Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Friday 6 April 2012

Senda Jumaat - Agar-agar masuk longkang

Salam penuh barokah di penghulu segala hari.

Dah lama tak buat agar-agar santan.

Dalam periuk sedang menggelegak campuran air dan agar-agar. Tak lama lepas tu, masukkan air pandan segar yang telah ditapis, tambah dengan setitis dua pewarna hijau untuk mencantikkan lagi warna agar-agar.

Lepas tu masukkan dua cawan gula dan kacau perlahan-lahan. Sambil mengacau tu, hati terdetik, " Napa rasa berat je bila kacau gula dan agar-agar ni, pelik la."  Angkat senduk, jelas nampak warna putih gula.. " Eh, napa tak hancur lagi.."

Lepas tu Che Mid tuang santan pulak. Masih gak terasa kasar-kasar dalam periuk tu. Tak puas hati, Che Mid celup jari telunjuk dalam senduk, dan merasanya. Mak ai... MASIN!!

Che Mid capai bekas 'gula' tu tadi. Tengok betul-betul , ah rupanya dalam bekas tu garam yang suami Che Mid bawa balik dari rumah Sungai Petani. Che Mid sangkakan gula sebab rupanya nampak sangat putih dan bersih. (Pada Che Mid warna garam sepatutnya lebih keruh sedikit dibandingkan dengan gula).

Suami pula tak beritahu yang dalam balang tu garam, Che Mid pulak tak konfem balik yang dalam tu garam. 

Akhirnya... kempunan Che Mid nak makan agar-agar santan..ke longkang jua akhirnya agar-agar tu..




31 comments:

  1. Aslkm CM

    MCMmana pagi ni, moga sihat dan gembira bersama keluarga.
    Kita buka sengaja nak bubuh garam tu kan,adalah hikmah disebaliknya. Buahlah lagi, nanti jgn lupa bagi mama sikit!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam

      Garam tu mungkin stok baru kut mama.. memang putih bersih warnanya..

      Delete
  2. sayangnyer kann.. bukan rezeki CM lg tuh.. buat lain la.. kompom pasni sedap tak terhingga.. hehehe..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah buat pun, kali ni terlebih santan pulak, jadi tak nampak le sangat bahagian agar2 dari santan tu..

      Delete
  3. Ha ha hah... tak apalah, boleh buat yang lain, pastinya kali ini betul2 gula ye Che Mid sayanggg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak dari hari ru, gula CM siman dalam peti sejuk, jauh sikit dari garam he he

      Delete
  4. Pernah jadi pada bibik kakak dulu CM. Termasuk galam dalam balang gula...

    Apa boleh buat, kenalah CM buat semula lengkung tu kalau tak nak kempunan. Mula baca tajuk tadi kakak ingakan anak dara si Fara buat lengkung tak pekat-pekat dia buang dalam longkang dan bila nampak beku baru tahu kena sejukkan baru boleh beku - kan ada kisah macam ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha ada ya cerita lengkung tak beku pulak.. ha ha CM pernah masukkan agar2 dalam kuah lemak, ingatkan suun...haru..

      Delete
  5. alahai.. cara che mid mengolah ayat tu dah terasa benar agar2 pandan di tekak ni, sekali... punah harapan nak hulur pinggan kosong.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai .. bayangkan cara CM menggodek agar2 tu kat periuk.. dgn penuh kasih sayang tau.. ha ha

      Delete
  6. mesti tiada semut nak hurung..ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. semut lari.. kencing manis pun takde tapi darah tinggi pulak datang.. he he

      Delete
  7. takde rezekilah cm
    agaknya garam bukit kot
    sbb putih bersih gitu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid beli di pasar je, tapi mungkin stok baru kut..

      Delete
  8. macam cite Pramlee le kak...he he he..tapi dia terbubuh banyak garam...yang ni silap buh garam...he he he...inilah namanya bukan rezeki kita...kadang2 dah masuk mulut pun terkeluar juga sebab memang bukan rezeki kita..hati2 kak lain kali ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha pandai je Umi kaitkan dgn cite P Ramlee.. Ini mesti peminat tegar.. betul lah.. kalau dah bukan rezeki dah depan mata pun boleh miss

      Delete
  9. hehehehe... dah jadi macam Mak Andeh pulak.. cuaca panas ni dpt makan agar2 santan yg sejuk tu.. hhhhmmmmmm sedap ya kak

    ReplyDelete
  10. hahaha...tak pe, lepas ni boleh buat yg lain...mmng tak de rezekilah tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak buat yang lain tapi kena rasa gula tu.. takut ada gula masin lak.. ha ha

      Delete
  11. tak de rezki yee...moga rezki yg dtg lebih baik lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ha kebetulan CM masak tu sebab ada tetamu naj datang.. bayangkan kalu CM tak merasanya dan hidang terus ada tetamu adusss...

      Delete
  12. salam che mid..betul kata sal..tak rezeki..tapi tak pe..jangan putus asa..buat lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala benda kecik je ni.. tapi memang jarang buat agar2 tu.. sesekali buat masin pulak..

      Delete
  13. Macam sama kita. Jumaat kelmarin ckLah buat agar agar santan gula melaka untuk portluck di sekolah. Dah terlembik leulak. Udahnya buat lain?...yg lembik tu buat anak anak menyudu kat rumah. :-)

    ReplyDelete
  14. Ate... buleh gak menyudu nyudu.. ni ke longkang terus ha ha

    ReplyDelete
  15. shiannyer.. terbuang agar2 tu... next agar2 berhati2 pilih gula dan garam...heee

    ReplyDelete