Sabtu 21/11/2015.. makan-makan.. tapi ad surprise sikit..jom tengok..
Bersiap nak pergi makan-makan anniversary
Gambar paling loving setakat ini
Dah sampai di Restoran Pocobox Cafe. Terletak di dalam kampung je. Tapi satu inovasi terbaik dari anak muda ini. Menyatukan western cousine dengan fotografi kerana pemilik kedai adalah seorang fotografer, kawan Farhan.
Si kecik sentiasa nak sedondon dengan ibu dan kakak.. penat melayan karenah dia ni. Kekadang nak ke surau sebelah rumah pun jadi lambat sebab nak berdondon-dondon juga.
Restoran Pocobox ni tak besar, tapi ada sudut mainan untuk sikecil.
Cekak rambut kesukaan dari persembahan di sekolah, tetap dipakai ke mana-mana.
Farhan dan Epa yang makin bulat.. alhamdulillah dan 4 bulan berisi..
Chicken grill pilihan Farah RM10.00
Mix grill RM19.00 untuk Farhan
Lamb chop untuk abah RM15.00
Spaghetti bolognaise untuk Epa RM15.00
Spaghetti Carbonara plus chicken untuk ibu - RM15.00
Dan pelbagai jenis kopi - latte, mocha dll
Seperti biasa, makan-makan dan borak-borak sambil makan. Sayang Faris tak dapat balik sebab sedang bersiap untuk peperiksaan akhir semester.
Ada juga kejutan kek dari anak-anak.. tak le terkejut sangat... kek.. biasalah tu..
Tapi yang lebih 'surprise' ialah rupa-rupanya Farah dah siapkan slide tentang kami. Seharian dalam bilik rupanya Farah dan Deeja buat tu. Pandai Deeja simpan rahsia ek!
Setiap orang anak akan hantar nota suara via whatsapp dan beri ucapan dan soalan-soalan untuk ibu abah.
Semua anak mengucapkan happy anniversary dan mendoakan kebahagiaan perkahwinan kami hingga ke jannah. Soalan tentang karektor ibu abah, semua anak kata lebih kurang. Abah seorang yang tegas, bila garang memang nampak garang, bila kelakar memang kelakar. Ibu pulak seorang yang kuat pot pet tapi hati lembut dan penyayang. Namun untuk soalan seterusnya, Che Mid dah tulis seperti kat bawah ni. Antara momen paling indah dan 'rare' dan soalan cepu emas untuk ibu dan abah.
Farhan :-
Momen terindah dengan abah ialah semasa keluar berdua atau bercakap tentang 'mens stuff'..
Momen dengan ibu
(i) Semasa pagi-pagi nak pergi sekolah, mesti keluar rumah serentak. Ibu naik kereta pi kerja, Ayan naik basikal. Sampai kat simpang, Ayan masuk kanan, ibu jalan terus sambil kita babai-babai.
(ii) Yang kedua, semasa menangis bersama-sama, tak kisah la tentang apa pun.
Soalan cepu emas - Semasa nak kahwin, ibu abah tau ke atau plan ke nak anak macam sekarang ni atau keadaan rumaht tangga macam sekarang.. (Soalan dari seorang yang baru jadi suami dan bakal bergelar bapa he he)
Farah :-
Momen terindah dengan abah ialah semasa dapat hadiah dalam sarung bantal buruk sangat. Mula dapat bantal tu rasa nak nangis. Tak tau rupanya dalam tu ada patung arnab yang sangat cute.
Momen dengan ibu semasa belajar memasak sayur kobis. Ibu puji, tapi lepas puji je mangkuk tu jatuh pecah. Tak dapat dimakan. Tapi ibu kata," Takpe, takde rezeki".
Soalan cepu emas - Apa harapan ibu abah pada setiap seorang anak-anak. (Soalan dari orang kejuruteraan..aduii he he)
c) Faris :-
Momen terindah dengan abah semasa abah bedakkan Faris. Dengan tapak tangan abah yang kasar tuuu... abah sapu kuat-kuat, rasa macam kena papan ha ha
Momen terindah dengan abah semasa abah bedakkan Faris. Dengan tapak tangan abah yang kasar tuuu... abah sapu kuat-kuat, rasa macam kena papan ha ha
Momen dengan ibu semasa ibu usap kepala Faris sebelum tidur. Ibu bacakan doa dan tiup kepala Faris. Masa tu rasanya best sangat. (Ayan menyampuk, " Ayan pun ingat nak cakap tu jugak tapi Faris dah cakap dulu")
Soalan cepu emas untuk ibu abah - Bila ibu abah mula jatuh cinta dan rancang nak kawen? (Betul-betul punya cepu emas ni he he)
d) Faiqah :-
Abah kadang-kadang jahat kadang-kadang baik. Masa abah jahat abah marah adik. Masa abah baik abah bawak pergi City Mall makan aiskrim sama-sama. Abah bawak pergi taman, abah bawak pegi Tesco, Giant dengan taman yang ada nyamuk (hi hi..tempat joging kat Setia Alam tu kadang-kadang ada nyamuk)
Ibu pun sama. Kadang-kadang garang kadang-kadang baik. Masa ibu garang, ibu tak kasi mandi kolam. Masa ibu baik, ibu kasi tengok katun. Paling best sekali ibu beli mainan yang ada marker dan ada puzzle kat belakang tapi sekarang ni dah hilang hi hi..
Nota: Kami tak jawab soalan masa tu juga sebab Faris tak de. Kena jawab dalam voice note juga he he.
Abang besar dan adik kecik..
Sebelum balik, posing lagi..
The ladies..
Esok tengahari 22/11/2015, Ahad kami ke tempat Faris. Tak plan juga tapi teringatkan kakak Farah dah nak balik Johor, adik pulak tengah nak exam. Tak jumpa la pulak nanti..
Cuma bawa nasi lemak
Ekstra telor dan sayur kacang buncis goreng
Sambal sardin
Dua bekas agar-agar milo dan kek anniversary semalam.
Berselera makan di kafe yang ditutup pada hujung minggu. Deeja paksa kami sedondon biru pulak. Kami tapaw baki makanan untuk Faris dan kawan-kawan. Tu yang guna bekas recycle je.. Kejap je licin.. begitulah anak-anak duduk kolej ni, sesekali dapat 'home cook' memang selera sungguh.. Ralat juga tak masak lagi banyak..
Kakak dan adik
Si kecik menyelit..
I learnt something. Sebenarnya, anak-anak tak kisah pun apa yang kita beri. Yang melekat kemas di ingatan mereka ialah ingatan kecil yang kita cipta bersama. Che Mid pun dah tak ingat doa apa yang Che Mid baca dan tiupkan di kepala mereka sebelum tidur, dah tak ingat pun tentang sayur kubis yang pertama kali Farah masak sedap. Tapi masyaallah, untuk mereka..itu yang paling manis dan "rare".
Sekadar perkongsian, pada ibubapa yang terlalu 'reserved' dengan anak-anak, sesekali keluarkanlah emosimu. Ceritakanlah pengalaman melahirkan, membesarkan atau even pengalaman cinta kita. Rupanya anak-anak akan lebih menghargai kita dan menyayangi. Juga sebagai panduan hidup mereka sendiri nanti. Sebab semasa mereka berumah tangga nanti tak semesti kita ada lagi di sisi mereka kan..
Very true..