Assalamualaikum wbrk
Terima kasih atas komen pada entri yang lalu..tentang ziarah dan beri sumbangan pada sahabat yang ditimpa musibah.
Tapi hari ni Che Mid nak luah perasaan sikit ya..bear with me ..
Rasanya ada tanggapan yang perlu di 'fine tune'kan sedikit tentang memberi bantuan pada yang kurang mampu. Seperti juga kes Ku Nan yang tak suka sistem soup kitchen di 'tanah jajahan' dia ..
Biasanya untuk orang yang susah-susah tapi punya iman dan malu, mereka TIDAK meminta-minta. Tapi ada kalangan orang luar yang ingat bila Che Mid ceritakan masalah sipolan tu begitu begini, mereka mula buat komen seolah-olah orang tu tak cukup berusaha lah, nape kerajaan tak bantu lah, tak pandai berjimat lah..dll. Yang lama kelamaan Che Mid rasa " Alahai..dah jadi macam sombong pulak dia orang ni.."
Sebenarnya, bila bagi tau orang tentang kesusahan sahabat Che Mid, sebenarnya itu INISIATIF Che Mid sendiri. Orang tu TAK MINTAK PUN dan TAK TAHU PUN, tapi atas usaha kita yang prihatin apabila melihat dengan mata kepala sendiri betapa sukarnya hidup dengan wang ringgit terhad. Sampai ikat perut dan kurus kering..
1) Mungkin kita pun tak berapa mampu dan ala kadar, tapi kita ada anak yang sihat dan masih punya suami yang pulang ke rumah setiap hari dan bawa gaji setiap hujung bulan. Masih boleh saling mengadu sakit pening, beras habis atau gula habis..sekurang-kurangnya keluarga kita masih lengkap walaupun tak sesenang mana.
2) Boleh tak bayangkan bagaimana rasanya seorang isteri/ibu harus memikul tanggungjawab bapa sekaligus. Apa anak nak makan, belanja sekolah, urus anak balik/hantar asrama, duit minyak... ni time nak raya ..seboleh mungkin akan siapkan anak macam anak orang lain. Kalau boleh tak mau keluar dari mulut ibu, " Kita tak de duit untuk raya.., kita takde duit beli baju raya..takde duit untuk balik kampung.." Sebab pada sang ibu, anak-anak tak salah dan berhak hidup macam anak orang lain. Macam anak saya..anak awak..
3) Perasaan sendiri tolak tepi. Rindukan suami di sisi.. Malam tak boleh tidur memikir macamana nak cari duit. Duit makan hari-hari mungkin lepas tapi yuran sekolah anak, bayar asrama dll..Kena pulak kereta masuk bengkel meragam, roadtax insuran..(Nanti ada pulak yang kata eh, dah susah tapi ada kereta..Jangan ingat orang ada kereta dan henfon tu orang senang..itu keperluan ok..) Akhirnya ditikar sembahyanglah ibu mengadu..bermunajat bertemankan airmata..
3) Hidup manusia ni macam roda dan percayalah untuk orang yang ada iman dan taqwa, musibah hanya bersifat sementara. Akan sampai masanya dia akan keluar dari belenggu masalah. Allah akan pimpin dan tunjuk jalan keluar. Jadi sementara dia berada di dalam keadaan tak tentu hala, emosi tak berapa nak ok..kita tarik dia, pimpin dia. Dengar apa dia kata dan fahami yang tersirat. Dia tak de duit langsung, dia akan kata, " Ada la sikit.." Dia ada duit sikit, dia kata, " Cukup la apa yang ada atau boleh laa..." Memanglah setiap orang ada pilihan untuk hidup dan kena usaha tapi kalau dah nampak dia tercungap-cungap nak tenggelam takkan nak suruh dia fikir macamana nak naik ke darat. Yang teruk siap kata lagi, " Tu la! Sape suruh main air??". Kitalah yang kena tolong dia naik. Hulur kayu ke tali ke...
4) Che Mid bukan orang kaya. Selalu bagi tau kawan-kawan, " Aku takde duit, tapi untuk uruskan sedikit sebanyak Insyaallah boleh asalkan korang percaya." Masyaallah, akan ada nanti sahabat yang budiman dan pemurah menghulur bantuan. Bagi sikit atau bagi banyak itu lain cerita. Tuan punya badan tak tau apa pun. Dia cuma berdoa dan usaha siang malam tanpa jemu. Jaga anak orang, menjahit baju, jual kuih..Tau-tau kita datang dan bagi sumbangan. Bagai bulan jatuh ke riba. Allah..nikmat apa lagi yang kau dustakan???
5) Pada sahabat yang sedang diuji kesukaran, jika anda baca entri ini, jangan terasa hati. Sebenarnya Allah bagi ujian pada setiap hambanya. Susah pun ujian, senang pun ujian. Pada sahabat yang banyak beri sumbangan, semoga Allah murahkan rezeki anda. Pada sesiapa yang banyak soal.. INGAT tu sebab dalam Islam ada zakat dan sedekah. Jangan terlalu berkira dengan rezeki kita dan berdolak dalik dengan rezeki orang. Silap-silap sedekah kita tak dak pahala sebab asek banyak soal. Astaghfirullah..
Sebagai penutup, renungi kata Ustaz Mustafa Kamal Hamzah di Tanyalah Ustaz.
"Orang yang diberi ujian, dan dia INGAT Allah maka itulah sebesar-besar NIKMAT.
Orang yang diberi nikmat, tapi dia LUPA Allah, maka itulah BALA yang paling besar "
Ok dah lega sikit.. luah perasaan kat sini. Terima kasih sudi baca bebelan Che Mid ni. Maaf tak edit sangat entri..direct from the heart. Wallahua'lam.
orang yang susah memang jarang meminta-minta..tapi sebagai masyarat kita mesti amik tau..
ReplyDeletemurni sungguh hati CM..moga dipermudahkan segala urusan..:)
Allah..takde murninya hati ku..sekadar berkongsi je ni..
ReplyDeleteMemang susah nak didik hati agar ikhlas bersedekah. Saya sering berjumpa orang yang susah nak bersedekah sebab alasannya itu hasil penat lelah dia...maka dia berhak bersenang lenang. Tapi, Allah nak tarik rezekinya dengan berbagai cara. Masa tu lah kereta breakdown, masa tu lah rumah di rompak, masa tu lah anak accident. Itupun, masih ada yang belum insaf. Tetap nak riak dan takbur. Semoga kita di jauhi dari sifat2 yang negatif ini.
ReplyDeleteDan saya puji usaha CM dan kawan2. Nak bersedekah, tak perlu jauh2. Orang2 yang rapat di sekeliling kita pun masih banyak yang perlu bantuan. Kalau setiap kelompok masyarakat menunaikan tanggungjawab ini, tak perlu lah kita tengok kes seperti adik Firdaus OKU yang dikurung ibunya itu...
Teringat pulak pada anak bertuah Firdaus tu ya..sampai kurus kering budak tu, tak dak sape sedar sampai lah Allah hantar penguatkuasa jumpa dia..Allah..
DeleteBiasalah tu kak. Kita susah nak duga hati orang ni. Apa yg baik bagi kita, tak baik plak bagi dorang. Memang susah nak puaskan hati orang ni. Tapi usaha akk memang bagus,
ReplyDeleteMemang kena tengok orang juga bila meminta tolong ni. Demi sahabat yang sentiasa bermain2 di fikiran..tertanya2 cukup ke makan pakai dia dan anak-anak..rasa terpanggil nak tolong Lillahi taala..
DeleteBila dah luah perasaan macam ni lega sikit Che Mid kan?
ReplyDeleteSaya percaya satu perkara Allah tak akan aniaya hambanya, selepas diberi kesakitan pasti akan ada kenikmatan. Insyaallah...
sebenarnya kita yang sedang diuji oleh Allah...
ReplyDeletemula2 baca pun acik da faham..memang sahabat2 che mid tidak meminta itu semua atas inisiatif kawan2 di bulan mulia ini..
ReplyDeleteorng yg betul2 susah spt yg ade mention dlm quran dia takkan tunjuk & meminta2..tetapi kita boleh kenal mrk drp melihat akan keadaan mrk..
ReplyDeletetetiba tringt mak yg ms susah kami kecik2 dulu, sara 6 anak sorang2 tp tak pernah mintak ngan org..bila susah sangat bergadailah jlnnya tuk sekolahlah anak..
suka kata kata2 ini
ReplyDeleteTak kaya orang kedekut , tak miskin orang bersedekah.
saya tak ingat sapa yg utarakan kata2 yg penuh makna ini
Tak salah kalau kita dapat meringankan beban rakan2 kita sendiri. Lumrah manusia tidak semua yang berpuas hati.
ReplyDeleteJanganlah disalahanggap perbuatan yang murni ni sebab kita sendiri belum mampu buat apa yang chemid buat..keep it up chemid:-)
ReplyDeletecik mid..dalam quran pun sebut golongan miskin ni. depa tak meminta2 dan malahan ada orang yg tak tahu depa susah kerana menyembunyikannya. sebab tu kita rasa tak perlu beri bantuan. sebab tu kita kena cari golongan miskin ni. betut tu che mid..usaha kita ikut kemampuan kita. kalau tak mampu wang ringgit, kita beri tenaga dan usaha. kalau tak mampu usaha, kita hulur duit
ReplyDeleteSetuju dengan kata2 akak...kita ingat Allah dalam susah dan senang..Allah akan ingat kita...
ReplyDeletebetul che mid.. kita membantu atas dasar perikemanusiaan.. bukan semua orang senang seperti yang kita nampak..
ReplyDeleteKemurnian niat dihati moga mendapat keredhaan NYA.
ReplyDeletesalam aidilfitri. hee maaf zahir batin.
ReplyDeleteBerbuat baik sesama manusia, pasti ada balasannya, tidak semestinya di dunia, tapi di akhirat juga...Selamat Hari raya Che Mid...Semoga segalanya baik-baik sahaja
ReplyDeleteNamanya pun manusia Che Mid.....mmg banyaklah andaiannya. Tapi sekurang kurangnya Che Mid dah memulakan langakah mengajak sahabat yang mampu untuk menolong mereka yang susah. Moga Allah permudahkan....
ReplyDeleteGümüşhane
ReplyDeleteKaraman
Kocaeli
Sakarya
Samsun
AOFYH
adıyaman
ReplyDeletesakarya
yalova
tekirdağ
amasya
7A6
whatsapp görüntülü show
ReplyDeleteücretli.show
TCU
görüntülü.show
ReplyDeletewhatsapp ücretli show
OOWW
çankırı evden eve nakliyat
ReplyDeletekırşehir evden eve nakliyat
kütahya evden eve nakliyat
hakkari evden eve nakliyat
antalya evden eve nakliyat
1WQUD
8A134
ReplyDeleteAdana Evden Eve Nakliyat
Sivas Evden Eve Nakliyat
Yalova Evden Eve Nakliyat
Uşak Evden Eve Nakliyat
Paribu Güvenilir mi
20B97
ReplyDeleteTrabzon Evden Eve Nakliyat
Hakkari Parça Eşya Taşıma
Aydın Şehirler Arası Nakliyat
Tokat Şehir İçi Nakliyat
Karabük Evden Eve Nakliyat
Kırıkkale Şehir İçi Nakliyat
Çankırı Lojistik
Çerkezköy Boya Ustası
Elazığ Evden Eve Nakliyat
6D43E
ReplyDeletesesli mobil sohbet
gümüşhane sesli sohbet
hakkari sohbet odaları
ordu rastgele sohbet uygulaması
canlı sohbet odası
mobil sesli sohbet
canli sohbet
ısparta sesli mobil sohbet
malatya parasız görüntülü sohbet uygulamaları
5EFBD
ReplyDeletenanytoo sohbet
yozgat bedava sohbet uygulamaları
Urfa Rastgele Görüntülü Sohbet Uygulaması
Kırklareli Canlı Sohbet Sitesi
zonguldak nanytoo sohbet
muş ücretsiz sohbet sitesi
antalya canli sohbet chat
kırıkkale ücretsiz görüntülü sohbet uygulamaları
chat sohbet
AC27F
ReplyDeletesolflare
dexscreener
avax
dextools
ledger desktop
arculus
poocoin
ledger wallet
trust wallet
EB3DB
ReplyDeleteKumlu
Bayburt
Murgul
Savaştepe
İhsaniye
Ortaköy
Kozlu
Karamürsel
Köprüköy
1CA06FB1E2
ReplyDeleteinstagram bot takipçi al
106FF4A458
ReplyDeletetwitter düşmeyen takipçi