Rumah Che Mid di SP riuh rendah lagi dengan kehadiran adik-adik ipar dan keluarga, Pak Lang Jo dan Mak Lang Fadillah juga Pak Cu Acam dan Mak Cu Ayu. Semuanya seramai 15 orang; memang riuh tak rendah-rendah.. Tiba pada Ahad 11 untuk bercuti ke utara dan rumah kami dijadikan tempat transit ke Perlis dan Langkawi selepas ke kenduri walimatulurus kakak Pak Lang Jo.
Ini percubaan pertama Che Mid membuat cornflakes madu rangup tiru dari dapur
Juwita. Nampak Juwita punya lagi sedap tapi kira ok lah untuk kudapan tetamu yang kepenatan.
Oleh sebab tuan rumah pun turut serta ke majlis kenduri kahwin, jadi tak sempatlah siapkan minum petang untuk tetamu. Kami beli nasi lemak bungkus daun pisang, 70 sen sebungkus. Comel je dan setiap bungkus ada tulisan T - nasi lemak telor, B - nasi lemak ikan bilis dll. 20 bungkus yang ditapau..ha ha kenyang sampai malam, dicampur dengan cenderahati orang kawen.
Keluarga Pak Cu sampai sebelah petang dan keluarga Mak Lang tiba lewat malam. Nasib baik rumah Pak Ngah ni agak besar ( 4 bilik tidur).. agak selesa juga buat tetamu berjumlah 15 orang.. tetapi anak-anak lelaki terpaksa tidur di ruang tamu sambil nonton TV sampai ke pagi..
Sarapan hari kedua - Mi hun goreng Mak Lang
Nasi goreng telor Mak Cu Ayu
Pelikkan, sarapan dengan chicken chop... sengaja disediakan awal khas untuk Mak Cu yang akan bertolak ke Perlis, takut kempunan pulak nanti..
Makan kenyang-kenyang tau.. jadual berjalan-jalan padat hari ni. Nak ke Changlun dan Padang Besar, malam nanti balik semula ke Sg Petani.
Famili Mak Lang tak ke mana-mana hari ni. Berehat sebab kepenatan rewang... Makan pun tak beria sangat.. asyik tidur je.. kesian Mak Ngah tengok... Lewat petang baru segar sedikit dan boleh ronda-ronda pasar malam. Balik bawak putu mayam, apom lenggang dan durian. Kami tak makan nasi pun malam tu sebab makan tengahari lewat.
Aidil anak Pak Teh pun ada gak.. menyamar jadi anak Mak Lang kejap he he
Sarapan hari ke dua - Lempeng dan sambal ikan bilis air tangan Che Mid.
Mak Lang pulak buat nasi goreng, di tambah dengan roti bawang putih tanpa cicah..Tak sempat nak buat sup sebab tetamu sibuk bersiap nak ke Langkawi. Malam tu cuma Che Mid, Che Abang dan Deeja saja yang tinggal di rumah. Farah dan Faris ikut yang lain ke Langkawi. Satu malam je di pulau tu tapi tentu tentu 'happening'..
Bergambar di silau mentari pagi sebelum bergerak ke jeti Kuala Kedah untuk ke Langkawi. Budak kecik Deeja tu tak ikut pun.. mandi pagi pun tak lagi..
Sebaik mendengar kumpulan dari Langkawi dalam perjalanan balik ke SP, Che Mid siapkan makan. Tentu penat dan lapar sangat orang-orang tu. Menunya ialah ikan sambal, kari ayam, kubis goreng style mertuaku dan lemak pucuk ubi tempoyak tanpa tempoyak. Bila dah masuk periuk semua bahan.. rupanya tempoyak habis...habis camno... masak je le walaupun tak cukup sifat..ha ha
Ha, ini kemucak makan-makan. Sarapan campur makan tengahari.. sebelum berangkat balik ke KL..Chicken chop lagi.. nak perabih stok kemaren..tambah sup cendawan buatan sendiri (sedap banget you!!).. dan nasi lemak pun ada.. dalam pinggan makan campur-campur...
Udang lipan goreng tepung. Che Mid tak pernah makan udang lipan ni...
Gotong royong di dapur..Mak Lang goreng udang, Irham bakar garlic bread, Atiq buat air panas, Farah buat brown sos, Ira buat sup cendawan, Deeja buat sebok...
Dua orang bujang Mak Lang ni memang rajin di dapur.. ikut perangai ayah...
Pak Ngah, Mak Lang dan Pak Lang meratah udang lipan goreng tepung..
Tamat sudah adegan makan-makan...