Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 4 December 2012

Akhirnya Nyai Pergi Jua

 1 Disember 2012.

Semalam Cik Usop hantar Nyai sampai ke rumah Cik Ti sebab Cik Usop nak rewang di rumah iparnya. Alhamdulillah, hari ni Nyai nampak sihat. Tengahari tadi Nyai mintak sayur beneng dengan gereh goreng (ikan masin) untuk makan tengahari. Berselera dia makan. Tak lama lepas tu Nek Rumi jiran belakang rumah Cik Ti pulak bagi bubur asyura. Semangkuk juga Nyai habiskan.


Lepas Asar, Nyai bersembang-sembang di anjung rumah sambil Cik Ti menjahit baju kurung. Dalam pukul 5.30 petang, Cik Ti minta diri untuk solat Asar. "Mak duduk luar hati-hati tau.." pesan Cik Ti. Di rumah tu cuma mereka berdua dan anak Cik Ti yang bongsu, Haziq. Suami Cik Ti, Hanif keluar bekerja.

Cik Ti menunaikan solat Asar di ruang tamu, tidak jauh dari tempat Nyai duduk. Sedang Cik Ti bersolat, Nyai berjalan masuk. Tak lama, Nyai berjalan mundar mandir. Terdetik sedikit rasa hairan tetapi Cik Ti terus bersolat, berwirid dan berdoa sehingga selesai. Usai solat, Cik Ti mendekati Nyai. " Nopo Mak?" (Kenapa mak?).. Nyai jawab, " Semputku teko." (Semput aku datang). Nyai memang menghidap semput yang agak teruk. Sentiasa kena ada ubat sembur yang dimasukkan dalam mulut tu bersamanya.

Bila Cik Ti tanya mana ubat spray tu, Nyai kata dah habis. " Nape tak bagi tau, boleh pergi beli cepat-cepat". Nyai diam je. Cik Ti terus berlari ke rumah adik iparnya yang terletak berhampiran, minta tolong hubungi suaminya supaya membelikan ubat spray tu segera. 

Masuk semula ke dalam, Nyai dah terbaring di atas lantai. Nafas turun naik. Sesak sangat dadanya tu. Kaki tangan Nyai sejuk. Cik Ti mula panik. Dia berlari semula ke rumah Ewi, adik iparnya supaya menghubungiku. Dengan esak tangis Cik Ti memintaku menghubungi emak dan datang segera melihat nenek." Dah, datang sini tengok nenek. Nenek tenat.. bagi tahu semua yang lain!". Aku terus mengiakan.

Nenek Rumi yang tiba di rumah Cik Ti kata, " Ti, ojo ditangisi mak e..dipimpin lah, ajari ngucap..". Cik Ti di sebelah kiri Nyai, Haziq di sebelah kanan Nyai. Cik Ti ajak Nyai sebut Allah Allah.. Nyai pun ikut menyebut Allah beberapa kali. Beberapa saat lepas tu.. Nyai pergi buat selamanya. Innalillah hi wainna illa hi rojiun. Jam 6.15 petang, 1.12. 2012 umur 108 tahun.

Di rumahku, aku terus 'call' mak.. tak de jawapan. Cuba lagi dua tiga kali.. tetap tak bersambut. Dalam keadaan hujan, aku bergegas ke rumah mak. Ku ketuk pintu belakang, tak berjawab. Ku berlari anak ke bahagian depan. Pun senyap sunyi. Sementara tu, tangan ligat menekan henfon, menghubungi adik-adik lain. Pun tak de sape yang menjawab. Kalau macam nilah, aku terfikir, kalau betullah Nyai akan pergi, takkan ada sesapa yang sempat berada disisinya di saat akhir. 

Lebih kurang 10 minit melilau ke sana sini, adik Nor menjawab panggilan ku. Dia pulak berada di Taiping, dalam perjalanan balik dari Pulau Pinang. Mak mana? Rupanya emak dan abah berada di Genting di bawa berjalan oleh adikku yang bongsu, Nana.. Masa tu juga aku dapat tahu, Nyai dah menghembuskan nafas terakhirnya. Takdir Allah, Dia menentukan bila dan di mana ajal seseorang. 

Sampai di rumah Cik Ti, Nyai terbujur kaku. Seluruh tubuh dan muka diselimuti kain. Terus ku buka perlahan-lahan dan ku beri salam. Ku cium pipi Nyai dan dahinya. Masih hangat. Kemudian aku dan Acik (adik kedua) serta Adik Lina (adik ke empat) memulakan khidmat terakhir buat Nyai tercinta. Kami tukarkan kain batik sarung yang dipakainya tadi. Kami gunting baju kurung kedah yang tersarung dibadannya. Aku cucikan Nyai perlahan-lahan, sekadar bersih sebelum memandikannya malam nanti. Kami tutupi badan Nyai dengan kain bersih dan angkat Nyai ke atas katil.

 Jenazah Nyai sejurus sebelum disembahyangkan.

 Anak sulung, Wak Long Samsuri

 Anak ke dua, Sumirah yang juga ibuku..

 Anak ke tiga, Cik Nang

 Anak ke empat, Cik Usop, yang sentiasa menjaga Nyai. Percaya tak, Cik Usop sanggup bekerja kebun sahaja semata-mata menjaga Nyai. Pagi-pagi Cik Usop akan menyediakan air mandi Nyai dan menyiapkan sarapan Nyai. Terima kasih banyak-banyak untuk Cik Usop dan keluarga, semoga Allah melihat penat lelah dan kesabaran yang bukan calang-calang. Sebelum Nyai pergi, Nyai memanggil-manggil nama Cik Usop, tapi tak sempat. Nyai 'pergi' dengan mata agak terbuka. Semasa Cik Usop dalam perjalanan. Bila sampai, Cik Usop kata, " Mak, kie Usop wes teko Mak. Mak tutuplah mata ne.." ( Mak, Usop dah datang ni mak.. mak tutup mata ya..) Sambil menutup mata Nyai, barulah mata Nyai tertutup.

 Anak bongsu, Cik Ti.. sangat lembut dan sabar bila berbicara dengan Nyai. Allah berikan rezeki dengan mengizinkan Nyai 'pergi' di pangkuan Cik Ti.

 Satu-satunya adik Nyai. Embah Sarah..

Aku, cucu sulung Nyai.. menatap wajah Nyai untuk kali terakhir. Masih terbayang lagi, masa aku kecik dulu, dia pernah tunjuk menara ITM Shah Alam, " Esok besar, kau belajar kat situ ya!" Dan dia sangat berbangga kerana aku berjaya menunaikan harapannya.

 Solat jenazah di halaman rumah


 Jenazah di usung oleh cucu-cucu. Kereta jenazah juga dipandu oleh salah seorang cucu Nyai.

 Memasukkan jenazah dan menutup liang juga dilaksanakan 100% oleh cucu-cucu Nyai.


Nyai diurus dan dikelilingi oleh semua yang tersayang ketika penghormatan terakhir. Bersemadi di perkuburan yang sama dengan suami tercinta yang telah pergi 20 tahun yang lalu. Al-Fatihah buat Sakem binti Ibrahim dan Atuk Abdul Ghani bin Kasim.

20 comments:

  1. Al-fatehah. Hiba membaca entri ini. Pernah bersalam dengan allahyarhamah semasa "open hse" di rumah Midah lama dulu. Pegangannya erat seolah tidak mahu lepas. Semoga Allah swt sentiasa memberkati dan meredhoinya sepanjang kehidupan arwah Nyai yang SubhanaAllah begitu panjang umurnya di dunia mahupun di akhirat. Semoga ditempatkan di taman syurga bersama para syuhada sekalian. Amin. Salam takziah untuk seluruh keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya lah.. Rehan pernah jumpa dia kan..terima kasih atas doa. Amin

      Delete
  2. Innalillahi wainnailaihirojiuun. Tak tahu kenapa kakak mesti mengalirkan airmata CM. Bersyukurnya kakak melihat yg solat jenazah dan pengurusannya indah sekali. Moga roh nyai ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman.

    Melihat perjalanan mudah pun kita rasa senang hati CM. Walau hakikatnya Allah yg tahu. Tetapi sekurang-kurangnya ia melegakan keluarga yg ditinggal. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,bersetuju dengan kak Zakie. Tapi rezeki setiap kita berbeza-bezakan, esok time kita tak tau bagaimana nanti. Semoga urusan kematian kita nanti juga Allah mudahkan..

      Delete
  3. Innalillahiwainnailaihiraji'un...... Alfatihah

    ReplyDelete
  4. Al-Fatihah. Sedih. Hiba. Hanya Allah yang tahu perasaan kita ketika itu. Janji Allah s.w.t buatnya. Alhamdulillah kita melihat perginya dengan mudah moga mudah juga urusannya di SANA. Alhamdulillah Nyai ada anak cucu yang boleh di harap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Jun, masih sudi menjenguk ke sini walaupun Che Mid lama tak singgah ke sana. Allah juga maha adil dan CM pasti, anak soleh akan dapat ganjaran walaupun emaknya dah meninggal dunia. Begitu yang CM harapkan pada anak2 Nyai terutama Cik Usop yang sangat sabar menjaga arwah.

      Delete
  5. Salam takziah dan sedekah Al-fatihah untuk arwah...Allah permudahkan segala-galanya...Alhamdulillah tiada masalah...akak sabarlah ye...108 tahun kak ye..lama Allah beri dia menikmati hidup di dunia ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nyai diberi umur panjang hingga 100 lebih. Dan dia seorang yang sangat rajin bekerja, tak reti duduk diam walaupun dah sangat tua. Nyai juga tak de penyakit kecuali semput.

      Delete
  6. Salam che Mid. Kak ucapkan takziah atas pemergian Nyai cM. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-Nya. Amin....

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah.

    Syukur alhamdulillah diberikan nikmat hidup yang lama.

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah kak...
    semoga Nyai ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...Amin

    ReplyDelete
  9. Salam takziah...dan Al-Fatihah utk arwah.

    ReplyDelete
  10. Innalillah wa-inna ilaihi raji’un – Truly to Allah we belong, and truly to Him shall we return.. alfatiha utk nyai tuuu..,

    ReplyDelete
  11. Alfatihah.... KA singgah baca dlm cuti2 mesia hehehe

    ReplyDelete
  12. takziah dan al-fatihah buat arwah.........
    moga beliau tenang di sana......

    ReplyDelete
  13. inna lillah hi wa inna ilaihi ra jiuun..

    salam takziah..

    ReplyDelete