Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Saturday, 25 February 2012

Dah mula menyibuk

Salam semua

Apa dah jadi dengan Che Mid.. sonyap yo.. Entah.. tak tau jawapan yang tepat. Sibuk sangat ke atau tak reti susun jadual. Entri lepas pun tak sempat jawab komen. Terima kasih juta-juta pada yang sudi komen, Che Mid dah baca setiap satu. 

Yang pasti bila dah balik Klang ni, makin banyak aktiviti sampingan terutama hal kemasyarakatan.. ewah.. perasan.. Baru seminggu pindah balik ke Klang ni, dah dapat permintaan untuk aktif semula. Ingatkan nak 'low profile' dulu.. emmm... tak de nya..

Che Mid turut menyibukkan diri dalam aktiviti sambutan Maulidurrasul peringkat surau dan masjid baru-baru ni. Taman Che Mid menjadi tuan rumah sambutan peringkat Kampung Meru. Perarakan dan pertandingan diadakan selama dua minggu berturut-turut. Diikuti sambutan anjuran muslimat masjid pula, Che Mid menjadi penyelarasnya. Banyak gambar diambil tapi tak sempat nak cerita ceriti. 

Si kecik Deeja menjadi sangat dengki dan jaki pada lappy. Pantang ibu sentuh dia pun nak juga. Sekarang ni dia dah tidur, jadi adalah peluang jenguk sini, sambil menunggu Che abang balik dari SP dalam pukul 3 pagi nanti.

Aktiviti terbaru yang membuatkan Che Mid tak senang duduk dan tak tidur lena ialah menjelangnya Perjumpaan Keluarga Haji Ismail iaitu arwah atuk sebelah abah. Che Mid jadi Pengarah Program ( title kasik sendiri )Tarikh telah pun ditetapkan iaitu pada 10 Mac 2012. Dewan, kerusi meja dan katering dah pun di tempah. Urusan edaran surat jemputan dan kutipan bayaran RM30 seorang dewasa dan RM10 kanak-kanak sedang rancak berjalan. Sasaran kehadiran 200 orang dari Selangor dan Johor insyaallah menjadi kenyataan.

Macam-macam kerenah nak mengumpulkan sedara mare. Yang jauh lain cabaran, yang dekat lain songeh. Masa pun lebih kurang 2 minggu je lagi. Tengah sibuk-sibuk macam ni henfon buat problem.. tak boleh sms. Che abang belikan fon baru ( tqvm yang..) tapi asek putus je bila buat call. CUBAAN...Tapi niat kerana Allah untuk menggembirakan emak abah, wak-wak dan cik-cik yang berharap sangat supaya diadakan perjumpaan kali ke dua ni, Insyaallah dipermudahkan Allah swt.

Jadi sahabat sekalian, jangan lupakan daku ya... I will be back with lots and lots of stories later on..

Tuesday, 14 February 2012

Pengumuman

Baru kini boleh mengumumkan bahawa Che Mid dan anak-anak telah pun berpindah semula ke rumah Klang sejak awal tahun ini.   Tinggal Che Abang saja masih berada di rumah SP. Keputusan konsenses ini kami buat atas faktor kerjaya dan tidak mahu 'mengganggu' konsentrasi persekolahan anak-anak lebih-lebih lagi Farah yang akan mengambil SPM tahun ini. 

Buat sementara waktu, Che Abang bergelar 'weekend husband'. Harap-harap tak lama lagi kami bersatu semula seperti sedia kala. Itu doa kami...

Friday, 3 February 2012

Telatah Deeja Lagi

Wah, banyak juga komen pasal entri semalam, khas untuk budak bertuah Deeja. Terima kasih banyak-banyak, tapi tak sempat balas komen lagi disebabkan jadual yang sangat padat, kiri kanan depan belakang atas bawah kesibukan ha ha.

Hari ini, 3 Februari 2012, Deeja genap 2 tahun, berkongsi tarikh lahir dengan bonda Che Mid. Selamat hari lahir mak yang ke 62 tahun... kut. Tengah demam pulak mak nenek... moga sihat dan ceria seperti selalu.

Seperti yang dijanjikan, hari ini kita sambung siri ke dua koleksi gambar keletah Deeja. Jom..

Deeja mula belajar naik tangga. Alhamdulillah, sampai hari ini, Deeja tak pernah eksiden di tangga...

Aksesori pertama - Topi abang Ayan... dipakai ketika kepanasan di Empangan Tasoh, Perlis. Baju denim tu dah tak muat... singkat..

Aksesori kedua - Periuk bertelinga dua.  Sampai ke ruang tamu Deeja menggayakan topi periuk ni. Kelentung kelentang... riuh satu rumah macam ada 10 orang tengah memasak..Err.. baju tu terbalik pulak pakainya.. apalah ibu ni..

Aksesori ketiga - Serkup ibu dengan spek membaca abah...

Aksesori keempat - Shawl kakak Farah... abahnya belit-belitkan jadi serban.. anak Afghanistan sesat kat Kedah ha ha..

Aksesori kelima - Tengok betul-betul... abang Ayan sepit telinga Deeja guna sepit baju....jadi model takde gaji.. siap kontrol sakit tuuuu... Gambar ni cuma satu diantara berpuluh yang abang Ayan shoot untuk projek dia. Mula-mula Deeja main-main je, mengacau ibu menyidai kain.. lepas tu jadi mangsa abang Ayan.

Deeja suka nyanyi lagu Maher Zain dan Wali Band. Hobi melalak terbawa-bawa sampai ke tingkap..Di situlah tempat Deeja 'menyambut' kepulangan abahnya dari kerja setiap hari..

Lasak bermain, tidur pun senang... tak banyak songel.. Ini atas riba ibu, dalam kereta..

Lena beradu di atas meja makan..

Di tempat duduk tengah kereta Ria... punya lena terlentuk.. 


 Di tempat duduk paling belakang kereta Ria. Terlalu penat sampai tertonggeng... tak sempat duduk elok-elok dah tertidur..

Buai enjut masa Deeja baby.. nak beri ke orang lain, tapi Deeja suka sangat, dia ambil botol susu dan baring sendiri dalam buai ni.. lepas tu enjut sendiri samapi tertidur..

Buaian terbaik.... kain pelikat abah... 

Bakul kain pun boleh jadi tempat bersantai...taulah ibu liat sangat lipat kain...

Jadi model Jusco...women's department...

Sekarang nak tunjuk pulak barang-barang yang telah Deeja musnahkan. Remote control TV, dah tiga ketul abah kena ganti.. tu biasalah kan.. budak-budak..

Ibu rasa nak nangis bila tengok kerusi baru tak sampai sebulan beli, Deeja kopek lapik tempat duduk. Ini kerusi pertama, Che Mid sorok dalam bilik jadi kerusi study Faris. Sekarang ni... sedih... ke lapan-lapan kerusi dah robek-robek.. lagi teruk dari dalam gambar tu..Kalau tetamu datang, kena eksplen dulu, tapi biasa tetamu kata, " Fahammm...."

Spek membaca abahnya, dah tiga jadi mangsa...

Haaaa... Deeja pun nak buat entri blog jugak... semakin rongak keyboard lappy ni... abahnya terpaksa beli baru.. Tak sampai seminggu ganti, Deeja cabut hampir KESEMUA benda alah atas tu... masa tu akak Farah leka jawab fon, tak sedar Deeja happily tanggalkan satu persatu...menangis kakak Farah..semalaman Farah pasang semula.. nasib baik berjaya. Nasib baik abah takde.. outstesen..

Yang ini Ibu pelik sangat-sangat. Sampai la ni, Ibu tak faham macamana Deeja boleh jadikan anak lesung ni terbelah dua...

 Ini bab sedih... satu hari Ibu nampak Deeja seperti mengunyah sesuatu yang keras.. Deeja suka sangat makan kacang, jadi ibu tak berapa kisah.. tapi entah kenapa hati ni teringin nak tau... Ibu pujuk dia buka mulut.. rupanya serpihan kaca botol ni dalam mulut dia.. Masyaallah.. menggeletar Ibu...

Memang beberapa hari sebelum tu, botol tu jatuh.. puas Ibu sapu, tapi tak jumpa serpihannya.. rupanya Deeja yang jumpa...



Itulah cerita saya sempena Harijadi saya hari ini. Tolonga doakan Deeja tak nakal sangat ya.. dan doakan jugak rambut Deeja cepat panjang... ramai sangat orang ingat Deeja ni lelaki..

Wednesday, 1 February 2012

Telatah Deeja

Hari Jumaat ni genaplah umur Deeja 2 tahun. Ibu nak pamer gambar-gambar koleksi Deeja sejak setahun yang lalu. Ada yang dah keluar dalam entri,  ada yang belum..jamu mata kejap ya..

Kali pertama bawa Deeja ke kubur abang Firdaus. Tengok gambar ni, eh.. semangat jugak budak Deeja ni ya..

Tempat feveret bila tengok TV

Deeja duduk dalam beg, kakak Farah tarikkkkk...


Deeja menggelongsor turun dari kereta tolak di Jusco. Kakak Farah yang jaga,  ibu leka belek barang tak hengat..

Baju ni Mak Lang yang bagi..

Hobi turun temurun keluarga kami... melalak.. mikrofon ada dua. Dua-dua dah hancur...

Makanan kesukaan - Jagung..Asal pi pasar malam, abahnya mesti beli setongkol jagung rebus khas untuk budak kecik ni. Pandai Deeja makan..tau dia yang mana isi yang mana tak boleh makan.

 Ini pun feveret dia . Deeja panggil 'duyan'. Pantang nampak kat tepi jalan ke, dia akan jerit, " Hii.. duyann..!"

Kesukaan dia yang paling ibu tak tahan... mentega atau marjerin. Deeja buleh skup dengan sudu atau tangan terus masuk mulut. Sekarang dah kuat buka pintu peti sejuk, dia buleh capai dan makan sendiri.. aduii.. tak tau le perangai sape dia ikut..

Ada satu masa tu, Deeja gila makan beras.. bertabur-tabur beras dia 'curik' dari tong beras. Deeja ambik segenggam tangan cumil dia tu, pas tu jalan sana sini sambil makan sebutir-sebutir. Dia kata makan 'nasik'.

Sekarang ni Deeja kemaruk makan mee segera mentah. Cuba sedaya upaya buka bungkusan dan makan begitu saja sambil duduk diam-diam. Deeja cakap makan 'migi'.


Ini budak seksi baru lepas mandi.

Tapi diaper tu bukan letak atas kepala la...

Roti punya kaya, Deeja sudah sapu atas tilam.. ingat nak 'scrub' ke ha... aduiii..ibu tahan sabo ke ni nak oii..

Hobi memanjat tingkap.. langsir dan penyepit langsir tak pernah elok terletak..
asyik jadi mangsa vandalisma..

Panty liner atas dahi .. Deeja ingat tu Kool fever la tu..takdenya kebah demam tu..

Sebungkus biskut chipsmore habis dilenyek ... masuk perut sekeping dua je..

Ratu tepung gomak nak beradu...jangan kacau aku, kalau tidak aku jerut kau dengan charger henfon abah ni...

Ini lipstik simplySiti ibu.. baru dua kali pakai.. datuk Siti untung besar..

Bergaya dengan selipar Jepun licin kakak Farah di bawah ampai jemuran, muka dah siap berconteng celak..tak payah pakai susuk, dah cantik sangat dah tu..
Ni tengah mandi sauna atas tanah tempat ibu nak tanam serai..

Lepas tu mandi air hujan dalam longkang... buang bala..

Akhir sekali bilas dengan air paip tepi rumah. Jangan bagi tau ibu yang tengah sidai kain tu..!

Deeja memang pantang nampak kepala paip.. di rumah sendiri ke, rumah orang ke.. kalau ibu leka.. basah la jawabnya. Sekarang ni, kalau nak menyidai kain kat luar rumah, ibu terpaksa tutup kepala paip kat meter..


Esok sambung lagi.. daaa... muahh!