Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Tuesday 22 January 2013

Mengacara di majlis Ridzwan dan Noraini

Kabare gang blogger sekalian.. sebelum Che Mid teruskan dengan entri hari ni, terlebih dahulu nak ucapkan terima kasih kepada pengomen-pengomen pada entri sebelum ni. Terkekek-kekek Che Mid baca.. ada yang mengalahkan Ogy Ahmad Daud jadi juri ha ha..

Kali ni, jom tengok rentetan kejadian sebelum dan semasa menjadi emcee di Alor Setar pada hari Sabtu lepas, 19 Januari 2013. Selamat pengantin baru kepada pasangan Mohamad Ridzwan dan Noraini, semoga bahagia hingga ke jannah. Mereka 'menemui' Che Mid di iklan Mudah.my.

 Che Mid, Farhan, Farah dan Faris bertolak ke Alor Setar pada tengahari Jumaat. Farhan minta cuti setengah hari untuk menemani ibu sekaligus jadi drebar dan videografer. Farah macam biasa, jadi asistan emcee dan Faris ambil peluang ikut sebab nak jumpa kawan-kawan dan jiran lama di Sungai Petani. (Pada yang masih ingat, kan Che Mid pernah tinggal di Sungai Petani pada 2010-2011 ..) Si kecik Deeja dan abahnya tak ikut.. duduk rumah diam-diam he he).

Tiba di Sungai Petani hampir senja, kami tengok dah pusat membeli belah baru dibuka, Amanjaya Mall.. dekat dengan rumah sewa kami dulu..

Ha.. ni lah rupa dua kawan/jiran lama tak jumpa. Dekat setahun lebih dah tak jumpa..Sebelum tu dah berpeluk-peluk tapi abang Ayan lambat stenbai kamera..Faris tinggal di Sungai Petani dan kami bertiga meneruskan perjalanan ke Alor Setar.

Che Mid dan Farah sempat berposing depan rumah lama kami. Dah ada penyewa baru, entah-entah dok mengintai dari dalam rumah tu.. mintak maap le ye..pinjam rumah jap. Nampak rumput-rumput 'clear'.. tapi pokok bunga keladi dan lain-lain pokok tak terjaga la.. khabarnya tuan rumah tu bujang.. patut le pun..

 Sampai di Mergong, Alor Setar, kami pekena singgah di Nasi Ayam Tat dulu... lapaq .. ish memang terkenal  Nasi Ayam Tat ni di Kedah. Nasi ayam dan sate dia memang kelas, tapi char kue tiau dia so so je.. Harganya kira murah juga la.. patut le ramai pelanggan..

 Air teh o ais memang sedap...

 Inilah bilik penginapan kami yang ditanggung oleh pengantin. Bersih dan Islamik..

Nak cerita sikit tentang pengantin, kedua-dua mempelai adalah dari keturunan India Muslim. Jadi pada malam kami sampai tu, sebenarnya ada majlis menyarung bunga malai dan memakaikan 'thali'. Kami dijemput hadir tapi tak sempat. Rugi kerana tak melihat sendiri adat mereka tu. Ya lah, kalau Melayu tulin pun ada adat yang masih dipakai guna, orang India Muslim pun ada juga..Kalau yang  muda-muda dah faham beza adat dan ingin meninggalkannya, tapi golongan tua masih kuat memegang adat tu. Biasanya yang muda akan 'mengalah'..kerana nak jaga hati yang tua..

Lewat malam juga kami mendaftar masuk dan terus berehat. Alat penghawa dingin dipasang sepanjang malam menyebabkan Che Mid di serang 'selsema' esoknya. Panik Che Mid bila tak henti-henti bersin..

 Kami bersarapan pagi di gerai seberang jalan je. Tengok muka Che Mid tu.. mata dan hidung gatal.. aduhai..macamana nak mengacara ni..

 Tapi kami ke gerai yang tepat! Ada nasilemak bungkus kecik-kecik. Air minuman pun sedap sangat. Dari tiga cawan jadi enam.. memang kami kena makan kenyang-kenyang sebab tak tau makan tengahari nanti pukul berapa kan..

 Tu diaaaa... pek nga.. atau lempeng pisang campur kelapa parut.. makan dengan kari ikan.. SEDAPPP! Memang suka sangat makan ni masa tinggal di SP dulu..

 Farhan makan roti telur dan nasi lemak..

 Nampak tak muka Che Mid sembab.. tapi mood kena tetap ceria sebab nak 'keje' nanti. Tisu jadi teman setia..

Tengah bincang tentang lagu permintaan pengantin. Dia nak lagu Hindustan masa potong kek nanti. Muka Che Mid makin teruk. Mujur sempat singgah di farmasi beli ubat alergi. Jurujual tu kata makan 1 biji je sehari. Tapi Che Mid makan dua biji dalam jarak masa 2 jam. Panadol pun telan 4 bijik!!

Mula 'sound check'.. Macamana pun mood happy je.. dalam hati sentiasa zikir dan doa supaya 'performance'  nanti tak terjejas. Lepas 'sound check', kami balik bilik tukar baju dan 'check out'.

 Pengantin tiba menaiki kereta kuda. Memang impian pengantin lelaki dari kecik lagi untuk menaiki kuda bila kawin. Alhamdulillah, tercapai. (Gambar kereta kuda takdak la pulak.. sebab Farhan lebih banyak ambil video..)

Kami sedang 'bertugas' . Alhamdulillah syukur, Che Mid langsung tak bersin atau rasa sumbat tekak.. suara pun elok je..

Kedua pengantin sedang direnjis oleh ibu dan bapa pengantin perempuan. Suka Che Mid tengok keluarga mereka ni. Sangat beradab dan 'cool' je. Pengantin lelaki siap pesan pada Che Mid, untuk buat pengumuman bila masuk waktu solat Zuhur dan dimana letaknya surau. Dia pun tak bersalaman dengan bukan mahram..

 Tersenyum simpul pengantin bila Che Mid mengusik mereka semasa berpantun seloka. Stail Che Mid, akan interviu pengantin secara berdepan atau melalui emel tentang kisah pertemuan dan percintaan mereka, kemudian Che Mid akan jadikan pantun atau cerita. 

Kalau nak tau, pengantin lelaki, Ridzwan, tu seorang jururawat yang pernah merawat seorang makcik. Makcik tu berkenan sangat dengannya dan diperkenalkan kepada gadis (Noraini) di rumahnya, yang kebetulan juga seorang jururawat.  Pendek kata, kalau dah jodoh tak ke mana..

Alhamdulillah, Che Mid dan Farah berjaya menjalankan tugas kami dengan baik. Kedua-dua pengantin pun suka terutama bila kami bersalawat dan berqasidah. Setinggi-tinggi penghargaan buat mereka atas kepercayaan yang diberi kepada kami. Cuma melalui Mudah.my, kami dapat 'job' ini. Langsung tak kenal pun tapi bayaran telah dilunaskan 100% sebelum majlis. Che Mid tau pasangan ini orang baik-baik, semoga Allah bahagiakan mereka hingga ke jannah. Take care both of you!!


 YAHANANA Events team - Jangan malu-malu jemput kami ke majlis anda ...hubungi 013-3672459..

Rupa kami otw balik ke Klang... mula-mula Che Mid duduk depan, tapi Farhan suruh ibu rehat kat belakang.. apa lagi lena keletihan. Sampai Klang jam 12 tengah malam. Selesai satu 'job'. Terima kasih anak-anakku!

37 comments:

  1. ensem dan lawa pengantin.. hehehe.. yg jadi emcee pun cumil..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh pengantin lagi ensem dari Sha rukh khan sebab lagi warak.. emcee cumil kurus, yang sorang lagi cumil tembam ha ha

      Delete
  2. Kerjasama dgn anak-anak lagi mudah CM. Boleh ready dan draft dan apa yg ingin disampaikan sama-sama.. Boleh bincang-bincang dulu. Oklah Yahanana Event pasti boleh lebih terkenal dan maju. Tahniah dari kakak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. sementara anak-anak masih duduk sebumbung senanglah nak buat macam tu. Che Mid cuba gunakan masa sebaik-baiknya.. nanti kalau Farah dah sambung belajar emmm susah la..tu pun harap-harap dia dapat belajar tempat dekat area Selangor je.. boleh selalu balik rumah he he

      Delete
  3. congrats tuk akak & family..mmg terbaikkkkk!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terbaikk!! Kami juga dapat adik beradik yang terbaikk!!!

      Delete
  4. Wah...family business. Kills 2 birds with 1 stone. Dapat bussiness dan dapat mengeratkan silaturrahim. Alhamdulillah. Pengantin tu memang nampak hensem dan cantik. Sesuaii sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba gunakan masa yang ada sebaik-baiknya. Dapat pulak berjalan 'free' apa lagi... tu pun tak dapat bawak si kecik.. takut mengganggu majlis orangkan..

      Delete
  5. Alhamdulillah...dan tahniah buat Cik Mid dan anak2.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. semoga terus sihat dan semoga maju jaya.. suka tengok gandingan anak-beranak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. tengah carik lagu-lagu salawat lain ni.. any idea!

      Delete
  7. Kelas Che Mid jd mc. Pengantik chantek...makanna lak buat saya lapar sebba belom sarapan lg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha.. pi cepat sarapan tu.. meleleh lak air lur kat lappy ni kang.. he he

      Delete
  8. Terlalu gembira dan sebak baca entry akak ni. Rindu sesangat!!
    Semoga Yahanana Events terus mendapat rezeki yg melimpah ruah..aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminn.. akak pun rindu sangat gak ni..wish you were there..

      Delete
  9. Alhamdulillah..semuanya sukses,

    cantik pengantin, makanan lagi nampak sedap..terliuq je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik pengantin.. emcee pun cantikkan.. (perasan .. masuk bakul tak kuat angkat ha ha)

      Delete
  10. Jauh kak mid dan anak mengacara yer. Alhamdulillah...semuanya berjalan dgn lancar.

    Kak...kat cyberjaya ni pon ada nasi ayam tat, sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya.. Nasi Ayam Tat dah sampai Putrajaya rupanya..

      Delete
  11. Syukur semuanya berjalan lancar...

    Kak Zai belum pernah makan nasi ayam tat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak Zai..anak-anak che mid memang suka makan ayam, jadi paling senang kalau ke tempat orang tentulah makan nasi ayam..

      Delete
  12. Alhamdulillah, ketentuan Allah, che mid berjaya melakukan tugas dgn suara yg sihat.

    **che mid:- sekolah anak sy tu selain dekat ngan IPD, mmg dekat jgk ngan penjara Taiping ni, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. memang mintak sangat jangan sampai merosakkan amanah orang.

      Oops.. memang dekat penjara ke..

      Delete
  13. Alhamdulillah...mission accomplished dh! tahniah...
    kemain tu, siap berqasidah haaa....

    ReplyDelete
  14. Che Mid kita semakin laris nampaknya, Alhamdulillah.
    Yang peliknya Che Mid dah boleh cakap Jawa PULAK TU,
    MESTI dah kena goreng tempe masa kat Sgor nihhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ha keturunan Jowo totok la.. dah makan tempe sejak azali lagi...he he

      Delete
  15. Salam CM

    Terimakasih CM,
    Mula2 nak tabik kat CM.
    Tabik 3x. Hebat!
    Moga maju terus. Satu cara berdakwah juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, harap doakan agar Che Mid terus istiqomah ya..

      Delete
  16. Salam, che mid. Wah..! Untung che mid ada anak2 yf membantu, urusan pun jadi mudah kan. Ehem2..teh o ais satu, he3.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, Che Mid dan keluarga memang mempunyai minat yang sama.. bernasyid dan menyanyi.. memang senang bekerja dengan anak2, sebab mesti dengar cakap mak.. ha ha..

      Delete
  17. kak....sewa kereta kuda tu kt mna di kedah....

    ReplyDelete