Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!
Showing posts with label lagu/qasidah. Show all posts
Showing posts with label lagu/qasidah. Show all posts

Tuesday, 12 August 2014

Soul Brothers beraya di Temerloh

Assalamualaikum sahabat sekalian

Masih sibuk beraya lagi..of course laaa...

Che Mid berkesempatan berjalan ke Temerloh, Pahang hujung minggu lepas, bukan beraya tapi bekerja. Ada jemputan di sana. Emcee, pa sistem, nasyid Soul Brothers dengan percussion. Jom kita belek-belek gambo kat bawah ni.

 Tengahari Sabtu 8 Ogos kami bertolak, konvoi 3 kereta. Tengok kat belakang Che Mid tu, sarat dengan barang. Farhan memandu, Adam, anak buah Che Mid jadi pembantu kru tangkap muat he he. Terima kasih Adam sudi ikut Mak Long.

Entah kenapa, pagi tu Che Mid selsema teruk. Terpaksa makan ubat. Tapi sempat jugak buatkan nasi lemak untuk cik abang dan Deeja kat rumah. Dalam kereta Che Mid kejap-kejap tidur.

 Rehearsal time. Hidung dah mula sumbat balik. Tekak perit tapi menten ceria!! Testing..testing...

 Masing-masing bersiap untuk sound check di atas pentas.

Di bawah pentas, Che Mid terangkan aturcara malam nanti. Lepas tu pengantin buat latihan sikit. Majlis yang sangat simple..tiada pelamin, tiada deko; memang tak sangka majlis anak Dato' Datin macam ni. Walaupun pertama kali Che Mid jumpa mereka, dapat rasakan yang keluarga ini sangat rendah diri dan disukai ramai. Respek dan tabik spring untuk Dato' dan Datin.  Kalau kat KL mau kena umpat berbakul-bakul Dalam gambar tu, pengantin, ayah pengantin dan staf Hotel Seri Malaysia Temerloh ikut sekali. Hee..macam pro pulak I ni kan...

 Show time - 8.15 malam, persembahan pembukaan. Semua sekali ada 3 segmen. Yang ini sebelum ketibaan pengantin.

 Keseluruhan persembahan ada la dalam 15 lagu lebih, termasuk lagu raya. Qunut Nazilah versi UNIC pun ada. Masing-masing pakai baju Melayu raya..Kelasss gitu!

 Adam tolong tangkap video.

 Bergambar dengan pengantin di luar dewan. Pengantin perempuan ialah Nurul Afiqah bt Dato' Zamri dan suaminya, Ahmad Fauzan bin Hj Osman. Dato' Zamri ialah big bos Hotel Seri Malaysia Temerloh. Nampaknya Dato' dan keluarganya sangat terkenal di Temerloh berdasarkan ramainya tetamu yang hadir. Melimpah ruah sampai ke luar dewan. 

Posing lagi

 Vokalis 

 Percussionists 


 Bergambar dengan Dato' Zamri dan isteri jugak pengantin

Ambil peluang bergambar dengan YBhg Tan Sri Sabaruddin Chik dan isteri. 

 Menjelang pukul 12 tengah malam masih ramai tetamu yang belum pulang. Staf dan famili Dato' Zamri mengadakan kejutan sambutan harijadi untuk Dato'. Team Soul Brothers menyanyikan lagi Allah Selamatkan Kamu dari pentas sementara kek comel di bawa dari luar dewan ke tempat Dato' berdiri. 

Dato' Zamri sedang memberi ucapan ringkas sempena hari jadinya.

Sebelum balik, Dato' mengucapkan terima kasih dan tak ketinggalan memberi nasihat dan perangsang pada kami. Kalau nak tau, Dato' merupakan salah seorang penunggang motosikal berkuasa besar yang mengikuti ekspedisi Kembara Bumi Suci. Che Mid memang suka menonton program tu di Astro Oasis dulu, tapi tak sangka pula bertemu sendiri dengan Dato' dan kawan-kawan rider beliau. Insyaallah, tahun depan Dato' akan menunggang secara solo pula. 

Menjelang 1 pagi, baru kami bertolak pulang ke bilik, tapi yang lelaki-lelaki nak pi ngeteh la pulak. Farhan tak bagi ibu ikut sebab ibu tak sihat. Takpe la, kasi can..Che Mid makan ubat lagi dan tidur 'like a baby'. 

 Esoknya daftar keluar pukul 12 tengahari. Misi mengisi perut di Temerloh diteruskan. Rugi le kalau tak makan patin Temerloh kan. Tengok tu, masing-masing kebuloq..

 Adam makan patin tempoyak, telor asin, sayur dan air..RM17.50

 Farhan yang tak suka makan ikan, teringin pulak menjamah patin. Ya lah..dah semua orang cakap patin sedap... patin buah, ayam goreng, sayur kubis dan air..RM22.50

 Udang galah pilihan Izat dan Zul. RM35

Yang ini ikan kerai..sepotong RM25 ..Che Mid tapaw untuk Che Abang. Tulang ikan ni besar-besar dan isi lembut tapi ada texture. Memang sedap sangat. Che Abang sanggup simpan untuk malam lagi..sayang nak habiskan..

Dah kenyang..masa untuk berpisah. Ada yang nak singgah Genting tapi Che Mid terus balik, ada open house menunggu. 

Alhamdulillah, selesai satu tugasan. Insyaallah, 23hb Farhan akan ke Segamat untuk persembahan solo di sana, dan 24 Ogos ini kami ke Langkap, Perak pula.
Pada sesiapa yang ingin dapatkan kami, sila hubungi Che Mid di 013-3672459. Balik dulu ya...

Wednesday, 9 July 2014

Kenangan Manis di Singapura

Selalunya berziarah Ramadhan dengan kumpulan marhaban, tapi tahun ini, Che Mid berziarah Ramadhan dengan gang wassap sekolah. Bekas pelajar Sek Keb Sungai Binjai, Meru, Klang tahun 79. Oooh..tidak..tuanya I... Jangan nak nade-nade agak berapa umur Che Mid tau..

Sumbangan ikhlas segera di war-warkan dan dikutip cuma dalam masa 4 hari sahaja. Malangnya, pada hari yang dijanjikan ramai ada hal dan tak dapat ikut serta. Akhirnya, empat orang sahaja yang jadi wakil kawan-kawan yang lain iaitu  Khadijah Hj Hambali, Cikgu Nizam Banaji dan Kahar Jaafar. Alhamdulillah, kami mulakan perjalanan dari pukul 11.30 pagi, dari rumah Che Mid dan berakhir pukul 5 petang di Restoran Sri Rimbun yang juga bekas kawan sekolah kami untuk tapau juadah buka puasa.  Dapat special diskaun dan tentunya No masak-masak day..!

Kami menziarah 4 keluarga. Jom tengok gambar sambil berbual.




Dari kiri Khadijah, Puan Nor, Che Mid, Kahar dan Nizam.
 
Rumah pertama yang diziarah ialah keluarga Jefri Selamat yang telah meninggal dua tahun lepas. Jefri kawan sekolah yang meninggalkan seorang balu yang tidak bekerja dan 7 orang anak dan semuanya masih belajar. Kami memang tak pernah kenal dengan isteri arwah, dan tentu beliau amat terkejut dengan kedatangan kami. Bila ternampak anak lelaki arwah, hati jadi sebak sebab rupa paras ada iras arwah.



Puan Aspiah berbaju hijau, berdiri dengan anak bongsunya. Anak keduanya, pula baru ditimpa kemalangan, patah kaki selepas jatuh dalam bilik air.
 
Keluarga kedua pula ialah Puan Aspiah. Ini kawan sekolah menengah yang kematian suami sebelum Ramadhan tahun lepas. Mempunyai 4 orang anak, 2 lelaki 2 perempuan juga masih belajar.  Lega hati bila tahu yang Aspiah bekerja untuk menanggung keluarga dan juga menerima pencen dari Socso. Alhamdulillah..


 
Keluarga ketiga - Puan Rasminah, rakan sekolah kami yang menghidap penyakit barah tahap 2. Alhamdulillah, selepas menjalani pembedahan dan rawatan kimoterapi, Rasminah semakin pulih dari penyakitnya.



 
Keluarga terakhir - Puan Siti Hajar, kawan sekelas Che Mid yang kematian suami. Hampir 35 tahun tak jumpa, memang ada banyak benda yang nak dibualkan. Kalau ikutkan hati, sehari suntuk pun tak cukup. Siti Hajar mempunyai 2 orang anak lelaki dan mereka tinggal di rumah peninggalan suami di Ijok bersama dengan emaknya yang telah tua. Che Mid tabik dengan Siti ni, walaupun cuma seorang 'cleaner' di sekolah Puncak Alam tapi nampak Siti tabah dan pandai mengurus rumah tangga.


 
Terima kasih pada Zaedah yang sudi tunjuk rumah Siti. Empat orang gang sekolah berjumpa semula pada umur menjelang 50 an dalam keadaan sihat walafiat.. Satu rahmat besar Allah beri pada kami, Alhamdulillah.



 
Suka suasana kampung di rumah Siti yang dikelilingi dengan pokok buah-buahan. Sangat tenang dan mendamaikan. Sekotak besar durian menjadi rezeki untuk di bawa pulang. Terpaksa dimasukkan dalam bonet kereta walaupun Khadijah tak tahan bau durian..kesian dia..


 
Emak Siti sangat ramah..teringat pada arwah Nyai..Dah berumur 90 tahun tapi masih sihat dan kuat ingatan. Kita esok, emmm.. tak taulah masih kuat ingatan ke tidak..sekarang pun banyak benda dah lupa..

 
Tengok tu...berborak sakan dengan Jaafar dan Cikgu Nizam..

Tentu mereka sangat terkejut bila kami datang secara tiba-tiba setelah berpuluh tahun tak jumpa. Datang pula bukan tangan kosong, ada sumbangan ikhlas dari para sahabat. Bukan seratus dua tapi empat angka. Masyaallah Tabarakallah, Allah yang menggerak hati-hati kami menyalur sedikit rezekiNya pada yang memerlukan walaupun mereka tidak pernah meminta-minta.

Hati tersentuh, bila esok paginya Che Mid terima wassap dari Puan Nor -  

" Terima kasih atas sumbangan dari kalian semua. Hanya Allah yang boleh membalasnya. Ianya dapat meringankan perbelanjaan menjelang perayaan nanti."

Che Mid jawab,

" Kami sendiri pun tak sangka dapat kutip sebanyak itu.. Rezeki Allah untuk puan Nor dan anak-anak melalui kami.."

Sedikit motivasi sebelum mengundur diri.  Jika ada grup wassap atau facebook, jom ajak kawan-kawan untuk infaq sedikit harta pada yang memerlukan. Percayalah hati akan jadi lapang selepas bersedekah dan mengurangkan beban penerima dan juga akan mendoakan kembali pada kita. Insyaallah. 

Dalam setiap rezeki kita, ada sebahagian untuk orang lain. Yang itu pun Allah janji akan ganti dengan yang lebih baik. Bye..



Monday, 7 April 2014

Resepsi Mohd Firdaus dan Dr Shafeeka Ajla

Minggu lepas Che Mid mengacara di majlis resepsi anak Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Dato' Rahim bin Abu Bakar. Bertempat di Dewan Jubli Perak, SUK, Shah Alam.



Dewan dihias indah oleh Sajian D'Hidang Catering..sangat 'sweet' dengan warna yang lembut dan susunan hiasan yang tidak terlalu sesak.

Pelamin baru juga dari Sajian D'Hidang Catering. Menurut si pereka, kain latar berwarna putih dibeli di China itu dari jenis kain baldu. Bersaiz besar..sesuai untuk majlis di dewan..kalau di rumah..emm.. kat mana pulak nak letak pelamin saiz macam ni kan..kecuali kalau punya kawasan yang sangat luas.

Berbaju kemeja petak-petak sebelah kiri tulah pereka pelaminnya..dan bertudung biru gelap tu pulak tuan punya Sajian D Hidang..Puan Marshidah.

Bersiap sedia di sudut .. tunggu pengantin datang..kalau ada yang tanya Che Mid, berdebar-debar tak nak memulakan majlis?..Jawabnya... ada sikiiit nervous la..he he.

Berbaju pink tu ialah Puan Ju, mak pengantin perempuan, besan tuan rumah. Dialah yang tukang rekemen Che Mid jadi emcee. Sebenarnya, Che Mid diminta untuk mengacara di kedua-dua majlis resepsi; sebelah pihak perempuan dan lelaki. Tapi tarikh di pihak perempuan 'clash' dengan job lain. Jadi Che Mid mengacara untuk majlis pihak lelaki sahaja lah. Tahun lepas, Puan Ju pernah dengar suara Che Mid di satu majlis, tertarik katanya...tu yang dia beria-ia nakkan Che Mid. Terima kasih banyak kak, rezeki Allah beri melalui Kak Ju.


Tak lepas peluang bergambar dengan ahli muzik Istana Budaya. Che Mid berjumpa mereka semasa rehearsal di sana. Sangat baik hati dan mesra. Tak kekok pun bekerja dengan mereka ni.

Memulakan persembahan dari pukul 12.30 tengahari hingga pukul 4 petang, dengan lagu-lagu tradisional dan lagu-lagu lama permintaan dari tuan rumah.

Al-Fadhil Ustaz Amir membacakan solawat ketibaan pengantin dan doa selamat. Ustaz ini memang menggunakan suaranya untuk menarik perhatian tetamu fokus kepada doa yang dibacanya. Petugas PA Sistem pula menambah kesan bunyi menjadikan suara ustaz bergema. Doanya pula padat dan khusus untuk kesejahteraaan pengantin dan majlis yang berlangsung..tidak meleret. Hebat!!
 



 Ketibaan masuk kedua mempelai, Mohd Firdaus Dato' Rahim dan Dr Shafeeka Ajla Shaharuddin. Yang berbaju hijau itu adalah para pegawai dari Kementerian Pembangunan Luar Bandar Dan Wilayah yang ditugaskan untuk menyantuni jemputan khas. Jodoh kedua pengantin tiba selepas diperkenalkan oleh kedua-dua pihak. Selepas dua bulan setengah dipertemukan, mereka terus mengikat tali pertunangan.

Pengantin diapit oleh adik-adik pengantin lelaki, Naim dan Fatin.

 Selamat pengantin baru Firdaus dan Ika..

Che Mid sedang bertugas..turut mengalunkan serangkap dua lagu "Syurga Ditelapak Kaki Ibu" dan "Kasihnya Ibu" semasa kedua ibubapa naik ke pelamin untuk menepung tawar pengantin.

Paduan suara Istana Budaya dan Bintang Klasik yang amat menarik..

Tetamu VVIP ialah adinda Sultan Selangor iaitu YAM Tengku Panglima Diraja Selangor,  YAM Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj..ha ha..(boleh tergeliat lidah menyebutnya kan..) Pertama kali Che Mid mengacara dengan VVIP macam ni. Saspen juga, takut tershashul..tapi pembantu khas YAM datang berjumpa Che Mid sebelum majlis bermula untuk periksa skrip dan tambah mana yang patut. Kertas skrip tu jadi kelam kabut jugalah dengan tambahan ayat-ayat dan istilah istana. Tapi Alhamdulillah, segalanya berjaya dituturkan dengan baik..

Che Mid diapit oleh tuan rumah, Dato Rahim Abu Bakar dan Datin Paziah.



Yang tengah tu penyanyi jemputan iaitu Cik Rashidah Abd Rahim, pemenang Bintang Klasik 2012. Suara memang lembut mendayu-dayu, memang sesuai dengan lagu-lagu irama tradisional yang dibawanya. Personalitinya juga bagus, lemah lembut dan sopan. Semoga terus menempa nama ya dik!

"Teamwork" yang bagus dari pihak tuan rumah, Istana Budaya dan pihak Dewan menjadikan tugas Che Mid menjadi mudah dan lancar. Rasa lega di hati bila esok paginya dapat mesej dari datin, " Kami sekeluarga puas hati dan t kasih." ..Alhamdulillah wa syukurillah..bukan mudah nak puaskan hati orang dan bukan mudah nak mengacara majlis orang tau!

 Dua peneman setia yang nakal... Akif dan Faris...terima kasih daun keladi..lain kali ikut lagi..

Untuk tempahan, sila hubungi Che Mid di 013-3672459 atau emel di hmj_66@yahoo.com. layari fb Yahanana Events untuk lebih info menarik!

Tuesday, 1 April 2014

Aqiqah yang Meriah

Assalamualaikum..ahlan wa sahlan...

Bermula minggu pertama April dah... sekejap je hari berlalu. Harapan kita semoga setiap detik yang dilalui akan dipandang Allah dan Dia redha akan setiap langkah perbuatan kita, Amiin.

Alhamdulillah, syukur pada  Allah swt, dari akhir bulan Februari hingga Mac, Che Mid tak menang tangan memenuhi jemputan mengacara dan berqasidah atau marhaban. Hari ni, Che Mid nak 'cover' acara istimewa iaitu pakej :-
1)  pa sistem
2)  marhaban
3) nasyid / qasidah
4) mengacara
 untuk majlis aqiqah dan cukur jambul baby Nuradelia Arissa bt Mohd Firdaus. Pertama kali dapat tempahan sebegini dan puashati dengan hasilnya. Alhamdulillah.

 Baby Arissa dengan nenek, Puan Kaminah dan mamanya, Puan Ezzaty Asmaa.

 Pada pukul 10 pagi, kumpulan Marhaban Helwa mengambil tempat di ruang tamu untuk bertahlil, tahnik, berzanji, marhaban dan cukur jambul diakhiri dengan lagu qasidah. Tamat lebih kurang pukul 11.45 pagi.


Baby Arissa sedang di tahnik oleh nenek tersayang dengan disuap buah kurma dan air zam-zam sambil Che Mid membaca doa khusus.
 

 Bercukur jambul pula..

Antara kawan-kawan marhaban.. terima kasih semua, walaupun jadual padat kerana bertembung dengan cuti sekolah, tapi kedatangan amat menggalakkan.

Tamat marhaban, kami makan tengahari sambil pa sistem menyiarkan lagu-lagu nasyid. Pukul 12 tengahari acara nasyid dan qasidah bermula. Kumpulan nasyid Soul Brother bergantian dengan team Che Mid yang terdiri dari Che Mid, Ruzi dan Dila. 


 Kami ditempatkan di wakaf di halaman yang cantik ini... yang perempuan duduk bersimpuh. (Memang Che Mid suka duduk saja..tak perlu tunjuk fizikal sangat, yang penting suara kita dapat sentuh hati-hati yang mendengarnya terutama pujian dan selawat kepada Nabi dan syiar kebesaran Allah swt. 

Yang lelaki di berdiri di hadapan wakaf, tetamu pula duduk di bawah khemah..suasana cukup santai tetapi meriah. (Farhan tak ikut serta hari ni, sebab ada job Fotografi di Kuala Selangor..)

 Banyak lagu zikir dan qasidah yang tak berapa hafal, jadi banyak la kitab dan kertas di hadapan kami...he he. Majlis berhenti sekejap ketika masuk waktu Zohor dan bersambung kembali dan berakhir menjelang  'Asar. Antara lantunan suara yang dibawa ialah Asma ul husna, Fattabiouni, selawat, Ya Badrotim, Lau Kana Bainana dll.



Pada sesiapa berminat untuk menempah kami di Yahanana Events, hubungi Che Mid di 013-3672459 ya!