Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Monday 16 January 2012

Kekeliruan Halal Haram

Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad lepas, Tanyalah Ustaz TV 9 mengutarakan tajuk 'Kekeliruan Halal Haram' yang disampaikan oleh seorang pegawai Jakim. Kepada sesiapa yang berkesempatan menonton tentu mendapat manafaat besar dari rancangan tersebut. Che Mid sempat mengambil nota menarik untuk pedoman sendiri dan di sini mari kita kongsikan sedikit sekadar info ringkas. Harap-harap berguna sedikit sebanyak.

1.   Ada 3 jenis alkohol. 

Pertama, alkohol di dalam arak. Hukumnya haram. Walaupun cuma setitis dimasukkan ke dalam minuman kita, hukumnya tetap haram.  Kedua, alkohol yang terjadi dengan sendirinya seperti di dalam tapai, budu, tempoyak, sos, kicap dsb. Hukumnya harus. Ketiga, alkohol industri seperti dalam minyak wangi, sanitizer, sapuan anti kuman sebelum suntikan dsb. Hukumnya harus kecuali jika diminum. Bukan sebab ia arak tetapi kerana memudaratkan.

2. Makanan berasaskan susu seperti susu formula, cokelat, keju, lemak susu.

Jika susu bersumberkan babi memanglah sah haram. Tetapi susu yang daripada lembu yang diberi makan sebahagian besarnya dari sumber  haram seperti campuran najis babi atau isi perut babi maka hukumnya haram. Itu antara sebab mengapa cokelat dan susu import tidak mendapat sijil halal. Ferraro Roche juga tidak ada tanda halal. Begitu juga dengan cokelat yang dijual di Langkawi. 

Binatang seperti ikan keli, patin dan ayam ternak juga haram dimakan jika diberi makan dengan sebahagian besarnya najis (seperti usus babi) atau di bela di dalam kolam najis. Tetapi sukar untuk mengetahuinya jika kita membeli di pasar atau kedai. Memadailah dengan membeli dari penjual Islam dengan meletakkan tanggungjawab mengenai halal atau haram binatang itu kepada penjual.

Namun begitu cara menghalalkan semula ikan atau ternakan itu ialah dengan 'kuarantin'kan dalam tempoh tertentu sehingga hilang najis tersebut dalam tubuhnya.
3. Binatang dua alam

Maksud dua alam ialah tempoh di dalam air dan darat adalah sama. Contoh, kebanyakan jenis ketam boleh dimakan kerana ada insang.  (Che Mid pun tak pernah tengok ketam takde insang...)

4. Ikan atau semua hidupan laut hukum asasnya adalah harus dimakan. 

Ikan paus ke, dolphin ke, ikan duyung ke (Ustaz tu sendiri cakap macam tu tau..) Kecuali jika ikan itu beracun seperti ikan buntal adalah haram di makan kecuali ada orang yang boleh membuang racunnya.

5. Sosej, hotdog dan frankfurter 

Asas pembuatannya menggunakan 'casing' daripada usus binatang atau tumbuhan. Jika tumbuhan, sosej akan dikeluarkan dari 'casing' sebelum dipasarkan. Tetapi jika menggunakan usus binatang, usus tidak akan dibuang dan sosej akan kelihatan bengkok ke atas atau ke bawah (sifat semula jadi usus). Jika di potong, akan nampak 'casing' itu. Pihak Jakim hanya meluluskan sijil halal bagi sosej menggunakan 'casing' tumbuhan.

6. Nama makanan yang berunsurkan haram tidak diberikan sijil halal oleh Jakim. Contoh - hamburger, hotdog, bak kut teh.

7. Ubatan dan makanan tambahan
Ubatan yang mengandungi unsur binatang seperti posine (babi) dan bovine (lembu) harus diambil atas dasar dharurah dan diakui pakar beragama Islam. Sebaliknya bagi makanan tambahan, haram mengambil jika berunsurkan babi dan binatang lain yang tidak halal sembelihannya.
Wah, banyak juga Che Mid sempat catat ni.. moga bermanafaat. Kesimpulannya, Ustaz berkata lagi, selagi ada tanda halal Jakim, pengguna Islam tak payah ragu-ragu membelinya. 

(Che Mid sibuk-sibuk tambah, masalahnya ada barangan yang terang-terang takde tanda halal tapi kita suka sangat beli dan makan. Contoh, Pringel's dan Feraro Roche dan cokelat. Chewing gum pun banyak takde tanda halal juga jajan murah-murah yang dijual untuk anak-anak. Dek kerana model iklan beria-ia makan, kita anggap halal..

Tapi, satu yang Che Mid pelajari ialah kita boleh makan atau beli jika penjualnya Islam.. ala macam kita makan kat warung makcik Peah tepi sempang tu le .. mana ada tanda halal kan. Cuma bagi restoran yang besar-besar atau kopitiam  tu, kita tak tau siapa tuan punya kedai tu. Nama kedai atau restoran pulak macam nama mat saleh.. cuak jugalah nak masuk kalau takde logo halal.. tak gitu)

Telefon 03-83150200 dan Portal Halal Malaysia di /http://www.halal.gov.my/

48 comments:

  1. sya memang tak jejak mana mana kopitiam, walaupun diorang kata sedap ke apa


    *Tetapi sukar untuk mengetahuinya jika kita membeli di pasar atau kedai. Memadailah dengan membeli dari penjual Islam dengan meletakkan tanggungjawab mengenai halal atau haram binatang itu kepada penjual.*


    sebab tu sya rela beli barang basah di hyper mydin subang jaya

    ReplyDelete
  2. susah nak betul2 pastikan kedai tuh dimiliki org islam.. mcm mamak pun kita cam kena tipu idup2 je kann.. pekerja dia bkn reti bhs kita pun kalu nak tanya

    ReplyDelete
  3. mengenai halal haram makanan ni memang kita dituntut untuk mengambil berat... bagus info ni kak...

    ReplyDelete
  4. salam kak mid...betul tu kak, skrg ni kalau nk mkn kat kedai pun, kena fikir bnyk kali...mcm2 hal skrg ni...takut pulak kan...

    ReplyDelete
  5. Hal pemakanan sungguh tak boleh diambil ringan CM. Macam di satu tempat makan yang besar dan luas pernah kakak pergi (tak mahu mention the placelah CM) pekerja saja org Islam. Jual Yong taufu - kakak tanya siapa yg membeli semua bahan mentah, dia kata tauke. Kakak lihat rata-rata yang makan ramai org Islam - tak pertikai walau yg jual Islam tapi yang hantar bahan mentah semuanya org bukan Islam (taukenya). Kakak tak jadi makan sebab kelihatan bahan mentahnya pun branding tulisan semuanya sukar difahami...

    ReplyDelete
  6. tak ramai kengkawan suka kat akak, depa kata akak menyusahkan, sebabnya

    1. akak menolak yong taufu pasar malam wlp satu masa dulu itu makanan kegemaran - rata2 pembekalnya bukan Islam sbb depa boleh bg hutang kat peniaga lalu peniaga tutup dua2 mata soal halal haramnya...

    2..tak makan coklat Langkawi atau yg dibawa pulang dari oversea...

    3. taknak masuk kopitiam dan seangkatan dgnnya..

    4. taknak beli ayam frozen import sebab taktau sembelih ker tak

    5. taknak beli ayam pasaraya sbb dah baca banyak kali penipuan dilakukan
    kpd bangsa kita

    6. taknak beli selain keluaran Ramly, be it jenama ternama akak pedulik hapa?

    7. taknak makan makanan barat yg mahal2 kat kiosk2 pasaraya besar, mcm banggalah konon makan kat situ dgn harga tak masuk akal pastu takder sijil halal yg diwajibkan...

    8. pernah marah dua org (eh panjang pulaklah..nanti buat entri sendirikla eh) heheh...

    ReplyDelete
  7. Banyak perkongsian di sini yg sgt bermanfaat kpd saya ...Tkasih Che Mid dan juga Queenie, saya dah lama muskil tentang Yongtaufu

    Memang tak pernah Jakim Check benda tu?

    ReplyDelete
  8. elok juga jika di beri penekanan bab2 halal haram dalam pemakanan nih

    ReplyDelete
  9. makanan akan jadi darah daging.. itu yg perlu dititikberatkan halal haramnya..
    nway, tenkiu CM for this info~

    ReplyDelete
  10. Eleman kehidupang yang sangat penting untuk diambil tahu ni. Terima kasih...:D

    ReplyDelete
  11. mencari yg halal tu adalah tuntutan kan..=)

    ReplyDelete
  12. cek tak berani masuk restoren besau2, cek makan kat warung kak peah je

    ReplyDelete
  13. sempat juga akak mencatatnya...eloklah dikongsi bersama..memang banyak kekeliruan kak tentang halal haram ni...kalau dah ada halal Jakim tu tak yah pertikaikanlah...dah itu kerja diorang yang tentukan halal haram sesuatu makanan tu....kita pengguna cuma kena berhati-hati juga masuk restoran yang pelik-pelik sikit bunyinya,tapi pekerja warga asing sama ada Indon atau India.tepuk dada tanya seleralah!

    ReplyDelete
  14. Rahayu aka Mak Chu17 January 2012 at 09:17

    Assalamualaikum,
    1 lagi saya nak tambah.. sekarang ni byk beer halal di pasaran.. ustaz kata haram minum beer halal sebab itu semua dakyah menyesatkan.. tujuannya utk menghalalkan beer di kalangan umat Islam.. pada hakikatnya arak tetap tetap arak & ia haram utk umat Islam...

    ReplyDelete
  15. Salam Che Mid,
    Mmg bagus info ni... lg2 bg kami diperantauan ni... makanan halal mmg susah nak dpt... byk nak kena belajar & tanya ustaz... terima kasih bbyk ;)

    ReplyDelete
  16. Salam Che Mid,

    Baik sangat info ni............terima kasih...........

    ReplyDelete
  17. terima kasih tentang info..bnyk benda yg kita kena berhati2 yee..
    harap2 bnyklah produk bumiputera islam yg dah tentu2 halal..

    ReplyDelete
  18. Lama tak borak ngan che Mid. Blog akk yang ritu dah hilang. Nanti nanti singgah ye..

    ReplyDelete
  19. kasihibu - kita nak berhenti makan di kedai2 besar ni pun teragak-agak, nak masuk takde tanda halal, tapi ramai orang bertudung beria-ia makan..

    ReplyDelete
  20. mamamaman - kedai mamak ni pun satu hal.. orang malaysia ni kalau takde mamak tak boleh hidup kut..tapi dia orang memang pandai bisnes.. kita pun jenis tak boleh hidup tanpa mamak..

    ReplyDelete
  21. Kazman - Sekadar berkongsi sekadar yang mampu, selebihnya berserah pada Allah..

    ReplyDelete
  22. liza - gerak hati juga penting kan.. kalau masuk sesuatu tempat kalau hati rasa lain macam dan ragu-ragu, baik pi tempat lain..

    ReplyDelete
  23. kakzakie - CM pernah ke pasar borong dan tengok pemborong daging dan frozen foodnya Cina, dan pembelinya peniaga pasar malam.. cuak betul..

    ReplyDelete
  24. Queenie - Che Mid pun lebih kurang macam tu jugak.. kena hati-hati nak beri anak2 kita makan..

    ReplyDelete
  25. Mat Som - Banyak yang di jual oleh penjual tu dibeli dari pemborong bangsa Cina.. ya la mana nak cari pemborong yong tau fu Melayu Islam..

    ReplyDelete
  26. Kalamhati - memang ia satu tuntutan.. cuma syaitan tak pernah jemu menggoda pandangan mata kita. Asal nampak cantik dan menyelerakan kira halal dan boleh makan...

    ReplyDelete
  27. Eelobor - Susah jadi orang moden ni ha ha lebih baik jadi orang kampungan, makan apa yang mak bapak kita makan.. pelik2 sikit tak berani sentuh..geli..

    ReplyDelete
  28. Fatin - semoga kita terus diberi kekuatan utk mencari yang halalan toiyiban

    ReplyDelete
  29. @Xiiinam - Emm.. susahnya nak tulis nama awak ni..t kasih sudi singgah sini..

    ReplyDelete
  30. kasihredha - t kasih kembali, sudi baca

    ReplyDelete
  31. Imanshah - A ah, takkan la kak peah nak masak yang tak halal kan..

    ReplyDelete
  32. Ummiarissa - Tapi nanti kut ada yang kata tak ikut peredaran zaman.. tak nak mencuba sesuatu yang baru..

    ReplyDelete
  33. Rahayu - akak ambik nota tu, tapi mcm berbelit-belit lak nak eksplen hi hi

    ReplyDelete
  34. Marya - T kasih sudi singgah sini.. kena hati-hati dan cuba sedaya upaya.. di tempat orang lagi susahkan..

    ReplyDelete
  35. Ros - No problem, andai yang sedikit ini dapat membantu alhamdulillah

    ReplyDelete
  36. sal - Ya, janganlah pulak asrik buat frosen food macam karipap dan donut je kan..

    ReplyDelete
  37. Pena Roze - kasihan pada ibu-ibu yang bekerja.. tentu takde masa nak tengok Tanyalah ustaz, hujung minggu sibuk dgn anak-anak dan servis rumah lagi..jadi CM cubalah apa yang mampu..

    ReplyDelete
  38. Ibu lala - Hilang??? tak buat report pulis ke..

    ReplyDelete
  39. Pasal coklat yg dari luar/oversea ni mcm ferrero tu, hmm, macam mane pulaklah nk ade tanda halal drpd jakim bile dibuat pun dkt luar negara. tu sbb kalau pegi cold storage pringles ke, lays ke xde halal. then agak-agaknye lah kan, macam mane muslims kat luar negara deal dgn sume ni sbbnye xde tanda halal. mereka xmkn coklat/junks langsung ke? sbg panduan, rajin-rajinlah google makanan yang dibawa dr luar. sbb mmg xkn ade tanda halal jakim tu. jgn assume bnd tu xboleh dimakan terus, pd pandangan sy, islam itu tidak pernah merumitkan. kena rajin tgk ingredients yg digunakan, dan ingredients kdg2 berubah2 sbb ikut sukahati kilang tu la kan nk gune ape. tu sbb mmg kene sentiasa cek. perkara yang selalu di buat ialah dgn menghantar emel pertanyaan dan selalunya manufacturer ni rajin menjwb dan memberitahu sst ingredients tu berasal dr ape. Pd kebiasaanya, kalau makanan tu ada label U, D dan ingredients nya tidak mengandungi gelatin. saya anggap ia boleh dimakan. sbg contoh dan untuk meluaskan perspektif kita mengenai makanan yang tidak mempunyai label halal, silalah baca forum ini http://www.ummah.com/forum/showthread.php?152594-Are-Ferrero-Rocher-halal sy bukan nk ckp ferrero tu harus, ke halal ke haram ke. malah pendapat di dalam forum ini pun berbeza, maka in the end, semuanya terletak pada diri dan keyakinan kita ;)

    ReplyDelete
  40. pendapat saya, kalau nak makan makanan/produk luar negara mcm coklat ke, tengok ja tanda halal luar negara yang diperakui halal oleh jakim. Kalau xda tanda halal, x payah beli, almaklumla nak elakkan ragu2. Kalau bab makan kat kedai2 biasa atau warung ni, kadang2 sedih bila ternampak peniaga Islam beli barang dari Cina macam mee, koay teow, fish balls etc. Dah la kita xtau dy proses macam mana, nak hidangkan pulak kat pelanggan Islam... keluaran bumiputera ada tp mahal sikit pun dah berkira...

    ReplyDelete
  41. ferrero rocher halal

    kebetulan ikut bos pergi smpikan ceramah halal haram, speaker sblm bos bg ceramah tu ada org makmal yg cek halal haram makanan..dia pn ada audit makmal halal kat negara lain..since last bila xde org takde soklan..dia tnya plak audience..ferrero rocher tu halal x? saya yg dengar pn ragu2 sbb xterpikir..last2 dia cakap dia pn makan ferrero rocher..dia cakap wpn ferroro rocher halal sbb disahkan halal oleh satu makmal halal kat oversea tp diorg xde cop kat packaging sbb ada certain negara x nak cop2 halal tu..tp speaker ni pn cakap..coklat dan aiskrim adalah plg mudah ada bende x halal..so dia ckp jaga2 coklat import dr langkawi..huhu

    ReplyDelete
  42. saya selalu ragu2 dgn coklat2 langkawi kat IG tu...walaupun pekerja dia kata ada surat yg mengatakan halal...sebab bila bawak balik dah terlupa ye ke tak ...konpius semula...huhuhu

    ReplyDelete
  43. Nak tanye lays halal ke haram??

    ReplyDelete