Apa dah jadi dengan Che Mid.. sonyap yo.. Entah.. tak tau jawapan yang tepat. Sibuk sangat ke atau tak reti susun jadual. Entri lepas pun tak sempat jawab komen. Terima kasih juta-juta pada yang sudi komen, Che Mid dah baca setiap satu.
Yang pasti bila dah balik Klang ni, makin banyak aktiviti sampingan terutama hal kemasyarakatan.. ewah.. perasan.. Baru seminggu pindah balik ke Klang ni, dah dapat permintaan untuk aktif semula. Ingatkan nak 'low profile' dulu.. emmm... tak de nya..
Che Mid turut menyibukkan diri dalam aktiviti sambutan Maulidurrasul peringkat surau dan masjid baru-baru ni. Taman Che Mid menjadi tuan rumah sambutan peringkat Kampung Meru. Perarakan dan pertandingan diadakan selama dua minggu berturut-turut. Diikuti sambutan anjuran muslimat masjid pula, Che Mid menjadi penyelarasnya. Banyak gambar diambil tapi tak sempat nak cerita ceriti.
Si kecik Deeja menjadi sangat dengki dan jaki pada lappy. Pantang ibu sentuh dia pun nak juga. Sekarang ni dia dah tidur, jadi adalah peluang jenguk sini, sambil menunggu Che abang balik dari SP dalam pukul 3 pagi nanti.
Aktiviti terbaru yang membuatkan Che Mid tak senang duduk dan tak tidur lena ialah menjelangnya Perjumpaan Keluarga Haji Ismail iaitu arwah atuk sebelah abah. Che Mid jadi Pengarah Program ( title kasik sendiri )Tarikh telah pun ditetapkan iaitu pada 10 Mac 2012. Dewan, kerusi meja dan katering dah pun di tempah. Urusan edaran surat jemputan dan kutipan bayaran RM30 seorang dewasa dan RM10 kanak-kanak sedang rancak berjalan. Sasaran kehadiran 200 orang dari Selangor dan Johor insyaallah menjadi kenyataan.
Macam-macam kerenah nak mengumpulkan sedara mare. Yang jauh lain cabaran, yang dekat lain songeh. Masa pun lebih kurang 2 minggu je lagi. Tengah sibuk-sibuk macam ni henfon buat problem.. tak boleh sms. Che abang belikan fon baru ( tqvm yang..) tapi asek putus je bila buat call. CUBAAN...Tapi niat kerana Allah untuk menggembirakan emak abah, wak-wak dan cik-cik yang berharap sangat supaya diadakan perjumpaan kali ke dua ni, Insyaallah dipermudahkan Allah swt.
Jadi sahabat sekalian, jangan lupakan daku ya... I will be back with lots and lots of stories later on..
Salam CM
ReplyDeleteMoga CM diberi kesihatan terbaik.
Bertuah CM diberi kepercayaan keliling pinggang. Buatlah yg terbaik..
Menyatukan keluaarga mmg bagus. entah2 mama pun sedara cm, Dato dr semarang keluarga bermula dr Muar dan merebak ke batu Pahat.
jumpa lagi.
Salam Mama Ju
DeleteAmin. Insyaallah, terkial-kial ke sana-sini sambil mengelek Deeja. Amanah tetap cuba dipikul sebaik mungkin. Ha ha dari Batu Pahat tu ada ke yang merebak ke Klang?
Masyarakat memerlukan CM. ALhamdulillah.... iklhas insya-allah ada saham besar di situ.
ReplyDeleteDeeja dengki sebab dah semakin bijak. Tapi kakak sukalah tengok dia. Kalau N3 CM ada muka dia serinya lain... Ha... CM tak perasan kot.
Kumpul sedara ramai-ramai itu yg best. Kakak tunggu the nice moment itu...
Insyaallah, cuba sebaik mungkin walaupun kena bergaduh dgn deeja selalu.
DeleteBukan senang nak buat majlis macam ni, tapi harapan menggunung sedara yang dah tua, kena tunaikan... sementara mereka masih hidup lagi..
salam CM,
ReplyDeletebizi bebenor tu :)
untung punya fmly yg besar
fmly kita kecik saja..belah emak hanya
ada 2 beradik, belah ayah semua kat singapura
sedih...tumpang fmly hubby je :)
Ati, memang meriah ada keluarga besar ni.. tapi biasalah ramai orang macam-macam perangai..
Deletebaru duk ingat mana pergi kak mid ni..dah rindu la kak..tahu kak mid sibuk kan tapi curi curi la masa sikit..hehe kena berebut dgn deeja ke? no komen la..kalau dgn anak memang kita tak blh menang kan...take care kak mid..:)
ReplyDeleteSaniah, kena bawak bertenang banyak-banyak dgn si Deeja tu.. tapi memangla pun, mana aci kita ralit dgn benda lain, dia pun nak gak tumpang sekaki..
Deletesalam akak.. Liza pun rindu.. manalah akak g.. yer lah kalau x seminggu sekali mesti ada entry.. semoga akak di beri kesejahteraan dan sihat selalu.. jangan lupa tulis entry ye..
ReplyDeleteSalam Liza, entri sentiasa ada tapi masa tak kecukupan (alasan ha ha).. sejak hasben duduk jauh ni, kena tengok deeja 100% sendirian..
Deletelama udah tak bekumpul dgn sedara2 mara ni...
ReplyDeleteEsok bila cikgu kawen, ramai le sedara mara datang.. hi hi
Deletetentu meriah dapat kumpul ramai2.....
ReplyDeleteTentu seronok kalau dapat jumpa semua sanak saudara,yang jauh didekatkan.
DeleteMulutpayau & Zaitun
DeleteSkrg ni tengah perah otak untuk atur cara malam tu.. nak pastikan semua bergumbira ria.. susah gak ni..
banyak juga tugas yg akk kena buat tu...pelan2 kayuh ok :)
ReplyDeleteSyariza - Betul tu.. akak pun dah mula nervous ni.. asek mikir hal program malam tu.. doakan akak buat yang terbaik..
DeleteSalam Che Mid...sama kita. Udah menyibuk bebenor dah ni...hehe
ReplyDeleteasalam ... kesibukan turr perkara biasa dalam kehidupan... curi curi masa yerr ...tq.
ReplyDeleteSalam Che Mid,
ReplyDeleteBukan mudah nak kumpulkan kaum kerabat semua... Tapi bila dah berkumpul mmg seronok! Semoga berjalan lancar segalanya :)
saya sejak seminggu dua kebelakangan nie pun sibuk dan tak sempat nak membalas komen kekawan... tapi skrg dah semacam hilang mood lak nak menulis blog bila dah lama sangat menyibukkan diri....
ReplyDeletemesti org kuat akak nih..:)
ReplyDeletesalam
ReplyDeletelamanya menyepi...bersawang dah rumah ni hehe
all the best CM~
ReplyDelete