Jumaat 10/10/2014
Hari ini Ayan akan bernikah. Saat-saat yang ditunggu tiba juga akhirnya, setelah lebih setahun bertunang. Tiada sebarang persiapan dibuat kecuali mencantikkan dulang mas kahwin dan rantai tangan membatal air sembahyang. Hanya satu dulang..2 in 1.
Tiada lagi barang hantaran dan deko mahal-mahal sebab telah dipersetujui kedua belah pihak, barang hantaran hanya pada majlis tunang sahaja. Duit hantaran telah pun di bank in dua bulan sebelum majlis kahwin dan disahkan semasa ibu dan abah berjumpa bakal besan untuk menetap tarikh kenduri. Alhamdulillah, pihak besan dan menantu juga jenis yang simple dan mudah.
Jam 10 pagi, ibu sibuk menyiapkan daging palembang dan pulut jagung untuk hidangan adik beradik yang datang tengahari ni, (nikah lepas Asar). Ayan menjenguk ke dapur. Ibu tanya, " Ayan tak stress ke nak nikah nanti?" Ayan jawab," Tak nak fikir pasal tu.." Oh, ok..psycho diri sendiri untuk nampak tenang he he..bagus anak ibu..
Tengahari.
Ibu pesan pada Ayan untuk buat solat taubat dan solat hajat supaya tenang dan bersih hati untuk memulakan hidup baru sebagai seorang suami. Itu juga yang ibu pesan pada Epa semasa call dia pagi tadi.
Ayan kata, " Ibu, napa lutut Ayan ni lemah je.." Tu diaaaa... dah mula panik dah diaaaa!
Siap berbaju Melayu. "Ibu, nampak tak sampin Ayan?"..Tu dia haiii..sampin depan mata pun tak nampak.. Siap dan segak, Ayan bersolat sunat dalam bilik ibu. Ibu biarkan saja Ayan berlama-lama sendirian dengan Yang Maha Esa.
Oh ya, malam semalam kami sekeluarga keluar bersama. Yang terakhir sebelum status bertukar menjadi suami orang. Adik-adik pun dah balik dari kolej, kami keluar membeli kasut Ayan. (Ikutkan Ayan, tak mau berkasut baru..tapi ibu desak juga). Dah dapat kasut, kami minum malam..makan sate, tauhu bakar dan soto. Saja relaks dan santai hingga lupa bergambar... he he
Ahli keluarga ipar duai mula berkumpul di rumah dan bertolak ke masjid sejurus sebelum masuk waktu Asar. Alhamdulillah, bakal menantu juga tinggal sekampung jadi tak timbul soal jauh berjalan atau bermalam.
Usai solat Asar, majlis bermula. Ada sepasang mempelai lagi bakal mendirikan masjid. Sistem audio masjid sangat teruk hingga hadirin tak dengar pun apa buah butir bicara Tok Kadi. Hingga saat berakad nikah pun kami tak dengar, kecuali yang duduk dekat-dekat dengan Ayan apatah lagi jurufoto berkerumun di tepi pengantin. Tau-tau dah selesai ... apa pun Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, anak ibu dah jadi suami orang.
Gambar sejurus sebelum khutbah nikah. Kain baju Melayu tu, mak nenek yang belikan, sekali dengan kain untuk cucu menantu. Songkok pulak, Atuk yang bagi. Sampin..guna yang sedia ada je...
Solat sunat selepas nikah
Ayan berpaling untuk keluar dari masjid. Terlihat dua susuk tubuh
sedang memerhatinya. Farah dan Faris. Ayan mendepangkan tangan dan kedua
adik meluru pada Ayan dan berpelukan erat tiga beradik. Airmata
mengalir tak tertahan lagi, berbaur perasaan suka dan duka.
Tarikh 10/10
itu dipilih oleh pihak perempuan sebenarnya bertepatan dengan tarikh
arwah abang Firdaus meninggal genap sepuluh tahun yang lalu. Farah,"
Ingat tak hari ini hari apa?" Allah..bertambah laju airmata rindu pada
arwah abang.
Gambar adik beradik dengan kakak baru. Di rumah pengantin perempuan
Malam selepas nikah, Ayan tidur di rumah. Satu bilik dengan ibu tapi atas tilam Deeja. Ibu pun tak sampai hati nak kejut. Agaknya, teringin tidur dekat ibu buat kali terakhir sebelum tidur di 'rumah' baru.
Inilah anak manja pengarang jantung ibu yang dah pun bergelar suami. Ibu sentiasa doakan yang baik-baik sahaja untuk Ayan dan anak ibu yang baru, Norshalina Osman. Selamat datang ke dalam keluarga kami sayang!
Barakallah hulakuma wabaroka 'alaikuma wa jama bainakuma fikhoir
Untuk sahabat blogger sekalian, dengan penuh rendah hati Che Mid teringin sekali menjemput para sahabat semua untuk hadir di majlis menyambut menantu pada 1 November 2014 bersamaan hari Sabtu di Meru, Klang. Majlis sederhana sahaja tapi tinggi harapan Che Mid jika para sahabat sudi hadir terutama yang tinggal berdekatan. Mohon sangat hubungi Che Mid di 013-3672459 melalui sms atau whatsapp. Setakat ini Che Mid dah ada nombor hp Anim, Bunda, Sudip V Senduk, Aziela, Aizamia, Zaitun, Acik Erna, Aduka Tirana dan beberapa yang lain. Thanks in advance everyone!!