Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday, 30 December 2011

Senda Jumaat - Salah orang

Salam Jumaat sahabat sekalian. Maaf tak berziarah, jadual terlalu padat. Sesuatu yang 'besar' telah berlaku tetapi tidak boleh diwar-warkan buat masa ini. Akan diberitahu bila dapat lampu hijau nanti. 
______________________________________________________________________________

Mula-mula pelik juga. Dua tiga orang lelaki dok pandang semacam. Lepas tu bercakap sesama sendiri. Di pasar basah semasa membeli ikan, atau di gerai-gerai beli kuih untuk minum petang atau ronda-ronda di uptown Sg Petani. 

Pernah di satu pameran anjuran UMNO bahagian, seorang tua meluru ke arahnya sambil menghulur salam. 

Pernah juga sewaktu kami ke majlis kenduri walimatulurus di Alor Setar, berkerumun orang lelaki bersalam-salaman, rasa macam YB pun ada ..

Lama kelamaan dah jadi biasa. Bersalaman dan senyum mesra dah tak jadi hal lagi.. dah paham..
La ni.. cheq habaq mai..


Ini suami saya...

 Ini pun memang suami saya...tidak syak lagi..


 Haaa.. ini baghu betuii...buleh salam-salam, mintak sain ka apa ka...







Mukhriz anak Mahathir si ahli Parlimen..

Inilah yang terjadi sejak Che Abang berjambang. Che Abang kata kesian juga orang-orang yang dah tersalam kemudian perasan salah orang, tapi dia buat biasa saja, tak mau jatuhkan air muka orang tu.. Ada juga yang berani kata, " Ingat Mukhriz tadi.." atau " Encik ni.. sebijik macam Mukhriz.."

Saturday, 24 December 2011

Anak orang lain 8A, anak aku...

Sana sini orang cakap pasal straight A's PMR. Kat TV, blog, surat khabar. Tahniah kepada ibubapa terutama rakan blogger seperti Acik Erna dan Mama Ju yang telah berjaya mendidik anak-anak sehingga memperoleh kejayaan cemerlang.

Apa yang nak dikongsi hari ini ialah bagaimana perasaan ibubapa yang anak-anak tidak cemerlang dalam PMR atau peperiksaan utama lain. Perasaan cemburu, kecewa, dan marah pada anak mungkin antara yang bergejolak dihati masing-masing.

Manakan tidak, setiap hari anak-anak kita akan ke sekolah dengan tempoh persekolahan, subjek mata pelajaran dan  guru-guru bertauliah disediakan untuk memastikan kejayaan setiap murid. Selepas waktu sekolah, mereka akan menghadiri kelas tuisyen dari pihak sekolah atau swasta. 

Ada kalangan ibu-ibu yang terpaksa jadi 'mak rempit' terkejar-kejar menghantar anak-anak pergi balik sekolah, ke tuisyen atau sekolah agama. Kalau seorang anak tak pe lagi, kalau sampai 2-3 atau empat orang?. Bayangkan dari subuh hari mengejut anak bangun pagi, menyiapkan sarapan, menggosok baju seragam dll, memang tak cukup tangan. Duit belanja harian, tambang bas dan yuran itu ini dari surat yang datang tak kira tengah bulan atau bulan juga ibu bapa siapkan. Pendek kata, setiap murid yang dapat 10 A dengan yang gagal atau lemah sebenarnya menerima persediaan pelajaran dan pembelajaran yang sama. 

Tetapi bila keputusan keluar, mengapa anak orang lain boleh cemerlang dengan 'warna terbang' dan anak kita pula sekadar 'cukup makan'? Sebagai ibu bapa kita mula mempersoalkan," Apa lagi yang tak cukup.. semua dah disediakan.. anak cuma perlu belajar dan berjaya.. itu pun susah sangat ke?" Tiba-tiba terasa hampa dan terlalu 'letih' mengingatkan kerja keras yang tidak berbaloi. Mula menyalahkan diri sendiri pun timbul juga.." Apa silap aku..Nak buat macamana lagi untuk buat mereka pandai macam anak si Peah tu.."

 Lebih teruk lagi, anak menjadi mangsa bebelan dan kemarahan ibu bapa yang malu apabila anak jiran atau rakan sepejabat mendapat keputusan 'warna terbang'.  Akan keluar semua ungkitan seperti, " Tu lah, orang sibuk belajar kamu main bola, internet, henfon bla bla bla.. tau tak berapa banyak duit dah keluar untuk bayar sekolah kamu.. abah kerja siang malam cari duit bagi anak belajar, ini je yang kamu dapat.."

Malah ada juga yang membanding-banding dengan abang kakak atau sepupu yang cemerlang. "Tengok abang kamu, 8A.. sepupu kamu 10A.. boleh masuk asrama penuh.. kamu.. tak boleh harap langsung.. abah malu tau.." Ketika ini, anak menjadi 'helpless' dan cuma mampu diam membatu..

Sebenarnya, Che Mid juga berkongsi perasaan serupa apabila Faris cuma sekadar mendapat  2B 6C sahaja dalam PMR. Henfon asyik menerima panggilan dan SMS dari sahabat, emak dan adik beradik bertanyakan keputusan Faris.  Dia sendiri tak percaya dengan keputusannya kerana keputusan percubaan lebih baik dari itu. Memang kasihan seorang ibu melihat anak lelaki cuba menyembunyikan kesedihan akibat kegagalan.

Tapi untuk mengubat hati sendiri, Che Mid katakan pada diri yang " Aku dulu pun taklah pandai mana pun.  Abahnya pun tak lah cemerlang sangat walaupun kami dapat juga ke universiti. Mungkin anak yang ini ikut aku. Setiap rezeki Allah beri berbeza-beza pada setiap hambanya. Mungkin aku tak cukup berdoa dan Faris tak cukup berusaha. Orang yang tak cemerlang dalam pelajaran tak semestinya gagal dalam hidup." Tanpa sedar, meleleh juga airmata ke pipi.

Faris ni pulak jenis anak yang 'sempoi'. Hatinya terlalu 'baik'. Tak de rasa nak bersaing dengan orang lain atau cemburu bila kawan lebih berjaya. Tak kisah dan tak apa memanjang. Tidak seperti Farah dan Ayan yang selalu rasa tercabar melihat kejayaan orang lain dan berazam untuk mengikut jejak. Boleh kata dalam banyak segi Faris tak kisah. Makan nasi dengan ikan goreng bubuh kicap hari-hari pun dia tak bising. Kalau kena marah pun diam je, tak melawan kecuali kalau dia tak buat salah barulah akan balas balik, tu pun satu dua ayat saja, antara dengar dan tidak.  Tu sebab dia ramai kawan, keliling pinggang. Eh, melalut ke situ pulak. 

Untuk Faris anakku, ibu memang kecewa dengan keputusan PMR Faris. Tapi ibu tau, Faris pun sedih juga. Ibu mintak Faris ubah sikit perangai tu ya. Belajar lebih sungguh-sungguh untuk SPM walaupun cita-cita cuma nak jadi Tukang Gunting. Ya, Faris nak buka kedai gunting rambut bila besar nanti! Sekarang pun dah ada duit poket sendiri ambil upah gunting rambut kawan-kawan. Abahnya siap belikan satu set gunting letrik khas untuk 'bisnes'.

Sekurang-kurangnya dia ada wawasan kan..Insyaallah.



Friday, 23 December 2011

Senda Jumaat - Ala tekan-tekan je..

Satu hari di rumah Klang. Semasa perbincangan sempena dengan hari keluarga sebelah abah Che Mid. Yang hadir termasuklah emak, abah, beberapa orang adik beradik abah dan sepupu-sepupu Che Mid.

Che Mid   - Hari keluarga kali ke 2 ni kan, Mid cadangkan kita jemput sekali sedara atuk dari Johor.    (Sebenarnya kami bukan rapat dengan sedara Johor, cuma sesekali je ke sana kalau ada jemputan kawen..)

Abah        - Macam mana ko nak jemput orang Johor tu..jauh la.. sanggup dia orang datang sini.. (Abah ni jenis pesimistik.. sikit-sikit tak boleh, sikit-sikit susah..)

Che Mid   - Boleh je bah, Mid dah kenal seorang cicit Atuk Rasit dari FACEBOOK, nanti boleh mintak tolong dia uruskan bagi pihak sedara Johor. Jadi, kita tak payah risau pasal orang sana..tak payah nak turun Johor pun..

Abah      - Oohh..ya.. (Abah mengangguk kepala macam paham.. tapi muka blurr habisss...adik beradik abah yang semuanya tak sekolah tinggi dan umur pun lebih kurang abah pun senyap je.. tak berani tanya apa menatang FACEBOOK tu..muka pun buat-buat paham.. )

Emak     -  Ala, tau la dia nak uruskan.. kita ikut je.. ( Emak ni lain sikit, dia jenis over konfiden pulak.. walaupun dia pun bukan tau sangat, Che Mid ikut perangai dia la. he he )

Esoknya, emak bertandang ke rumah. Jadi Che Mid buka FACEBOOK dan tunjuk la gambar sedara Johor tu.

Che Mid - Ni lah orangnya mak. Dia dah kata sanggup nak tolong jadi wakil untuk kumpulkan sedara mara Johor datang ke sini nanti.

Emak     - (Sambil mata merenung tajam ke skrin.. cuba mengecam wajah ... mana tahu kenal..) Semalam abah tanya mak, " Macamana Mid tu nak bagi tau orang Johor, betul ke dia ada kenal orang sana? " Mak jawab, " ALAH.. SENANG JE.. DIA TEKAN-TEKAN KOMPUTER, JUMPALAH ORANGNYA.."

Sebab nak jaga air muka mak, terpaksalah Che Mid tahan gelak....macamana agaknya reaksi abah bila mak cakap macam tu pada dia..lagilah muka abah jadi double blurr kan..

Thursday, 22 December 2011

Gang KL beraksi di SP

Siapakah orang yang paling gembira bila ada sedara mara datang ke rumah. Tak lain tak bukan tentulah Deeja.
Deeja dan Azian - tak berenggang langsung.. tengok tu.. minum susu pun sanggup share satu sofa.. Deeja tak heran kat ibu langsung.. sibuk 'menghiburkan' tetamu dengan keletahnya. Tidur pun hampir 2 pagi...


Deeja dan Awish... besar esok kalau tengok gambar ni semula  emm...tentu malu-malu..

Mati kutu dan ke'boring'an kena tinggal  suku sakat yang ke Langkawi. Deeja 'protes' lukis muka dengan celak ibu...masa ni ibu tengah sidai kain kat belakang rumah..




Bermain di taman sebelum Azyan balik KL. Muka dah masam mencuka.. seolah-olah tahu sekejap lagi akan berpisah.. Si Azyan ni memang sayang pada Deeja. Ibu dia kata dah sampai KL baru sehari dah ajak jumpa Deeja semula.. ingat dekat ke ooi!



Suka hati tuan rumah bila tengok tetamu suka hati. Dah siap makan kenyang dan solat zuhur.. Ni bergambar ramai di padang permainan depan rumah kami. Riuh rendah.. nasib baik takde jiran yang melenting!!


Gegels - merana jongkang jongket tu jadi tempat bertenggek golongan lebih umur...he he.. P/s : Baju yang ibu pakai tu Farah belikan. Terima kasih sebab ingat ibu yan sayang.. Farah pun beli t-shirt untuk abah, Deeja dan abang Ayan.. guna duit poket yang abah kasi dan tambah dengan duit sendiri... ( eh, duit RM100 yang kerajaan bagi tu ke.. )

Bobois pulak jadi tugu kejap kat gelongsor..



Ole-ole dari Langkawi.. mangkuk kaca kat belakang tu Mak Lang beli untuk setiap famili, satu famili satu.. terima kasih ya.. kebetulan memang Mak Ngah teringin sangat nak beli.. cantik untuk hidang puding roti atau makaroni bakar...

Kenangan manis ini akan kekal dalam ingatan. Che Mid rasa, blog inilah yang paling banyak bercerita tentang perjumpaan keluarga, samada belah Che Mid sendiri atau pihak suami. Harap pembaca tak jemu menatap wajah-wajah kami selalu ya..

Tuesday, 20 December 2011

Gang KL makan-makan di SP

Rumah Che Mid di SP riuh rendah lagi dengan kehadiran adik-adik ipar dan keluarga, Pak Lang Jo dan Mak Lang Fadillah juga Pak Cu Acam dan Mak Cu Ayu. Semuanya seramai 15 orang; memang riuh tak rendah-rendah.. Tiba pada Ahad 11 untuk bercuti ke utara dan rumah kami dijadikan tempat transit ke Perlis dan Langkawi selepas ke kenduri walimatulurus kakak Pak Lang Jo.

Ini percubaan pertama Che Mid membuat cornflakes madu rangup tiru dari dapur Juwita.  Nampak Juwita punya lagi sedap tapi kira ok lah untuk kudapan tetamu yang kepenatan.

Oleh sebab tuan rumah pun turut serta ke majlis kenduri kahwin, jadi tak sempatlah siapkan minum petang untuk tetamu. Kami beli nasi lemak bungkus daun pisang, 70 sen sebungkus. Comel je dan setiap bungkus ada tulisan T - nasi lemak telor, B - nasi lemak ikan bilis dll. 20 bungkus yang ditapau..ha ha kenyang sampai malam, dicampur dengan cenderahati orang kawen.

Keluarga Pak Cu sampai sebelah petang dan keluarga Mak Lang tiba lewat malam. Nasib baik rumah Pak Ngah ni agak besar ( 4 bilik tidur).. agak selesa juga buat tetamu berjumlah 15 orang.. tetapi anak-anak lelaki terpaksa tidur di ruang tamu sambil nonton TV sampai ke pagi..

Sarapan hari kedua - Mi hun goreng Mak Lang

Nasi goreng telor Mak Cu Ayu


Pelikkan, sarapan dengan chicken chop... sengaja disediakan awal khas untuk Mak Cu yang akan bertolak ke Perlis, takut kempunan pulak nanti..

Makan kenyang-kenyang tau.. jadual berjalan-jalan padat hari ni. Nak ke Changlun dan Padang Besar, malam nanti balik semula ke Sg Petani.

Famili Mak Lang tak ke mana-mana hari ni. Berehat sebab kepenatan rewang... Makan pun tak beria sangat.. asyik tidur je.. kesian Mak Ngah tengok... Lewat petang baru segar sedikit dan boleh ronda-ronda pasar malam. Balik bawak putu mayam, apom lenggang dan durian. Kami tak makan nasi pun malam tu sebab makan tengahari lewat.

Aidil anak Pak Teh pun ada gak.. menyamar jadi anak Mak Lang kejap he he

Sarapan hari ke dua - Lempeng dan sambal ikan bilis air tangan Che Mid.

Mak Lang pulak buat nasi goreng, di tambah dengan roti bawang putih tanpa cicah..Tak sempat nak buat sup sebab tetamu sibuk bersiap nak ke Langkawi. Malam tu cuma Che Mid, Che Abang dan Deeja saja yang tinggal di rumah. Farah dan Faris ikut yang lain ke Langkawi. Satu malam je di pulau tu tapi tentu tentu 'happening'..

Bergambar di silau mentari pagi sebelum bergerak ke jeti Kuala Kedah untuk ke Langkawi. Budak kecik Deeja tu tak ikut pun.. mandi pagi pun tak lagi..

Sebaik mendengar kumpulan dari Langkawi dalam perjalanan balik ke SP, Che Mid siapkan makan. Tentu penat dan lapar sangat orang-orang tu. Menunya ialah ikan sambal, kari ayam, kubis goreng style mertuaku dan lemak pucuk ubi tempoyak tanpa tempoyak. Bila dah masuk periuk semua bahan.. rupanya tempoyak habis...habis camno... masak je le walaupun tak cukup sifat..ha ha

Ha, ini kemucak makan-makan. Sarapan campur makan tengahari.. sebelum berangkat balik ke KL..Chicken chop lagi.. nak perabih stok kemaren..tambah sup cendawan buatan sendiri (sedap banget you!!).. dan nasi lemak pun ada.. dalam pinggan makan campur-campur...

Udang lipan goreng tepung. Che Mid tak pernah makan udang lipan ni...

Gotong royong di dapur..Mak Lang goreng udang, Irham bakar garlic bread, Atiq buat air panas, Farah buat brown sos, Ira buat sup cendawan, Deeja buat sebok...



Dua orang bujang Mak Lang ni memang rajin di dapur.. ikut perangai ayah...
Pak Ngah, Mak Lang dan Pak Lang meratah udang lipan goreng tepung..

Tamat sudah adegan makan-makan...

Friday, 16 December 2011

Senda Jumaat - Eksaited tak kena tempat.. penangan Ombak Rindu

Malam minggu lepas, Farah dan Faris dah tengok Ombak Rindu di Central Square, Sg Petani. Balik rumah bukan main eksaited cite pada ibu. Farah kata dia nangis.. Faris pun nangis. Kalau dah anak bujang pun nangis maknanya ok sangat la cite ni kan.

Malam Isnin, para sepupu datang ke rumah SP. Farah beria-ia kempen suruh tengok Ombak Rindu jugak. "Pergilah sekarang, mid nite show ada malam ni". Farah konfiden ada mid nite sebab malam semalam pun ada. "Best giler tau.. Faris sampai nangis-nangis tengok... pergilah korang.., esok nak jalan tempat lain dah tak sempat tengok.., lusa nak gerak Langkawi pulak.."

Dalam penat-penat baru sampai, tambah dengan 'kempen' dari Farah, sepupu sepapat pun sama naik eksaited. Disebabkan, mereka baru sampai dan tak faham jalan ke pawagam, Farah sanggup pujuk abah untuk tunjuk jalan. Abahnya pun setuju naik kereta satu lagi untuk tunjuk jalan walaupun jam dah nak tengah malam. Balik nanti pandai-pandai carik jalan sendiri.

Keluar rumah pun dah pukul 11 malam, harap sempat nak tengok 11.30 punya show. Sementara 8 orang anak-anak dara dan bujang keluar di'eskot' oleh Abahnya dan pakcu, ibu-ibu kat rumah dok menyembang sambil minum malam.

Jam 12.30, dengar kereta berhenti. Itu rasanya kereta Pak Ngah kut. Bukan, kereta budak-budak nonton wayang dah balik.  Farah pun cepat-cepat berkejar, " Macamana! Best tak.. nangis kan..kan" Lepas sorang-sorang Farah tanya.. Mula-mula dia orang kata best giler.. nangis sampai banjir la...Tapi rupanya..

"FARAH! MANA ADA MID NITE!! Kami sampai sana, pekerja wayang tu suma nak balik, dah turun  lif!!"..

Tu la akibat teruja sangat nak tengok Ombak Rindu, sampai tak teringat nak cek ada mid nite ke tidak. Farah pun main cakap je, sebab masa dia pergi semalam, memang ada mid nite..

Ni satu lagi, " Abahnya dan Paksu ke mana pulak ni,  orang tengok wayang dah balik rumah, yang menghantar tak balik lagi." Bila ditanya lepas tu, " Eh, kitaorang pun main ombak jugak... kat kedai mamak"

Wednesday, 14 December 2011

Betul ke cara kita cuci air kencing?

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

Hari ni Che Mid nak berkongsi tentang cara mencuci najis mutawasitah seperti mana yang Che Mid pelajari dari Ustaz Don di TV al-Hijrah Isnin lepas. Bersyukur sangat kerana Allah swt bukakan hati Che Mid untuk menonton dan memperbetulkan kesilapan Che Mid yang selama ini dirasakn betul.. tapi sebenarnya SALAH.

Sebelum tu, nak ingatkan semula bahawa najis mutawasitah ini ialah najis, kencing, darah, muntah, air mazi dan sebagainya selain dari najis mukhafafah dan mugholazah.
Ustaz Don kata cara menyucikan najis mutawasitah ini ialah dengan DUA LANGKAH :-

1) MENGHILANG 'AIN (fizikal najis) sehingga hilang bau, rasa dan warnanya.

2) ALIRKAN AIR di tempat bekas najis tersebut dengan air mutlak. Kemudian barulah dilap sehingga bersih.

Selama ini apa yang Che Mid buat hanyalah langkah 1 sahaja, iaitu dengan membuang najis dan mengelap beberapa kali dengan air bersih sehingga hilang bau dan warnanya.

Contohnya, jika ada air kencing di atas lantai Che Mid akan mengelap air kencing tersebut. Kemudian mengelap tempat air kencing itu dengan kain atau mop yang dibasahkan dari paip bilik air atau sinki berulang kali sehingga bersih. Itu sahaja. Memanglah rasa dah cukup bersih, tetapi rupanya itu cuma LANGKAH SATU.

Sepatutnya, Che Mid mesti membawa air dari paip (air mutlak) dengan gayung atau baldi dan tuang sedikit di tempat bekas air kencing tadi barulah dilap semula.

Tambahan, pastikan pakaian kita terutama lengan baju disinsing.. kadang-kadang tak sedar, lengan baju pun ikut mengelap najis...

Kalau sahabat semua memang dah pun mengamalkan kedua-dua langkah tersebut, Alhamdulillah, jadikan entri ini sekadar ulangkaji. Jika tidak, samalah macam Che Mid ni.. dah tua bangka pun bersuci tak betul lagi..semoga Allah mengampunkan Aku..) jadi marilah kita mulakannya dari sekarang. Jika tak pasti rujuklah pada mana-mana ustaz dan ustazah untuk kepastian. Dan sekiranya ada jawapan yang berbeza, sudi-sudikanlah kongsi dengan Che Mid pulak ya.

Satu lagi, Ustaz Don juga memberitahu tentang WARNA najis seperti darah yang sukar hilang walaupun setelah dicuba beberapa kali, maka itu dimaafkan. Ini menjawab, persoalan diminda Che Mid yang selalu risaukan bekas tompokan darah kering di kain, seluar atau cadar yang susah dihilangkan walaupun guna vanish dan direndam clorox. (Maklumlah, orang pompuan ni kan.. 'moon come time.. sometime donno one.. he he) bila dengar Ustaz Don cakap macam tu.. lega sangat.

Ustaz Don juga mengingatkan pada sesiapa yang suka membela kucing supaya sentiasa membersihkan air kencing kucing.. kalu ada bau hancing, maknanya ada kencing kucinglah.. jadi kena cuci la.. kat lantai ka.. dinding ka..)

Wallahu'alam.

Friday, 9 December 2011

Senda Jumaat - Colgate, modes dan pampers

Apa kaitan tajuk tu dengan cerita hari ni?.. 


Che Mid teringat masa-masa dulu-dulu, orang kita ni (terutama tempat Che Mid la..) tak pandai bezakan antara jenama dan barangan tu sendiri. Jadi kita akan panggil barang tu dengan 'brand'nya. Perasan tak? 

Contohnya, masa kecik-kecik dulu mak abah Che Mid panggil ubat gigi tu Colgate.. agaknya sebab produk jenama Colgate yang pertama dijual di pasaran atau diiklankan. Ada satu lagi jenis ubat gigi yang popular jugak, tapi Che Mid lupa apa ke namanya. 

Kalau mak suruh belikan tuala wanita, dia akan kata, " Belikan mak Modes...suruh pakcik tu bungkus tau..!"  He he.. lebih detail lagi, dia akan kata modes yang jenis Sanita... Kalau di sekolahkan..bila masa kecemasan memerlukan tuala wanita, kita akan jumpa cikgu SRT dan bagi tau dengan malu-malunya, " Cikgu, nak Modes.."  Tapi anak-anak sekarang dah pandai dah.. " Nak pad..."

Abah Che Mid, kalau sakit kepala dia akan makan PANADOL (sebut betul-betul ikut ejaan).. sekarang ni dah ada Uphamol, dia kata PANADOL warna BIRU ha ha..

Mungkin Pampers adalah jenama lampin pakai buang bayi yang pertama di Malaysia ni. Jadi semua orang akan sebut pampers. Contoh, " Kau beli pampers jenis apa untuk anak engkau ni..? " atau pun, " Abang, balik nanti beli pampers tau, dah nak habis dah.." Dan pampers tu tak semestinya merujuk kepada jenama Pampers kan...

Ha, satu lagi.. Minuman berkabonat dalam botol. Dulu-dulu semua orang kata 'OREN'. Abah Che Mid akan suruh ke kedai beli OREN. Lepas ditanya, " Abah nak OREN apa?". Barulah abah bagi tau nak sarsi, soda atau oren betul.. Ha ha oren betul pulak! 


Wednesday, 7 December 2011

Nama Moyang Saya Ialah......

Pada tahun 2009, Che Mid telah mengambil inisiatif menganjurkan Hari Keluarga Haji Ismail iaitu keluarga sebelah bapa Che Mid. Sekali lagi tahun ini, Che Mid diminta untuk menerajui sekali lagi program sama. Insyaallah, masih diperingkat perbincangan dan jika tiada aral, majlis akan diadakan Februari 2012.

Apa yang sangat menarik apabila menganjurkan program sebegini ialah Che Mid terpaksa menggali asal usul dan mencari kisah-kisah lama terutama berkenaan datuk nenek dan moyang (orang Jawa panggil Buyut). Selama ini cuma mendengar nama moyang ketika nama disebut di dalam tahlil saja, tetapi sekarang Che Mid kena 'mengenali' siapa moyang Che Mid.


Nama datuk dan moyang sebelah bapa Che Mid - Hj Ismail bin Hj Nor ( Hj Ismail mempunyai 6 beradik, 2 di Malaysia, 4 lagi di tanah Jawa)

Nama nenek dan moyang sebelah  abah Che Mid - Hajjah Hadiah bt Hj Salleh ( Hajjah Hadiah mempunyai 2 beradik ..)


Nama datuk dan moyang sebelah emak Che Mid - Haji Abd Ghani bin Kassim (Haji Abd Ghani ada 3 beradik yang merantau ke Tanah Melayu.. adik beradik di tanah Jawa tidak diketahui berapa orang)

Nama nenek dan moyang sebelah emak Che Mid - Hajjah Sakem bt Ibrahim ( Hajjah Sakem cuma ada seorang adik yang masih sihat)

Ha, macamana dengan kakak-kakak, abang-abang dan adik-adik semua, cuba tes tengok, apa nama datuk, nenek dan moyang anda pulak..

Laluan... kalau ada entri menarik tentang hari keluarga (bukan korporat punya tau) bolehlah rekemen pada Che Mid untuk dapatkan ilham..

Monday, 5 December 2011

Tudung Arowana

Berdua dengan Ayan dalam kenderaan ke Unisel, ada sedikit urusan.. sambil borak kosong.


" Bu, tudung arowana tu mahal ke? "

" Apa.. Arowana?...HA HA HA....bukan arowana la.. ariani..."

."Ariani ke... mahal ke bu tudung tu.. Ayan tengok ada yang diimpot dari Itali la... luar negara tu..." ( Ayan tak gelak pun.. kontrol maco..)

" Ya la.. memang la mahal.. ( Ibu tak habeh gelak lagi...) "

"Bu, yang diimpot tu tudung nya ke material nya saja.."

"Material je.. jahit kat sini..."


" Oh.. tu la kan... takkan orang Itali pakai tudung macam kita...." Selamba je Ayan bagi komen..

Ha ha ha...Tu la dia, bila anak bujang bercakap pasal tudung.....

Tuesday, 29 November 2011

Dua kali kena dalam seminggu

Rabu 23 Nov 2011, jam 9.00 pagi...di Sungai Petani.

Che Mid memandu Ria menghala ke bandar untuk menghantar Farah ke tempat menunggu bas yang akan membawanya ke Kuala Lumpur. ( Farah menyertai program Karnival Kesenian Sekolah 1Malaysia ). Deeja duduk di hadapan sambil menonton dan menyanyikan lagu-lagu nasyid kegemarannya. Farah duduk di belakang (tak tau kenapa..mungkin banyak barang yang dibawa..)

Masuk ke lebuhraya, jalan sedang dibaiki dan kon-kon membentuk laluan dua lorong menjadi satu lorong. Dari lorong kiri, Che Mid kena masuk ke lorong kanan., tapi ada sebuah lori memandu agak laju di belakang sebelah kanan. Teragak-agak nak masuk terus atau tidak, tiba-tiba terdengar dentuman dari tepi kiri...

Rupanya Che Mid terlanggar salah satu kon oren di tepi jalan. Kemungkinan besar kon itu melantun ke cermin sisi dan turut terkena cermin tingkap, betul-betul di tempat Deeja duduk. Cermin sisi pecah berderai, langsung tidak berfungsi.. cermin tingkap sedikit calar. 

Deeja menjerit, " Ibu.. takut..takut!".. Terus Farah angkat dan peluk Deeja. Nampak muka Deeja ketakutan walaupun tak menangis.( Nasib baik cermin tingkap ditutup.. tak boleh bayangkan apa akan jadi pada Deeja kalau tingkap terbuka.. )


Isnin, 28 November 2011 di rumah Klang.

Hari ni hari ke empat di Klang, teringin  nak ke pasar malam dekat rumah. Tangan sebelah kanan pimpin Deeja.. ( Deeja lagi...) tangan sebelah kiri pegang dompet. Sedang kami berjalan lenggang kangkung sambil melihat-lihat rumah jiran...

Tiba-tiba terasa pergelangan tangan kiri Che Mid disentap kuat.. Manik-manik dari gelang tangan bertaburan.. Che Mid menjerit, " Allah" sekuat hati... Rupanya Che Mid hampir diragut oleh dua lelaki bermotosikal. Cuba mencopet dompet tapi mujur cuma terkena tangan..dompet tetap kemas dalam genggaman.  Lelaki bertopi keledar tu terus berlalu perlahan dengan selambanya seolah takde apa terjadi.. hebat betul..Motor tu pulak buruk dan kotor, plat no tak jelas...

Alhamdulillah, kami tak apa-apa.. dan Deeja pun ok..tak sedar pun yang ibu dah hampir kena ragut..


Friday, 25 November 2011

Senda Jumaat - Bila mak-mak tengok bola..

Bila mak-mak tengok bola.. macam-macam reaksi keibuan tetap ada.. Tak percaya..tengok ni..


Game baru mula..mak cakap tak mau tengok..

 Mak-mak excited tengok bola... anak-anak ngumpat mak-mak tengok bola.. ha ha..

 Farah pun join kutuk ibu... kalau rumah papan mau pecah lantai.. ha ha..

 Lagi anak komen pasal mak..


 Berapa ramai agaknya terjerit-jerit tak sedar diri.. hilang sifat perempuan Melayu terakhir..



 Namun sifat keibuan tetap utuh..


 Mak yang beriman.. agaknya ada tak tengok bola sambil pegang tasbih.. Che Mid kan, setiap kali pemain kita ready nak tendang penalti.. kita yang baca Bismillah dan tadah tangan..gol lah ya Allah! Bila gol aje, terus loncat sakan!..

Habis game..

wah teringin nak pakai jersi tuuu... gi mana? Pasar ke weii...

Yang ini pun Che Mid suka baca !!

Macam ni pun ada..hebat..


Thursday, 24 November 2011

Dulu Kakak dan Abang Tak Macam Ni..

PAGI...


tolong ibu tanam pokok..


tapi deeja dah masuk lubang dulu...

tabur tanah kat kepala pun ok gak...

TENGAHARI ....

 Makan chipsmore cicah air kosong.. lepas tu lenyek-lenyek kasi hancur ya puan-puan..

 Kemudian lumur seluruh badan untuk lembut muluskan kulit macam ni ya puan-puan.. ( Ibu buat apa masa ni, sampai tak perasan anak dah ghope itu...err.. err..... fesbuk...)


PETANG ....



 Berkelah dengan air hujan dalam longkang sambil nyanyi-nyanyi.. (Gril pintu tak tutup rapat, Deeja boleh buka sendiri.. keluar ke longkang tepi dinding rumah..tapi masih berbumbung...)

 Tambah syok bila tolong ibu jaga pokok bunga pakis ibu.. (tanah dikoreknya keluar...habeh pokok bunga tu..baru nak hidup ooii.. hmm.. ibu buat apa masa ni?  err..err...fesbuk..)

Ini betul-betul berhujan.. pakai selipar ibu... lenjun satu badan.. DEEJA.. MARI MASUK MANDI!!.. Dulu kakak dan abang tak macam ni tau..! Pengsan la ibu kalau hari-hari macam ni..


Tuesday, 22 November 2011

Santai dan seprais 20.11.11

Sabtu, 19 Nov 2011, Che Abang cuti hujung minggu, anak-anak pun berkumpul. Abahnya ajak jalan-jalan. Hari ni ada bola juga.. Malaysia lwn Myanmar pukul 5 ptg.. dah tau macam tu tapi abahnya ajak juga keluar ..ok la tu..

Mula-mula ke Gegaria Harian Metro di Kepala Batas. Selalunya, abahnya tak suka jalan-jalan di tempat tumpuan orang ramai, kecuali 'computer fair'..tapi kali ini dia pulak yang ajak...

Deeja geram dengan rimau tu.. sempat dia bawak lari... abang Ayan kena kejar Deeja, tangkap dan pulangkan rimau tu..

Pameran motor berhias pun ada.. bike ni comel bila dah dimekap dengan imej kartun disney.

Tak banyak yang boleh ditengok di situ, kami keluar cari tempat makan. Ada papan tanda 'Pantai Kamlon' dekat-dekat situ juga. Kami cuba cari GPS bawa kami ke celah-celah rumah kampung. Tukar haluan, Pantai Merdeka jadi pilihan.

Dua sejoli berpegangan tangan di tepian pantai menjelang 18 tahun usia perkahwinan. Baju yang kami pakai tu hadiah anak-anak sempena 'anniversary'. .. ( walau cuma beli di up town, tapi kami suka... )

Berkelah di Pantai Merdeka, berbekalkan pecal keli kesukaan anak-anak

Pucuk ubi tempoyak ikan masin

Ibu di apit anak-anak bujang idaman Malaya..

Esoknya, pagi-pagi lagi kami sekeluarga bersarapan pek nga dan roti jalan di Taman Ria sebelum ke pasar membeli juadah tengahari. Teringin nak hidang spesel sikit hari 'anniversary' ni..

Pulut kuning cara orang Melayu menunjukkan kesyukuran. Saja Che Mid masak lebih, sedekah sikit kat sekolah pondok Faris petang nanti..

Di makan bersama rendang ayam

Nasi beriani versi Faiza. Cubaan pertama dengan bantuan Ayan. Menepati citarasa Che Mid yang tak berapa suka terlalu banyak rempah pada nasi.

Sayur campur togel je.. 

1/4 biji tembikai sekali hidang - Deeja suka sangat.. habis comot baju dibuatnya


Papadom, penambah selera

Farhan membaca doa selamat. Mula-mula baca ikut buku ok je.. lepas tu ditambah dengan perkataan sendiri mendoakan yang baik-baik untuk ibu dan abah, mengalir airmatanya..

Deeja terpegun sambil menadah tangan semasa abang Ayan baca doa. Tengok la tu.. pinggan orang lain cantik-cantik, pinggan dan gelas Deeja.. cekai je.. syiannn..

Dah 18 tahun kita kawen bang.. tua dah ya..Alhamdulillah.. masih 'maintain vogue'.. ha ha
Sang teruna dan dara sedang menjamu selera.. masak sama-sama.. makan sama-sama..alrait la tu..

Pencuci mulut.. abah yang siapkan.. aiskrim campur nenas campur peaches.. abah guna tutup botol susu Deeja untuk 'scoop' aiskrim tu.. he he.. cantik gak la ..

Ini kek lobak bersapu krim.. konon-konon kek enibeseri... tapi

Malamnya, Ayan dan farah buat seprais... kek beli dari kedai...emm.. pandai budak-budak tu buat kejutan. T