Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Wednesday 27 March 2013

Anak Bujang jadi Bertunang - gambar lagi

Jom sambung tengok gambar pertunangan Ayan dan Epa.

 Bakal besan - Encik Othman dan Encik Fazli. Macam janji-janji je pakai baju sama kale.. he he boleh ngam ni. Walaupun duduk sekampung tapi keduanya bukan orang sini. Encik Othman berasal dari Melaka Che Abang pulak dari Pahang, jadi orang Meru sebab kawen dengan orang Meru he he

 Wak Jamil dan Wak Johari bertepuk tampar bergurau senda.. masing-masing mengelak untuk membaca doa selamat. Akhirnya Atuk yang baca doa.

 Mak nenek diberi penghormatan menyarung cincin tunang di jari bakal cucu menantu.. eh ada ke istilah 'cucu menantu'?

 Epa mencium tangan bakal mertua. Wah.. Che Mid dan Epa tak rapat lagi walaupun Ayan dah berkawan lama dengan Epa ni. Tempat tinggal memang berdekatan, tapi kami bukan jenis 'selalu datang rumah' atau sebagainya. Ayan tak pernah pun bawa Epa datang rumah kecuali pada Raya tahun lepas. Itu pun Epa datang dengan adik beradiknya. Cuma bila, mereka dah sebut untuk bertunang, kami ada keluar makan sambil berbincang dari hati-ke hati dan sekali lagi semasa sambutan Hari Ibu.

 Cincin tersarung sudah.. tanda kini menjadi tunangan orang. Berinai cantik macam dah nikah pulak.. suka-suka kut, ambik berkat inai nenek Epa bawa balik dari Mekah baru-baru ni. Jaga aurat, jaga solat dan jaga diri baik-baik ya Epa.. orang Melayu kata darah manis.. tak caya cuba rasa darah tu.. ada berani?







 Epa berpelukan dengan ayah.. sayu masa ni. Mungkin masing-masing teringat pada arwah mama yang pergi tak kembali. Mungkin kalau masih ada hayat, arwah tentu gembira. Mengimbau semula semasa merisik dua bulan lepas, ayah Epa kata arwah Mama dah pun beritahu padanya tentang hubungan Ayan dan Epa dan berpesan supaya mereka berdua disatukan.



 Adik-beradik Epa. Ada seorang lagi lelaki tiada dalam gambar.



 Sedondon dan sepadan pakaian kami. Berjubah hitam ialah 'ibu baru' Epa. Alhamdulillah, sangat peramah dan begitu mengambil berat. Semoga kehadirannya di dalam keluarga Epa akan menambah kebahagiaan mereka.

 Faris pun tak ketinggalan hadir. Bila ditanya, Faris nak ke ikut rombongan meminang dalam keadaan belum betul-betul sembuh, dia kata, " Nak lah.. itukan abang Faris.." Jadi pergilah juga dengan bertongkat.  Ayan pakai kurta dan berselempang serban. Bab bergaya, memang pandai je dia..

 Epa dan Farah.. bakal kakak dan adik ipar

Balik ke rumah, kami sambung makan-makan dan posing-posing lagi. Tapi gambar tak berapa cantik.. guna kamera Che Mid je..




Atuk dan nenek pun terikut-ikut romantik ya..

Anak-anak perempuan Haji Jamil dan Hajjah Sumirah.. Ain takde, masa ni dia dah balik dulu.. sori Ain..

Sepupu-sepupu Ayan pun tak lepas peluang bergambar dengan Atuk. Anak-anak buah ku sayang.. belajar dulu sampai habis pastu kerja elok-elok, baru fikir pasal kawin..

Ayan dan Epa.. selamat mengharungi alam pertunangan. Jaga diri baik-baik, tingkat amalan, kuatkan iman. Persiapkan diri fizikal dan mental untuk menempuh alam rumahtangga pula nanti. Ibu doakan, kalian kuat dan tabah.. jangan gaduh-gaduh tau.. ibu babab nanti!

35 comments:

  1. seharusnya nikah terus.. dah semua serba putih & siap berinai lagi tu.. aishhh!!! rugi ! rugi!..ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. sebenarnya akak pun cakap macam tu gak hik hik

      Delete
    2. InsyaAllah nanti sampai masanya, nikah lah mereka yer..

      Delete
  2. Selamat bertunang buat mereka. Wah...sweetnya atuk & nenek.

    ReplyDelete
  3. Selamat bertunang ayan dan epa.tahniah che mid..akan menerima menantu

    ReplyDelete
  4. Iskkk...rugi t dpt join. Dri awal2 mmg nk ikut rombongan che mid ni, tp ada tugas di Terengganu...
    Cik Ani doakan buat ayan dan epa moga 'sabar' itu menjadi keyword dlm mengharungi hari mendatang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang asek ketinggalan keretapi waeee..

      Delete
  5. Wah, cantik bakal menantu CM. InsyaAllah, cepat dapat cucu nanti nie...hihihihihi. Bertambah meriah la family CM. Bila nak langsungnya nie CM?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish.. setahun lagi la kut.. tapi kalau lagi cepat lagi baguskan..

      Delete
  6. Selamat bertunang buat ayan dan pasangan. Comel bakal menantu che mid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia nampak comel sebab bakal mentua sikembang payung ha ha..

      Delete
  7. amboi romantiknya atuk nenek.. dah selamat smuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin tua makin romantik you...dan sihat walafiat lagi. Alhamdulillah!

      Delete
  8. tahniah... yg penting kita sama2 doakn ye che mid. restu ibu bapa tu yg sgt2 perlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Che Mid banyak istikharah dan bersolat hajat. Lama-lama perasaan cuak, risau dan berbelah bagi semakin hilang. Berubah jadi yakin dan redha. Bergantung kepada Allah demi anak-anak..

      Delete
  9. selamat bertunang ayan dan epa...

    amboiii mak mentua belum apa apa dah nak babab yer...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak mentua ni garang tapi friendly kut ha ha

      Delete
  10. hahaha.. ketawa baca komen2 semua tu... tahniahle! merah inai dijari bakal menantu tu.. brand apa ya? heee.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu kena tanya tuan punya badan le..rasanya diterbangkan khas dari Makkah!

      Delete
  11. cantik orangnya...nanti buat majlis kahwinnya bila pula?berapa lama tempoh bertunang ni...jangan lama-lama...hehehe

    ReplyDelete
  12. selamat bertunang utk ayan dan epa....suka tengok atuk dan nenek,,romantik sangat...

    ReplyDelete
  13. wahhhh bila majlis menyambut menantunya. cantik bakal menantu ibu. moga pertunangan kekal hingga ke harii diijabkabulkan. jaga2 darah manis tueww

    ReplyDelete
  14. Hamboii meriah bertunang mcm nk nikah je siap berinai bagai...hehehe...
    Moga pertunangan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin...aminnn

    ReplyDelete
  15. tahniah akak... dh nk dpt menantu :)
    tgk muka bahagia je kan

    ReplyDelete
  16. salam che mid
    Lawatan pg minggu tirana aduka.pekabar iki dino?

    ReplyDelete
  17. saya tak dapat bayangkan macamana meriahnya hari pernikahan mereka kalau baru bertunang dah meriah macam ni che mid..
    comel bakal menantu :D))

    ReplyDelete
  18. Salam Che Mid...lama tak singgah...wah bestnya bertunang...bukan apa kat keluarga haji amir ni lama dah tak buat majlis2 bertunang ni...ntah bila la adik2 ku nak kawen...apa pun tahniah...semoga berjaya mengharungi alam pertunangan ...

    ReplyDelete
  19. Tahniah Che Mid tak lama lagi dapat menantu...

    ReplyDelete
  20. sama cantik sama padan..
    tahniah buat che mid :)

    ReplyDelete