Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 2 September 2016

Misi Makan Durian di Gopeng

Assalamualaikum semua

Sejarah tertulis bahaawa pada malam 31 Ogos 2016, Che Mid dan kawan-kawan sekolah rendah bersama keluarga seramai lebih kurang 50 orang berkumpul di Ulu Village Camp, Sungai Jahang, Gopeng, Perak. Jalan-jalan makan durian  dan berukhwah sesama kami. Alhamdulillah.

Manisah, kawan sekolah Che Mid yang kini tinggal di Gopeng bersama suaminya bertindak sebagai hos. Merekalah yang bertungkus lumus merancang jadual,  menempah penginapan, makan minum dan durian untuk kami. Kami tau bayar dan enjoy!!


Manisah  juga surprisedly tempah kain rentang ini untuk kami. Cantik dan cute apatah lagi ada gambar-gambar kami sekali.




Kami pun menyelit sama ha ha 


Che Mid dan keluarga sampai di kem selepas Maghrib. Memang masa makan malam.

Dan durian sentiasa ada. Ada je tukang buka dan ramai je yang makan ... sarapan time ke lunch time ke piknik time ke durian sokmo... Che abang yang memang hantu durian kata, " Abang tak nampak lain dah..."



Suka sangat tengok Che Abang enjoy trip ni. Walaupun trip ni untuk kawan-kawan isterinya he he..

Duriannnnnn jeeeee... 

Anak dara kita makan durian dengan bersudu.. hi hi..

Durian untuk makan ramai-ramai di situ, tuan rumah belanja. Kami cuma bayar yang dibawa balik sahaja. Lumayannn!!

Lagiiiii


Chalet atau kem yang kami tinggal terletak di dusun durian, pulasan dan rambutan.


Bilik-bilik yang ringkas. RM100 boleh tidur 4 orang selesa. Tiada tv tapi ada aircond hi hi.. pasang aircond sejuk pun tak terasa sebab badan panas dek haba durian.. aduiii ha ha


Sarapan pagi 31 Ogos - Lempeng kelapa cicah sambal tumis, bubur nasi + telor asin + sayur kacang + sambal sardin, karipap dan seri muka.




Dengan Rozinah, dari darjah 1 sampai 6 satu kelas ... 


Lepas sarapan, kami berkelah di tepi Sungai Jahang. Memang la Deeja suka sangat.

Kecoh mak-mak orang main air.. mengalahkan budak-budak.. 

Lepas mandi, makan durian lagi... 

Balik piknik, makan tengahari pulak. 

Tak boleh tahan tengok.. Ya Allah memang sedap sangat. Air tangan orang Pahang duduk Perak. Hasilnya masakan tempoyak ikan sungai paling sedap di dunia.

Tak pernah makan pucuk salang ni. Dah direbus, cicah dengan sambal belacan atau sambal tempoyak.

Sambal bilis hitam campur terung rimbang

Keli pecal stail Perak.. bertaburan bawang merah... 



Kami makan dengan gembira rianya.



Nampak tak kegembiraan itu? 


Anak-anak pun tak toleh kiri kanan dah...



Keluar dari Sungai Jahang, kami berhenti beli manggis. Tengok la gelagat tiga orang ni menengok kelamai.

Ada yang beli buah cerepu yang dikatakan bagus untuk mengubati gout


Kami berkonoi ke Taman Botani untuk makan laksa telor goreng bersarang ni, sebelum balik ke Klang.


Inilah satu-satunya gambar kami berempat. 



Alahmdulillah, berakhir sudah satu episod percutian dengan geng sekolah. Semoga Allah merahmati kita semua, sentiasa berbaik-baik hingga ke jannah. Aamiin.

Saturday 20 August 2016

Mak, Doakan Saya..


Anak Yang Soleh;

"Ibu bapalah yang melahirkan dan menjaga kepada kamu, lebih baik kamu bertanyakan khabar mereka hari-hari. Seseorang berkata, "Eh, hari-hari?" Ya, sepertimana kamu hari-hari mesej dengan kawan-kawan, sahabat-sahabat dan isteri-isteri mu. Mesej lah ibu bapa kamu juga."

"Nak ke mana-mana hantarlah mesej kepada ibu bapa mu. "Saya di restoran", "Saya di office". Kenapa tak nak buat dengan ibu bapa kamu macam ni?" Mak, saya nak pergi kerja, doakan saya". Tak perlu call, mesej sahaja. Kalau mereka tiada handphone, belikanlah untuk mereka macam handphone isterimu. Buat untuknya whatsapp."

"Supaya apa? Supaya hari-hari boleh mintak doa dari ibumu. Barakah! Barakah! Ulama kata, orang yang ibu bapanya masih hidup tak perlu dia mintak doa daripada sesiapa pun. Tidak perlu. Malaikat Allah berkata kepada anak Adam yang ibu bapanya masih hidup."

""Wahai anak Adam, jalanlah sahaja. Maka sesungguhnya Allah memeliharamu dengan barakah doa ibu bapamu." Tetapi apabila ibu bapamu sudah meninggal, para malaikat berkata kepadamu; "Wahai anak Adam, berusahalah sungguh-sungguh. Buat kebaikan dan mintalah doa daripada orang-orang soleh dan para ulama."

"Maka sesungguhnya pintu doamu sudah tertutup. Maka buatlah pintu yang lain." Maknanya apabila seseorang hendak keluar daripada rumahnya, bermusafir atau pergi kerja. Telefon ibumu. "Mak doakan saya."

Saya nampak Habib Umar hari-hari sebelum dia buat apa-apa selepas Qiammulail, solat Subuh, Wirdul Latif kalau dia musafir dia akan call ibunya."

"Hari-hari call ibu dia. "Sihat? Apa khabar? Doakan saya, saya di tempat sekian." Lebih daripada isteri-isterinya.

Ibu bapa barakah! Doa mereka makbul. Dan ulama kata, kalau seseorang ibu bapanya masih hidup, dia masih kecil walaupun umurnya sudah seratus tahun. Saya pernah dalam satu kelas dengan Habib Masyhur."

"Habib Masyhur adalah abang kepada Habib Umar yang berumur tujuh puluh tahun keatas dan ketika itu ibunya masih hidup. Suatu hari kami sedang belajar dengan beliau, kitab Fiqih.
Dia berkata; "Tahukah kamu sebenarnya saya masih kecil. Walaupun saya sudah berumur tetapi hakikatnya saya masih kecil. Selagi ibu saya hidup, saya masih kecil." Benar, apabila dia duduk dengan ibunya, Subhanallah."

"Memang macam kanak-kanak, cium tangan, cium lutut dan kaki ibunya. Duduk macam kanak-kanak dengan ibunya. Barakah! Pintu syurga di bawah kaki ibu. Doa ibu makbul. Tiada hijab antara doanya dengan Allah سبحانه وتعالى. Ambillah peluang! Bagi orang yang ibu bapanya masih hidup, pintu syurga di sisi mereka. Rahmat Allah di sisi mereka! Pintu rezeki zahir dan batin di sisi mereka!"

"Sebelum pergi mana-mana kalau malu nak call, hantarlah mesej. "Ibu tolong doakan saya, saya nak pergi kerja", "Ibu tolong doakan saya, saya di sini", "Ibu, Alhamdulillah saya sudah balik daripada kerja" Kita buat dengan isteri kita macam ni. Pergi restoran hantar mesej. Pergi kerja hantar mesej. "Sudah makan ke?", "Makan apa?", "Tengah buat apa?" tetapi ibu bapa kita lupakan. Tak bolehlah macam ni."

"Macam mana yang kamu buat dengan isterimu, buatlah dengan ibumu. Barakah! Allah سبحانه وتعالى memeliharamu dengan barakah ibu bapamu. Kepada yang ibu bapa masih hidup, semoga Allah panjangkan umur mereka Insya Allah."

"Semoga Allah سبحانه وتعالى berikan kesihatan dan keafiatan kepada mereka. Kepada ibu bapa yang sudah meninggal, semoga Allah سبحانه وتعالى, jadikan roh-roh mereka bersama para syuhada, siddiqin dan ariffin. Amin. Insya Allah."

Daripada Sheikh Abdullah Al-Jahaf

Gambar hiasan

Tuesday 9 August 2016

Suka Duka Aidil Fitri - Innalillah..

Assalamualaikum bakal ahli syurga yang dikasihi. Berjumpa lagi di sini.

Che Mid nak kongsi tentang kisah sedih yang berlaku semasa Syawal lalu. Kini menjadi kenangan yang diabadikan di ruangan ini.

Sebagai mukaddimah, Che Mid tunjuk gambar kubur arwah Firdaus dulu.


Menziarah kubur anakanda Firdaus. Selalu kami ziarah di pagi raya, tapi bila dengar ustaz-ustaz kata hari pertama raya adalah hari bergembira, bukan bersedih-sedih, kami batalkan rutin tahunan tu. 

 Rindu menggamit  memori, airmata berjujuran.. lebih-lebih lagi bila tengok pusara arwah agak 'semak' dibandingkan dengan jiran-jirannya yang nampak baru dibersihkan. Sayu... rindu...


Assalamualaikum ya ahlil qubur.. satu hari nanti kami menyusul.. pasti!

Hari Selasa 26 Julai 2016, kami bergegas ke Pontian Johor bawa abah Husain dan mak ziarah abang sulung mak yang sedang tenat. Ateh Rosdan bawa mak abah dari Raub ke Klang. Kemudian kami pula bawa mak abah ke sana. 

Dalam perjalanan, kereta terasa bergegar. Terpaksa susur keluar ke Simpang Renggam. Kami ditinggalkan di surau sementara che abang bawa kereta ke bengkel. Terpaksa tukar dua tayar belakang dan kami meneruskan perjalanan. Tiba di Pontian menjelang Asar. 


Mak mertua dulu pernah tinggal di Singapura dengan Pak Lang Ali. Abah mertua pulak anak angkat Pak Lang Ali. Lalu mereka berdua dijodohkan. Maknanya memang Pak Lang sangat rapat dengan mak abah. Apatah lagi mak adalah adik bongsu. They had their very own memories. 

Saat mak baru tiba. Di panggilnya, " Abang... abang..." Walaupun mak tahu Pak Lang Ali dah tak boleh bercakap lagi. Cuma tangan kanannya sahaja yang boleh digerakkan. Cuma boleh minum air sesudu dua.

 (Mungkin ada yang kata tak manis ambil gambar orang yang terlalu uzur seperti ini, tapi jari-jari  ni memang asek nak snap je. Nak abadikan saat-saat ini yang mungkin menjadi detik-detik akhir pertemuan mereka.. Allah saja yang tahu). 

Kami biarkan mak abah menginap di situ, saja biarkan mereka berlama-lama sikit. Kami pula mencari hotel di bandar Kulai. Tak mahu menyusahkan isteri Pak Lang. 

Di masa yang sama, cucu mak yang baru berusia 6 bulan, anak buah kami, juga sedang nazak di Hospital KKH Singapura. Che Mid dan suami takde pasport (tak sempat nak perbaharui atau pun buat pasport berkumpulan) untuk bawa mak abah masuk Singapura. Cuma mengharapkan ayah baby Aaryan untuk ambil mak abah di JB esoknya. 

Rabu pagi, 28hb Julai. Baby Aaryan semakin tenat. Ayah Aaryan keberatan untuk tinggalkan baby sebab doktor dah pesan untuk standby atas sebarang kemungkinan. 

Jadi kami terpaksa bawa mak abah balik bersama kami. Hati masing-masing berkecamuk. Mak abah terpaksa tinggalkan abang yang tenat. Cucu pula nazak di Singapura, tapi tak dapat ke sana kerana keadaan mak abah yang juga uzur tidak memungkinkan mereka berduaan sahaja masuk Singapura. Masyaallah, tak teringat pulak untuk minta bantuan sedara mara kami di sana. Betul-betul tak terlintas difikiran masa tu. 

Khamis pagi, 29hb Julai. Kami hantar mak abah balik ke Lipis. Pun dengan perasaan bercampur baur. Mak abah ada urusan yang penting juga di Lipis. Hati berbelah bagi, tapi kami hantar juga mak abah balik. 

Jumaat lepas Asar, dapat berita Pak Lang Ali menghembuskan nafas terakhir. Akhirnya mak kehilangan seorang abang. Menangis mak bila Alang beritahu berita tu. 



Ini gambar terakhir mak dan abangnya. Pak Lang Ali yang dah tak boleh buat apa-apa, hanya diam bila mak abah minta maaf. Tapi kami perasan air mata Pak Lang mengalir laju. Bagaikan mahu memberitahu yang dia akan 'pergi' tak lama lagi. Semua yang ada di situ ikut menangis. Deeja pun ikut menangis.

Untuk Pak Lang Ali bin Abdul Rahman, Allahummaghfirlahu, warhamhu, waafihi wafua'anhu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang soleh. Aamiin. 

Sementara itu, keadaan baby Aaryan juga tidak menunjukkan tanda-tanda positif. Kami semua risaukan mak. Baru kehilangan abang kandung, kuatkah mak bila terima berita kehilangan cucu pula.. Allahuakbar, besar sungguh ujian buat mak abah. 

1 hb Ogos. Mak Abah akhirnya menaiki keretapi dari Lipis ke Singapura. Tiba di hospital, sempat jumpa baby. Dan pada malamnya, jam 9.18, baby Aaryan menghembuskan nafas terakhir. Sekali lagi kami bermuram dan bersedih. Kehilangan dua insan dalam beberapa hari. 



Untuk baby Aaryan Harith Mohamd Lubis. Biarpun mak ngah tak pernah jumpa Aaryan, namun doa mak ngah sentiasa dititip untuk Aaryan dan keluarga, Jarak bukan penghalang untuk kita meluah kasih sayang. Damailah kau di alam sana. Buat umi Nita dan ayah Lubis, takziah dari pak ngah dan mak ngah sekeluarga. Aaryan menunggu di sana dan menjadi saham untuk ke syurga nanti. 

INNALILLAH WAINNA ILAIHI ROJI'UN

Monday 8 August 2016

Suka Duka Aidil Fitri - Deeja Banyak Buat Salah

Assalamualaikum sahabat sekalian. Throw back hari raya 2016. Orang nak raya Haji, kita baru nak update cite Aidil Fitri pulak.


KELUARGAKU DI PAGI RAYA - kali pertama beraya dengan cucu




BERAYA DENGAN KELUARGA CHE MID - bujang-bujang dah cucu-cucu Atuk Jamil







Dengan mak abah - alhamdulillah masih punya mak abah yang sihat dan dapat beraya dengan cicit sulung. 

Aazad Sharhan ni baru 2 bulan lebih.. tapi matanya nengok macam budak beso. Ait.. awat baldi dan mop tu kat luar bilik pulak.. tak sempat ngemas ke alahai he he

 Selfie dengan bujang-bujang Yang kecik menyelit tanpa disedari..

p/s : Fokus pada Harith, anak buah hensem pakai kaca mata pegang dagu tu. Al kisahnya, dia sampi dulu ke rumah atuk. Tunggu punya tunggu, nape ayah ibu tak sampai lagi.. tetiba dapat 'call' kena balik rumah masa tu jugak. Rupanya Harith dah terpakai seluar raya ayah dia. Dia perasan gak seluar dia longgar tapi tak lah sampai nak tanya terpakai seluar orang lain pulak ha ha..

 Che Mid dan adik, diapit oleh anak dara masing-masing

Anak-anak dan atuk. Tahun lepas atuk tak sihat sampai kena ganti 15 hari puasa. Tahun ni alhamdulillah, boleh beraya macam biasa.

Faris dan Ashman - sepupu sebaya

Berposing dengan sesapa yang sampai dulu. Adik, ipar dan menantu.. 

Mak abah yang nampak sangat healthy dan happy.. anugerah terbesar dari Allah swt

Kami berselfie otw sambil jalan kaki ke rumah mak abah. Rumah kat lorong sebelah je pun..

Tapi sebelum tu ada drama lucu dan terharu telah berlaku sewaktu kami bermaafan di rumah. Biasalah, ibu mula bersalam dengan abah, diikuti dengan abang Ayan dan lain-lain. Deeja tentulah yang terakhir. Bila tiba giliran Deeja, tetiba tengok dia dah menangis tersedu-sedu. 


Bila tanya, " Nape Deeja nangis.." Wah, lagi kuat sedu sedan dia. Kami semua pelik dan lucu gak tengok gelagat si bongsu ini. Dah tak dengar buah butir kata-kata, bercampur dengan esak tangis. Beria-ia betul nangisnya. 


Puas pujuk dia bercerita nape nangis, " Deeja banyak buat salah dengan abah ibu.."  Buat salah apa tu sampai nangis macam ni?"


Deeja pernah tumpahkan air milo kat meja ... Aduii anak.... ingatkan buat salah apa lah tadi. Ibu pun dah tak ingat bila Deeja tumpahkan air milo tu. 



.Kami anak beranak akhirnya ikut nangis campur lucu. Mulut gelak, airmata keluar gak ha ha


Kakak Farah yang ambil video pun, sampai bergoyang2 video tu sebab ikut menangis. 


Inilah permata hati, racun penawar kami sekeluarga. 


Terpaksa pujuk sikecik ni pulak. 



Abang Ayan dan Kak Epa pun ikut dengar cerita Deeja. 

Itulah kisah raya 2016 kami. Saja tulis kat sini, sekadar catatan kami sekeluarga. Deeja pun dah pandai buka blog ni. Dah boleh tengok-tengok dan baca sikit-sikit. Teruja sungguh dapat tengok gambar dari baby hingga sekarang. 

Salah satu tujuan berblogging dah tercapai - Supaya Deeja boleh baca satu hari nanti.