Che Mid memandu Ria menghala ke bandar untuk menghantar Farah ke tempat menunggu bas yang akan membawanya ke Kuala Lumpur. ( Farah menyertai program Karnival Kesenian Sekolah 1Malaysia ). Deeja duduk di hadapan sambil menonton dan menyanyikan lagu-lagu nasyid kegemarannya. Farah duduk di belakang (tak tau kenapa..mungkin banyak barang yang dibawa..)
Masuk ke lebuhraya, jalan sedang dibaiki dan kon-kon membentuk laluan dua lorong menjadi satu lorong. Dari lorong kiri, Che Mid kena masuk ke lorong kanan., tapi ada sebuah lori memandu agak laju di belakang sebelah kanan. Teragak-agak nak masuk terus atau tidak, tiba-tiba terdengar dentuman dari tepi kiri...
Rupanya Che Mid terlanggar salah satu kon oren di tepi jalan. Kemungkinan besar kon itu melantun ke cermin sisi dan turut terkena cermin tingkap, betul-betul di tempat Deeja duduk. Cermin sisi pecah berderai, langsung tidak berfungsi.. cermin tingkap sedikit calar.
Deeja menjerit, " Ibu.. takut..takut!".. Terus Farah angkat dan peluk Deeja. Nampak muka Deeja ketakutan walaupun tak menangis.( Nasib baik cermin tingkap ditutup.. tak boleh bayangkan apa akan jadi pada Deeja kalau tingkap terbuka.. )
Isnin, 28 November 2011 di rumah Klang.
Hari ni hari ke empat di Klang, teringin nak ke pasar malam dekat rumah. Tangan sebelah kanan pimpin Deeja.. ( Deeja lagi...) tangan sebelah kiri pegang dompet. Sedang kami berjalan lenggang kangkung sambil melihat-lihat rumah jiran...
Tiba-tiba terasa pergelangan tangan kiri Che Mid disentap kuat.. Manik-manik dari gelang tangan bertaburan.. Che Mid menjerit, " Allah" sekuat hati... Rupanya Che Mid hampir diragut oleh dua lelaki bermotosikal. Cuba mencopet dompet tapi mujur cuma terkena tangan..dompet tetap kemas dalam genggaman. Lelaki bertopi keledar tu terus berlalu perlahan dengan selambanya seolah takde apa terjadi.. hebat betul..Motor tu pulak buruk dan kotor, plat no tak jelas...
Alhamdulillah, kami tak apa-apa.. dan Deeja pun ok..tak sedar pun yang ibu dah hampir kena ragut..