Selalunya berziarah Ramadhan dengan kumpulan marhaban, tapi tahun ini, Che Mid berziarah Ramadhan dengan gang wassap sekolah. Bekas pelajar Sek Keb Sungai Binjai, Meru, Klang tahun 79. Oooh..tidak..tuanya I... Jangan nak nade-nade agak berapa umur Che Mid tau..
Sumbangan ikhlas segera di war-warkan dan dikutip cuma dalam masa 4 hari sahaja. Malangnya, pada hari yang dijanjikan ramai ada hal dan tak dapat ikut serta. Akhirnya, empat orang sahaja yang jadi wakil kawan-kawan yang lain iaitu Khadijah Hj Hambali, Cikgu Nizam Banaji dan Kahar Jaafar. Alhamdulillah, kami mulakan perjalanan dari pukul 11.30 pagi, dari rumah Che Mid dan berakhir pukul 5 petang di Restoran Sri Rimbun yang juga bekas kawan sekolah kami untuk tapau juadah buka puasa. Dapat special diskaun dan tentunya No masak-masak day..!
Kami menziarah 4 keluarga. Jom tengok gambar sambil berbual.
Kami menziarah 4 keluarga. Jom tengok gambar sambil berbual.
Dari kiri Khadijah, Puan Nor, Che Mid, Kahar dan Nizam.
Rumah pertama yang diziarah ialah keluarga Jefri Selamat yang telah meninggal dua tahun lepas. Jefri kawan sekolah yang meninggalkan seorang balu yang tidak bekerja dan 7 orang anak dan semuanya masih belajar. Kami memang tak pernah kenal dengan isteri arwah, dan tentu beliau amat terkejut dengan kedatangan kami. Bila ternampak anak lelaki arwah, hati jadi sebak sebab rupa paras ada iras arwah.
Puan Aspiah berbaju hijau, berdiri dengan anak bongsunya. Anak keduanya, pula baru ditimpa kemalangan, patah kaki selepas jatuh dalam bilik air.
Keluarga kedua pula ialah Puan Aspiah. Ini kawan sekolah menengah yang kematian suami sebelum Ramadhan tahun lepas. Mempunyai 4 orang anak, 2 lelaki 2 perempuan juga masih belajar. Lega hati bila tahu yang Aspiah bekerja untuk menanggung keluarga dan juga menerima pencen dari Socso. Alhamdulillah..
Keluarga ketiga - Puan Rasminah, rakan sekolah kami yang menghidap penyakit barah tahap 2. Alhamdulillah, selepas menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi, Rasminah semakin pulih dari penyakitnya.
Terima kasih pada Zaedah yang sudi tunjuk rumah Siti. Empat orang gang sekolah berjumpa semula pada umur menjelang 50 an dalam keadaan sihat walafiat.. Satu rahmat besar Allah beri pada kami, Alhamdulillah.
Suka suasana kampung di rumah Siti yang dikelilingi dengan pokok buah-buahan. Sangat tenang dan mendamaikan. Sekotak besar durian menjadi rezeki untuk di bawa pulang. Terpaksa dimasukkan dalam bonet kereta walaupun Khadijah tak tahan bau durian..kesian dia..
Tengok tu...berborak sakan dengan Jaafar dan Cikgu Nizam..
Tentu mereka sangat terkejut bila kami datang secara tiba-tiba setelah berpuluh tahun tak jumpa. Datang pula bukan tangan kosong, ada sumbangan ikhlas dari para sahabat. Bukan seratus dua tapi empat angka. Masyaallah Tabarakallah, Allah yang menggerak hati-hati kami menyalur sedikit rezekiNya pada yang memerlukan walaupun mereka tidak pernah meminta-minta.
Hati tersentuh, bila esok paginya Che Mid terima wassap dari Puan Nor -
" Terima kasih atas sumbangan dari kalian semua. Hanya Allah yang boleh membalasnya. Ianya dapat meringankan perbelanjaan menjelang perayaan nanti."
Che Mid jawab,
" Kami sendiri pun tak sangka dapat kutip sebanyak itu.. Rezeki Allah untuk puan Nor dan anak-anak melalui kami.."
Sedikit motivasi sebelum mengundur diri. Jika ada grup wassap atau facebook, jom ajak kawan-kawan untuk infaq sedikit harta pada yang memerlukan. Percayalah hati akan jadi lapang selepas bersedekah dan mengurangkan beban penerima dan juga akan mendoakan kembali pada kita. Insyaallah.
Dalam setiap rezeki kita, ada sebahagian untuk orang lain. Yang itu pun Allah janji akan ganti dengan yang lebih baik. Bye..
Meriah sungguh majlis perkahwinan di sana
ReplyDeletePengantin lama tu tetap berseri-seri sepanjang zaman!
Saya teruja dgn kebersihan persekitaran di Singapura
Di tempat kita ini ramai sungguih org buang sampah di tepi jalan.
Belum mencapai standard negara maju, entah bila akan berubah.
Entah-entah tinggal angan-angan Mat Jenin je kut cikgu...
DeleteCantik la kaler gold yg family Che Mid pakai tu.
ReplyDeleteNyesal plak raya taun ni saya tak ambik tema tu...
Postpone ke taun depan la... haha.
Isshhh..itu baju imejensi tuuu..kalut dapat tau tema tp tak sempat nak gi caghi, akhirnya pakai je kain sari ni..
Deleteboleh saya tanya. bila saya lihat pengantin macam saya kenal dan terus teringat namanya. bila akhir perengan, betul sama nama yang saya ingat. tambahan lagi ada gambar caption, anak-anak pengantin. kami dah tak berjumpa berbelas tahun rasanya. tak salah nama anak sulungnya husna. jika betul, boleh saya tahu, sudah lama ke berpisah dengan bapa anak2?
ReplyDeleteBetul la tu, memang Fauziah. Tak sangka ya..macam mana boleh termasuk blog Che Mid ni..
DeleteSaya pun tak pasti berapa lama mereka dah berpisah...apa pun doakan yang baik-baik sahaja untuk mereka ya. Aamiin.
Pertemuan yg indah Che Mid
ReplyDeleteMoga berbahagia. Letih tapi puas..
Oooh..letih sangat la..patut tumpang tido umah kak Zakie he he..
DeleteKenagan yang akan sentiasa membuat bibir tersenyum, yang jauh dekat-dekatkan.
ReplyDeleteInsyaallah aina..
Deletemasa kenduri kahwin lah selalunya dapat jumpa saudara mara jauh dekat. time raya, payah kan che mid
ReplyDeleteBetul, kebetulan kita tak rewang, jadi ada masa duduk-duduk bertanya khabar dan berborak panjang..
DeleteMacam nie la baru seronok kenduri. Tak payah sibukkan lauk dalam periuk, berkejar tambah hidangan atau bancuh air...hahahahha. Semua lepak dan ambil masa untuk betul2 fokus pada silaturrahim...hehehehehe....
ReplyDeleteCantikkk baju CM...
Walau penat tapi berbaloi. Dapat jumpa dan eratkan silaturahim.
ReplyDeleteSeronok dapat berjumpa sedara mara sesekalikan Che Mid....
ReplyDeleteBetullah Che Mid mmg ada iras dah katanya sepupu sepapatkan....
Deeja tu wakil mama kot menepung tawar hehe
Salah komen entri tu rasanya Che Mid hehe.....
DeleteSeronoknya mereka yg menerima sumbangan ikhlas dpd kengkawan. Hanya Allah yg dapat membalasnya