Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 26 December 2012

Sakit Gastrik Biasa Je..

Malam pertama..

Jam 1.30 pagi, Che Abang bangkit dari katil, turun ke dapur. Farhan tak tidur lagi. Che Mid dengar suara dua beranak tu bercakap-cakap, tapi buat tak tau dan terus sambung mimpi indah.

Rupanya, masa tu, Che Abang mula sakit perut. Dia suruh Farhan ke 7E tak jauh dari rumah, beli chi kit tek aun. Dah makan ubat tapi perut makin sakit. Suruh lagi Farhan ke 7E, kali ni beli coke dengan eno.. tapi tambah sakit perut.

Pukul 4 pagi, Che Abang kejut che mid, suruh bawak dia ke klinik. Baru che mid tahu dia dah sakit perut dari awal pagi lagi.  Farhan dan terlena kat sofa. Baru nak turun tangga, Che Abang berlari semula ke bilik air. Muntah...dengar dari bunyi muntah tu macam banyak je..

Che Mid memandu ke klinik 24 Jam yang paling hampir dengan rumah, tapi tak boleh masuk ke klinik tu sebab depan kedai dipenuhi air banjir.

Klinik kedua pulak, senyap sunyi je bila ditekan loceng kat pintu. Lebih sepuluh kali tekan, pun sunyi je klinik tu, tapi terang benderang. Kesian Che Abang, dah tak tentu arah dah dia.. kejap terduduk, kejap menyangkung, kejap menunduk..

Di klinik ketiga baru lah dapat rawatan. Terus doktor bagi suntikan. Tiga jenis lagi ubat bawak balik rumah. 

Ingatkan kat rumah dah boleh tidur, rupanya sakit perut tu tak hilang-hilang gak.. sampai subuh Che Abang mengerang sakit. Che Mid pun ikut tak tidur lah.. Lepas subuh baru kami dapat tidur.

Malam ke dua.. Che Abang ok je.. Alhamdulillah. 

Malam ke tiga.. Jam 1.30 pagi, Che Abang ke klinik. Kali ni dia sendiri pandu kereta,  faris temankan. Kena cucuk jugak. Tapi tak kebah-kebah langsung. Che Mid ajak dia ke hospital je terus, jangan tunggu lama-lama.. Tapi Che Abang masih lagi cuba bertahan. Sekejap berdiri, kejap meniarap, kejap lagi kang dia jalan-jalan keliling ruang tamu.. sakit betul nampaknya..

Jam 3.15, kami berdua keluar rumah membelah malam yang hujan. Mula-mula ke klinik awal tadi, minta surat rujukan ke hospital. Dalam perjalanan ke hospital Sungai Buluh, berhenti isi minyak di Damansara. Che Mid isi minyak, Che Abang pulak muntah di tong sampah sebelah kereta tu je. Nasib baik tak banyak kereta..

Jam 4.30 pagi sampai di hospital Sungai Buluh, terus ke bahagian Kecemasan. Petugas kecemasan kata tunggu di bilik 1, tapi takde pun petugas dalam bilik tu. Akhirnya, petugas tu sendiri yang tolong skrin kan sakit Che Abang. Tak taulah sebab kesian tengok Che Abang tertunduk-tunduk sakit, atau takut dengan muka garang dia tu..

Terus dapat surat merah, maknanya masuk wad kecemasan. Cek BP.. tinggi 174/94, cek nadi..rendah.. cek ECG pulak.. benda yang di tepek atas dada che abang tu asek tertanggal je, sebab Che Abang tak diam.,bergerak memanjang..sakit betul kut..

Lepas bagi ubat, pun dia kata masih sakit. Las-las terdengar doktor kata, "bagi morfin". Ha, baru diam...tidur.

Bila dia tidur, Che Mid duduk di tempat menunggu, baru nak cuba lelap, tetiba Che Abang kejut. " Jok balik". La, ingatkan masuk wad terus, rupanya doktor kata boleh balik. Doktor kata, "Sakit gastrik biasa je... ".



Keadaan Che Abang lepas dimorfinkan.. kiri kanan tangan kena cucuk tapi tak jumpa urat.. kali ke tiga cucuk di lengan tu baru jumpa urat. Dah le sakit perut, sakit kena cucuk lagi..

Alhamdulillah, selepas tiga hari, sakit perut tak berulang lagi. Che abang betul-betul pantang makan mengalahkan orang bersalin. Tak pe lah, sekali sekala pantang apa salahnya kan.. janji sihat!

Thursday 20 December 2012

Che Mid jadi Pengurus Acara !

Pada 15hb Disember 2012, satu program diberi nama Kempen Kesedaran Jenayah SHELL dan PDRM anjuran Pengusaha-pengusaha Stesen Minyak Shell C08, telah diadakan di Stesen Shell Setia Alam. Che Mid telah dilantik sebagai Pengurus Acara (event organizer). 

Jom tengok apa yang ada di sana!

Upacara pelepasan belon helium dengan tulisan Tanggalkan Topi Keledar Anda merupakan acara kemuncak.

 Pelancaran kempen tanggalkan topi keledar di stesen minyak dengan melekatkan pelekat di pintu masuk kedai serbaneka. DSP Azmi merasmikan majlis, diiringi oleh Encik Jefri Maran dari Shell Centre


 Jemputan yang turut hadir selain dari para pengusaha stesen minyak, adalah wakil-wakil masyarakat setempat khususnya di Setia Alam.

 Salah seorang anak yatim yang hadir, di'sakat' oleh polis untuk membawa beg berisi dadah..

 
Pertunjukan KP 9 - Unit anjing polis amat memeriahkan program. 

 Tengok tu.. anjing tak nak lepaskan dadah yanh dijumpainya..

 Berhempas pulas penjaga anjing tu nak 'rampas' semula dadah tu.. Riuh rendah penonton gelak bila tengok aksi polis dan anjing tu.

 Pameran ringkas pencegahan jenayah turut diadakan. Terima kasih kepada pihak polis IPD Shah Alam yang sudi hadir memenuhi undangan kami.

 Pengusaha stesen minyak C08 bergambar kenangan dengan wakil PDRM dari IPD Shah Alam, balai Seksyen 6 dan balai Setia Alam.

 Pihak Shell juga menyediakan permainan yang memberi hadiah lumayan. Ramai yang cuba dan menang!

 Anak-anak yang lebih kecil pula lebih suka main seni pasiran (sand art)

Yaya Fuyoomagic memang hebat!

 Anak-anak yatim Rumah Siti Khadijah, Meru, Klang bergambar ramai sebelum pulang. Anak-anak dapat 'goody bag', pihak pengurusan pula dapat sumbangan kewangan. Alhamdulillah! Che Mid takde duit nak sedekah tapi tolong uruskan sebegini bolehlah.. 

Kalau ada sesiapa yang berhajat untuk bersedekah pada anak-anak yatim ini, mereka sedang mencari wang untuk membayar yuran sekolah agama sesi persekolahan 2013, sebanyak RM150 seorang. Sila hubungi Ustazah Hasnah di telefon 014 33411321.

Sekolah Tahfiz Hafiz Klang pun datang, siap berkompang lagi..

 Che Mid dan geng.. sesiapa yang nak jemput Yaya Fuyoomagic (yang selalu kat tv tu..) boleh hubungi Che Mid di 013-3672459. Bayaran tak mahal sangat, tapi kelakar itu pasti!! Mereka menyediakan badut, silap mata, 'sand art' dan 'scluptured balloons' untuk korporat juga majlis di rumah seperti hari jadi dan kenduri kendara..


 Dengan Tuan DCP Azmi dari IPD Shah Alam

Tengok tu Che Mid.. berani 'bergurau senda' dengan polis... nak kena nii!

Bagi pihak Che Mid, rasa bersyukur sebab program berjalan lancar, boleh kata tiada masalah langsung. Harap-harap lepas ni akan terus bekerjasama baik dengan pihak PDRM untuk program akan datang, Kepada pengusaha stesen minyak yang lain, ada juga yang berura-ura nak menawarkan kepada Che Mid untuk mengurus acara mereka pula. Alhamdulillah, kalau dah rezeki tak ke mana.

Untuk kawan-kawan di luar tu, jika memerlukan event organizer untuk korporat atau persendirian, boleh hubungi Che Mid di 013-3672459.

Tuesday 18 December 2012

Bila 30 orang pergi bercuti..

Salam semua.. entri kali ini sebenarnya dah lama nak buat, tapi sebab tempoh berkabung arwah Nyai, Che Mid rasa elok tangguhkan dulu.

Ini berkenaan dengan percutian keluarga kami. Maksud keluarga kat sini ialah emak, abah dan SEMUA adik beradik yang lapan orang tu. Perancangan yang singkat tapi berjaya! Semuanya bermula bila Che Mid minta pendapat adik-adik untuk mecari tempat bercuti bagi persatuan Che Mid. Alih-alih dia orang pulak yang beria nak ke sana.

Konvoi enam buah kereta bergerak ke PD pada pagi (hampir tengahari)  pada 25 November 2012. Ada yang kereta sendiri,ada yang 'car pool'. Ayan kena jadi driver pada Ain yang sedang dalam pantang tapi degil nak ikut jugak. Empat orang menantu abah tak ikut termasuk Che Abangnya..

Che Mid sangat keberatan nak ikut sebab Farah tak habis SPM lagi, Faris pulak dah keje part taim di McD.. tak de bajet pun ia jugak.. tapi adik-adik ajak juga, rasa tak lengkap bila kakak seorang yang tukang buat kecoh ni takde.. jadi akhirnya Che Mid pergi juga cuma dengan si kecik Deeja dan Ayan je. Duit belanja bagi sikit je, yang lain adik-adik kautim.. 

Baru sampai PD, ada yang sampai lambat sebab bekerja.. Kami menyewa dua apartmen tiga bilik. Satu apartmen, orang perempuan dan satu apartmen lagi untuk orang lelaki. Tapi mak dan abah satu bilik.. VIP gitu ha ha. Tapi anak-anak kecik dan baby-baby semua tinggal dengan ibu-ibu, jadi riuh rendahlah apartmen orang pompuan..

Acik dan Min jadi ketua rombongan, Adik Lina jadi bendahari.. he he asek mengira bajet jeee..sebab  semua perbelanjaan bilik dan makan minum dari awal sampai balik dimasukkan dalam bajet.

Setibanya di resort kami makan tengahari yang telah disediakan, lepas tu check in. Lepas mandi pusingan pertama di kolam mandi. Bagi Deeja, ini adalah percutian pertama yang dia betul-betul faham. (Dah besar kut..) Punya teruja nak mandi kolam, saja berjalan ke dalam kolam.. terus tenggelam la.. dia ingat kolam tu mendatar je macam atas tanah kut.. 

Pada malamnya, kami makan malam di situ juga. Ikan bakar dan gulai kawah menjadi hidangan utama. Lepas tu Che Mid ikut Acik ke Melaka menghantar Adam kolej sebab Adam ada kelas esok paginya. Kami meredah malam pekat mengikut jalan lama PD ke Melaka. Sampai apartmen dalam pukul 12.30 tengah malam. Che Mid dan Deeja masuk tidur, tapi ada yang masih sembang dan minum-minum sampai pukul 3 pagi..

 Pagi hari ke 2.. bersarapan di tepian pantai. Nasi lemak dan roti canai (Atuk Jamil belanja)..menjadi habuan anak cucu.. Atuk Jamil memang nampak happy sangat bila berkumpul dengan anak cucu. Tapi Mak nenek sedikit stress kerana sibuk melayan keletah cucu yang tak sudah-sudah tu..

 Sempat lagi bergambar selepas jalan-jalan di pantai..

 Pemandangan anak-anak dan emak-emak main pasir. Sampai ke hari ni, Deeja masih lagi sibuk mengajak main pasir.. aduii..

 Abahku yang sangat peramah.. ke mana pergi mesti ada yang ditegurnya.. emmm.. tu dengan Bangla tukang kebun pun diinterviu.. he he

 Deeja main pasir lagi..

 Acik dan Min.. mastermind trip kali ini..bersama Abah dan anak-anak. Hujung kiri tu Ayan meriba Deeja..

 Suka betul Deeja jumpa air. Macam-macam karenah anak-anak bila dapat air kan.. Masa buka diaper Deeja sebelum mandi kolam, Ibu pesan," Jangan kencing tau!". Deeja jawab, " Nak kencing kat situ!", sambil tangan menunjuk kolam renang.. Anak Nana si Aidit pulak, mandi dengan berseluar pendek je. Tiba-tiba dah telanjang. Bila ditanya mana seluar, Aidit jawab, " Basah..." ha ha.. Itu belum lagi yang terbalik dan tergolek dalam air. Tak senang duduk ibu dan abah dibuatnya..

 Yang besar sikit akan terjun dan berlawan berenang ke sana sini. Tapi yang bagusnya, mereka ni rajin menjaga yang lebih kecil. Sepupu atau abang yang besar akan jaga adik-adik yang kecik-kecik..Maklumlah jumlah kami hampir 30 orang...

 Selepas daftar keluar hotel, sepatutnya kami balik ke Klang saja. Tapi ada pulak yang bagi idea bagus punyaaaa.. makan tengahari di Melaka. Dari makan tengahari kami jalan-jalan sampai tengah malam baru sampai rumah.Ada yang ter'cuti mengejut' dan ada yang ponteng kelas.. famili punya pasal takpe la kan.. bukan selalu nak dapat semua adik beradik berkumpul sekali gus, walaupun kami tinggal berdekatan. (Gambar di atas tu masa kami makan di Pantai Klebang, lepas tu kami tengok kapal selam, dan ke Bandar Hilir sampai malam..)

 Deeja memang sangat bergumbira ria.. dapat perhatian penuh dari ramai orang..memang enjoy dan tak banyak songel.. good girl!

 Oh.. siapakah gadis-gadis ini???  Ha, inilah adik beradik perempuan Che Mid.(Dua lagi lelaki.. ntah mana ntah melepaknya masa kami berposing ni) Ikut turutan dari yang senior ke junior..dari kiri Che Mid, Acik, Nor, Lina, Ain (dalam pantang anak ke empat tuuu.. baru 27 hari...) dan Nana yang bongsu. Jarak umur kami adalah 40an dan 20an.. tapi bila dah berderet macam ni.. nampak macam sebaya je kan... hik hik Gangnam style lagi you! 

Alhamdulillah, satu percutian yang pendek tapi sangat indah!!

Tuesday 4 December 2012

Akhirnya Nyai Pergi Jua

 1 Disember 2012.

Semalam Cik Usop hantar Nyai sampai ke rumah Cik Ti sebab Cik Usop nak rewang di rumah iparnya. Alhamdulillah, hari ni Nyai nampak sihat. Tengahari tadi Nyai mintak sayur beneng dengan gereh goreng (ikan masin) untuk makan tengahari. Berselera dia makan. Tak lama lepas tu Nek Rumi jiran belakang rumah Cik Ti pulak bagi bubur asyura. Semangkuk juga Nyai habiskan.


Lepas Asar, Nyai bersembang-sembang di anjung rumah sambil Cik Ti menjahit baju kurung. Dalam pukul 5.30 petang, Cik Ti minta diri untuk solat Asar. "Mak duduk luar hati-hati tau.." pesan Cik Ti. Di rumah tu cuma mereka berdua dan anak Cik Ti yang bongsu, Haziq. Suami Cik Ti, Hanif keluar bekerja.

Cik Ti menunaikan solat Asar di ruang tamu, tidak jauh dari tempat Nyai duduk. Sedang Cik Ti bersolat, Nyai berjalan masuk. Tak lama, Nyai berjalan mundar mandir. Terdetik sedikit rasa hairan tetapi Cik Ti terus bersolat, berwirid dan berdoa sehingga selesai. Usai solat, Cik Ti mendekati Nyai. " Nopo Mak?" (Kenapa mak?).. Nyai jawab, " Semputku teko." (Semput aku datang). Nyai memang menghidap semput yang agak teruk. Sentiasa kena ada ubat sembur yang dimasukkan dalam mulut tu bersamanya.

Bila Cik Ti tanya mana ubat spray tu, Nyai kata dah habis. " Nape tak bagi tau, boleh pergi beli cepat-cepat". Nyai diam je. Cik Ti terus berlari ke rumah adik iparnya yang terletak berhampiran, minta tolong hubungi suaminya supaya membelikan ubat spray tu segera. 

Masuk semula ke dalam, Nyai dah terbaring di atas lantai. Nafas turun naik. Sesak sangat dadanya tu. Kaki tangan Nyai sejuk. Cik Ti mula panik. Dia berlari semula ke rumah Ewi, adik iparnya supaya menghubungiku. Dengan esak tangis Cik Ti memintaku menghubungi emak dan datang segera melihat nenek." Dah, datang sini tengok nenek. Nenek tenat.. bagi tahu semua yang lain!". Aku terus mengiakan.

Nenek Rumi yang tiba di rumah Cik Ti kata, " Ti, ojo ditangisi mak e..dipimpin lah, ajari ngucap..". Cik Ti di sebelah kiri Nyai, Haziq di sebelah kanan Nyai. Cik Ti ajak Nyai sebut Allah Allah.. Nyai pun ikut menyebut Allah beberapa kali. Beberapa saat lepas tu.. Nyai pergi buat selamanya. Innalillah hi wainna illa hi rojiun. Jam 6.15 petang, 1.12. 2012 umur 108 tahun.

Di rumahku, aku terus 'call' mak.. tak de jawapan. Cuba lagi dua tiga kali.. tetap tak bersambut. Dalam keadaan hujan, aku bergegas ke rumah mak. Ku ketuk pintu belakang, tak berjawab. Ku berlari anak ke bahagian depan. Pun senyap sunyi. Sementara tu, tangan ligat menekan henfon, menghubungi adik-adik lain. Pun tak de sape yang menjawab. Kalau macam nilah, aku terfikir, kalau betullah Nyai akan pergi, takkan ada sesapa yang sempat berada disisinya di saat akhir. 

Lebih kurang 10 minit melilau ke sana sini, adik Nor menjawab panggilan ku. Dia pulak berada di Taiping, dalam perjalanan balik dari Pulau Pinang. Mak mana? Rupanya emak dan abah berada di Genting di bawa berjalan oleh adikku yang bongsu, Nana.. Masa tu juga aku dapat tahu, Nyai dah menghembuskan nafas terakhirnya. Takdir Allah, Dia menentukan bila dan di mana ajal seseorang. 

Sampai di rumah Cik Ti, Nyai terbujur kaku. Seluruh tubuh dan muka diselimuti kain. Terus ku buka perlahan-lahan dan ku beri salam. Ku cium pipi Nyai dan dahinya. Masih hangat. Kemudian aku dan Acik (adik kedua) serta Adik Lina (adik ke empat) memulakan khidmat terakhir buat Nyai tercinta. Kami tukarkan kain batik sarung yang dipakainya tadi. Kami gunting baju kurung kedah yang tersarung dibadannya. Aku cucikan Nyai perlahan-lahan, sekadar bersih sebelum memandikannya malam nanti. Kami tutupi badan Nyai dengan kain bersih dan angkat Nyai ke atas katil.

 Jenazah Nyai sejurus sebelum disembahyangkan.

 Anak sulung, Wak Long Samsuri

 Anak ke dua, Sumirah yang juga ibuku..

 Anak ke tiga, Cik Nang

 Anak ke empat, Cik Usop, yang sentiasa menjaga Nyai. Percaya tak, Cik Usop sanggup bekerja kebun sahaja semata-mata menjaga Nyai. Pagi-pagi Cik Usop akan menyediakan air mandi Nyai dan menyiapkan sarapan Nyai. Terima kasih banyak-banyak untuk Cik Usop dan keluarga, semoga Allah melihat penat lelah dan kesabaran yang bukan calang-calang. Sebelum Nyai pergi, Nyai memanggil-manggil nama Cik Usop, tapi tak sempat. Nyai 'pergi' dengan mata agak terbuka. Semasa Cik Usop dalam perjalanan. Bila sampai, Cik Usop kata, " Mak, kie Usop wes teko Mak. Mak tutuplah mata ne.." ( Mak, Usop dah datang ni mak.. mak tutup mata ya..) Sambil menutup mata Nyai, barulah mata Nyai tertutup.

 Anak bongsu, Cik Ti.. sangat lembut dan sabar bila berbicara dengan Nyai. Allah berikan rezeki dengan mengizinkan Nyai 'pergi' di pangkuan Cik Ti.

 Satu-satunya adik Nyai. Embah Sarah..

Aku, cucu sulung Nyai.. menatap wajah Nyai untuk kali terakhir. Masih terbayang lagi, masa aku kecik dulu, dia pernah tunjuk menara ITM Shah Alam, " Esok besar, kau belajar kat situ ya!" Dan dia sangat berbangga kerana aku berjaya menunaikan harapannya.

 Solat jenazah di halaman rumah


 Jenazah di usung oleh cucu-cucu. Kereta jenazah juga dipandu oleh salah seorang cucu Nyai.

 Memasukkan jenazah dan menutup liang juga dilaksanakan 100% oleh cucu-cucu Nyai.


Nyai diurus dan dikelilingi oleh semua yang tersayang ketika penghormatan terakhir. Bersemadi di perkuburan yang sama dengan suami tercinta yang telah pergi 20 tahun yang lalu. Al-Fatihah buat Sakem binti Ibrahim dan Atuk Abdul Ghani bin Kasim.