Berhari raya di Ulu Dong, Raub, Pahang. Rumah siapa? Di rumah adik ipar Che Mid. Biasanya bila tiba giliran beraya sebelah mertua kami akan berkumpul di Lepih, tapi kali ni sebab rumah baru Ateh yang besar dan cantik tu baru je siap, kami sepakat beraya di sana.
Che Mid dan famili masih di perjalanan semasa waktu berbuka terakhir, tapi sempat bersolat Isya' berjamaah.
Gambar malam raya.. selepas solat Isya' berjamaah, Atuk Husain jadi imam.. anak cucu jadi makmum..
Kaum bapak lepak di luar rumah sambil makan kacang..Inilah 4 beradik lelaki che abang.
Orang pompuan dan anak-anak dok mengisi kuih muih dalam bekas tapi separuh kuih masuk dalam perut! Memang riuh rendah dibuatnya dalam rumah tu..anak-anak buah kebanyakannya dah dara dan bujang belaka..
Raya ni paling tak best buat Khadeeja sebab beraya di rumah Pak Teh yang suka buli (usik, dukung dan peluk cium..) tengok la muka dia tu..Syian..
Anak dara dan bujangku..
Warna kelabu kami tahun ni.. (tengok Deeja.. tak mau senyum walau macamana diusik sepupu sepapat dia.. sebab Pak Teh ada kt depan tu..)
Alang Fadilah dan keluarga..
Keluarga tuan rumah - Ateh Rosdan dan keluarga
Si duda yang single; Lubis dan empat anak terunanya ..
Si bongsu - Acam dan famili
Tiga dara pingitan.. cewah..
Sapa punya idea yang bertenggek di tepi sofa tu, kalau bukan Che Mid???..
Emak dan abah bersama anak-anak dan menantu, dan dua cucu termuda.. (tengok muka Deeja.. alahai.. Pak Teh pulak duduk betul-betul depan Deeja..)
Another crazy idea from Che Mid.. dah tak tau nak bergaya macam mana lagi.. Che Mid kata," Ok, semua senget kanannnnn!"
Kirriiii!... Semua pakat ikut pulak tu... termasuk emak abah sekali..
Sekarang cerita bab makan.. tak payah le tunjuk gambar lemang dan rendang hitam yang superb tu. Pagi raya Che Mid memang kena masak kuah lontong.. tapi yang sedihnya, sibuk sangat kat dapur sampai kena tinggal untuk solat raya.. hu hu.. sedihnya sampai tengahari tau! Masa kena tinggal tu, Che Mid dalam bilik air.. kelam kabut mandi.. tiba-tiba air takde! Hm, memang takde rezeki untuk ke surau kampung Ulu Dong..
Pagi raya ke dua, Che Mid juga masak.. no problem.. campak-campak je dalam kuali tu.. jadilah daging goreng! Licinn!
Kuer tiaw ni pun Che Mid masak.. selalu masak tak berapa sedap, tapi hari ni sedapp gak he he
Nasik goreng ni pun Che Mid masak tapi selalu Che Mid bubuh belacan kaw-kaw punya, tapi tuan rumah ni tak makan belacan rupanya.. rasanya agak hambar sikit tapi bila makan dengan daging goreng atau rendang, ngam le jugak !
Cadangnya lepas sarapan, nak berjalan raya. Tapi Pak Lang Johari ajak masak nasi briyani pulak..
Inilah nasi briyaninya.. not bad la Pak Lang Joe.. tapi Joe masak banyak sangat. sekampit beras basmathi 5 kg dimasak semua. Satu periuk besar le jadiknya..
Ini menu spesel mak mertua Che Mid, laksa lemak. Macam laksam tapi dimakan dengan laksa beras je. Memang feberet Che Mid ni..Campurkan semua dalam mangkuk terutama cili kering tumbuk tu.. prrgh! Che Mid sanggup brekfes, lanch dan diner dengan laksa tuuu je..
Ini jelatah ala-ala salsa gitu.. Che Mid suka la rasanya.. lain kali boleh buat lagi ni.. kan Alang..
Ini resepi bidan terjun gak.. daging masa asam pedas tak cukup bahan ha ha! Hantam sajalah Labu! Janji boleh makan ramai-ramai..
Oh.. ini dalca sangat sedap oii..ada campur itu dal sama tulang lembu la..Tengok pun tau kan!
Ini gambar paling istimewa.. Che Mid sedang suap abah mertua tersayang. Pada yang belum tahu, abah ni dah 15 tahun lebih tak boleh melihat tapi badan sihat lagi. Dalam gambar tu Che Mid tengah suap lontong kiriman dari mak Che Mid (besan dia la tu..) Abah ni, kalau makan nasi je boleh makan sendiri tapi makanan yang berkuah kena suapkan. Selalu mak mertua yang suap, tapi saja je Che Mid tu.. Esok siangnya, Che Mid suap rojak buah pulak..
Che Mid suka usik-usik abah.. tanya tu ,tanya ni.. lewat malam tu, Che Mid ajak abah dengar Che Mid baca al-Quran. Che Mid baca, abah dengar, Farah cek bacaan. Masa tu Che Mid baca juzuk 28 (dah malam raya tak sempat khatam..hissh) setiap kali habis satu surah, Che Mid sebut pada abah apa nama surah seterusnya. Abah tu banyak hafal surah, tapi banyak dah lupa sebab dah tak boleh baca sendiri kan..alhamdulillah, kami berjaya habis satu juzuk malam tu.
Setiap kali bersalaman, Che Mid suka peluk dan cium pipi abah.. bagi Che Mid, selagi ada hayat abah, Che Mid nak tunjuk kasih sayang Che Mid pada dia. Che Mid takde harta dan kemewahan, balik kampung jumpa dia pun jarang sangat.. tapi Che Mid nak dia tahu yang menantu dia ni sangat sayang dia..
I wish I can do more for him... sayang abah..