Yahanana Events

Ini Iklan YAHANANA EVENTS - Sila ke bawah lagi untuk entri terbaru!!


Adakah anda sedang mencari pengacara yang boleh berselawat dan berqasidah
untuk majlis korporat atau persendirian seperti walimatul urus, cukur jambul,
perasmian atau pelancaran produk?

Atau anda sedang mencari Pengurus Acara Islamik untuk membantu anda
mengadakan acara sambutan hari kebesaran Islam seperti Sambutan Maulidurrasul, al-Maulid dsb?

Yahanana Events sedia berkhidmat dengan menyediakan pengacara, sistem PA,
kumpulan nasyid, marhaban, qasidah, penceramah, kompang dan
lain-lain yang anda mahukan.

Hubungi Che Mid di hmj_66@yahoo.com atau 013-3672459
dan layari facebook.com/Yahanana Events untuk info menarik!!

Thursday 14 March 2013

Persandingan Suriya dan Ayu

Pada 3 Mac 2013 lepas,  Che Mid dan Yahanana Events telah dijemput memeriahkan lagi majlis walimatul urus Encik Suriya Kamsuddin dan Cik Noorhidayu Hairuman. Che Mid kenal baik dengan emak pengantin, kadang-kadang kami bermarhaban bersama-sama.

 Team Yahanana Events - Kenduri dibuat di rumah sendiri yang mempunyai laman yang luas. Kami ditempatkan di wakaf lepak-lepak keluarga tersebut. Tempat tu tinggi sikit, kena naik tangga he he, jadi Che Mid boleh nampak pelamin dan tetamu yang hadir dengan jelas. Jadi kami mengacara majlis dari situ sahaja. Menarik juga kan..

En Suriya merupakan anak tunggal jadi kami mesti buat kerja betul-betul. Hari Sabtu petang dah mula set up PA sistem. Lepas Maghrib dah mula pasang lagu latar kerana tetamu dah mula datang.. berterusan hingga tengah malam. Rombongan pengantin perempuan tiba selepas Isya' jadi Che Mid dan Farah memulakan pusingan pertama mengacara. Selawat dan salam berkumandang diikuti dengan paluan kompang, bacaan doa dan acara memohon restu dengan menyuap buah-buahan sunnah seperti kismis dan buah tin.

 Che Mid terpaksa menyediakan dua set skrip kerana pada sebelah siang hari Ahad sekali lagi diadakan majlis persandingan. Cuaca panas terik tetapi tetamu tidak putus-putus meraikan pengantin. Maklumlah anak tunggal..

 Selamat pengantin baru Suriya dan Ayu. Pakaian Che Mid dan Farah dibelikan oleh emak tersayang. Jenis kain sari.. memang sesuai untuk majlis cuma agak panas dan kaku sedikit. Tu pasal Che Mid nampak besar (tak ngaku gak dah kembang macam kembang semangkuk terendam lama...) Farah ok je..

 Farhan tengah sakit tekak.. takde suara.. jadi tak boleh jadi deejay.. Kalau nak tau masa kenduri ni, ada empat lagi majlis yang sama di jalan yang sama. Pasukan Rela dikerah mengawal lalu lintas tapi tetap sesak. Asyik-asyik Che Mid diminta umumkan supaya pemilik kenderaan untuk mengalih kereta ha ha ..

Wak Minah, tuan rumah yang sangat 'sporting'. Terima kasih jemput Che Mid ya.. kami tak sempat makan nasi minyak sebab sibuk bertugas, tapi sambil-sambil tu enjoy sangat makan pecal Jawa dan ratah ayam goreng berempah. Minum pulak dengan air teh bunga dan air bandung sejuk sesedap rasa. Kombinasi menu yang sangat NGAM pada cuaca yang panas mencengkam!

P/S : Untuk tempahan menjadi pengacara, deejay dan PA sistem untuk bulan April, kami telah pun ditempah pada 6 April di Subang Jaya dan 28 April di Hulu Langat, Insyaallah. Kalau ada yang berminat untuk tarikh lain, jangan lupa hubungi Che Mid di 013-3672459 atau hmj_66@yahoo.com!!

39 comments:

  1. Aduh....saya pun ada sorang jer anak lelaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Then you will get the best daughter in law in the world Insyaallah..

      Delete
    2. Amiin, Ya Rabbal Al Amin.

      Delete
  2. Bila org berpuas hati dengan khidmat kita pasti rasa gembirakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan dia akan rekemen khidmat kita pada orang lain.. tu lagi gumbiraaaa..ha ha ha

      Delete
  3. Salam Che Mid,

    Che Mid ada bisnes event management? Cool! Tak rmi org bt bisnes mcm ni. Hehehehe....

    Tapikan, saya nak tny satu. Baju Che Mid tu, dari kain sari ke? Aduhai! Cantiknya!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. a ah boleh le rekemen pada sesape.. baju tu memang dari kain sari.. emak che mid sponsor he he

      Delete
  4. Smoga business terus maju yer kak mid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. terus sokong che mid dan jangan jemu singgah sini

      Delete
  5. Wah baju CM pun diaorang berkenaan. Mcm2 bisnes boleh buat ni CM...
    Nampaknya CM dah berkerjaya baru. Moga terus maju sambil berdakwah.
    Klang kat mana ek CM tinggal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klang di Meru kak.. sebelum sampai pekan Meru..

      Delete
  6. Semoga kedua pengantin bahagia selamanya. Tak lupa semoga Che Mid terus berjaya didalam kerjaya yang diceburi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih la kak Ani.. baru sangat bisnes ni jadi bisnes.. sebelum ni jadi emcee memanjang je free..

      Delete
  7. wah murah rezeki Che mid yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, cuma kerja dari rumah ni byk cabarannya.. bukan traffik jam atau kena marah bos tapi dikacau ngan anak-anak.. berebut laptop dll.. belum campur bab malas dan godaan tv hik hik

      Delete
  8. Yahanana Events terus melebarkan sayapnya....
    I'm happy for you kanda!

    ReplyDelete
  9. salam che mid
    Semakin sibuk dan rancak che mid. Jaga kesihatan che mid tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah.. TA pun jaga diri k.. jangan nakal-nakal he he

      Delete
    2. ok sis .tq
      Sikit je nakalnya..ahaks.
      Kapan arek medang?

      Delete
  10. In Shaa Allah Yahanana Event akan terkenal.

    Satu hari nanti nak juga mencuba ada discount tak? hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. t kasih atas doa... mestilah ada diskaun baik punya.. call aje la, kita boleh cerita..

      Delete
  11. wah.. moga terus berkembang bakat akak yer..:)

    ReplyDelete
  12. gud luck..semoga bisness trs sukses ya..

    &

    selamat pgntin baru buat mempelai

    ReplyDelete
    Replies
    1. T kasih dan teruskan sokong Che Mid ya..

      Delete
  13. semoga che mid terus di murahkan rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..doa dimurahkan rezseki juga untuk Ina dan semua orang

      Delete
  14. salam che mid
    Perdana menteri nak dtg smm petang ni..sis ada tak disana.

    Lawatan di hari minggu tirana aduka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, che mid tak ikut sgt politik ni..

      Delete
    2. enyong pun koyo ngunu jugak. Gor ndelok key waei..

      Delete
  15. salam che mid
    Lawatan pg isnin
    Pekabar che mid

    ReplyDelete
  16. terima kasih che mid
    Baik! Hehehe

    ReplyDelete