Sebelum Che Mid tayangkan gambar-gambar lawa lagi, izinkan Che Mid turunkan di sini sedikit sebanyak kiraan kos yang diperlukan untuk mengadakan majlis seperti ini. Sekadar catatan untuk Che Mid sendiri dan panduan juga jika ada sesapa yang teringin nak buat majlis serupa ini.
Dewan orang ramai muat untuk 400 orang - sewa RM600 ( belum campur deposit RM400 yang boleh dikembalikan) Kerusi meja untuk 200 orang - RM 800, katering untuk 150 orang, RM20 seorang berjumlah RM3000. Lain-lain keperluan seperti hiasan dan hadiah, pa sistem, cenderahati untuk anak-anak kecil, kudapan atas meja tetamu, surat menyurat dan fotostat dll. Jumlah semua sekali lebih kurang RM6000. Duit lebih ditampung lebih sedara mara yang sanggup bersedekah wang tunai. Ada juga yang taja kain rentang dan PA sistem.
Kami mengenakan bayaran RM30 seorang dewasa dan RM10 anak-anak bersekolah rendah. Memang tak cukup, tetapi ramai juga yang bersedekah wang tunai dan akhirnya selesai soal perbelanjaan. Hadiah cabutan bertuah dibawa sendiri oleh jemputan secara sukarela. ( Hasilnya.. banyaaaakk... hadiah terkumpul..)
Tips untuk sesiapa yang jadi penganjur atau 'orang kuat' majlis seperti ini. Seperti yang Che Mid amalkan, mesti ada PR yang bagus kerana kita akan berhubung dengan orang tua, muda dan lebih berpangkat jauh dan dekat. Jangan berkira soal duit, minyak kereta, bil henfon dan masa. Che Mid siapkan wang tunai sendiri untuk mendahulukan bayaran mana yang perlu. Walaupun boleh dituntut kemudian, jangan berharap sangat. Niatkan untuk bersedekah wang, kepandaian, dan masa untuk keluarga terutama kegembiraan emak abah kita, moga-moga Allah akan balas pada kita. Insyaallah, jika niat kita baik Allah akan permudahkan.
Jom layan gambar lagi ok..
Tiga orang kuat - sepupuku Arni Suria, Che Mid dan adikku Nor. Adik Nor yang menghias pentas dengan menggunakan bunga-bunga tepi jalan. Percuma je.. tapi hasilnya.. klasik dan menarik.. sesuai tema..
Isteri sepupu-sepupu Che Mid bergambar bersama anak dan cucu masing-masing.
Che Mid sedang beraksi sebagai pengacara majlis. Sebenarnya ada seorang lagi sepupu yang menjadi pengacara bersama, tapi datang lambat.. terpaksa Che Mid 'handle' sorang-sorang dari awal hingga akhir majlis. Kualiti PA sistem pun tak berapa bagus, sabar je la..
Menu yang sangat menyelerakan, syabas kepada D' Hidang Katerer. Berkonsep gerai.. rata-rata tetamu memuji dan puas makan. Ini gerai nasi ambeng - ada nasi putih, ayam masak kicap, mee goreng, serunding daging Jawa, sambal goreng Jawa, ikan masin bulu ayam dan peyek bilis.
Ini pula gerai soto. Tengok dua beradik ni, Azlina dan Azmir Suria .. nampak sangat satu hati..menyenduk pun setempat.
Ini paling istimewa - Bubur candel..menjadi sebutan ramai, ada yang komen dalam facebook, asyik teringat-ingat je kelazatan bubur candel ni..
Air nenas pun sedap..
Anak-anak sepupu Che Mid - dah besar panjang 6 beradik ni.. emaknya Suriyati, sebaya Che Mid tau..
Mereka ni pun sepupu sepapat juga dari empat famili berlainan.
Sepupuku Sulam ni, memang bagus.. dia bawa semua anak-anaknya.. dan duduk semeja.. nampak enjoy sekali!!
Kak Tati, Din dan ipar duai serta anak-anak. Tentu riuh rendah bila duduk semeja macam ni.
Bersiap sedia untuk kejutan seterusnya - bawa masuk aiskrim - Deeja relaks je bertenggek atas palang basikal tu, macam dah biasa.. tak takur pun.. Kalau nak tau, motorsikal kat belakang tu dah pancit, dan peti aiskrim tu berat pulak. Kami tak dapat cari loceng aiskrim, jadi Ayan kena naik basikal di depan sambil membunyikkan loceng basikal.. kru pulak kena tolak motor yang berat dan pancit... hasilnya..tapi tetamu suka seprais ni terutama kanak-kanak!!
Kru jadi kerumunan budak-budak untuk dapatkan aiskrim potong!! Yummy!!
Adikku Nizam dengan anak dan isteri, Dila. Terima kasih sudi meminjamkan props - vespa, Honda cup dan basikal tua. Betul-betul membantu menceriakan majlis..
Lapan orang kru yang terbaik!! Terdiri dari adik, anak-anak dan anak-anak buah Che Mid. Dari belakang kiri, Ashman, Faris, Adam, Imi, Haziq, Azhar dan Harith. Duduk depan - Ayan
Sepupuku Azmir dan isteri - sporting
Abahku, Haji Jamil berbual dengan tetamu dari waris Hj Warit, Parit Yaani, Johor.
Adikku Acik, anakku Farah, anak buahku Huda, dan adikku Nor. Deeja pun menyelit gak..
Ketika semua tetamu menjamu selera, Che Mid melayan wartawan dari Sinar Harian.. Fatihah namanya..
Berselera Deeja makan lontong yang abah suap.. Deeja memang budak baik malam tu.. tak nangis atau nakal, sama-sama enjoy majlis tu.. tudung pun elok terlekat di kepala sampai balik ke rumah..
Bergambar dengan emak dan abah seusai majlis. Masa ni Che Mid dah terlalu penat.. langsung tak jamah makanan. Minum pun cuma seteguk dari air yang Deeja beri.
Bersama makcik-makcik dan keluarga dari Johor. Rasa terharu sangat dengan kehadiran sedara mara dari Johor ni.. sesama dia orang pun ada yang tak pernah berjumpa sebelum ni, dan ada yang berjumpa masa kecik-kecik main parit dulu...
Bergambar ramai .. sebahagiannya ada yang dah balik..dah tengah malam ni..
Ha ha berposing atas motor atas lori... sebelum balik ke rumah malam tu juga. Kami tinggalkan dewan hampir jam 1 pagi..
Terus terang Che Mid katakan yang Che Mid tak enjoy mana pun malam tu. Sebab terlalu sibuk mengacara, dan ada beberapa perkara berlaku tidak seperti yang dirancang. Demam dan sakit kepala yang berlarutan hampir seminggu turut memberi kesan pada emosi Che Mid.
Tapi bila lihat tetamu yang hadir yang rata-ratanya gembira dan puas hati, juga meneliti satu persatu gambar majlis malam tu, membuatkan Che Mid rasa gembira dan bersyukur majlis tersebut berjalan lancar dan berjaya. Alhamdulillah Ya Allah!!