapi diam je.. hai.. teringat masa dulu dulu kat hostel.. hi hi

Pelajar lelaki suka bebeno Che Mid tangkap gambar masa beratur.. dia orang tak tau yang kat depan tu, takde makanan...syiannn..

Tapi yang syoknya, pelajar-pelajar pekena nasi ayam berempah la malam tu! Rezeki Allah bagi.. tak tentu lagi kita punya atau bukan walau mungkin dan dirancang elok-elok..he he patut makan nasi ayam.. dapat kangkung dan kurma!

Selamat menjalani peperiksaan buat anakku Farah dan sepupunya Aidil.. buat yang terbaik!