Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 4 April 2013

Che Mid ke JB Jumaat ni

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat semua!

Che Mid sibuk lagi.. maaf tak sempat 'round the world' menziarah walaupun hati asek teringat-ingat. Jadual Che Mid agak padat kerana ada tiga program 'back to back'. 

Pertama, esok pagi (Jumaat) akan bertolak ke Johor Bahru kerana terlibat dengan program di Kem Majidee pada sebelah malam. Insyaallah, Che Mid dan dua tiga orang lagi akan berkolaborasi bersama Farihin Abdul Fattah dan Alwi MustaffaKalau sebelum ini kami hanya berzikir dan berselawat di peringkat surau sahaja, tetapi kali ini kami akan berkongsi pentas. Kabarnya, Maman dari Teacher's Pet pun ada. Memang teruja dan tak sangka Allah bagi rezeki sebegini, Alhamdulillah..

Pada malam itu juga, selepas show berakhir, Che Mid akan bergerak balik ke Klang kerana akan ke Subang Jaya pada pukul 11 pagi Sabtu. Kumpulan marhaban Helwa akan menghadiri majlis perkahwinan dan seterusnya Che Mid dan Farah akan mengacara majlis yang sama. 

Pada hari yang sama, taman tempat tinggal Che Mid akan mengadakan Mini Karnival dari pagi hingga malam. Persiapan sedang rancak berjalan tapi Che Mid tak dapat tolong sangat.

Mohon doa dari kawan-kawan supaya perjalanan dan persembahan Che Mid berjaya dan berjalan lancar. Pada sahabat yang berada di sekitar Johor Bahru, boleh lah hadir di Kem Majidee pada 5 hb malam, sempena program ATM bersama Rakyat. Ada rezeki boleh kita jumpa. Show kami bermula dari jam 9 hingga 11 malam. 

Sampai jumpa lagi ya.. di bawah ni Che Mid tinggalkan artikel yang di kopi dari fb tadi. Harap bermanafaat..






KISAH YANG AMAT MENGINSAFKAN ~

Hayatilah dan ambil iktibar....semoga bermanfaat

Pesakit: "Abang jururawat, best ke kerja di hospital? Dah lama ke kerja sini?"

Abang misi: "Bolehlah. Nak kata best, ada juga stressnya.

Tapi, selama 5 tahun kerja di sini, dapat banyak pengalaman yang bernilai yang orang luar di sana takkan dapat rasa."

Pesakit: "Apa yang best sangat tu? Nurse-nurse lawa-lawa eh?"

Abang misi: "Bukan. Tu tak best. Ada yang lagi best."

Pesakit: "Wah, apa dia?"

Abang misi: "Di sini setiap hari saya lihat pesakit meninggal dunia.

Kerja saya uruskan kencing berak mereka, bersihkan mereka hinggalah ke urusan jenazah.

Apa yang saya lihat sepanjang saya bekerja di hospital ni, betapa ramainya di antara mereka yang sudah meninggal..

sebelum meninggal meminta-minta sama ada dari waris atau jururawat untuk pegang naskhah al-Quran.


  • Ada yang tak boleh baca, ada yang suruh kami bacakan.

    Ada juga yang tidak sempat sentuh al-Quran, tak sempat baca al-Quran, Allah telah pun mengambil nyawa mereka.

    Bila dibacakan sahaja al-Quran pada mereka, berlinangan air mata.

    Saya lihat betapa orang-orang yang berada di akhir nafas, majoriti nak sangat sentuh al-Quran.

    Kalau boleh, nak mati dengan peluk al-Quran.

    Pengalaman-pengalaman yang saya lalui di sini buat hati ini insaf.

    Sedar satu perkara yang sangat penting."

    Pesakit: "Hm. Apa dia?"

    Abang misi: "Apa yang kita biasa pegang ketika kita masih sihat, apa yang kita biasa baca dan belai ketika masih hidup gembira tika tak datangnya sakit...

    itu jugalah yang kita akan dapat pegang dan sentuh di akhir hayat.

    Jika kita selalu pegang handphone di tangan setiap masa, sibuk dengan gajet di tangan dan lalai kerananya, agak-agak di akhir hayat kita nanti...dapatkah kita sentuh dan pegang al-Quran?

    Sedangkan tangan kita tak biasa pegang al-Quran, sehari sekali pun susah nak belai dan belek al-Quran apatah lagi membaca atau mentadabburnya...Allah...Allah...

    Sungguh, kita dah tak perlu handphone atau gajet di akhir nyawa kita..

    kita sangat sangat memerlukan al-Quran...barulah kita sedar masa itu apa yang dah kita rugi...Allah..Allah..."

    Pesakit: "(menitis air mata.....) Abang..bacakan saya al-Quran...saya tak boleh baca..buta tajwid... :( "

    Abang misi tersenyum. Dikeluarkan al-Quran mini dari kocek bajunya........................


    SUMBER : FB Ustaz Nasir






    .

17 comments:

  1. ya allah.. kita skrg mmg ari2 belek tipon nak belek quran sekejap pun payah.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah.. sama muhasabah diri termasuk Che Mid juga terutamanya..

      Delete
  2. saya doakan perjalanan che mid selamat pergi dan kembali...semoga semuanya lancar...

    kisah di atas itu betul2 menyentuh hati,manusia ni memang perlu diingatkan selalu...manusia ni mudah lupa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik. Perlu sentiasa saling mengingati. Memang setiap orang ada al-Quran dan semoga setiap hari kita akan menyentuh dan membacanya..

      Delete
  3. Perbualan singkat membuat hati terpikat
    moga ada peluang utk bertemu - jika ada izin Allah

    Sungguh hidup ini sementara - pentas luas yg perlukan akal kita digandingkan memilih dan mencari yg terbaik buat dunia yg kekal abadi kelak. Moga kita tidak lalai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakan daya nita untuk bertemu tidak kesampaian..

      Sama-sama mengingatkan bahawa ambang kematian tetap akan tiba.. apa yang perlu dibawa? Tepuk dada tanya iman..

      Delete
  4. alhamdulillah che mid..panjang langkah che mid sekarang.

    sekarang dalam gajet ~ Ipad, tab, hp pun boleh baca quran, tak dapat bertalaqi dengan guru pun ada "pen" yang boleh jadi guru. ndak tak ndak saja...terima kasih atas perkongsian cerita itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. panjang langkah..semoga tak tersilap langkah.. ya Allah peliharalah kami..

      Delete
  5. Selamat datang ke Johor Darul Takhzim Che Mid, singgahle di Batu Pahat.
    Semoga perjalanan pergi dan balik sentiasa dlm perlindungan Allah,
    Tkasih ats perkongsian yg menginsafkan itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat ke mana-mana.. malam tu juga kena balik Klang.. hajat hati memang nak ronda-ronda, Insyaallah lain kali..

      Delete
  6. ala tak berkesempatan.saya bru pin dah balk key el.
    dulu duduk dekat bndar seri alam masai..
    dekat la dgn kem majidee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya nampak sinage tu..ada rezeki kita jumpa di key el lak..

      Delete
  7. salam che mid
    Moga segalanya bjalan dgn lancar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, semua berjalan lancar.. berkat doa semua..

      Delete
  8. As salam Kak,

    Meremang bulu roma bila baca cerita tu kak... Terus terasa nak peluk Al-Quran skrg juga... skrg ni dlm hp & PC pun dah ada application Quran digital... kdg-kala kena juga bersangka baik...

    Semoga segalanya berjalan lancar ye kak... have a nice weekend! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, walau di mana kita berada, jauh atau dekat .. al-Quran tak boleh lupa. Kalau tak boleh baca al-Quran pun, bawa kitab kecik-kecik, standby di tempat yang senang dilihat dan dicapai.. Insyaallah, kita akan lebih tenang dan terasa dekat dengan Allah swt..

      Delete
  9. Insaf sekejap. Mmg pun dlm dimia skrg ni. Mana2 pun sumenye pgg henpon je.

    ReplyDelete