Pada 31 Ogos lalu, sekali lagi kumpulan marhaban Helwa di jemput ke kediaman big bos Puncak Niaga Holdings di Tropicana Golf & Country Resort untuk meraikan majlis harijadi anak-anak beliau.Tetapi kumpulan marhaban Helwa tak dapat turut serta kerana ada tempahan
lebih awal, jadi Che Mid cadangkan diganti dengan kumpulan Qasidah
Raudhatul Jannah.
Anak-anak Tan Sri Rozali Ismail.. tepi kiri dan tengah. Yang hujung kanan tu adik isteri Tan Sri.
Persembahan bermula selama sejam. Che Mid dan Farah (gambar tak dak la pulak) memulakan persembahan dengan zikir dan Asmaul Husna dan diteruskan dengan Qasidah pula. Sistem bunyi yang baik di dalam tempat tertutup, jadi tumpuan semata-mata pada kami sahaja.
Biasanya kumpulan Qasidah berasal dari madrasah atau sekolah agama tapi yang menariknya kumpulan Raudhatul Jannah ini pula dari Sek Menengah Kebangsaan. Tabik hormat setingginya pada Ustaz Ashraf yang mengemudi kumpulan ini dengan cemerlang dan anak-anak didiknya sangat pandai 'membawa diri' di khalayak. Semoga asbab penglibatan anak-anak dalam berqasidah, akan menjadikan akhlak iman sentiasa terpelihara.
Besar hati Che Mid dapat bawa mereka ke majlis mewah seperti ini. Kalau keluar duit sendiri tak mampu kan. Menu tengahari seperti udang galah, kambing panggang dan sate menjadi tarikan utama. Ditambah dengan hiburan dari deejay dan tema majlis berkonsep 'back to the jungle', memang berbeza dari yang biasa kita tengok.
Koko crunch bercokelat dan yogurt berkrim yang sangat lazat..
Anak-anak memang suka makan buah-buahan macam ni kan..err..mak anak-anak pun..
Anak-anak yatim dan miskin pun tak dilupakan. Terhibur tengok abang-abang qasidah buat persembahan. Selain makan-makan, anak-anak ini juga boleh bermain permainan seperti go kart dan treasure hunt.
Berposing dengan isteri Tan Sri yang muda jelita
Dengan Puan Rosmawati Pegawai Komunikasi Puncak Niaga Holdings
Bergambar atas permintaan Tan Sri Rozali (berbaju hijau) sebelum bergerak pulang
Farah tak lepas peluang memegang burung kakak tua..pandai si kakak tu tengok kamera kan..
Habis je majlis di rumah Tan Sri kami bergegas turun ke Pasir Gudang Johor untuk hantar Farah ke UITM. Ada sesuatu yang berlaku tau..tunggu...!