Awal pagi Khamis jam 12.20 tengah malam 21 Februari 2013. Che Mid baru je tidur-tidur ayam selepas menidurkan Deeja.
Tiba-tiba henfon ibu berbunyi dari nombor tak dikenali. Pelik dapat 'call' tengah-tengah malam tapi ibu terus menjawab. " Assalamualaikum, ini mak Faris ke..?". Berderau darah bila nama Faris disebut. " Tolong datang ke Klinik Kesihatan Meru sekarang, Faris eksiden". " Macamana dia?" tanya ibu. " Nanti tengokla sendiri!". Orang tu terus off henfon.
Abah yang dari tadi memasang telinga memandang tepat pada ibu. "Faris eksiden" kata ibu tanpa ditanya. Abah terus menjerit memanggil Farhan yang ada di tingkat bawah.
Farhan terus keluar rumah mencari Faris. Ibu dan abah bersiap dan bertolak sedikit lewat. Di tengah perjalanan, ibu terima lagi panggilan dari nombor yang sama. " Puan dah sampai mana sekarang.. dah keluar ke belum?". Suara itu kedengaran cemas.. Ya Allah, apa yang terjadi pada Faris? Ibu cuba bertenang dengan berzikir dan berdoa. "Aku redha apa yang bakal aku tempuh Ya Allah, tolong kuatkan aku Ya Allah!" jerit ku di dalam hati. Ayat Lailahaillaanta... menjadi azimat. Abah mula cemas. Sekejapan dia mengeluh, sekejap lagi mengetuk stereng kereta. Ibu biarkan saja.. Perjalanan terasa sangat lama..
Sampai di klinik yang suram dan sunyi, ibu lihat sekumpulan lelaki berada di luar pintu klinik. Ada yang ketawa kecil. melihat mereka begitu, sedap sikit hati ibu.. Keluar saja kereta, ada seorang lelaki mendekati ibu. " Ini mak Faris ya.. ha ini dompet Faris. Dia ada di dalam". Sebaik pintu dibuka, ku lihat Faris terbaring di atas 'strecher'. Kepalanya berbalut besar. Darah di mana-mana.. muka. baju, mulut.. Tangan dan badannya menggeletar.
Faris terus panggil ibu, " Sori bu.. Faris takde niat susahkan ibu.. Faris 'rush' tadi..". Ibu kata, " Takpe, Faris tenang.. ibu ada ni.." Tenang sahaja. Ibu nampak kaki kiri Faris pun berbalut dan darah banyak ..Di saat begitu, pilu ibu bila Faris bertanya adik (Deeja) mana?
Ibu pegang tangan Faris dan urut dadanya yang berombak agak kuat. Sambil ibu menenangkan Faris, tiba-tiba terdengar suara abah di belakang.. menangis. Ibu bergegas memeluk abah dan menenangkannya pula. Salah seorang lelaki yang ada di situ kata, " Bang, tenang ya bang.." sambil menyuruh abah duduk. Abah datang dekat Faris, " Abah sayang Faris tau.." sambil cium pipi Faris.
Ibu dah serah pada Allah. Melihat darah dan balutan di kepala, hanya Allah yang tahu apa sebenarnya yang menimpa Faris. Melihat keadaan Faris yang semakin cemas, lelaki tadi datang menundukkan kepalanya kepada Faris. Hati ibu kata, " Ya Allah, dia nak ajar anak aku mengucap ke... takkan seteruk tu.." Rupanya, orang itu cuba menenangkan Faris. Berkali-kali dia panggil Faris untuk relaks dan jangan banyak berfikir.
Pembantu perubatan kata Faris mesti di bawa ke hospital kerana luka di kepala parah dan kaki kiri mungkin patah. Ibu iyakan saja tanpa banyak soal. Ibu menemani Faris menaiki ambulan, Abah menyusul kemudian dan Farhan pula berbincang dengan orang yang melanggar. Ibu dan abah tak masuk campur sebab hanya fokus kepada keadaan Faris sahaja waktu itu.
Dalam perjalanan, Faris asyik mengerang kesakitan. Tak tau nak buat macamana, ibu genggam tangan Faris sambil membaca ayatul Kursi. Ibu berdoa, " Ya Allah, Kau salurkanlah kekuatan ayat ini melalui ku kepada anakku. Kau kurangkanlah sakitnya Ya Allah". Begitulah ibu buat sepanjang perjalanan.
Pukul 2.30 pagi, Farhan hubungi ibu. Suaranya sangat tegang menggambarkan kerisauan seorang abang kepada adiknya. Ibu keluar sebentar dari bilik kecemasan dan berbual dengannya. " Macamana dengan adik tu bu.. Ayan dah tengok kereta yang langgar dia tadi.. cermin depan retak seribu, tepi kiri kereta remuk.. Motor adik lagi teruk.. Dah lah dia tak pakai topi (keledar).. Ayan tak nak fikir buruk, tapi kalau adik lumpuh nanti macamana bu.." bertalu-talu Farhan meluahkan kebimbangannya. Ibu kata, " Ibu nak sangat menangis.. tapi kita kena kuat. Takpe, Allah masih nak uji kita lagi.. ibu tak apa-apa.. As long as kita sekeluarga ada sama. Abah, Ayan, Farah ada .. kita kuat. Sekarang Farhan ajak Farah solat hajat dan baca Yaasiin. Doa untuk Faris, yang lain serah pada Allah swt.
Jam 3.30 pagi Faris selesai di x-ray dan MRI. Saat paling mendebarkan ialah apabila dua orang doktor bertugas meneliti keputusan imbasan. Ibu tak putus-putus berdoa agar tiada yang lebih buruk berlaku sambil tangan erat memegang tangan Faris. Penantian berakhir, doktor memanggil abah dan ibu perhatikan dari jauh. Terasa bagaikan saat antara hidup dan mati. Terdengar doktor cakap dengan abah yang tengkorak kepala Faris tak retak dan takde pendarahan otak. Kaki pun tak patah dan tak retak. Allahu Akbar..Kau sangat menolongku malam ini Ya Allah. Kau gantikan kerisauan kami dengan kegembiraan dan kelegaan. Mau je rasanya ibu sujud syukur di katil Faris. Tak lama kemudian, ibu terima sms dari Farah mengharap kami sekeluarga tenang dan Insyaallah, Allah akan bantu kita, tentu ada hikmah disebaliknya.
Doktor memutuskan untuk merujuk Faris ke wad pemerhatian untuk memastikan kepala Faris stabil dan tiada tanda-tanda pendarahan dalaman. Dahi Faris dijahit sebelum dia ditolak masuk ke wad pemerhatian. Di sana, dua orang doktor menunggu untuk memeriksa luka di kaki Faris dengan lebih lanjut. Ibu dan abah bercadang untuk keluar sebentar membeli air minuman untuk Faris yang kehausan namun membatalkan niat kami apabila melihat Faris menahan kesakitan apabila doktor mula membuka balutan kakinya.
Bahagian tumit dan buku lali Faris bengkak besar dan luka sana sini. Balutan kaki di buka. Rupanya dua jari kaki Faris parah. Jari sebelah ibu jari terbelah hingga nampak tulang dan bahagian bawah jari tengah terkoyak. Darah senakin banyak keluar. Namun doktor berdua tu terpaksa melihat dengan hati-hati supaya tidak silap membuat keputusan lanjut. Faris mula mengadu sakit bila doktor membelek jarinya yang terbelah. Lagi kuat Faris kata sakit bila doktor mencuci dan mencurah air ubat di atas luka. Ibu cuma mampu suruh Faris tenang dan berzikir. "Ingat apa Faris belajar kat sekolah pondok dulu.. " Faris mengangguk tanda faham tapi kejap-kejap mulutnya kata sakit.. sakit.."
Bagai terlepas siksaan, akhirnya doktor mengesahkan jari tak retak atau patah. Alhamdulillah wa syukurillah. Jururawat meminta ibu dan abah balik ke rumah dulu sehingga siang supaya Faris boleh tidur dan rehat.
Di rumah, ibu mandi dan terus bersolat hingga subuh. Barulah airmata cemas dan syukur yang terpendam sejak tadi mengalir deras atas sejadah. Baru nak melelap mata lepas Subuh, sms dan panggilan mula masuk bertalu-talu bertanyakan hal Faris. Jadi, semalaman kami tak tidur.
Tengaharinya, Faris dibenarkan pulang. Berakhirnya episod cemas, berganti dengan jadual tambahan untuk menjaga orang sakit pula. Selang sehari kena ke klinik untuk cuci luka. Hari ni masuk hari ke lapan, jahitan di kepala sudah dibuka cuma luka di jari masih sakit-sakit.
Untuk Faris, jadikan pengalaman ini sebagai iktibar. Pada ibu, akibat kemalangan itu Allah boleh tarik nyawa Faris kalau Dia mahu, Allah boleh putuskan kaki Faris kalau Dia hendak dan Allah boleh lumpuhkan Faris kalau dia nak. Tapi Allah cuma beri luka di kepala dan kaki Faris sahaja. Ibu anggap Allah beri peluang pada kita semua untuk perbaiki iman dan amalan kita.
Ibu tak marah Faris kerana kemalangan itu berlaku Faris dalam perjalanan balik dari latihan nasyid di sekolah, bukan sebab Faris merempit atau buat tak elok. Tapi ini tak bermakna musibah seperti ini takkan berlaku lagi.. mungkin dalam bentuk berbeza. Semoga Allah pelihara kita sekeluarga hendaknya. Ameen.
Untuk Faris, jadikan pengalaman ini sebagai iktibar. Pada ibu, akibat kemalangan itu Allah boleh tarik nyawa Faris kalau Dia mahu, Allah boleh putuskan kaki Faris kalau Dia hendak dan Allah boleh lumpuhkan Faris kalau dia nak. Tapi Allah cuma beri luka di kepala dan kaki Faris sahaja. Ibu anggap Allah beri peluang pada kita semua untuk perbaiki iman dan amalan kita.
Ibu tak marah Faris kerana kemalangan itu berlaku Faris dalam perjalanan balik dari latihan nasyid di sekolah, bukan sebab Faris merempit atau buat tak elok. Tapi ini tak bermakna musibah seperti ini takkan berlaku lagi.. mungkin dalam bentuk berbeza. Semoga Allah pelihara kita sekeluarga hendaknya. Ameen.
Faris di dalam ambulan. Dalam keadaan kalut, ibu sempat ambil gambar..
Keadaan Faris di wad kecemasan, selepas x-ray. Dalam mulut pun ada darah..
Kaki kiri bengkak dan jari tengah terbelah..
Untuk sahabat, maafkan Che Mid lama tak bw.. kesibukan oleh dugaan. Take care ya..