Hari ini Che Mid nak cerita sikit kisah kawan baik Che Mid masa di sekolah dulu. Selepas sekolah menengah kami 'terpisah' dan hanya bertemu semula pada tahun lepas...emmm..selepas 35 tahun tak tahu kabar berita.
Ini dia orangnya, panggilan di kampung..Dayang, tak tau la apa sejarah keluarganya sehingga digelar Dayang.
Ha, gambar-gambar kat atas tu ialah suasana kilang Dayang yang terletak di Pusat Perdagangan Alam Jaya, Puncak Alam, Selangor. Kilang di rumah kedai ni dah pun siap dan mula beroperasi baru-baru ini. Dayang buat perniagaan mengilang makanan berproses seperti sambal taucu dan sambal bilis siap sedia dimakan yang akan dijual di hypermarket. Tapi gambar terbaru produk tak dapat lagi...tunggu ya..
Sejak akhir-akhir ni, kami selalu gak berjumpa terutama bila Dayang balik ke kampung. Inilah untung bila bersekolah di kampung, peluang bertemu kawan-kawan lama sentiasa ada..Deeja suka sangat manja-manja dengan Dayang..
Baru-baru ini, Syarikat Dayang iaitu Dayang's Kitchen telah mengadakan majlis doa selamat di kilangnya sebelum sempena permulaan produksi. Che Mid tolong uruskan serba sedikit.
Kami telah menjemput anak-anak tahfiz dari Maahad Tahfiz al-Quran Wal Imamah, seramai 45 orang, untuk bersolat Zohor berjamaah, membaca Yaasin dan doa selamat.
Eh, awat tunjuk gambaq selipar pulak ni...Ini adalah selipar-selipar anak-anak tahfiz dari Maahad Tahfiz al-Quran Wal Imamah.Elok tersusun menunjukkan disiplin anak-anak tahfiz ini. Che Mid tepek gambar di fb..wah ramai yang 'like'..menunjukkan aura para hafiz dan bakal hafiz ini sangat kuatkan...subhanallah!
Ruang tengah tingkat atas dipenuhi dengan anak-anak ini. Che Mid sediakan sejadah dan surah Yaasin yang dipinjam dari surau. Oh, bersyukur sangat dapat bersama-sama berjamaah bersama mereka. Syahdu dan khusyu'...
Dayang kata, melihat anak-anak ini berselera makan, rasa nak tempah banyak-banyak lagi makanan. Maklumlah, makan tengahari dah lewat..2.30 petang..
Che Mid tempah makanan dari Miszam Canopy & Catering yang menyediakan nasi briyani dan lauk-pauk lain termasuk 'signature dish', daging masak hitam yang memang sedap. Dayang tambah dengan dua tiga jenis kuih talam, dan Che Mid bawa rojak buah. Majlis bertambah meriah dengan kehadiran beberapa orang rakan Dayang yang turut sama menjamu selera.
Tuan rumah - Dayang, anak lelaki dan bakal menantu..semoga bisnes berjalan lancar dan produk akan berada di tangan pelanggan tidak lama lagi. Amiin!
Sedikit info dari Maahad Tahfiz al-Quran Wal Imamah - mereka sedang mencari dermawan dan penyumbang untuk menaja pengajian anak-anak tahfiz yang miskin dan kurang mampu. Kosnya ialah RM350 sebulan. Anda boleh menaja berseorangan, atau berkongsi dengan kawan-kawan atau adik beradik. Pusat tahfiz ini terletak di Kampung Bukit Kerayong, Kuala Selangor.
Contoh: Jika seorang sedekah RM50, kita boleh kongsi dengan 6 orang lagi. Jika anda berminat bolehlah hubungi Ustaz Azrul Hakim di 019 - 271 5765. Pahala akan berterusan selagi anak-anak Tahfiz itu hidup Insyaallah, dan jika mereka memanafaatkan ilmu mereka, pahala kita ikut mengalir....Masyaallah tabarakallah!
Terakhir, jika anda memerlukan khidmat Che Mid untuk mengurus acara seperti di atas, sila hubungi Yahanana Events di 013-3672459 atau emel di hmj_66@yahoo.com