Assalamualaikum wbrk sahabat semua! Harap sihat dan ceria ya..
Lama Che Mid tak update dan ronda-ronda, batuk hampir sebulan tak baik-baik. Deeja pulak demam on off pulak...
Bila dah rasa sihat ni mula la mood nak melayan tekak. Hari ini Che Mid dan borak pasal bubur som-som. Ada yang tanya resepi membuatnya. Jom layan mata jom...
Bahan-bahannya:-
Sepeket tepung beras
3 kotak kecil santan kelapa
sedikit garam
2/3 helai daun pandan
Air
Cara-cara membuatnya:-
Masukkan semua bahan dalam periuk besar, cairkan dengan air sehingga lebih cair dari bancuhan tepung goreng pisang. Kacau hingga tepung larut dan sekata (tidak ketul-ketul).
Lepas tu panaskan atas dapur dengan api sederhana. Kacau sentiasa utk mengelak dari berketul-ketul. bila mula pekat, perlahankan api dan kacau lagi hingga tanak. Kalau rasa tak cukup air, tambah air panas.
Cara untuk tahu bubur dah tanak dan masak, bila kacau bahagian tepi periuk, bubur tak melekat.
Lebih kurang setengah jam juga la mengacaunya..
Tuang dalam acuan atau bekas ikut suka. Biarkan sejuk.
Air gula:-
Hancurkan sebuku gula melaka, masukkan dalam periuk.
Campurkan secawan gula merah dan dua cawan gula putih (manis ikut suka)
Masukkan air dan kacau hingga mendidih dan gula hancur sebati.
Banyak yang akan kita dapat dengan sepeket tepung beras. Kita boleh sedekahkan pada jiran-jiran juga.
Ini Che Mid tuang dalam bekas comel hadiah orang kawen..simpan dalam peti, pastu time makan boleh ambik satu-satu..berulang-ulang makan youuuu...sejuk kat tekak. Tapi ada juga yang suka makan suam-suam, macam maka taufu fah..
Bubur som-som yang elok masaknya akan 'kenyal' dan elok membentuk.
Seminggu lepas tu..Che Mid buat lagi sepeket sempena beday Farah dan Faris. Tapi masuk dalam bekas empat segi besar macam tu je. Siapa nak makan, kena hati-hati senduk dan sirap dengan air gula.
Nota: Biasanya orang Jawa akan masak bubur ni selepas kenduri walimah. Khas untuk orang yang rewang atau penanggah. Bubur ini dipercayai dapat memulihkan tenaga yang hilang selepas berpenat lelah menjayakan kenduri.
Tu je..jaga diri semua..ma'assalamah..wa illaliqo'