Sabtu lepas, 16 Jun 2012 telah berlangsung program Sambutan Hari Wanita se TDB dari pagi hingga menjelang Zohor.
Sebagai Ketua AJK, Che Mid sangat-sangat berbangga dengan komitmen dan kebijaksanaan semua ajk tersayang. Walaupun tak ramai tapi cemerlang dengan tugas masing-masing. Che Mid tak payah cakap banyak dan monitor pun.. semuanya tau buat kerja dengan baik. Alhamdulillah dan syabas!!
Untuk tatapan anda jom kita tengok apa yang telah berlaku..
Selepas bacaan doa selamat, pertandingan pun dimulakan dengan pertandingan gubahan tuala dan kain pelekat. Pertandingan masakan berasaskan ikan keli dan masakan berasaskan pucuk ubi. Gubahan dan masakan siap dibawa dari rumah.
Kreatif sungguh Cik odah kita ni dengan sambal ikan keli.
Ini pula masak lemak pucuk ubi pedas campur udang
Pertandingan membuat teh tarik. Peserta dikehendaki membancuh teh sendiri dan kemudian menarik teh tersebut. Pemarkahan dibuat berdasarkan kepada rasa dan buih teh. Sambutan sangat menggalakkan sehingga terpaksa buat 2 round pertandingan
Ini pula pertandingan membuat sanwic. Bahan-bahan disediakan, cuma terpulang kepada peserta untuk menyusun dan menghias sanwic. Nak tambah mayonis atau sos pun boleh..memang meriah dan riuh rendah lebih-lebih lagi bila ada Ustazah Laila (tengah bertudung kelabu)..
Dek tak cukup tempat kerana banyak pernyertaan, sanwic terpaksa disusun diatas tembok beranda surau kami. Dua orang ajk yang bertugas bahagian pertandingan - Ustazah Rosni dan Zainon.. paling sibuk..
Pertandingan menumbuk sambal belacan. Bahan juga disediakan tetapi peserta diminta membawa bahan tambahan sendiri untuk menjadikan sambal lebih sedap.
Macamana rasanya bila menumbuk sambal dengan dikelilingi orang ramai...
Juri khas.. kesian Che Mid tengok mereka ni.. terpaksa merasa 10 mangkuk sambal belacan.. mau pijar lidah.. tapi terima kasih banyak-banyak sebab sangat sporting..
Khas untuk para suami - pertandingan memasak magi goreng..empat orang suami-suami menyahut cabaran ala master chef. Bahan-bahan diletak di satu tempat.. peserta kena pilih dan potong ikut citarasa sendiri..
Kemudian beralih ke dapur yang siap dengan kuali. Nampak tak Che Mid bertudung merah di belakang tu.. jadi emcee dan tukang kecoh..
Dari kiri - Ustaz Zamri yang menggigil tangan.. Ali Akbar tauke burger ni memang le selalu masak depan orang, Jeff yang sangat baik datang awal sampai habis walaupun isteri tak datang, dan Idrus yang last minit setuju untuk bertanding..Nampak sangat para penonton teruja menyaksikan peserta memasak sambil mengusik-usik peserta.
Dah siap.. lepas je juri ambil markah.. orang ramai berkerumun menjamah maggi goreng tu sampai licin!!
Satu yang menarik dalam program ini ialah kami mengadakan jamuan berkonsepkan 'pot luck' (jimaaat duiiit). Hadirin boleh membawa sarapan atau lauk pauk untuk dimakan bersama-sama. Masakan untuk pertandingan juga dimakan bersama-sama. Pihak penganjur pula menyediakan nasi putih dan minuman. Impaknya ialah, tetamu tertunggu-tunggu untuk makan bersama-sama. Kami juga menyediakan hadiah misteri untuk makanan yang paling istimewa, dan pemenangnya ialah Cik Nah dengan ikan keli masak asam tempoyak! Mak Che Mid pula bawa seperiuk gulai lemak pisang.. memang happening you!
Acara kemuncaknya ialah pertandingan seiras ibu dan anak.. ini Lela dan anak
Yang ini pun seiras juga..ada 7 pasangan ibu dan anak mengambil bahagian..
Nora dan salah seorang anak perempuan kembarnya..
Syida dan anak sulungnya.. memang seiras.
Acara terakhir pada sebelah pagi ialah kuiz untuk ajk. Tapi takde gambar sebab semua ajk riuh rendah berkuiz sampai terlupa ambil gambar aksi-aksi mereka. Che Mid siapkan 15 soalan. Antaranya.. banyak-banyak burung, burung apa yang suka maraah-marah?.. Jawapannya sape tau?
Sesi kedua pula ada pertandingan esei 'Ibuku istimewa' Pemenangnya ialah Syazwan yang kelihatan sedang menyampaikan hadiah kek tajaan Sharmila Sulaiman yang bertulis 'selamat hari ibu'. Bukan itu saja, Syazwan menerima wang tunai dan baucher hitea berjumlah RM200 (juga tajaan dari Pn Hamidah Baha), manakala ibunya menerima senashkah tafsir al-Quran. Lebih bermakna, Syazwan akan mendaftar masuk ke Universiti Malaysia Pahang keesokannya.
Selain dari pertandingan yang disebut di atas tadi, kejohanan futsal wanita juga telah diadakan dua minggu lebih awal.
Jangan tak percaya.. Che Mid in action!.. Ha ha jadi penjaga gol bidan terjun.. Seumur hidup tak pernah main bola.. dah tua bangka baru merasa. Mula-mula main tu atas sebab kesian tapi lama-lama.. eh syok jugak main ni.. ha ha.. lepas main ada yang komen, " Kak Mid angkat kaki nak tendang bola bukan main tinggi, tapi tak kena bola pun.. bola tu elok je bergolek masuk gol!'
Ini mak orang yang dah keletihan... tak kira tempat ... parking badan ikut suka..
Apa pun, Che Mid anggap program ini sangat berjaya.. walaupun kehadiran perlahan dan bermula lewat tapi berjalan lancar.. Terima kasih kepada semua yang terlibat, isteri-isteri dan suami-suami, penyumbang wang tunai, 'pot luck' dan hadiah bertuah. Tak lupa kepada semua ajk ku sayang.. Tahniah!
best nya che mid....sukalah...kalau ida ada situ mesti join punya...seronok betullah tengok gelagat para peserta..idea sape ye buat acara2 macam ni...memang terbaiklah!
ReplyDeleteWow...meriahnya sepakat membawa berkat.
ReplyDeletesalam che mmid..tengok gambar aje pun dah nampak kemeriahannya..tentu seronok kan..
ReplyDeletebestnya pertandingan2 macam ni..dah jarang jumpa..selalunya pertandingan membuat kek fondant tercantik la, pertandingan baju tercantik la, pertandingan cupcake la, pertandingan make up la..betullah best akak punya AJK..ucap tahniah untuk mereka dan tahniah untuk akak jugak
ReplyDeleteterasa kekecohan, keseronokan & cerianya majlis tu walaupun hanya dapat tengok gambar... tahniah buat AJK.
ReplyDeleteseronok dah meriah rasanya...ramai ambil bahagian
ReplyDeleteseronoknyer..mmg nmpk meriah & msing2 mberikan kerjasama...
ReplyDeletewahh meriah sungguh nampaknya..yg tumbuk sambal tu..xde ker terkena mata org nnati tu..alahaii takut sy..:)
ReplyDeleteSalam Che Mid,
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya berjalan dengan baik sebagaimana dirancang. Kerja maufakat membawa berkat.
Terbaik lah...
ReplyDeletesalam sukses gan, bagi2 motivasi .,
ReplyDeleteHargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.