Tarikh 22-24 September 2011 menjadi sejarah bagi keluarga Che Mid kerana menerima kunjungan adik-adik tersayang. Kalau minggu pertama raya Adik Nana dan Ain yang datang, kali ini Adik Nor dan anaknya Huda, Adik Lina, suami dan anak-anak juga tak ketinggalan emak dan abah tercinta. Tambah bersejarah kerana mereka menggunakan KERETAPI dari KL Sentral ke Sg Petani.
Bertolak jam 6 petang dari Meru ke Stesen Komuter Klang untuk menaiki komuter ke KL Sentral. Teringin melihat pemandangan sepanjang perjalanan tetapi cuma ada perjalanan malam sahaja. Jadi mereka bertolak jam 9 malam dan tiba di SP jam 6 pagi. Che Mid dan suami menjemput dengan dua kereta lepas solat subuh.
Tiket keretapi satu hala RM36 dewasa, RM22 kanak-kanak dan warga emas. Macam-macam pengalaman menarik ditempuh sepanjang perjalanan.
Ada yang duduk mengadap ke belakang..sampai di Stesen Bukit Mertajam, ramai penumpang turun. Ambil kesempatan, bertukar tempat duduk yang mengadap ke depan. Rupanya, keretapi ganti kepala ... jadi duduk mengundur juga!!
Selepas sarapan, sambung tidur ... Eh, Imi pun ada juga.. Dia tumpang kawan yang kebetulan akan ke Jitra. Imi sampai lebih awal, dalam pukul 7 malam. Abah sakit badan dan pening kepala. Mana taknya, asek mengundur je dalam keretapi dekat 9 jam...
Deeja bersuka ria dengan sepupu sepapat...
Di Pekan Rabu eh eh bukan... Wednesday Town.. Adik Lina (kiri), emak dan Adik Nor.
Imi, Iman dan adik Lina
Pulut pedas ini abah pesan suruh beli. Memang sedap.
Selepas makan-makan di Wednesday Town, kami ke Taman Saga, Alor Setar untuk ziarah Kak Normah Nasruddin ( bertudung hitam), sedara belah mak yang dah lama sangat tak jumpa. Jejak kasih la ni..
Selepas makan-makan di Wednesday Town, kami ke Taman Saga, Alor Setar untuk ziarah Kak Normah Nasruddin ( bertudung hitam), sedara belah mak yang dah lama sangat tak jumpa. Jejak kasih la ni..
Mak Long dah siapkan bilik untuk Iman tidur.. tapi pagi-pagi tengok lena atas sofa.. hai.. sepanjang malam rupanya dia macam ni..
Si Deeja kunun nak tidur ramai-ramai dengan sepupu-sepupu. Ajak ke bilik sendiri bukan main susah..
Jom cerita bab makan pulak..
Sarapan pagi hari pertama - pulut kukus yang dah hangus! Aitt.. macamana kukus pun boleh hangus.. sebab Che Mid leka berborak dengan adik-adik dalam bilik.. sedar-sedar Che Abang menjerit-jerit panggil Che Mid sambil tanya apa yang bau hangit.. Rupanya air kukusan dah kering kontang, angkat bekas loyang yang atas, berkepul-kepul asap naik sampai ke syiling.. satu rumah berkabus sekejap!!
Che Mid buat rendang kerang kesukaan adik Lina, 3 kilo banyak tak? Che Mid campur dengan cili api, lada hitam dan rempah jintan juga ketumbar.. Makan dengan pulut hangus ha ha
Sarapan pagi hari kedua.. Che Mid dah siapkan mee goreng, tapi tetamu sesaja jalan-jalan ambik angin pagi, bawa balik berbelas bungkus nasi lemak dan mee hoon..
Makan tengahari hari ke dua - Masakan air tangan ibu ku... masak lemak cili api nenas dengan udang..!
Pencuci mulut - puding roti gula hangus tiru dari dapur Suri Soleha..saja tambah buahan dalam tin..Che Mid ajak anak-anak buah buat sekali, Bukan main suka lagi budak-budak tu di dapur..
Bergambar ramai sebelum bertolak ke Stesen keretapi untuk balik ke Klang. Terima kasih sudi datang, jangan serik datang lagi ya!! Dengan ini kesemua adik-adik Che Mid yang 7 orang tu, dah pun menjejakkan kaki ke rumah Che Mid di SP ini. Alhamdulillah..!
Bergambar ramai sebelum bertolak ke Stesen keretapi untuk balik ke Klang. Terima kasih sudi datang, jangan serik datang lagi ya!! Dengan ini kesemua adik-adik Che Mid yang 7 orang tu, dah pun menjejakkan kaki ke rumah Che Mid di SP ini. Alhamdulillah..!