Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday, 24 May 2016

Ahlan Wa Shalan Muhammad Aazad Sharhan

Assalamualaikum wbt sahabat-sahabat yang dikasihi Allah swt sekalian.

Alhamdulillah. Che Mid telah pun bergelar nenek pada 28 April 2016. Adoii.. lamanya la baru update yaaaaa!!. Tapi takpe, janji boleh tulis dan simpan di sini untuk tatapan sahabat tercinta dan keluarga.

Dua hari dua malam menanggung sakit.
3 kali pergi ke hospital baru masuk ward.
Dua hari sebelum tu dah pergi, doktor suruh balik.
Tengah malam pergi lagi, doktor suruh balik.
Sampai rumah tak boleh tidur, esok subuhnya pergi lagi..
Farhan memandu macam F1 driver pun ada
Semua ahli keluarga risau dan tak cukup tidur..



Dalam fb Farhan.. Be strong dear.. everything will be fine.





Wajah-wajah bakal mama dan ayah.. depan kamera boleh senyum, belakang kamera berkerut menahan sakit. Kadang-kadangan tak tahan, meleleh airmata Epa. Dua malam di hospital.



Mak nenek pun sibuk nak ikut tunggu. Sampai terlelap-lelap. Ini di luar Dewan Bersalin, Hospital Shah Alam.



Pukul 12.30 tengahari.. Farhan keluar dari Dewan Bersalin tapi Epa tak bersalin lagi.  Kesian, muka tak tidur dah berapa hari. Time ni dia tak perasan ibu ambik gambar..



Tapi bila sedar ibu snap, tetap cuba tersenyum.. oh anak.. anak..



Besan Che Mid, En Osman pun sempat datang.. ikut berdebar menanti cucu lahir. Tapi kami lebih kasihan pada Epa yang menanggung sakit lebih 24 jam. Memang semua orang risau.. ngilu pun ya..

 Tak lama lepas tu Farhan masuk semula. Che Mid dan Farah ke surau untuk solat Zohor dan berdoa. Mak Nenek je tunggu.


Selesai solat Zohor, Farhan meluru masuk ke surau, beritahu Epa dah bersalin. Kami sama-sama menangis kegembiraan, syukur dan lega kerana lama menunggu.





Wajah-wajah lega di luar Dewan Bersalin



Introducing Muhammad Aazad Sharhan bin Muhammad Nur Farhan. 3.65 kg. Kena vaccum baru nak keluar budak comel ni.

Hanya Allah yang tahu perasaan seorang ayah menatap anak sulung. Nak cite sikit panik punya pasal isteri dah sakit-sakit.

Malam pertama, Farhan tertinggal dompet. Dia punya risau sampai call ibu tengah-tengah malam. Ibu kata tak pe. "Nanti kalau nurse nak IC ayan camane?" "Laaa bukan Ayan yang nak beranak..kan Epa."  Ha ha

Malam kedua. Pukul 4 pagi whatsapp kat ibu, " Ibu ... Ayan kat luar ni. Kat parking.". Nape? "Kunci kereta tertinggal dalam kereta. Ni tengah cuba buka pintu la ni.." Adoii.. anak ibu ni. Dari luar nampak tenang, rupanya dalam hati panik tak tentu hala ya..

Epa terlalu lemah. Beberapa hari tak tidur menanggung sakit tapi bukaan terlalu lama. Ibu cuma boleh bantu bacakan doa dan selawat syifa'. Allah memberi ganjaran besar untuk ibu-ibu beriman yang melahirkan, bagaikan bayi yang baru lahir, bebas dari dosa. Sabar ya.. 



Maha suci Allah yang mengurniakan kami cucu yang sihat sempurna. Semoga besar nanti jadi anak soleh dan pembela agama ya sayang..

Atuk ni tak aci tau.. masa sibuk2 di hospital, dia tak datang pun (risau disimpan dalam hati le tu.)  Bila dah lahir, dia yang sibuk pot pet dengan baby.. 

Ummi Farah says assalamualaikum baby..

Abi Faris tengah bacakan doa untuk baby tu.


The Proud greatgrandnenek!! 

Cicit pertama dalam keluarga Che Mid dan suami. Mak dah jadi Onyang pada umur 66 tahun. Suka betul mak jadi orang pertama tengok cicit. Dia adalah antara yang tak tidur malam menanti berita Epa di hospital. Sempat masak nasi berlauk ayam sambal untuk Ayan sementara menunggu Epa di hospital. 

Ada kisah lucu gak ni. Mak tunggu dengan penuh setia kat bilik menunggu. Bila Farhan keluar dan beritahu dah bersalin, mak pun terkocoh nak masuk dewan bersalin. "Nurse, boleh tak saya masuk". Nurse kata tak boleh, cuma suami saja yang boleh. " Ala, boleh laaa.. saya moyang dia". Sambil tangannya mengusap bahu misi tu. Tak boleeeh. Lepas tu mak berpaling ke arah Farhan, "Tak boleh la..." dengan muka frust sungguh he he. Excited sangat tu kan..



Dengan besan, yang terkejar-kejar balik dari ofis untuk menatap cucu sebelum waktu melawat tutup.



Dah jadi nenek.. nenda.. granny.. hai macam-macam gelaran dapat ni. Pada usia 50 tahun. Ok la kan.. alhamdulillah!





"Deeja belum jadi makcik lagi. Sekarang ni Deeja jadi kakak dulu. Dah besar nanti barulah Deeja jadi makcik." Boleh ke gitu ha ha..

Suka sangat dapat tidur sebelah baby


Atuk pun dah jadi Onyang. Umur 75 tahun. Alhamdulillah. 


Ini adik Che Mid, pun baru bergelar nenek.. dalam grup whatsapp keluarga dan Che Mid dan suami, masing2 teruja mencari nama gelaran baru atuk dan nenek. Ada nenek Ain dan atuk Di, Nek Uda, Nek Ngah, Nek Adik, Nek Ucu.. maklumlah Che Mid ada 8 beradik semuanya.. macam2 ragam. 

Ini Nenek Alang dari belah  che abang..



Nek Lang and family..


Onyang Chik datang terus dari Lepih nak tengok cicit pertama. Comel je onyang dan cicit ni kan. Onyang Chik dah umur 76 tahun baru Allah bagi rezeki cicit pertama. Aazad dah boleh fokus pandang orang.. 

Farhan bagi Aazad pada Onyang Usin, umur hampir 90. Walaupun tak nampak, tapi dapat dukung dan bau wangi baby.. touching moments.. subhanallah..

Semoga Allah panjangkan umur dan sihatkan tubuh badan Onyang-onyang semua untuk menyambut kelahiran cicit-cicit lain, Aamin.


Adik arwah ayah Farhan pun dah tengok cucu gak. Happy je dia. Tengok kain bedung tu. Asalnya kain batik Nek Mid. Onyang pi koyakkan sebab tak cukup bedung.. 


Baby-baby sekarang.. baru berapa hari dah boleh pegang duit..ish ish..


Dah pandai genggam jari atuk..

Dah mula aktif..


Farhan & Junior

Syukur alhamdulillah!!

Wednesday, 18 May 2016

Makan-makan di Adam Lai

Assalamualaikum wbt

Memang dah lama sangat teringin bawa mak dan abah makan-makan sama-sama. Kebetulan abah dan mak mertua ada di rumah adik ipar di Keramat, jadi kami pun ajak makan-makan sekali. Alhamdulillah, syukur. (Ini kisah dah lama, tapi baru sekarang sempat tulis.. kena tulis juga sebagai catatan memori keluarga). 

Che Mid dan suami teringin bawa mereka makan Chinese tapi kena hati-hati pilih menu sebab Atok Jamil memang tak ngam dengan selera Jawa dia he he. Wan Chik pulak dah takde gigi sangat, jadi kena order yang lembut-lembut untuk Wan.



Inilah dia menu kami di Adam Lai Restaurant di Wangsa Maju. Sup ketam tu jangan bagi kat Atuk Jamil tau, memang tak lalu dia. Udang, ikan  tu boleh la. Wan Chik boleh makan tahu Jepun kuah. Nanti boleh order untuk dia ke mee sup ke kan..


Proud moments!! Me and hubby and our beloved parents. Alhamdulillah.. Semoga Allah berikan nikmat kasih sayang melimpah ruah pada kami, dipanjangkan umur yang bermanafaat dan diampuni dosa kami. Aamiina. Memang tak puas-puas tengok gambar ini. Bila masuk kat facebook pun, ramai kawan-kawan yang terharu dan kata kami bernasib baik sebab masih punya kedua ibu bapa kandung dan mertua. Syukur atas nikmat Mu Ya Allah.


Melihat Che Abang melayan mak abahnya makan... bahagia..


Ini pulak sesama besan bermesra-mesraan. Bukan selalu dapat jumpa kan.. Mak nenek tengah demam tu tapi gagah juga ikut kami makan-makan.

Dengan birasku Ayu. Kebetulan mak abah mertua di rumah dia, jadi kenalah ajak dia dinner sekali kan.. ha ha..kalau tak mau tak nak kawan sampai raya nanti he he


The ladies.. Menantuku sedang kembang kemambang menanti hari bersalin. Makan puas-puas ya sebelum kena diet berpantang nanti.



Si Farhan pun tak minat Chinese Food yang steam atau atak pedas tapi udang mentega memang feveret dia.



Syukur alhamdulillah.. 



Kiri sekali tu Darwisy (anak buah). Dia dah mengantuk masa makan, lepas je makan terus terlelap kat situ jugak. Tapi time birthday dia ari tu, cakap dengan ibu dia nak makan udang yang makan dengan mak ngah. Terkedu kejap ibu dia, cepat-cepat WA Che Mid tanya apa nama menu tu. Rupanya Brokoli Udang.  Patutlah kat gambar tu banyak ekor udang. Minat sangat la tu ya.. he he. Ayam mentega pun sangat sedap.. 


Makan time.. Di Adam Lai ni portion makanan memang besar. Untuk saiz kecil pun 3-4 orang boleh makan. Alhamdulillah, bil pun tak le mahal sangat bila dikira bilangan yang ikut makan. Tak le semahal yang kami jangka. Alhamdulillah, rezeki kami bawa mak abah makan kan. 

Sepupu berdua ni.. Deeja dan Azyan.. ramai kata muka hampir sama. 

Sayang mak abah sangat-sangat. Peliharalah ibu abah  kami semua Ya Allah!!



Saturday, 14 May 2016

Hari Keluarga DirectBiz di Astaka Morocco

Assalamualaikum sahabat semua

Hari Keluarga DirectBiz di Astaka Morocco, Taman Botani, Putrajaya pada 23 April lalu. Yahanana Events diberi peluang untuk mengurus acara. Terima kasih atas kepercayaan terutama kepada Puan Eija dan Cik Ayu. Jom perati je mereka buat apa..


 
Seawal 8 pagi lagi kami dah berkumpul di padang Astaka Morocco, Putrajaya.


Lebih kurang 40 orang staf dan keluarga menyertai Hari Keluarga ini.


Pasukan sukaneka dah datang awal-awal lagi untuk 'set-up' gelanggang.

Hadiah pun siap tersusun. 

Che Mid dan bos The Seventh Six Studio. Respek dengan ibu 'work from home' ni. Bila ada temujanji tinggal anak kecil dengan baby sitter, tapi bila ada tugasan boleh bawa anak kecil yang menyusu badan. Memang kagum tengok dia ni. Sempoi je tapi pandai bisnes.

Sarapan pagi yang simple - Sanwic dan roti jala. Makan tengahari nanti akan diadakan di Cruise.. 

Che Mid tak kenal mereka ni. Cuma tolong ambil foto je.. layannn..

Antara ibubapa muda yang aktif dan ceria
















Ini mak yong jadi tak boleh ambil bahagian yang lasak-lasak. Boleh le tengok2kan baby kawan ek..





Game time!! Isi air dengan span dan masukkan ke dalam botol. Sebelum tu lari bawa bola dengan sudu dulu.. 

Deeja pun sibuk tengok gak..

Kuatke dik tarik tali tuuuu... 

Tarik jangan tak tarik.. 

Antara pemenang tarik tali.

Ala-ala musical chair tapi menggunakan gegelang. Main berduaan. 

Tengok la couple tu..sanggup main bawa sikecik sekali. Sporting betul kan.. 

Ha ha.. cepat masuk dalam gelung tuuuuu!!

Cukup pulak masuk berdua ya.. 

Ini team menang game apa ntah.. lupa lak.. 


Penyampaian hadiah

Selain dari memenangi hadiah, mereka juga menerima cenderahati dari pihak pengurusan. Jadi tak payah le buat lucky draw.. semua dapat.


Yahanana Team - kami pakai baju dan tudung sedondon dari Hijrah Salinoss. Longgar dan sesuai untuk aktiviti luar dan separa resmi.


Suka le berkepit dengan kakak.. 

Big boh pun turun padang ini kali!

Testimoni dari mereka. Alhamdulillah.. 

Kepada anda yang berminat untuk kami uruskan program Hari Keluarga di syarikat anda, hubungi kami di 013-3672459.