Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 27 October 2015

Yahanana Events Sana Sini

Assalamualaikum sahabat yang dikasihi Allah sekalian. Apa khabar hari ini.. 

Hari ini Che Mid nak kongsi aktiviti Yahanana Events kat sini. Lama tak borak pasal events kan. Jom tengok sepintas lalu..

Baru-baru ni, Yahanana Events dapat tempahan pakej Pa Sistem, Emcee, Nasyid dan Fotografer juga kompang. 

 Che Mid jadi emcee. Baju dusty pink dan tudung hijau gelap ada taburan kilat-kilat sikit. Selalu seram semacam guna warna tudung gelap, tapi yang ini rasa ok pulak..

Kumpulan Nasyid Ittihad memulakan persembahan

 Akif

 Farhan

 Shafik 

 Dhirar

Fotografer tengah ejas-ejas 
 f
 Ejas lagi apa yang patut

 Ittihad dan pengantin

 Taiko of the day..Floor Manager & Fotografer & Adik pengantin

 Dengan tuan rumah

Inilah team kami 

 Satu lagi majlis, kali ini di Kampung Bukit Kapar, menyerikan majlis Cik Roshaniza dan Saiful. Suasana majlis nyaman dan segar dikelilingi pokok-pokok menghijau.. Juga pakej PA Sistem, Emcee, Nasyid dan Fotografer.

 Petak-petak la pulak

Tengah set up..baju pun tak tukar lagi..

 
 Saat paling berharga - Bila ustazah yang mendidik mereka bernasyid dulu datang sebagai tetamu. Memang suka sangat tengok bekas anak murid terus bernasyid walaupun dah habis belajar. Che Mid ingat lagi, kami pernah ke Kuala Terengganu mengikuti rombongan anak-anak ini bertanding ke peringkat kebangsaan.



 
Ini show Ittihad di Puchong - Nasyid dan kompang sekali

Farah jadi co-emcee di majlis Aisyah dan Azwan. Kebetulan balik bercuti..


Aisyah dan suami di majlis pernikahan. Che Mid jadi emcee bidan terjun di majlis ini.




Ini majlis bertandang di UTM Skudai. Tengok busana pengantin dan pengapit.. lain sikit dari yang biasa kan..



Jom tempah Yahanana Events untuk PA Sistem, Emcee, Nasyid, Qasidah, Marhaban, Fotografer dan kompang. Kalau ambil secara pakej lagi berbaloi..hubungi Che Mid di 013-3672459 atau layari fb Yahanana Events ya!!



Friday 23 October 2015

Ikan Parang Lada Hitam dan Udang Goreng Tepung

Assalamualaikum wbrk sahabat yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian.

Insyaallah, nanti Che Mid sambung kisah sentimental dulu-dulu, tapi hari ni nak tunjuk satu resepi nostalgia dalam pantang. Resepi ni dimasak khas oleh Cik Leha, arwah dah..untuk Che Mid masa dalam pantang Farhan dulu. Maknanya dah 24 tahun lebih dah. Sejak dari tu, Che Mid pernah masak sekali je, sebab che abang tak berapa minat ikan parang.

Bagi orang Jawa dan kebanyakan orang juga, rasanya makan dalam pantang adalah yang berebus dan berpanggang sajakan. Seboleh-bolehnya, tiada minyak dan tiada santan. Tapi yang ini ada santan. Hmm..memang resepi keturunan dia (asal orang Pahang)  atau memang resepi dia saja kut he he..Ok jom tengok resepinya dulu.


Gambar copy dari goggle.  Ikan parang

Bahan-bahannya :

3 potong ikan parang ( 1/2 ekor saiz biasa )
4 biji bawang merah
3 biji bawang putih
2 sudu lada hitam
4 biji cili padi ( saja Che Mid tambah sbb I bukan dalam pantang ha ha)
1 inci kunyit hidup (kunyit serbuk pun ok je)
1 inci halia diketuk
1 batang serai diketuk
1 cawan santan pekat atau 1/2 kotak 250ml santan
sedikit air
sedikit air asam jawa
Minyak untuk menumis
Garam

Cara membuatnya :

Tumbuk bawang bawangan, kunyit dan lada hitam.
Goreng ikan sekejap dan asingkan.
Tumis dalam minyak panas dan kacau hingga agak kering (jangan sampai hangus)
Masuk serai dan halia
Masukkan air dan santan pekat
Bila agak mendidih, masukkan ikan
Perasakan dengan air asam dan garam
Siap




Inilah rupa ikan parang lada hitam. ( Nama resepi ni pun kita reka sendiri sebab arwah makcik tak pulak bagi tau...)

Bila makan dengan nasi panas, mesti ada rasa berbahang kat tekak dan badan disebabkan kepanasan lada hitam. Mau berpeluh-peluh makan ni...

Satu lagi resepi nostalgia dari mak Che Mid nak share hari ni ...guna udang pulak. Dah sah-sah orang dalam pantang tak boleh makan. Jangan nak nerai-nerai pulak..he he..alamat gatal tak bertempat kang..

En goggle punya udang comel-comel je..ada rezeki di pasar, boleh dapat longgok-longgok boleh le goreng tepung

Resepi Udang Goreng Tepung ( maaf le takde sukatan, main masuk je..)

Udang kertas yang comel-comel je..buang kepala dan ekor
Tepung gandum
Lada putih serbuk
Garam
Kunyit serbuk

Campurkan semua bahan, tepung tu agak-agak menutupi semua udang sahaja ya..tak payah terendam macam buat pisang pulak. Sekadar melekatkan udang-udang tu je.

Kemudian goreng dan bentukkan sesuka hati kita le.  Makan time boleh cicah dengan sos kalau suka. Makan gitu je pun ok. Sebaik-baiknya masa nak makan baru goreng, terasa rangup tepung dan kulit udang tadi. 

Inilah dia rupa udang goreng tepung Che Mid

Selamat mencuba!! 

Wednesday 21 October 2015

Ponteng Solat


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi Allah swt..
Beberapa hari ni, topik berkisar hal haid wanita jadi perbincangan grup marhaban Che Mid. Ramai yang tak pasti bila boleh solat semula dan adakah terpaksa diganti solat-solat semasa dalam haid. Kemudian Che Mid rangkumkan perkara-perkara yang MUNGKIN menyebabkan kita tinggal solat sekadar renungan bersama. Telahpun diletak di fb Che Mid dan ada juga yang share. Jom kita semak ya.
______________________________________________________________________
Selepas akil baligh, pernah tak kita tinggal solat? Aaa...jangan yakin sangat..

Jom semak, mungkin kita tak sengaja atau terpaksa atau tak perasan tertinggal solat dalam keadaan berikut:-
1) Waktu mula haid - contoh : perasan keluar darah haid semasa hendak solat Zohor, maka kita tak jadi solat Zohor tapi tak qada
2) Waktu berhenti haid/haid yang tidak teratur - contoh : jika kita mandi sebelum Maghrib dengan kadar 1 rakaat Asar, maka wajib qada solat Asar dan Zohor
3) Lewat mandi hadas besar/junub
4) Terlajak bangun pagi (Subuh)
5) Tertidur sebab makan ubat tidur, ubat batuk atau tidak sihat hingga melepasi waktu solat atau pengsan
6) Sakit hendak bersalin atau keguguran - darah yang keluar disangka haid/nifas
7) Kesesakan lalu lintas dari tempat kerja, balik kampung, "outstation" atau menaiki kenderaan awam yang tidak berhenti hingga tamat waktu solat
8) Pakaian kotor seperti terkena najis atau muntah anak, tidak pakai "panty liner" dsb
9) Tuan rumah atau orang kuat majlis kenduri/acara besar dan ramai tetamu
10) Tiada tempat atau kemudahan solat disediakan spt di pasar malam/hutan atau berada di tempat bukan Islam atau luar negara
11) Menonton wayang atau konsert atau bolasepak
12) Shopping hingga terlepas waktu solat
13) Sakit di hospital - tak pandai solat cara orang sakit atau tak boleh berwudhuk sebab berbalut atau drip atau menjalani pembedahan yang lama
14) Berpakaian dan bersolek untuk majlis spt pengantin atau makan malam dan majlis bermula terlalu awal
15) Dilarang meninggalkan tempat kerja untuk menunaikan solat ( kerja shif dll), polis lalulintas, pengawal keselamatan
16) Berada dalam mesyuarat atau peperiksaan terlalu lama
17) Tiada telekong
18) Tiada air
19) Sengaja/malas/tidak tahu solat (na'uzubillahiminzaalik)
Muhasabah diri dan jangan tangguh lagi. Jom QADA' SOLAT dan berazam tak mau tinggal solat walau SEKALI pun. Andainya tertinggal solat juga, Qada' dengan segera sebelum lupa.
Kerana solat adalah amalan pertama yang akan ditanya di Mahsyar nanti.
Sila sebar demi mahabbah. Redha Allah jua yang kita cari.