Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 29 May 2012

Mudahnya Mati (Bah. 1)

Lepas solat subuh pagi tadi, kedengaran pengumuman dari surau berdekatan, Hj Ihsan suami kepada Cik Siti telah pulang ke rohmatullah. Agak heran, tak dengar berita sakit pun, tiba-tiba dapat tahu dah meninggal. Disusuli tidak lama kemudian dengan satu sms dari setiausaha surau yang memaklumkan perkara serupa. 

Rupanya, arwah sakit-sakit dada pada sebelah siang. Malamnya dibawa ke klinik tetapi meninggal dalam perjalanan ke hospital kira-kira jam 2 pagi. Ketika itu, cuma isteri dan anak bujang berada di sisi di detik-detik akhir nafasnya.

Pukul 8.30, Che Mid dan suami berziarah ke rumah arwah. Jenazah sedang dimandikan dan dikafan tidak lama kemudian. Jam 9 pagi, sudah pun dibawa ke surau untuk disembahyangkan. Kubur pun sudah siap digali. Sebelum pukul sepuluh, jenazah selamat dikebumikan.

Sewaktu memeluk Cik Siti, beliau teresak-esak berkata, " Time macam ni (8.30 pagi lebih kurang), Wak selalu duduk-duduk kat kerusi tu.." sambil tangannya menunjuk ke arah kerusi yang dimaksudkan. Che Mid tak tau nak respon macamana, cuma memeluk sambil mengusap belakang Cik Siti. Ya, Cuma Allah sahaja yang tahu sebenarnya perasaan Cik Siti waktu itu. Pukul 2 pagi tadi, suami hidup lagi, tapi sekejap lagi suami akan hilang di mata, buat selama-lamanya.

Arwah Hj Ihsan dan Cik Siti memang rapat. Pasangan ini tidak banyak cakap tetapi selalu ke mana-mana berdua, menunggang motosikal lama mereka. Akhirnya, mati memisahkan mereka juga setelah puluhan tahun bersama.

Alhamdulillah, anak-anak arwah semuanya tinggal berdekatan. Kerja-kerja pengebumian juga cepat dan mudah. Insyaallah, semoga itu tanda-tanda rohnya diterima Allah dan ditempatkan bersama orang-orang beriman, Amin. AL FATIHAH khususon ila ruhil marhum Hj Ihsan bin Halil.



Thursday 17 May 2012

Saja-saja tulis rupanya...

Surau di taman Che Mid sedang mencari dana untuk memasang pendingin hawa. Mesyuarat hari Khamis lepas telahpun dibentangkan kedudukan penyata kewangannya, memang masih jauh dari mencukupi. Kalau boleh nak siap sebelum Ramadhan ni. Emm.. kena buat sesuatu ni..

Esoknya, tergerak hati nak usaha sendiri untuk membantu apa yang boleh. Nak bagi duit... dah bagi pun.. ciput je.. nak bagi banyak tak mampu...

Che Mid pun sesaja je taip dalam fesbuk. Camni..


Surau al-Faizin memerlukan dana bagi membeli alat penghawa dingin dan berharap dapat memasangnya sebelum Ramadhan. Duit terkumpul masih belum mencukupi. Jika ada sesiapa yang mahu bersedekah atau berzakat, boleh beritahu Che Mid melalui pm. Nanti Che Mid bantu uruskannya. Kalau dah niat tu, baik segerakan....
 ·  ·  · 11 May at 12:57 · 


Dalam masa setengah jam selepas tu, masuk satu komen..

Siti (nama pendek je)   :   Berapa unit diperlukan kak?
Che Mid                      :   4 unit.. 2.5hp..nak tau details call akak kat  1234567...

Petang itu juga Siti call Che Mid.

Che Mid                      :   (Ingatkan nak derma duit...sambil menerangkan kepada siapa yang patut
                                        ditujukan sumbangan tu...)
Siti                               :   Jadi macamana ??
Che Mid                      :   Camne.. macamana...? (Tak faham)
Siti                               :   KALAU SAYA PANGGIL KONTRAKTOR TERUS BOLEH TAK KAK,
                                        pihak surau tahu siap jee..
Che Mid                      :    Subhanallah.. Alhamdulillah... (Rasa nak sujud syukur , tapi dalam kereta
                                        masa tu... terkedu Che Mid )

Bila Che Mid beritahu ajk incaj.. dia pun tak habis-habis kata ALHAMDULILLAH...

Setakat yang Che Mid tahu hari ni, kontraktor nak datang pasang air cond. Tentu semua ajk surau terkejut dan bersyukur sangat atas sumbangan Siti.

Pengajarannya 1 - Jangan segan meminta sumbangan kalau tujuannya baik. Tugas kita berusaha dengan ikhlas tapi Allah yang beri petunjuk dan hidayah. Insyaallah, berkat usaha kita ini, orang lain juga beroleh pahala dan ganjaran dari Allah swt.

Pengajaran 2 - Usaha yang sangat mudah (seperti saja-saja tulis dalam fesbuk) mungkin boleh menjadi penyelesai masalah yang besar.. Subhanallah!

Untuk Siti, sekiranya membaca entri ini.. Allah akan menjaga mu, keluarga dan hartamu dik.. Ameen.


Friday 4 May 2012

Senda Jumaat - pindah blog?

Kejadian berlaku di dalam rumah satu majlis keramaian. Che Mid kan blogger terkenal (perasan tak tahan..)  jadi bertemu tak sengaja dengan seorang follower Che Mid. Maka bersembang sakan lah kita bum bang bum bang.. tak sedar ada satu makcik tua yang duduk sebelah tu sudah pasang telinga. (Ke kita orang yang bercakap punya kuat macam pasang mikrofon!)

Begini le lebih kurang kanvesesennya....

Che Mid                :     He he, akhirnya dapat jumpa kita kan.. selalu tu borak dalam BLOG je..
Sal                        :     A ah la kan.. tadi pandang muka, rasa macam kenal tapi tak tau kat mana pulak
                                   jumpa.. rupanya Che Mid BLOGger.. bla bla bla
Che Mid               :      Ish tak aci tau, dia boleh kenal muka kita sebab kita selalu tayang muka kita kat            
                                   BLOG..tapi dia tak nak taruk pun muka dia, tu pasal kita tak kenal.. bla bla bla..
Sal                        :     Ya lah, I tak suka taruk muka I kat BLOG.. bukan cantik pun (saja Che Mid tambah)
Che Mid               :     Tapi sorilah I tak follow BLOG you sejak pindah BLOG baru  bla bla bla..
Sal                        :     La ya ke.. patut la senyap je .. takde tinggal komen ke apa bla bla bla
Che Mid               :     A ah I dah PINDAH BLOG BARU... nanti I follow you semula k....bla bla bla..

Tengah-tengah syok borak, tetiba makcik sebelah tu menyampuk,

Mak cik Kepoci   :     Eh, kau ni dah pindah rumah ke?

Che Mid              :     Nape, mak cik? (terbingung le kejap)

Mak cik kepoh    :     Dah tu asyik cakap PINDAH BLOK.. PINDAH BLOK TU APA... pindah rumah la
                                 kan..???